(PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS

)
JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN
“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGATI DEFINISI – DEFINISI FIZIK MELALUI KAEDAH KAD IMBASAN”

MUHAMAD NAZRI BIN SAMSUDIN L20122009554 851229-06-5239 (Profesor Madya Dr. Amir Hasan Dawi)

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

“Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Oleh: Muhamad Nazri Bin Samsudin SMA al-Maidah Addiniah Padang Tengku 27200 Kuala Lipis

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mereka menjawab soalan-soalan Fizik SPM. Seramai 23 orang pelajar dari kelas 5 Ulum terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian terarah kepada soalan berbentuk definisi definisi dalam kertas 2 Fizik SPM. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menjawab soalan aras pengetahuan ini keran tidak menghafal definisi-definisi fizik. Bagi mengatasi masalah ini, para pelajar diperkenalkan dengan teknik belajar menggunakan kad imbasan atau lebih dikenali sebagai “Flash Card”. Hasil dapatan kajian ini, pelajar dapat menjawab soalan tersebut dengan sistematik, cekap dan mudah.

ABSTRACT This research is carried out to overcome problems faced by the student when answering Fizik SPM questions. A total of 23 students from class 5 Ulum involved in this research. The focus of this research is on definition shaped question in paper 2 Fizik SPM. Finding of survey shows student has no skill that is sufficient to answer this knowledge level questions as a result not memorize physics definitions. To overcome this problem, students made acquainted with technique learn using Flash Card or better known as "Kad Imbasan". Results show that the students can answer definition type of questions with systematic, efficient and easily

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

i

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

ISI KANDUNGAN
BIL 1.0 2.0 3.0 REFLEKSI PdP TERDAHULU ISU KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN 3.1 3.2 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 Objektif umum: Objektif khusus: TOPIK m/s 1 1 2 2 2 3 3 3 5 6 6 6 7 7 8 8 11 13 14

SOALAN KAJIAN KEPENTINGAN KAJIAN TINJAUAN LITERASI MODEL KAJIAN TINDAKAN KAEDAH / TEKNIK 8.1 8.2 Kumpulan sasaran Perlaksanaan Kajian / Instrumen Kajian

9.0

JADUAL PELAKSANAAN

10.0 KOS KAJIAN 11.0 ANALISIS 12.0 TINDAKAN 13.0 REFLEKSI 14.0 KESIMPULAN 15.0 SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN A B C D E Soalan Berbentuk Definisi (Ujian Pra) Soalan Berbentuk Definisi (Ujian Pasca) Analisis Data Pemerhatian (Ujian Pra & Ujian Pasca) Borang Soal Selidik Contoh Kad Imbasan

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

ii

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

1.0

REFLEKSI PdP TERDAHULU Matapelajaran Fizik di dalam KBSM merupakan matapelajaran yang wajib

diambil bagi para pelajar yang mengikuti aliran sains tulen. Tujuan utama matapelajaran fizik diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dan menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi di Malaysia. Matapelajaran fizik amat penting kepada pelajar yang berhasrat meneruskan pelajaran ke bidang sains dan teknologi. Merujuk kepada format soalan Fizik Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, definisi berkaitan teori, konsep, prinsip dan fakta adalah penting dalam menentukan tahap pemahaman pelajar dalam bidang fizik yang diuji. Soalan-soalan berbentuk definisi ini seringkali diuji dalam peperiksaan. Soalan berbentuk definisi ini juga merupakan salah satu bentuk soalan bagi menguji tahap pengetahuan berdasarkan aras Taksonomi Bloom. Untuk menjawab soalan-soalan berbentuk definisi ini, kemahiran mengingat dan menghurai fakta merupakan aspek yang penting. Oleh itu, melalui Kad Imbasan, dapat membantu pelajar mengingati dan memahami konsep-konsep fizik dan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seterusnya membantu pelajar menjawab soalan-soalan pada aras yang lebih tinggi.

2.0

ISU KAJIAN Matapelajaran fizik dibahagikan kepada pelbagai bidang utama. Berdasarkan

bidang-bidang ini sebanyak 10 bab yang perlu dipelajari pelajar. Dalam setiap bab mengandungi banyak definisi yang perlu diketahui pelajar. Oleh itu, melalui kad imbasan, dapat membantu pelajar mengingati definisi-definisi penting dan memahami konsep-konsep fizik dan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seterusnya membantu pelajar menjawab soalan-soalan pada aras yang lebih tinggi.

