P. 1
Jenis-jenis Soket Cpu

Jenis-jenis Soket Cpu

|Views: 2,129|Likes:
Published by Shares_Together

More info:

Published by: Shares_Together on Aug 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Jenis Soket CPU untuk PC

28Ogos – Artikel dicipta. 28Ogos – New Header digunakan.

Soket CPU (Central Processing Unit), juga dikenali dengan nama ZIF (Zero Insertion Force) soket, dan juga dikenali dengan pelbagai nama lain mengikut padanan CPU , merupakan suatu penyambung antara CPU dan motherboard.

Contoh soket CPU Intel Pentium 4 PGA 478 Soket CPU biasanya berbentuk segiempat bewarna putih, seperti dalam gambar. Pada suatu bahagian tepi soket, terdapat tuil yang digunakan untuk menetapkan atau menanggalkan CPU dari soket. Soket CPU masakini direka mengikut PGA (Pin Gid Array) Architecture, dan terdiri daripada pelbagai jenis mengikut padanan. Misalnya, soket A adalah untuk CPU AMD Athlon dan Sempron, soket 478 untuk CPU Intel yang mempunyai L2 Cache 512Kb dan ke bawah. Syarikat pengeluar CPU Intel telah mengeluarkan CPU soket mengikut rekabentuk yang dinamakan LGA (Land Grid Array) Architecture. Secara ringkas: PGA - Pin CPU (atau kaki komponen CPU, seperti kaki pada perintang) terletak pada CPU itu sendiri LGA - Tiada pin di CPU, sebaliknya pin terletak pada soket CPU. Berikut merupakan beberapa jenis soket CPU masakini (sehingga tarikh artikel ini ditulis) yang boleh didapati pada pelbagai motherboard. Soket 478 – Untuk Intel Celeron dan Intel Pentium 4 Soket LGA 775 – Untuk CPU Intel Pentium 4 (Codenamed Prescott; iaitu CPU generasi terbaru dari famili Pentium 4 yang menggunakan rekabentuk terbaru LGA) Soket A – Untuk AMD Athlon, AthlonXP, Sempron dan Duron. Soket 754 -Untuk AMD Sempron dengar PR rating 2800 ke atas dan AMD Athlon64 yang bereka bentuk PGA 754. Soket 939 - AMD Athlon64 yang bereka bentuk PGA 939. Selain dari apa yang disebutkan di atas, terdapat banyak lagi jenis soket untuk CPU lama dan anda tidak mungkin dapat melihatnya pada motherboard terkini. Contohnya soket 423, 370, 8, 7, 6, 463 dan lain-lain.

Untuk laptop: Soket 479 (Intel Centrino) dan 563 (AthlonXP Mobile)

Front Side Bus (FSB), Level 2 dan Level 3 Cache

Front Side Bus merupakan salah satu dari computer bus, dan ia merupakan data bus bagi sesebuah CPU. Bus ini membawa data dan maklumat dari CPU ke lain-lain hardware seperti hard disk, RAM, dan computer bus lain seperti USB, PCI dan sebagainya. Bus moden masakini menjadi laluan ‘tulang belakang’ antara CPU dan chipset pada motherboard iaitu northbridge dan southbridge. Apabila menyebut mengenai Front Side Bus speed (atau FSB) ia sebenarnya merujuk kepada kelajuan CPU berinteraksi dengan RAM dan peripheral lain dalam sesuatu sistem komputer, contohnya 66Mhz, 100Mhz, 133Mhz sehingga melebihi 1000Mhz. Konfigurasi antara FSB dan clock multiplier pada CPU menentukan kelajuan sesuatu CPU. Katakan CPU komputer anda beroperasi pada 800Mhz, maka kemungkinan CPU anda beroperasi pada FSB sebanyak 100Mhz, dan clock multiplier diset pada 8. Makakelajuan CPU ialah 100Mhz didarab dengan 8 menghasilkan 800Mhz. Dengan memanipulasi clock multiplier dan FSB, maka anda boleh melakukan ‘overclock’ pada sistem komputer anda, iaitu menginjak naikkan kelajuan CPU anda dari kelajuan asal yang ditetapkan oleh kilang. Perubahan konfigurasi ini boleh dilakukan pada menu BIOS pada setiap sistem komputer. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak syarikat pengeluar tidak lagi membenarkan overclock dengan mengunci/lock fungsi clock multiplier dari diubah pengguna. Overclock tanpa pengetahuan yang cukup mengenai spesifikasi motherboard dan CPU boleh menyebabkan kerosakan pada salah satu atau kedua-dua komponen tersebut. Level Cache (L2 dan L3 cache) CPU terkini kebanyakannya mempunyai L2 cache dan L3 cache yang disambungkan ke CPU melalui back side bus. Kelebihan Level cache adalah akses ke memori oleh CPU adalah lebih pantas berbanding dengan melalui FSB.

