You are on page 1of 2

Mac 2013

Bugis Sabah
Imprin: Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012 Mukasurat : 210
Lokasi Buku: Pusat Sumber KPKK (KOMSAS)

Sabah mempunyai kepelbagaian etnik yang menjadikannya unik serta kaya dengan khazanah budaya dan warisan. Bugis Sabah adalah antara etnik yang terdapat di negeri ini. Kebanyakan daripada mereka menempati di daerah-daerah seperti Tawau, Semporna dan Sandakan. Sabah sangat kaya dengan kebudayaan dan kesenian alam serta khazanah penduduk asalnya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum. Naskhah ini ialah satu judul daripada Siri Etnik Sabah yang khusus membicarakan Bugis Sabah. Orang Bugis yang berasal dari Sulawesi, Indonesia merupakan salah satu rumpun Melayu yang terdapat di Nusantara. Pada hari ini, orang Bugis boleh ditemui di pelbagai kawasan lain dunia seperti Singapura, Malaysia dan di Eropah. Di Semenanjung Malaysia, orang Bugis telah menetap di negeri Johor, Selangor, Perak, dan Terengganu semenjak zaman Kesultanan Melayu dan proses kemerdekaan negara. Sebagaimana masyarakat Melayu lain, masyarakat Bugis di Semenanjung Malaysia dan Singapura dikenali sebagai Melayu dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu. Di Kepulauan Borneo khususnya di Sabah, majoriti orang Bugis menempati daerahdaerah di Pantai Timur Sabah seperti daerah Tawau, Sandakan, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Kini mereka juga menduduki bandar Kota Kinabalu, Keningau dan Kundasang, bergantung pada kegiatan ekonomi yang dijalankan mereka. Kehadiran orang Bugis di Sabah menambahkan kepelbagaian etnik di negeri tersebut. Kesannya

telah menyumbang kepada pertambahan dan kepelbagaian daripada aspek budaya dan warisan masyarakat setempat. Untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan masyarakat Bugis di Sabah, bacalah buku ini dibahagi kepada beberapa bab seperti: Bab 1 - Pengenalan Orang Bugis Sabah Bab 2 - Penghijrahan dan Perkembangan Masyarakat Bugis Sabah Bab 3 - Organisasi Sosial dan Sistem Kekerabatan Bab 4 - Kitaran Hidup Bab 5 - Budaya Benda dan Bukan Benda Bab 6 - Makanan dan Hidangan Bab 7 - Pendidikan dan Kegiatan Ekonomi Bab 8- Konsep Sisi dan Pesse (Paccei) Sebagai Pandangan Hidup (Worldview) Bab 9 - Penutup: Isu, Cabaran dan Hala Tuju

Rumusan untuk keseluruhan buku ini memberikan beberapa alternatif terhadap hala tuju dan cabaran yang perlu dihadapi etnik Bugis di Sabah.