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

1

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Akan tetapi pelajar kurang berminat untuk menjawab soalan-soalan berbentuk definisi ini dan sekiranya menjawab, masih terdapat isi-isi penting yang tidak dinyatakan. Masalah ini dilihat telah menjadi ikutan kepada pelajar pada tahun-tahun yang berikutnya. Oleh sebab itu, kajian tindakan ini perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang dan juga bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam menguasai sesuatu teori, konsep, prinsip dan fakta dalam matapelajaran Fizik. Berdasarkan pemehatian dalam kelas-kelas terdahulu, antara punca pelajar kurang menjawab soalan-soalan definisi adalah pelajar terlalu ambil mudah pada soalan-soalan definisi kerana hanya 1 markah sahaja diperuntukkan untuk setiap soalan definisi. Selain itu, pelajar sering memberi jawapan yang tidak cukup lengkap dan tidak memenuhi kehendak skema jawapan.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif umum: Meningkatkan kemahiran murid mengingati definisi-definisi dalam Matapelajaran Fizik 3.2 Objektif khusus: 3.2.1 Objektif gelung pertama: 3.2.1.1 Menggunakan Kad Imbasan dalam pengajaran fizik supaya mudah maklumat diingati lebih lama dan berkesan 3.2.1.2 3.2.1.3 Meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

2

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

4.0

SOALAN KAJIAN 4.1 4.2 4.3 Adakah Kad Imbasan dapat membantu dalam pengajaran fizik supaya maklumat diingati lebih lama dan berkesan? Adakah Kad Imbasan dapat meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik? Bagaimana Kad Imbasan dapat membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran?

5.0

KEPENTINGAN KAJIAN 5.1 5.2 5.3 Memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran fizik dan menyumbang kepada markah dalam peperiksaan Menghidupkan budaya belajar sepanjang masa di sekolah

6.0

TINJAUAN LITERASI Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum

guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu “Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar”.

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

3

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada 5 penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Antara kaedah yang boleh diketengahkan untuk para guru dan pelajar supaya menjadi lebih kreatif adalah pembelajran melalui kad imbasan Kad imbasan atau dikenali juga sebagai ”Flash Card” ialah satu set kad membawa maklumat (perkataan atau nombor), di salah satu atau kedua-dua bahagian muka kad. Biasanya bahagian depan ditulis soalan atau perkataan penting dan bahagian yang lain diletakkan jawapan. Maklumat-maklumat yg biasa ditulis pada kad imbasan ini adalah seperti perbendaharaan kata, tarikh bersejarah, formula atau mana-mana isi yang boleh dipelajari melalui satu format soal-jawab. Kad Imbasan digunakan secara meluas sebagai latihan bilik darjah atau di kajian swasta. Kad imbasan juga digunakan dengan meluas sebagai satu kaedah pembelajaran yang membantu penghafazan. Berdasarkan analisis peperiksaan pertengahan tahun dan juga percubaan SPM bagi matapelajaran fizik baru-baru ini, didapati soalan-soalan pada aras pengetahuan untuk soalan definisi ini kurang menyumbang markah kepada pelajar. Ini adalah kerana samada pelajar tidak menjawab dengan lengkap ataupun tidak menjawab langsung soalan-soalan berbentuk definisi ini. Salah satu alternative yang akan digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penggunaan kad imbasan.

