You are on page 1of 26

Isi kandungan

Perkara Muka

surat
Tajuk 1
Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Objektif kajian 5
Kawasan Kajian 6-8
Kaedah Kajian 9
Hasil Kajian 10-18
Rumusan 19
Lampiran 20-26
Rujukan 27
Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, En. Hadi bin Mat

Dain yang telah memberi kebenaran menjalankan kajian ini sehingga

selesai. Seterusnya sekalung penghargaan buat guru mata pelajaran

Geografi Tingkatan 2 Perfect, Puan Nor Azira binti Nordin atas segala

bimbingan, nasihat dan panduan yang diberikan.

Sekalung penghargaan buat ibu bapa saya, En. Rosli bin Ahmad dan

Pn. Samsiah binti Sulaiman, juga kepada kakak dan adik-adik saya yang

banyak memberi sokongan dan galakan semasa menjalankan kerja kursus


ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan seperjuangan yang banyak memberi

sumbangan idea, bantuan dan kerjasama sepanjang menjalankan kajian ini.

Ribuan terima kasih kepada 20 orang responden terutama sekali

Penghulu Kampung Chenor En. Khairudin bin Suhadi atas segala maklumat

dan kesudian dalam memberi kerjasama sepenuhnya.

Terima kasih sekalung budi.

Pendahuluan
Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 2, murid

diwajibkan menjalankan kerja lapangan semasa cuti. Kajian ini dijalankan

selepas waktu persekolahan. Murid-murid dikehendaki memilih tema kajian

masing-masing. Tema ini berdasarkan tema-tema yang dipelajari di

Tingkatan 2.

Saya Syaza Husna binti Rosli pelajar Tingkatan 2 Perfect Sekolah

Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang telah memilih tajuk Dinamik

Penduduk, Kaitan Antara Komposisi Penduduk dengan Jenis Pekerjaan

Penduduk di Kampung Chenor, Pahang.


Saya telah memilih Kampung Chenor sebagai kawasan kajian iaitu

tempat kediaman saya. Hal ini akan memudahkan lagi saya untuk

melakukan penyelidikan dan kajian. Tambahan lagi penduduk di Kampung

Chenor adalah berbilang kaum dan mempunyai pelbagai jenis pekerjaan.

Saya diberi masa selama satu bulan untuk melengkapkan kerja kursus

Geografi ini iaitu bermula pada 14 Ogos 2009 sehingga 14 September 2009.

Folio ini berjaya saya sediakan dengan lengkapnya dalam tempoh yang

diberikan.

Objektif kajian
Memerhati dan mengkaji komposisi penduduk di Kampung Chenor.

Mengkaji jenis-jenis pekerjaan di Kampung Chenor.

Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan

di Kampung Chenor.
Kawasan
kajian

Peta kawasan kajian


Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kampung Chenor,Pahang Darul

Makmur. Pandang darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah,

kedai, jalanraya dan lain-lain lagi. Jika dari Bandar Kuantan, ibu negeri

Pahang ke Kampung Chenor mengambil masa lebih kurang satu jam

setengah bagi perjalanan menaiki kereta. Sebahagian besar dari tanah di

kawasan kajian telah diterokai manakala separuh lagi kekal sebagai kebun

atau ladang. Kampung Chenor adalah sebuah kampung yang agak besar.

Dalam Kampung Chenor terbahagi kepada beberapa buah kampung seperti,

Kg. Baru Chenor, Kg. Londang, Kg Raja, Kg. Lanting, Kg. Bukit Bota, Kg.
Bunian, Kg.Pengkalan Balai, Kg. Tanjung Memamalau, Kg. Jernih, Kg.Gaung

dan Pekan Lama Chenor.

Kampung Chenor terletak kira-kira 15 km dari Bandar Temerloh, secara

tidak langsung menyebabkan pembangunan pesat di Kampung Chenor.

Kedudukan kampung yang berada di jalan alternatif Kuantan ke Temerloh

menjadikan kampung ini tidak asing lagi kepada pengunjung yang melalui

jalan tersebut.

Walaupun kawasan ini dikenali sebagai sebuah kampung, namun ia

berbeza berikutan perkembangan kawasan setempat yang semakin pesat.

