You are on page 1of 2

LAPORAN LESSON STUDY PANITIA BAHASA INGGERIS 2013 SJK (T) LADANG MIDLANDS.

Lesson study telah dilaksanakan pada . Lesson study ini bertujuan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk yang sukar diajar dan difahami oleh murid. Semua guru Bahasa Inggeris terlibat sama dalam Lesson study. Dalam mesyuarat pertama, sebuah jadual pelaksanaan tugas telah dibuat. Berdasarkan jadual tersebut, guruguru berbincang untuk mengenal pasti topik tahun empat yang akan diajar. Guru-guru juga telah berbincang untuk menyediakan sebuah rancangan pengajaran berserta bahan bantu mengajar yang sesuai.Pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh Puan Sivasangari dan dipantau oleh guru-guru yang lain. Analisis dijalankan dan komen-komen yang membina diberikan. Setiap guru menulis refleksi. Perancangan lesson study yang teliti telah membantu menyenangkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan bahan bantu mengajar juga sesuai, efektif dan memenuhi keperluan murid. Teknik yang digunakan sesuai. Kesilapan konsep dalam kalangan murid dikenal pasti dan dapat dibetulkan. Dua mesyuarat telah diadakan bagi merancang dan melaksanakan lesson study ini.

Guru- guru Bahasa Inggeris bermesyuarat

Pantauan oleh guru-guru Bahasa Inggeris semasa PdP

Semasa Pengajaran dan pembelajaran ( PdP)

Pelaksanaan Lesson Study

Aktiviti yang menarik dirancang dan dilaksanakan.

Bahan bantu mengajar yang digunakan.

Disediakan oleh, _____________________ Cik Vathzala Krishnasamy Ketua Panitia

Disahkan oleh, _____________________ Cik Prahadambal Penolong Kanan Kurikulum