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

4

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

7.0

MODEL KAJIAN TINDAKAN Model kajian tindakan yang dipilih adalah Model Kajian Tindakan Kemmis

Kenal pasti masalah # Ramai pelajar dapat markah rendah dalam peperiksaan. # Ramai pelajar tidak menjawab soalan definisi

Refleksi dan Penilaian Gelung Pertama Cadangan-cadangan penambahbaikan

Kumpul data # Punca pejlajar tidak menjawab soalan definisi

Perlaksanaan Penggunaan Kad Imbasan Perlaksanaan Ujian Pasca Perlaksanaan Soal Selidik

Analisis # Pelajar tidak ingat # maklumat dalam jawapan tidak lengkap Penyelesaian

Analisis Data # Perbaiki kaedah mengingat pelajar guna Kad Imbasan

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

5

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

8.0

KAEDAH / TEKNIK 8.1 Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran saya terdiri daripada pelajar tingkatan 5 Ulum yang mengikuti kelas aliran sains tulen. Seramai 23 orang pelajar yang terdiri daripada 8 orang pelajar dan 15 orang pelajar perempuan. Kesemua pelajar ini didapati mengalami masalah dalam menjawab soalan-soalan berbentuk definisi. 8.2 Perlaksanaan Kajian / Instrumen Kajian Pemerhatian Untuk meninjau masalah pelajar, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta menganalisis skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM negeri Pahang 2013. Soalan ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) Ujian Pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian relajar tanpa menggunakan kad imbasan. Ujian Pra yang telah dijalankan terdiri daripada 10 soalan definisi (rujuk lampiran A). Selain itu, satu lagi ujian iaitu Ujian Pasca yang diberikan kepada pelajar untuk mendapatkan keberkesanan setelah menggunakan kad imbasan. Ujian ini terdiri daripada 10 soalan berbentuk definisi dan tidak sama dengan soalan untuk soalan ujian pra (rujuk lampiran B). Soal Selidik Soal selidik (rujuk lampiran D) dijalankan bagi mendapatkan respon daripada para pelajar berkaitan keberkesanan penggunaan kad imbasan untuk mengatasi masalah ini. Soal selidik terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian A bertujuan mendapatkan maklumat latar belakang pelajar, Bahagian B pula bertujuan mendapatkan respon daripada para pelajar. Bahagian C pula bertujuan mendapatkan cadangan penambahbaikan kaedah ini.

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

6

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

9.0

JADUAL PELAKSANAAN

Aktiviti Penulisan Kertas Cadangan Penyediaan Kad imbasan Pelaksanaan Data Ujian Pra Analisis Data dari Ujian Pra dan Pemerhatian Pelaksaan Data Ujian Pos Analisis Data dari Ujian Pra dan Pemerhatian Perlaksanaan Soal Selidik Analisis Data dari Soal Selidik Refleksi dan Penilaian Penulisan Laporan Kajian Pemurnian Laporan Kajian Hantar Laporan Kajian Tindakan

Tarikh Pelaksanaan 3 Oktober 2013 4 Oktober 2013 8 Oktober 2013 9 Oktober 2013 10 Oktober 2013 21 Oktober 2013 22 Oktober 2013 23 Oktober 2013 1 November 2013 2 November 2013 2 November 2013 3 November 2013 12 November 2013 3 November 2013 14 November 2013 15 November 2013 16 November 2013

Jadual 1: Jadual Perlaksanaan Kajian

10.0

KOS KAJIAN

Bil 1. 2. 3.

Jenis Bahan Kertas A4 Print Fotokopi bahan

Kuantiti x harga seunit 1 x RM7.00 RM0.10 x Set JUMLAH Jadual 2: Kos Kajian

Jumlah kos RM 7.00 RM 7.50 RM 5.00 RM 19.50

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

7

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

11. 0

ANALISIS 11.1 Ujian Pra Satu Ujian Pra telah dilaksanakan pada awal pelaksanaan Kajian Tindakan ini di mana soalan dalam ujian ini merangkumi 10 soalan subjektif. Markah bagi setiap soalan adalah satu mengikut format pemarkahan kertas peperiksaan SPM. Ujian Pra dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan aktiviti yang dirancang untuk kajian ini. Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan dalam tempoh 15 minit. Hasil keputusan daripada Ujian Pra ini telah digunakan sebagai dokumen kawalan bagi melihat keberkesanan teknik yang diperkenalkan. Berikut pula ialah analisis tinjauan berdasarkan hasil keputusan ujian pra yang dilaksanakan bagi menyokong dapatan pemerhatian yang dilaksanakan;