Spesifikasi dan Code Name CPU Intel
Berikut merupakan antara senarai spesifikasi CPU Intel beserta spesifikasinya Code name bagi CPU dari famili Intel Pentium 4 Willamette (Pentium 4 1.3GHz – 2.0GHz, L2 Cache 256KB) Northwood (Pentium 4 A, 1.6GHz – 3.0Ghz, L2 Cache 512KB) Northwood (Pentium 4 B & C, 1.6GHz – 3.0Ghz, L2 Cache 512KB, Hyper Threading) Prescott (Pentium 4 A & E , 2.8GHz – 3.8 GHz, L2 Cache 1MB, Hyper Threading) Prescott (Pentium 4 F , 3.2GHz – 3.8 GHz, L2 Cache 1MB, Hyper Threading, EMT 64T) Prescott (Pentium 4 600 Series, 2.8GHz -3.8GHz, L2 Cache 2MB, Hyper Threading, EMT 64T, speedstep) Gallatin (Pentium 4 Extreme Edition, 3.2GHz – 3.4GHz, L2 Cache 512 KB, L3 Cache 1MB, Hyper Threading) Prestonia (Pentium 4 Extreme Edition 3.2GHz) Smithfield (Pentium D, 2.8GHz – 3.2GHz, Shared L2 Cache 2MB, EMT 64T, Dual Core) Code name bagi CPU dari famili Intel Pentium III Katmai (Pentium III 450MHz – 600MHz, L2 Cache 512KB, Slot 1) Coppermine (Pentium III 550MHz – 1133MHz, L2 Cache 256KB, Slot1, & Socket 370) Tualatin (Pentium III 1.0GHz – 1.4GHz, L2 Cache 256KB & 512KB, Socket 370) Code name bagi CPU dari famili Intel Pentium M / Centrino Banias (Pentium M 1.3GHz – 1.7 GHz, L2 Cache 1MB) Dothan (Pentium M 1.5 GHz – 2.1GHz) Yonah (Pentium M 2.13Ghz, L2 Cache 2MB)

Spesifikasi dan Code Name CPU AMD

Berikut merupakan antara senarai spesifikasi CPU AMD beserta spesifikasinya Code name bagi CPU dari famili AMD Athlon Argon (Athlon 500 – 700, 500Mhz – 750Mhz, L2 Cache 512KB) Pluto/Orion (Athlon 550 -1000, 550Mhz -1000Mhz, L2 Cache 512KB) Thunderbird (Athlon 650 – 1400B, 650Mhz – 1400Mhz, L2 Cache 256KB) Code name bagi CPU dari famili AMD Athlon XP Palomino (Athlon XP 1500+ – 2100+, L2 Cache 256KB) Thoroughbred A/B ( Athlon XP 1600+ – 3100+, L2 Cache 256KB) Thorton (Athlon XP 2000+ – 2600+, L2 Cache 256KB) Barton (Athlon XP 2500+ – 3200+, L2 Cache 512KB)

Code name bagi CPU dari famili AMD Sempron Thoroughbred B (Sempron 2200+ – 2800+, L2 Cache 256KB, Socket A) Barton (Sempron 3000+, L2 Cache 512KB, Socket A) Paris (Sempron 3000+ – 3100+, L2 Cache 128KB & 256KB, Socket 754, Hyper Transport) Palermo ( Sempron 2500+ – 3300+, L2 Cache 128KB & 256KB, Socket 754, Hyper Transport) Lain-lain codename bagi pelbagai CPU Mobile Sempron (digunakan pada laptop): Dublin , Georgetown , Sonora. (Mobile Sempron Socket 754, Hyper Transport) Code name bagi CPU dari famili AMD 64 ClawHammer ( Athlon 64 2800+ – 4000+, L2 cache 512KB & 1MB, Socket 754 & 939, Hyper Transport) Newcastle ( Athlon 64 2800+ – 3800+, L2 Cache 256KB & 512KB, Socket 754 & 939 , Hyper Transport) Winchester ( Athlon 64 1800+ – 2200+, L2 Cache 512KB, Socket 939 , Hyper Transport) Venice ( Athlon 64 1800+ – 2400+, L2 Cache 512KB, Socket 939 , Hyper Transport) San Diego ( Athlon 64 2200+ – 2400+, L2 Cache 512KB & 1MB, Socket 939 , Hyper Transport) Code name bagi CPU dari famili AMD 64 FX SledgeHammer ( Athlon 64 FX 2200+ – 2400+, L2 cache 1MB, Socket 940, Hyper Transport) ClawHammer ( Athlon 64 FX 2400+ – 2600+, L2 cache 1MB, Socket 939, Hyper Transport) San Diego ( Athlon 64 FX 2600+ – 2800+, L2 cache 1MB, Socket 939, Hyper Transport) Code name bagi CPU dari famili AMD 64 X2 (Dual Core) Manchester ( Athlon 64 X2 2200+ – 2400+, L2 cache 2 x 512KB, Socket 939, Hyper Transport) Toledo (Athlon 64 X2 2200+ – 2400+, L2 cache 2 x 1MB, Socket 939, Hyper Transport) Lain-lain codename bagi pelbagai CPU Mobile Athlon 64 (digunakan pada laptop):

Clawhammer, Odessa, Oakville (Athlon 64, L2 Cache 512Kb – 1MB, Hyper Transport)

IKLAN Reunion dan Alumni SMK Junjong..

:

Bekas Pelajar SMK Junjong, sila layari www.hasrilhusni.com/smkjunjong .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->