Malah Kampung Chenor menjadi tumpuan hampir 10 buah kampung yang

berdekatan berikutan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan.

Kampung Chenor juga dikenali sebagai kampung tradisi, namun setelah

berlakunya perkembangan yang pesat, kampung ini dikenali sebagai

kampung baru yang menyediakan pelbagai jenis kemudahan seperto

kemudahan pendidikan, kesihatan dan pertahanan awam.

Kaedah kajian
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa

kaedah dalam mencari dan mengumpul maklumat berkaitan dengan tajuk

kajian. Antara kaedah yang telah saya guna ialah kaedah pemerhatian,

kaedah temu bual dan kaedah rujukan.


1. Kaedah Pemerhatian-

Kaedah pemehatian telah saya gunakan semasa mengenal pasti

komposisi penduduk serta pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan

penduduk Kampung Chenor.

2. Kaedah Temu bual-

Semasa menjalankan kajian, saya menemu bual 20 orang

responden yang terdiri daripada pelbagai kaum. Soalan-soalan

yang dikemukakan adalah seperti yang disediakan di dalam

lampiran.

3. Kaedah Rujukan-

Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian, saya

telah menggunakan kaedah rujukan ke perpustakaan dan

internet. Saya memperoleh segala maklumat yang dikehendaki

tentang komposisi penduduk serta pekerjaan di kawasan kajian

menerusi kaedah ini. Dengan adanya kemudahan perpustakaan

yang lengkap, saya dapat mencari maklumat dengan cepat dan

selesa. Penggunaan internet yang berkelajuan tinggi juga,

membantu dalam mencari maklumat yang lebih luas dan jelas.


Hasil
kajian

Jadual komposisi penduduk Kampung Chenor.

Bangsa Bilanga
n
Melayu 14
Cina 4
India 1
Lain-lain 1

Komposisi penduduk Kampung Chenor

Komposisi penduduk Kampung Chenor, Pahang

Menurut perangkaan Pejabat Daerah Maran sehingga 2005, jumlah

penduduk di Kampung Chenor seramai 1779 orang. Majoriti daripada

penduduk kampung di sini berbangsa Melayu diikuti dengan bangsa Cina

dan seterusnya bangsa lain seperti India, Tahiland dan Filifina. Komposisi

penduduk mengikut bangsa berdasarkan peratus ialah 96 peratus bangsa

Melayu, tiga peratus bangsa Cina, 0.5 peratus bangsa India dan 0.5 peratus

lagi bangsa Filifina. Sebanyak 14 orang daripada 20 orang responden yang

ditemu bual adalah berbangsa Melayu, empat orang berbangsa Cina,


seorang berbangsa India dan seorang berbangsa Filifina. Pn. Nor Azila binti

Abdullah adalah bangsa Filifina yang menganut agama Islam selepas

berkahwin.

Mengikut komposisi peratusan umur pula, golongan umur di bawah 20 tahun ialah

sebanyak 47 peratus. Manakala 21 hingga 40 tahun ialah sebanyak 24 peratus. Bagi

masyarakat kampung yang berumur 41 hingga 60 tahun pula sebanyak 26 peratus. Jumlah

peratusan yang paling rendah ialah golongan warga emas yang berumur 61 tahun ke

atas. Berdasarkan responden yang ditemu bual jumlah golongan umur bawah

20 tahun adalah seorang. Hal ini adalah disebabkan kebanyakan penduduk

yang berumur bawah daripada 20 tahun masih bersekolah dan

menyambung pelajaran di kolej atau universiti. Manakala penduduk yang

berumur 21 hingga 40 tahun ialah seramai 12 orang. Bagi masyarakat

kampung yang berumur 41 hingga 60 tahun adalah enam orang dan

seorang bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Di sini saya dapat simpulkan bahawa penduduk di Kampung Chenor

terdiri daripada pelbagai komposisi penduduk samada daripada segi bangsa

dan umur.