Calon % Gred

1 20 D

2 40 C

3 20 D

4 10 E

5 20 D

6 20 D

7 10 E

8 50 C

9 10 E

10 30 D

11 50 C

12 40 C

13 30 D

14 20 D

15 60 B

16 30 D

17 50 C

18 50 C

19 40 C

20 40 C

21 50 C

22 30 D

23 50 C

Jadual 3: Keputusan Ujian Pra Pemerhatian: Melalui keputusan Ujian Pra, didapati keputusan yang diperolehi oleh murid amat tidak memuaskan kerana separuh daripada 23 murid yang diuji mendapat markah 40% ke bawah iaitu sebanyak 12 orang pelajar. Seramai 3 orang pelajar memperolehi markah kurang daripada 20% manakala 9 orang lagi memperolehi markah 20%-39%. Kebanyakan pelajar berada pada aras 40% 59% iaitu seramai 10 orang. Hanya seorang sahaja yang memperolehi markah 60%-79. Lebih menyedihkan apabila tiada seorang pun murid yang berjaya memperoleh markah melebihi 80%.

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

8

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Peratusan Bilangan Pelajar Mengikut Julat Markah (Pre-Test) 13% 0% 4% A (80-100) B (60-79) C (40-59) D (20-39) E (0-19)

44% 39%

Carta 1: Peratusan Bilangan Pelajar Mengikut Julat Markah Refleksi : Maklumat yang diperolehi ini jelas menunjukkan murid yang dipilih menyertai Kajian Tindakan ini amat tidak mampu untuk menjawab soalan yang diberikan walaupun soalan yang diberikan adalah soalan pada aras pengetahuan sahaja. Kelemahan murid ini tidak boleh dibiarkan dan perlu diberikan pemulihan yang sewajarnya.

12.0

TINDAKAN Setelah Ujian Pra dilaksana, ternyata para pelajar mengalami masalh dalam

menjawab soalan-soalan berbentuk definisi ini. Bagi mengatasi masalah beberapa langkah dijalankan bagi meneruskan tindakan dalam kajian ini. Ringkasan langkahlangkah yang diambil seperti yang dinyatakan di bawah; Aktiviti 1: Penyediaan kad imbasan

Penyediaan kad imbasan ini dilakukan bersama-sama dengan pelajar. Kesemua definisi-definisi yang ada dalam topik yang berkaitan diagihkan kepada pelajar. Setiap pelajar akan mencari definisi yang berkaitan dan kemudian dikumpulkan bersama. Kesemua definisi ini dicetak pada kertas keras. Halaman depan diisi dengan soalan yang berkaitan, manakala halaman belakang diisi dengan jawapan yang perlu dihafal oleh setiap pelajar.
Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

9

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Aktiviti 2:

Perlaksanaan penggunaan kad imbasan

Setiap pelajar dibekalkan dengan kad imbasan yang telah disediakan. Pelajar diberikan tempoh selama 10 hari untuk meghafal definisi-definisi yang terdapat pada kad imbasan. Pelajar digalakkan untuk menyediakan pelbagai permainan yang boleh digunakan bersama-sama dengan kad imbasan ini.

Aktiviti 3:

Perlaksanaan ujian-pos

Setelah pelajar selesai menghafal fakta menggunakan kaedah akronim, ujian pos dijalankan untuk menguji tahap daya ingatan pelajar. Set soalan yang lain tetapi dalam topik yang sama seperti ujian pra diedarkan kepada pelajar. Pelajar hanya diminta menjawab soalan selama 15 minit. Kemudian proses menyemak jawapan bersama pelajar.

Aktiviti 4:

Analisis data

Analisis data dilakukan berdasarkan hasil daripada pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian iaitu Ujian Pos dan juga Ujian Pra. Analisis dijalankan bertujuan mendapatkan keberkesanan kaedah yang dinyatakan.

