You are on page 1of 2

BAHAGIAN B Soalan 4 Esei Perbandingan : Antara Samsung Galaxy Note 3 dan Sony Xperia Z Ultra

Pernahkan anda mendengar istilah phablet? Phablet ialah sejenis gajet yang lebih besar daripada telefon pintar tetapi lebih kecil daripada tablet. Gajet ini sangat popular dewasa ini kerana saiz skrinnya yang lebih besar daripada telefon pintar biasa yang mana ini kan memudahkan pengguna menggunakan papan kekunci yang agak kecil pada skrin sesentuh. Berbanding tablet yang bersaiz besar phablet memang sangat sesuai digunakan kerana saiznya yang mudah dibawa khususnya bagi pengguna lelaki yang rata-rata lebih suka menyimpan telefon mereka di dalam poket bila ke manamana. Bagi pengguan wanita pula tidak banyak masalah akan timbul kerana phablet boleh dimuatkan ke dalam beg tangan mereka.

Bagi mereka yang yang sedang mencari-cari phablet yang sesuai mengikut kehendak masing-masing, di pasaran kini terdapat dua jenis phablet yang sangat popular di kalangan pengguna. Phablet tersebut ialah Samsung Galaxy Note 3 dan Sony Xperia Z Ultra. Antara banding beza yang boleh dilihat di antara dua produk ini ialah dari segi reka bentuk kedua-duanya. Bahagian luaran Sony Xperia Z Ultra direka bentuk menggunakan bahan yang tidak digunakan pada mana-mana bahagian luaran telefon pintar yang lain iaitu ia diperbuat daripada bahan kalis air dan debu (IP58 certified). Dengan adanya kemampuan ini pengguna tidak perlu gusar atau ragu apabila terpaksa membawa gajet mereka meredah hujan lebat ataupun melakukan aktiviti air. Sungguhpun begitu begitu Samsung Galaxy Note 3 juga memiliki kelebihan yang tiada pada Sony Xperia Z Ultra iaitu S-Pen. Samsung Galaxy Note 3 direka bentuk dengan ruangan kecil untuk menyelitkan S-Pen. S-pen boleh digunakan untuk banyak tujuan seperti menulis teks, mengambil gambar, melayari internet dan seumpamanya tanpa melekatkan jari pada skrin. Ia juga akan menjadi satu pengalaman berbeza berbanding pengguna gajet jenama lain.

Selain daripada reka bentuk yang menarik, para pengguna juga menitik beratkan tentang skrin sesuatu gajet. Skrin amat penting kerana selain untuk melihat paparan ia juga berfungsi sebagai papan sentuh utama yang akan memboleh pengguna melakukan aktiviti seperti mendail telefon, mencari lokasi, memilih lagu dan seumpamanya. Skrin Samsung Galaxy Note 3 diperbuat daripada bahan berteknologi iaitu Super Amold berukuran 5.7 inci dengan resolusi full HD 1920x1080 pixel. Manakala skrin Sony Xperia Z Ultra pula di perbuat daripada Trimulinos dan X-Reality Engine. Sebagai maklumat tambahan, Trimulinos dan X-Reality Engine merupakan teknologi yang di guna pakai di dalam menghasilkan Skrin televisyen keluaran Sony yang mana paparan skrin jenis ini menghasilkan gamut warna 50% lebih baik daripada skrin jenis lain. Oleh yang demikian dengan resolusi full HD 1920 x 1080 pixel Sony Xperia Z ultra menawarkan paparan yang lebih menarik dan jelas di sokong pula dengan skrin 6.4 inci yang lebih besar berbanding Samsung Galaxy Note 3.

Tidak semestinya persaingan dalam pemasaran hanya mewujudkan perbezaa, sebenarnya kedua-dua gajet ini mempunyai persamaan dari segi prestasi dan persembahan. Untuk menghasilkan gajet

berkuasa tinggi kedua-dua gajet ini dilengkapi dengan pemproses data CPU Quad Core Snapdragon 800 yang kemampuannya sudah tidak diragui lagi. Dari segi grafik pula kedua-dua gajet ini Samsung Galaxy Note 3 dan Sony Xperia Z Ultra menggunakan GPU Andreno 330 untuk kepuasan pengguna bermain game dan grafik lainnya.

Yang mana satukah idaman kalbu? Galaxy Note 3 atau Sony Z Ultra? Sony Xperia Z Ultra dengan kemampuan kalis air dan debu adalah sangat sesuai bagi mereka yang memiliki kegiatan luar. Sedangkan bagi mereka yang gemar dengan aktiviti-aktiviti kreatif, S-Pen pada Samsung Galaxy Note 3 akan membuat pengguna mampu duduk berjam-jam dengan phablet ini. Skrin Sony Xperia Z Ultra yang lebih besar ditambah teknologi barunya, memberikan pengguna pengalaman baru yang memuaskan dalam menikmati hiburan seperti menonton video HD, bermain game atau sekadar melayari internet. Sementara galaxy Note 3 memiliki skrin yang sudah biasa digunakan pada gadget Android lain.

Demikianlah perbandingan dan persamaan phablet popular masa kini iaitu Sony Xperia Z Ultra dan Samsung Galaxy Note 3 yang sedang hangat di pasaran sekarang. Pilihlah yang masa sesuai dengan diri masing-masing kerana melakukan pilihan dengan ilmu dan pengetahuan yang tepat akan mengelakkan kita daripada penyesalan.

Rujukan;

http://www.portalponsel.com/samsung-galaxy-s3-vs-sony-xperia-z/ http://m.gopego.com/news_details.php?url=perbandingan-singkat-samsung-galaxy-note-3-vs-sonyxperia-z-ultra