You are on page 1of 38

HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (DIUBAHSUAIKAN OLEH HIZAIRI OTHMAN)

Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang Panjang sedang berlabuh. Tiba-tiba sebuah lancang kuning berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya kepada pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang berada dalam lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya. Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina telah mengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam. Berlakulah tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam (Tuan Puteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak usul periksa. Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalin pakaiannya dan menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu tunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan malu lalu lari ke biliknya sambil berselubung. Tunangannya, Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas tindakan Raja Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah dilupakan Raja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri. Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar pulang. Setelah tiga hari tiga malam, kapal Seludang Mayang berlabuh di pelabuhan negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilan meriam. Sesampai di istana, Tuan Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran kepada ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal.

Sikap terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini, Raja Anggun Cik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana tidak tahu kapal lancing kuning itu milik tunangnya.

1. Persoalan perasaan kasih sayang sesama manusia. Tuan Puteri yang sanggup belayar untuk bertemu dengan tunangannya, Raja Anggun Cik Tunggal. 2. Persoalan keberanian menegakkan keadilan. Tuan Puteri yang membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.

3. Persoalan keperluan memujuk setelah melakukan kesilapan dalam sesuatu tindakan. Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Ganariah setelah menyedari kesilapannya yang menyerang lancang kuning milik tunangannya.

Watak Utama Raja Anggun Cik Tunggal Terburu-buru dalam tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal siasat yang mendalam. Pandai memujuk orang lain. Baginda memujuk tunangnya,Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa. Begitu sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah. Tunangan kepada Tuan Puteri Gondan Ganariah. Watak Sampingan Tuan Puteri Gondan Gandariah Nakhoda lancang kuning yang dibedil. Menggunakan beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam. Berani kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal dan hampir terkorban. Puteri kepada Raja Laksamana Baginda merupakan tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal. Bijak menggunakan senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan tembakan yang hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal. Seorang yang mudah jauh hati atau merajuk. Bersifat lembut hati dan mudah dipujuk walaupun telah melalui insiden yang berbahaya. Raja Laksamana Ayahanda kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah. Pemerintah negeri Tiku Benua. Si Kembang Cina Orang suruhan dalam kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. Yakin, buktinya menjawab tujuan lancing kuning milik nakhodanya dengan berani kepada Bujang Selamat.

Latar Tempat Di atas kapal Dendang Panjang. Di sini Raja Anggun Cik Tunggal bergurau dengan Tuan Puteri Intan Dikarang. Di sini juga berlaku peristiwa tembak menembak yang membuta tuli dan hampir-hampir meragut nyawa Raja Anggun Cik Tunggal dan Tuan Puteri Gondan Gandariah. Di atas kapal Seludang Mayang. Kapal ini milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. Di sini berlakunya peristiwa tembak menembak yang hampir mengorbankan Tuan Puteri Gondan Gandariah. Di pelabuhan. Di situlah kapal Dendang Panjang dan Seludang Mayang berlabuh secara bertentangan. Negeri Tiku Benua.

Merupakan negeri asal Tuan Puteri Gondan Gandariah. Rajanya bernama Raja Laksamana. Lancang kuning Seludang Mayang belayar menuju ke negeri ini selepas Tuan Puteri Gondan Gandariah berjaya dipujuk oleh Raja Anggun Cik Tunggal. Negeri Bandan. Negeri ini merupakan tempat yang ingin ditujui oleh kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. Latar Masa Tiga hari tiga malam. Tempoh masa ini diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik ke negeri Tiku Benua. Latar Masyarakat Latar masyarakatnya mementingkan budi bahasa. Sebagai contoh, Bujang Selamat bertanyakan pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara bertentangan dengan kapal Dendang Panjang. Latar masyarakat yang memiliki keberanian. Si Kembang Cina berani menjawab panggilan Bujang Selamat walaupun dia seorang wanita. Latar masyarakatnya yang terlalu mudah dicabar. Raja Anggun Cik Tunggal mudah tercabar apabila Si Kembang Cina sambil bercekak pinggang berani menjawab pertanyaan Bujang Selamat. Latar masyarakatnya yang pandai memujuk. Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati selepas kejadian tembak-menembak. Baginda berupaya meyakinkan Tuan Puteri Agar tidak meragukan kasih sayangnya. Latar masyarakatnya yang kurang usul periksa. Hal ini ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik Tunggal yang terus saja menyerang Seludang Mayang dengan tidak usul periksa apakah niat dan tujuannya berlabuh di hadapan Dendang Panjang miliknya. Latar masyarakat yang tidak mahu beralah. Hal ini berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak mahu beralah dalam peristiwa tembak-menembak walaupun dengan tunangannya sendiri.