Aktiviti 5:

Perlaksanaan soal selidik

Soal selidik dilakukan setelah data-data dianalisis bertujuan mendapatkan respon pelajar dan juga cadangan-cadangan yang boleh digunakan pada masa akan datang setelah pelajar memperoleh pengalan menggunakan kad imbasan ini

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

10

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

13.0

REFLEKSI Penilaian terhadap kejayaan kajian ini dilakukan dengan mengadakan Ujian

Pasca ke atas kumpulan sasaran di mana soalan yang diuji dalam Ujian Pasca adalah soalan yang berlainan dengan Ujian Pra. Skor yang diperolehi oleh murid semasa Ujian Pasca dibandingkan dengan skor Ujian Pra. Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah seperti di dalam jadual berikut:

R 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

TRIAL 5 markah 0 1 0 1 1 1 1 2 0 0 1 2 0 1 2 1 2 0 2 0 0 1 0

UJIAN PRA 10 % Gred markah 2 4 2 1 2 2 1 5 1 3 5 4 3 2 6 3 5 5 4 4 5 3 5 20 40 20 10 20 20 10 50 10 30 50 40 30 20 60 30 50 50 40 40 50 30 50 D C D E D D E C E D C C D D B D C C C C C D C

UJIAN PASCA 10 % Gred markah 5 10 3 7 4 5 5 10 6 8 10 9 6 6 10 9 9 9 9 9 8 8 10 50 100 30 70 40 50 50 100 60 80 100 90 60 60 100 90 90 90 90 90 80 80 100 C A D B C C C A B A A A B B A A A A A A A A A

PENINGKATAN +30 +60 +10 +60 +20 +30 +40 +50 +50 +50 +50 +50 +30 +40 +40 +60 +40 +40 +50 +50 +30 +50 +50

Jadual 4: Perbandingan Markah Ujian Pra & Ujian Pasca

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

11

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Perbezaan markah Pre-Test dan Post Test
100 90 80 70
markah (%)

60 50 40 30 20 10 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Pre-Test (%) 20 40 20 10 20 20 10 50 10 30 50 40 30 20 60 30 50 50 40 40 50 30 50 Post-Test (%) 50 10 30 70 40 50 50 10 60 80 10 90 60 60 10 90 90 90 90 90 80 80 10 Responden

Carta 2: Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Pemerhatian: Pengenalan pelbagai aktiviti dalam menyelesaikan masalah banyak memberi impak positif kepada murid. Ini dapat dilihat melalui peningkatan positif markah Ujian Pasca murid berbanding markah Ujian Pra seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 di atas. Ini membuktikan keberkesanan langkah intervensi yang telah diambil. Berdasarkan Carta 2 di atas, jelas menunjukkan kaedah yang digunakan ini berjaya dan prestasi murid-murid saya telah meningkat dan amat memberangsangkan. Daripada pemerhatian yang dibuat sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, didapati relajar memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Terdapat juga kumpulan relajar yang telah menggabungkan kaedah ini dengan pelbagai permainan yang dapat menjadikan proses menghafal dan mengulangkaji menjadi lebih menarik

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

12

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Refleksi: Respon yang positif juga diperolehi melalui soalselidik yang telah dijalankan selepas Ujian Pasca dilakukan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa kad imbasan ini memberi impar yang positif terhadap teknik menghafal dan juga dapat meningkatkan kemahiran menghafal untuk para pelajar. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah untuk menghafal definisi ini juga menjadi lebih yakin dan berminat untuk menjawab soalan-soalan definisi. Pelajar juga bersetuju bahawa estela menghafal definisi, lebih mudah untuk memahami konsep dan teori fizik yang berkaitan. Selain itu, mereka juga berminat menggunakan kaedah ini dalam mengulangkaji matapelajaran yang lain.

14.0

KESIMPULAN

Keberkesanan tindakan ini bergantung kepada tindakan secara menyeluruh langkah intervensi yang telah dirancang. Saya amat percaya jika kita tidak mempelbagaikan aktiviti dalam PdP kita, maka semakin ramai murid yang akan berasa Fizik adalah subjek yang sukar. Kemahiran menghafal pelajar perlu dititikberatkan supaya pelajar mampu menjawab soalan pada aras pengetahuan secara menyeluruh. Salah satu kaedah yang perlu diketengahkan kepada pelajar ini adalah kaedah penggunaan kad imbasan. Selain itu, pelajar juga perlu menjadi lebih kreatif bagi memastikan ulangkaji kendiri menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Penggunaan kaedah kad imbasan ini ternyata dapat membantu pelajar mengingati definisi lebih lama dan berkesan dan juga memberi alternative baharu kepada pelajar intuk memperkembangkan teknik ataupun kaedah pembelajaran yang lebih berkesan. Ini dapat dilihat melalui jadual 4 di atas yang mana secara keseluruhan, peningkatan markah yang ketara berlaku setelah menggunakan kad imbasan.

