You are on page 1of 1

Proses Fotosintesis

Mei

20

1.Fotosintesis merupakan proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air, dan tenaga cahaya matahari. 2.Proses ini berlaku dalam kloroplas. Kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dinamakan klorofil. Pigmen klorofil berfungsi untuk memerangkap tenaga cahaya daripada matahari. 2. Proses fotosintesis terdiri daripada 2 peringkat iaitu: -Tindakbalas cahaya -Tindakbalas gelap 3. Tindakbalas cahaya memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas. Tenaga cahaya yang diserap memecahkan molekul air untuk menghasilkan molekul oksigen dan atom hidrogen. 4. Tindakbalas gelap berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas dan biasa terdiri daripada beberapa turutan tindakbaals yang dinamakan Kitar Calvin. 5.Kadarfotosintesis dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keamatan cahaya, gelombang cahaya, dan suhu.

About these ads