You are on page 1of 2

RUMUSAN

Setelah rancangan perniagaan ini telah dibuat, kami mendapati syarikat kami iaitu DobiLeisure.Sdn.Bhd mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan dan diluaskan empayar perniagaan ke peringakat yang lebih tinggi sekiranya berjaya pada awal permulaan. Hal ini kerana kami mempunyai sumber kewangan yang kukuh berikutan mendapatkan pinjaman daripada pihak bank. Lokasi premis perniagaan kami juga terletak di kawasan yang strategik iaitu bersebelahan dengan apartment taman perkaka dan berdekatan dengan Kampus Induk Univesiti Sains Malaysia yang memudahkan golongan yang sibuk mendapatkan perkhidmatan dobi. Layanan yang mesra juga turut diberikan kepada pelanggan agar pelanggan mendapat perkhidmatan yang selesa dan berkualiti. Berdasarkan rancangan perniagaan ini, kami mengandaikan akan memperoleh keuntungan yang lumayan dalam tempoh masa yang dijangka kerana perkhidmatan dobi merupakan perkhidmatan yang mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada pelanggan yang sibuk akan perniagaan, pekerjaan mahupun pendidikan. Akhir sekali, kami berharap perniagaan kami dapat berkembang dengan luas dan berjaya menubuhkan rangkaian cawangan perniagaan kami di lokasi yang berlainan seterusnya mencapai objektif yang dirancang dengan jayanya.

RUJUKAN
1)Pensyarah Wus 101 Encik Mohd Shafie Arrifin

2)Contoh Rancangan Perniagaan

3)Laman web http://elearning.business.com.my