Jadual jenis pekerjaan penduduk Kampung Chenor

Jenis Bilangan

pekerjaan
Sektor 10

kerajaan
Persendirian 8
Tidak bekerja 2
Jenis pekerjaan penduduk Kampung Chenor, Pahang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan melalui kaedah temu bual dan

rujukan ke perpustakaan dan internet, saya dapati majoriti penduduk

Kampung Chenor bekerja dengan kerajaan kerana faktor kedudukan Bandar

Maran dan Bandar Temerloh yang berhampiran dengan Kampung Chenor

yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung

Chenor.

Hanya segelintir penduduk yang menjalankan aktiviti penternakan, pertanian,

perniagaan dan juga perikanan. Penduduk memperoleh bantuan daripada badan kerajaan,

antaranya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Selain bantuan

kewangan kepada petani dan peladang, RISDA turut membuka peluang kepada masyarakat

kampung yang ingin menjalankan perniagaan. Selain itu kemudahan kesihatanan,

pendidikan danJabatan Perkhidmatan Awam(JPA) menambah peluang

pekerjaan penduduk di Kampung Chenor.

Berdasarkan responden yang ditemu bual terdapat sepuluh orang

yang bekerja dengan sektor kerajaan, lapan orang melakukan kerja secara
persendirian dan dua orang menjadi suri rumah.Contoh pekerjaan dengan

sektor kerajaan ialah polis, guru, doktor di klinik kerajaan dan juga Jabatan

Perkhidmatan Awam(JPA). Contoh pekerjaan secara persendirian ialah

peniaga, pengusaha ladang, nelayan dan penoreh getah.

Kaitan anatara komposisi penduduk dengan pekerjaan di Kampung

Chenor.

Sepertimana yang dinyatakan penduduk Kampung Chenor, Pahang

terdiri daripada berbilang kaum dan jenis pekerjaan di Kampung Chenor

adalah pelbagai. Secara tidak langsung, satu kesimpulan boleh dibuat iaitu

jenis pekerjaan di Kampung Chenor dipengaruhi oleh komposisi penduduk.

14 orang responden yang berbangsa Melayu bekerja dalam pelbagai jenis

bidang. Kebanyakan daripada mereka bekerja dengan sektor kerajaan. Bagi

dua orang responden berbangsa Cina yang ditemu bual bekerja sebagai

peniaga di kedai runcit. Manakala dua orang lagi responden berbangsa Cina

bekerja dengan sektor kerajaan iaitu Ho Kah Chung sebagai guru dan Tan Ah

Kwee sebagai doktor. Kebanyakan daripada penduduk Kampung Chenor

yang berbangsa India hanya bekerja sebagai penoreh getah di ladang hak

milik penduduk asal di sini. Sebagai contoh ialah Pointgavana

Guvindassami@siga bekerja sebagai penoreh getah. Bagi Pn. Nor Azila binti

Abdullah yang berasal dari Filifina, beliau bekerja sebagai pembantu di


sebuah kedai runcit. Kebanyakan penduduk Kampung Chenor yang

mempunyai taraf pendidikan rendah bekerja mengikut kemahiran masing-

masing.

Golongan belia merupakan penjana kepada sesebuah komuniti

kampung. Walaupun bilangan belia ramai, namun kebanyakan mereka lebih

berminat untuk bekerja luar dari kawasan kampung. Kedudukan Bandar

Temerloh dan juga Bandar Maran yang menyediakan pelbagai peluang

pekerjaan membantu golongan belia mencari sumber pendapatan selain

mengusahakan pekerjaan kampung. Terdapat juga golongan belia yang

bekerja di bengkel-bengkel kenderaan yang terdapat di Kampung Chenor

seperti Bengkel Pak Ngah.

Bagi golongan tua, kebanyakan mereka hanya duduk berehat di

rumah. Faktor umur yang meningkat tua dan juga penyakit-penyakit tua

yang dihidapi oleh golongan tua menggalakkan mereka duduk berehat di

rumah. Namun begitu, mereka mencari sumber pendapatan dengan

memberi upah kepada penduduk kampung dalam mengusahakan tanah

milik mereka yang ditanam dengan getah, kelapa sawit atau sayur-sayuran.

Keuntungan akan dibahagikan sama rata di antara pemilik dan pekerja.