1. Bahasa istana Patik, murka, peraduannya, beta 2. Simile Bagai ikan di luar belat 3. Peribahasa Rendah diri 4. Bahasa Arab Allah, Insya-Allah 5. Kata ganda

Panji-panji, berbalas-balas 6. Inversi Gembiranya hati Tuan Puteri

1. Nilai kasih sayang Sebagai contoh Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah kerana baginda sayangkan tunangnya itu walaupun berlaku salah faham dan tembak-menembak sebelum itu. 2. Nilai kepatuhan Bujang Selamat patuh pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya memeriksa kapal yang berlabuh di hadapan kapal mereka. 3. Nilai berani Hal ini ditunjukkan oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak pinggang membalas pertanyaan Bujang Selamat yang dianggapnya mencabar. 4. NIlai ketabahan Contoh, Tuan Puteri Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan dengan Raja Anggun Cik Tunggal walaupun nyaris terkorban.

1. Kita hendaklah memeriksa sesuatu perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan. 2. Kita hendaklah banyak bersabar. 3. Kita mestilah patuh kepada perintah ketua. 4. Kita perlulah meningkatkan budi bahasa dalam komunikasi supaya tidak menimbulkan salah faham. 5. Kita hendaklah menyedari kesilapan dengan memohon maaf.

Hikayat Opu Daeng Menambun


Sinopsis : Mengisahkan salasilah keluarga raja-raja Kalimantan. Kisah bermula dengan Sang Raja Majapahit mempunyai anak bernama Brawijaya. Brawijaya apabila dewasa menjadi raja di negeri Sukudana. Daripada keturunannya lahirlah Raja Baporang yang telah melahirkan Pangeran Karang Tanjung. Pangeran Karang Tanjung pula mempunyai seorang anak bernama Panembahan Bendala. Panembahan Bendala beranakkan Panembahan Sukudana. Cerita diakhiri dengan kisah Pangeran Agung yang mempunyai ramai anak iaitu Ratu Melayu,Utin Radi, Pangeran Marta, Raden Segara, Gusti Aris,Pangeran Surya dan Tiak Rai, ibu kepada Raden Ambong.

Tema : Cerita ini bertemakan salasilah keturunan Raja-raja Kalimantan Persoalan : 1. Persoalan tentang kepentingan mengetahui asal-usul kekeluargaan. 2. Persoalan perlunya mengenali jati diri sesebuah keluarga.

Watak dan Perwatakan :


Watak Utama Upu Daeng Menambun

Keturunan Sang Raja Majapahit. Raja BugisBerkahwin dengan anak Sultan Muhammad Zainuddin, Puteri Kesumba. Memiliki 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan. Ayahanda kepada:

o Utin Damawan o Gusti Jamiral bergelar Panembahan Adi Jaya Kesuma o Gusti Jamadin bergelar di Sambas Pangeran Chakra o Utin Chandera Sari bergelar Ratu di Sempang o Gusti Jalazri bergelar Pangeran Mangku di Mampawah o Ratu Surya Kusuma o Gusti Jalma bergelar Gusti Panglima o Utin Chandramidi o Gusti Sina bergelar Pangeran Jaya Putera o Utin Tawang bergelar Utin Busu

Bapa mertua kepada raja Landak, Raja Bagus. (suami Utin Damawan) Bapa mertua kepada Sultan Sharif Abdul Rahman (suami Utin Chandramidi) Bermenantukan Pangeran Ghafura, sepupu sultan Berunai (suami Utin Tawang)