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

13

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Perkara ini akan menjadi tumpuan guru untuk menjadikan tindakan intervensi bagi kajian akan datang menjadi lebih baik. Antara cadangan penambahbaikan bagi cadangan yang akan dating ialah; i. ii. iii. Penggunaan Kad Imbasan bewarna mengikut topic-topik dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kaedah ini sesuai digayakan dengan pelbagai permainan yang boleh direka berdasarkan kreativiti pelajar. Pelajar boleh menggunakan ganjaran jika betul dan dendaan sekiranya salah ketika mengulangkaji menggunakan kad imbatan ini.

15.0

SENARAI RUJUKAN

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan : Teori dan Amalan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim: Perak Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60. Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum. 9 (1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

14

LAMPIRAN A – SOALAN BERBENTUK DEFINISI (PRE-TEST)
KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

NAMA SUBJEK TOPIK TARIKH a.

FIZIK BAB 2 : DAYA DAN GERAKAN

TINGKATAN MARKAH

EMPAT /

Nyatakan definisi bagi setiap teori/konsep/prinsip/fakta fizik yang berikut; ITEM MEANING / DEFINITION

MARKAH

Kuantiti scalar 1

Kuantiti vector 1

Halaju 1

Inersia 1 Hukum Pertama Newton Hukum Kedua Newton

1

1

Hukum Ketiga Newton

1

Momentum 1 Prinsip keabadian momentum

1

Daya 1 JUMLAH MARKAH

m/s 1 drpd 1

LAMPIRAN B – SOALAN BERBENTUK DEFINISI (POST-TEST)
KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

NAMA SUBJEK TOPIK TARIKH a.

FIZIK BAB 2 : DAYA DAN GERAKAN

TINGKATAN MARKAH

EMPAT /

Nyatakan definisi bagi setiap teori/konsep/prinsip/fakta fizik yang berikut; ITEM MEANING / DEFINITION

MARKAH

Daya impuls 1

Impuls 1

Berat 1

Jisim 1

Kerja 1

Medan gravity 1 Tenaga keupayaan Prinsip keabadian tenaga

1

1

Kuasa 1

Hukum Hooke 1 JUMLAH MARKAH

m/s 1 drpd 1

LAMPIRAN C – ANALISIS DATA PEMERHATIAN (PRE-TEST & POST TEST)
KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan
TRIAL Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 NAMA AHMAD FAIZ BIN ZULQUARNAIN AINA FAZALIA ATHIRAH BINTI AHMAD FAHAMI AMAR AMIRA BIN ROMZI MUHAMAD SYUSYEI BIN MOHD FUAD MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD ISA MUHAMMAD AIZUDDIN BIN SHAMSUDIN MUHAMMAD RIDHWAN BIN SHAFII MUHAMMAD SAIFULADHA BIN DOLAHSAJAT NIK DANIEL AFIQ BIN NIK LUKMAN NOOR FITRINA BINTI MOHD ZAMRI NUR ADZWA BINTI JUNIDAK NUR ARINAH AQILAH BINTI ZAINUDIN NUR SHAHIRA BINTI AHMAD YUSOF NUR SYAFIQAH BINTI MOHD ZAINUN NUR SYUHADA BINTI AHAMAD NAWAWI NUR ZAIRI NADIA BINTI AZMAN NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD NORDIN NURUL IZZATI BINTI KHAIRI NURUL SITI FARZANA BINTI NOORMAN NURUL SYAZWANIE BINTI ROZALI SITI MAISARAH BINTI SAZALI SITI NABILAH BINTI MOHD ZUBIR ULFAH HANI BINTI BURHAN
5 markah