Arus kemajuan kampung ini tidak sedikit pun menghalang masyarakat kampung untuk

bersatu padu. Malah hubungan erat masih diwujudkan dalam komuniti kampung.
Tajuk:

Jadual 20 orang responden yang ditemubual mengenai komposisi

penduduk dan pekerjaan di Kampung Chenor.

Bil Nama Responden Bangsa Pekerjaan yang Um

dilakukan ur

responden
1- Siti Hawa binti Zakaria Melayu Penoreh getah 36

2- Kosnan bin Abu Melayu Peniaga kedai runcit 54


3- Mohd Irwan bin Harun Melayu Polis 28
4- Sapinah binti Mohamad Melayu Suri rumah 60
5- Mohd Najib bin Sulong Melayu Nelayan dan penjual 47

di pasar
6- Mohd Syahir bin Ahmad Melayu Polis 35
7- Yok Fok Onn Cina Peniaga kedai runcit 39
8- Pointgavana India Penoreh getah 47

Guvindassami@siga
9- Nor Janah binti Abu Samah Melayu Pembantu 28
Pentadbiran JPA
Chenor
10- Shariah binti Sulaiman Melayu Guru 31
11- Rosnani binti Harun Melayu Guru 29
12- Cheng Tan Lee Cina Peniaga kedai runcit 50
13- Nor Azila binti Abdullah Filifina Pembantu kedai 24

runcit
14- Rahman bin Kosnan Melayu Guru 43
15- Ho Kah Chung Cina Guru 37
16- Zaki bin Zakaria Melayu Doktor 34
17- Zalilah binti Zainon Melayu Jururawat 23
18- Mastura binti Mat Isa Melayu Pembantu gerai 19

makan
19- Zabedah binti Omar Melayu Suri Rumah 75
20- Tan Ah Kwee Cina Doktor 36

Sumber: Temu bual 20 orang responden, rujukan ke perpustakaan

dan internet dan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan di

Kampung Chenor.
Jadual penduduk Kampung Chenor yang bekerja mengikut jantina

Jantina Bekerja Tidak bekerja


Lelaki 10 0
Perempuan 8 2

Penduduk Kampung Chenor yang bekerja mengikut


jantina

Keputusan penduduk Kampung Chenor yang bekerja mengikut

jantina.

Berdasarkan graf yang dinyatakan di atas, terbukti bahawa kaum

lelaki di Kampung Chenor lebih banyak keluar bekerja berbanding dengan

kaum wanita. Hal ini adalah disebabakan Kampung Chenor masih lagi

mengamalkan serba sedikit adat tradisi yang menggalakkan kaum wanita

menjadi suri rumah atau dengan lebih terperinci lagi kaum wanita

diperlukan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas

rumah dan sebagainya. Kebanyakan daripada kaum wanita yang bekerja


adalah disebabkan keadaan hidup yang susah atau lebih jelas lagi dikatakan

sebagai miskin. Bagi penduduk yang berada dalam situasi berikut, kaum

wanita dipaksa bekerja bagi menambah pendapatan untuk menampung

kehidupan mereka sekeluarga. Penduduk yang berada dalam keadaan

miskin kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah atau pembantu di

kedai-kedai runcit atau pasar. Bagi penduduk yang tidak mempunyai

masalah tersebut, kaum lelaki lebih diutamakan untuk bekerja. Tetapi bukan

kesemua penduduk Kampung Chenor begitu, masih ada kaum wanita yang

bekerja walaupun taraf kehidupan mereka senang. Bagi golongan yang

seperti ini, perkara yang menyebabkan taraf pendidikan segelintir kaum

wanita di Kampung Chenor tinggi. Faktor inilah yang mendorong kepada

sebilangan kecil kaum wanita di kampung ini bekerja. Selalunya penduduk di

Kampung Chenor yang mempunyai taraf pendidikan hidup yang tinggi

bekerja dengan sektor kerajaan seperti guru, polis dan doktor.

Jadual pendapat 20 orang responden tentang kaitan antara

komposisi penduduk dengan pekerjaan penduduk.

Pendapat responden Jumlah


Memuaskan 14
Tidak memuaskan 6
Pendapat responden tentang kaitan antara komposisi penduduk

dengan pekerjaan penduduk Kampung Chenor.