PRE-TEST
10 markah %

POST-TEST
10 markah %

PENINGKATAN

0 1 0 1 1 1 1 2 0 0 1 2 0 1 2 1 2 0 2 0 0 1 0

2 4 2 1 2 2 1 5 1 3 5 4 3 2 6 3 5 5 4 4 5 3 5

20 40 20 10 20 20 10 50 10 30 50 40 30 20 60 30 50 50 40 40 50 30 50

D C D E D D E C E D C C D D B D C C C C C D C

5 10 3 7 4 5 5 10 6 8 10 9 6 6 10 9 9 9 9 9 8 8 10

50 100 30 70 40 50 50 100 60 80 100 90 60 60 100 90 90 90 90 90 80 80 100

C A D B C C C A B A A A B B A A A A A A A A A

30 60 10 60 20 30 40 50 50 50 50 50 30 40 40 60 40 40 50 50 30 50 50

Ringkasan Ujian Pra A (80-100) 0 B (60-79) 1 C (40-59) 10 D (20-39) 9 E (0-19) 3 Ringkasan Ujian Pasca A (80-100) 14 B (60-79) 4 C (40-59) 4 D (20-39) 1 E (0-19) 0

Jadual : Analisis Data Pemerhatian

m/s 1 drpd 1

LAMPIRAN D – SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KAD IMBASAN
KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

BAHAGIAN A: BUTIR-BUTIR PERIBADI Arahan: Sila lengkapkan maklumat peribadi dan tandakan () pada pilihan anda di petak yang disediakan 1. Nama : 2. Asal 3. Kelas : : ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… Lelaki [ ] Perempuan [ ]

4. Jantina : 5. Umur :

………………………….(tahun)

………………………….(bulan)

6. Tahukah anda mengenai kad imbasan? Ya [ ] Tidak [ ]

Jika pilihan jawapan untuk soalan 6 adalah ‘Ya’, sila jawab soalan ini. Dari manakah anda mengetahui mengenai kecerdasan pelbagai? ……………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………

BAHAGIAN B: KECENDERUNGAN PENGGUNAAN KAD IMBASAN Arahan: Bulat dan gelapkan salah satu daripada lima nombor yang diberikan bagi menunjukkan tahap persetujuan anda berkaitan penyataan yang diberikan STS TS B = = = Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Biasa S SS = = Setuju Sangat Setuju

BIL

SOALAN

STS

TS

B

S

SS

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Saya lemah dalam menghafal definisi-difinisi fizik Saya kurang pendedahan berkaitan teknik-teknik menghafal Saya jenis yang suka menghafal Kad imbasan memberi kesan yang positif terhadap teknik menghafal saya. Kad imbasan membantu saya meningkatkan kemahiran mengingati definisi-definisi dalam matapelajaran Fizik Sebelum ini, saya mengalami masalah untuk menghafal definisidefinisi fizik

1 1 1 1 1 1

2 2 2 2 2 2

3 3 3 3 3 3

4 4 4 4 4 4

5 5 5 5 5 5

m/s 1 drpd 2

LAMPIRAN D – SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KAD IMBASAN
KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

BIL

SOALAN

STS

TS

B

S

SS

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Saya bertambah yakin untuk menjawab soalan-soalan definisi Saya berminat menggunakan kad imbasan untuk menghafal fakta Kad Imbasan membantu dalam pembelajaran Fizik Saya dapat mengingati fakta fizik lebih lama dan berkesan menggunakan kad imbasan Kad imbasan membantu saya memahami pembelajaran Fizik Pembelajaran Fizik menjadi lebih mudah dengan kad imbasan ini. Kad imbasan membantu saya memperoleh markah untuk soalansoalan berbentuk definisi Pembelajaran fizik menjadi lebih seronok Meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik Kad imbasan sesuai digunakan dalam mengulangkaji matapelajaran lain. Saya akan mengesyorkan kad imbasan kepada rakan-rakan lain Saya lebih berminat untuk belajar Saya akan menggunakan kaedah ini untuk mengulangkaji matapelajaran lain Kad imbasan membantu saya dalam mengulangkaji pelajaran

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3

4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4

5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

BAHAGIAN C: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Arahan: Isikan jawapan pada ruang yang telah disediakan Cadangan penambahbaikan; …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… m/s 2 drpd 2

LAMPIRAN E – CONTOH KAD IMBASAN
KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

Halaman hadapan : ruangan soalan

Halaman belakang : ruangan jawapan

m/s 1 drpd 1

Related Interests