Sebilangan besar daripada responden berpendapat bahawa kaitan

atara komposisi penduduk Kampung Chenor dengan pekerjaan penduduk

memuaskan hati mereka. Hampir kesemua daripada respoden yang berpuas

hati mempunyai alasan yang hampir sama. Antara alasan yang diberikan

ialah walaupun Kampung Chenor mempunyai berbilang kaum dan umur,

namun segala pekerjaan dilakukan tanpa mengira bangsa dan umur.

Kerjasama yang diberikan amat membanggakan. Ada juga yang

berpendapat bahawa penduduk Kampung Chenor bekerja mengikut bidang

kemahiran masing. Hal ini amat bagus kerana segala pekerjaan berjalan

dengan lancar.

Segelintir responden juga memberi pendapat bahawa kaitan antara

komposisi penduduk dengan pekerjaan penduduk di Kampung Chenor tidak

memuaskan. Hal ini kerana jika penduduk bekerja mengikut kemahiran

masing-masing sampai bilakah mereka akan belajar pekerjaan baru. Jika

kerja-kerja kampung banyak diberikan kepada golongan orang-orang tua,


bilakah masanya golongan belia mahu belajar bekerja kampung. Kalau

mengikut logiknya kebanyakan golongan belia di sini akan mewarisi tanah

pusaka ibu dan bapa mereka. Jadi wajarlah jika golongan belia juga

diperlukan untuk melakukan kerja kampung. Itu adalah antara persoalan

yang diajukan dan penyataan bagi enam orang responden yang

berpendapat kaitan anatara komposisi penduduk dengan pekerjaan

penduduk tidak memuaskan.

Bagi saya pula semua alasan yang diberikan di atas adalah logik.

Setiap perkara itu tetap ada kelemahannya dan kekuatannya.

Rumusan
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan

bahawa Kampung Chenor mempunyai pelbagai komposisi penduduk dan

pekerjaan. Pekerjaan amat diperlukan bagi menampung kehidupan seharian

penduduk di sini.

Melalui kajian yang saya jalankan di Kampung Chenor dengan

kerjasama 20 orang responden, saya dapati kebanyakan golongan muda

bekerja di dalam sektor kerajaan. Walaubagaimanapun ada juga golongan

muda yang bekerja secara persendirian. Faktor yang mempengaruhi

pekerjaan penduduk di Kampung Chenor adalah seperti komposisi penduduk

yang pelbagai. Selain itu merujuk kepada semua pandangan responden-

responden tentang kaitan antara komposisi penduduk dengan pekerjaan


penduduk, lebih kurang 70% daripada mereka berpuas hati dan 30% kurang

berpuas hati.

Penduduk Kampung Chenor hidup dalam keadaan harmoni dan saling

bantu- membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia

dapat bersama dan bersatu dalam satu negara yang aman damai

seterusnya menuju ke arah wawasan 2020. Ini adalah peringkat pertama

bagi memajukan ekonomi di negara kita.

Saya juga sangat gembira kerana dapat menjalankan kajian ini di

samping merapatkan hubungan antara saya dan penduduk di sini dan juga

menambah pengetahuan am saya tentang Kampung Chenor.

Lampiran
Galeri gambar

Penebar roti canai Tukang jahit


Posmen di Pejabat Pos Penghantar tong

gas

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH

28010 TEMERLOH

NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Borang Temu Bual/ Soal Selidik

Nama :

Umur :
Jantina:

Kaum :

Jenis Pekerjaan:

Jenis Pekerjaan Tandakan ( ) Nama Pekerjaan

Kerajaan  Guru
Swasta
Sendiri

Pendapat tentang komposisi penduduk dan pekerjaan penduduk di


Kampung Chenor,

Rujukan
Buku-buku ilimiah

Buku Teks :

 Nama Pengarang : Latifah binti Mahfod

Shamsiah binti Ahmad

Buku rujukan Nexus Vista (Geografi)

 Nama Pengarang : Chong Mui Seng


Perpustakaan Awan Chenor

Internet: Alamat Laman Web

 www.yahoo.com

 www.google.com

 www.scibd.com

 ekampung.pahang.com.my

You might also like