Watak Sampingan

Sang Raja Majapahit


Mengetuai salasilah keturunan Brawijaya hinggalah Pangeran Agung Martadipura Merupakan pemula keturunan Raja-raja Kalmantan

Brawijaya

Keturunan pertama kepada Sang Raja Majapahit Menjadi raja di Benua Lama, negeri Sukudana. Beranakkan Raja Baporang

Raja Baporang

Beranakkan Pangeran Karang Tanjung

Pangeran Karang Tanjung

Beranakkan Panembahan Bendala

Panembahan Bendala

Beranakkan Panembahan Sukudana

Panembahan Sukudana

Beranakkan Panembahan Air Mala

Panembahan Air Mala

Beranakkan Panembahan di Baroh

Panembahan di Baroh

Beranakkan Panembahan Giri Kesuma Giri Kesukma

Panembahan

Beranakkan Sultan Muhammad Saifudin

Bersaudarakan Ratu Surya Kesuma Latar : Latar Tempat Negeri Pontianak Tempat pemerintahan menantu Upu Daeng Menambun yang bernama Sultan Sharif Abdul Rahman, suami kepada Utin Chandaramidi. Negeri Sambas Tempat pemerintahan Sultan Muhammad Saiffuddin Negeri Mempawah Tempat asal isteri Sultan Muhammad Zainuddin yang bernama Emas Inderawati Sukudana Tempat Brawijaya menjadi raja dan meluaskan salasilah keturunan Sang Raja Majapahit. Latar Masyarakat Masyarakat keturunan bangsawan Salah silah keluarga Sang Raja Majapahit yang berketurunan bangsawan di Jawa dan Brunei. Masyarakat yang mementingkan darah keturunan Keturunan Sang Raja Majapahit mengekalkan darah keturunan melalui perkahwinan dengan golongan diraja.

Gaya Bahasa : 1. Bahasa Arab Fatihah, Quran 2. Kata ganda laki-laki, mula-mula, pertama-tama 3. Bahasa istana dititahkan, baginda Nilai : 1. Nilai jati diri Keturunan Sang Raja Majapahit yang mementingkan jati diri dengan memastikan salah silah keturunannya kekal melalui perkahwinan. 2. Nilai pemeliharaan salasilah keluarga. Pengajaran :

1. Kita hendaklah berbangga dengan susur galur keluarga sendiri. 2. Kita perlulah membina keturunan keluarga yang dirahmati Allah. 3. Kita mestilah memelihara salasilah keluarga.

Raja Muda
Sinopsis : Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat. Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu, mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa tahun. Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah

pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana tetapi keadaan menjadi reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut. Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam di tengah-tengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh upacara. Turut diadakan adalah adat turun tanah iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta perak. Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya bermainmain di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan Doh Besar, Lang-lang Aji Buntut dan cekur-cekur Puyuh. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama bermain permainan Doh Besan kerana terlalu seronok. Suasana sungguh meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan. Keesokannya, kenduri diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala. Sultan muda bersama-sama pengiringnya berangkat kembali ke kota

keesokannya.

Tema :

Cerita ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman hidup Raja Muda atau Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti ditinggalkan isteri, bernikah lain dan meraikan kelahiran puterinya. Persoalan : 1. Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan. 2. Persoalan Pernikahan yang tidak direlakan. Pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sebenarnya tidak direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba. 3. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kesukaran. 4. Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. 5. Persoalan kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi. 6. Persoalan Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam sesebuah keluarga. Watak dan Perwatakan : Watak Utama Raja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti)

Berkahwin dua. Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan. Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi.

Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya.

Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh baginda telah mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.

Watak Sampingan Tuan Puteri Bidadari Segerba


Berasal dari kayangan. Anak kepada Maharaja Indera Dewa. Merupakan isteri kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contoh, dia pergi menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.

Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan.

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri


Anakanda kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang. Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda. Isteri kedua Sultan Muda. Seorang yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun bermain bersama-sama dalam permainan Doh Besar.

Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya.

Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan

Anak perempuan kepada pasangan Sultan Muda dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Sewaktu berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba berusia enam purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan perut ibunya, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan istana. Namanya itu diberikan oleh nendanya.

Gaya Bahasa : 1. Kata ganda Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium 2. Personifikasi Serai beranak di atas dapur. 3. Bahasa istana Bersemayam, bersantap 4. Inversi Tidak sedap rasa hati Sudah kakanda berperi 5. Simile Betapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas 6. Bahasa klasik Gahara, leta 7. Bahasa Arab Mengkamatkan, kiblat

Latar : Latar Masa Pada waktu malam Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam Berahi. Pada hari Selasa waktu tengah hari. Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan. Pada waktu pagi. Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana Raja Muda menghilangkan diri. Latar Tempat Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Di kayangan. Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba. Di rumah Nenek Kebayan. Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi bernikah. Tasik Mendam Berahi. Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir. Padang Biram Kemala. Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu Raja Muda. Padang ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain Doh Besan, anak-anak pembesar bermain Lang-lang Aji Buntut.

Latar Masyarakat Latar masyarakat zaman feudal Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah raja. Buktinya, Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala. Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara. Raja Muda menjalankan upacara memijak tanah untuk puterinya. Latar masyarakat yang berbudi bahasa Latar masyarakat yang amanah kepada tugas Perdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12 tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan Puteri Renik Jintan. Latar masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam Raja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut kelahiran puteri baginda. Nilai : 1. Nilai kasih sayang Raja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu. 2. Nilai redha kepada takdir Tuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari 3. Nilai saling menghormati Kedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun. Pengajaran : 1. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. 2. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan. 3. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain. 4. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. 5. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.

CERPEN ANAK PENGGUNTING RAMBUT ( NOR HIDAYAH ASARI)

SINOPSIS Cerpen Anak Penggunting Rambut mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan, Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam.

Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dari ladang.

Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak kali pertama belajar menggunting rambut.

Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah

menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis.

Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu

Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya.

Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.

Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburui oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya.

Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung.

Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan

menghidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh botak.

Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.

TEMA

Kasih sayang

ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting

menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting rambut hingga ke akhir hayat anaknya.

PERSOALAN 1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.

2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak. Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah. 3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang. Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia. 4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup. Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.

PLOT Permulaan Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.

Perkembangan Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan

ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

Klimaks Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu

Peleraian Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia. Teknik Penceritaan Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

1. Dialog Contoh: Mengapa abah teruskan juga menjadi pengunting rambut bila dah sampai ke sini? 2. Imbas kembali Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.

3. Monolog Dalaman Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu.

WATAK DAN PERWATAKAN Ayah Sudah berusia lewat 60-an. Seorang bapa tunggal. Rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting. Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut. Hidup menduda setelah kematian isteri.

Manisah (Manis) Memiliki raut wajah yang comel. Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran. Rajin membantu orang lain. Gemar berambut pendek.

LATAR Masa Petang Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis. Subuh waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

Waktu siang waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah.

Tempat Kampung Batu 25, Bagan Datoh kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA. Tanah rancangan FELDA tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Tadika Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut. Asrama Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah. Hospital tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

Masyarakat Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup. Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya. Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan. Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya. Masyarakat yang berani mempertahankan risiko. Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung. Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.

GAYA BAHASA

1. Sinkope

Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis. 2. Kata Ganda Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal, 3. Simile Contoh: Seperti Busut Hitam

4. Personifikasi Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri

NILAI

1. Nilai keberanian. Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru. 2. Nilai berdikari Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya. 3. Nilai semangat bermasyarakat Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah. 4. Nilai kasih sayang Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa. 5. Nilai kerajinan Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal. 2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna. Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia. 3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek. 4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.

LATIHAN

1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah? Bagaimanapun ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih sayangkan Manis. Subuh itu Manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaanku. 2. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah? Abah hanya mahu merindumu, Manis. 3. Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di atas? Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda, orang kampung panggil abah Mat Gunting. Abah saya cukup terkenal di kampung Batu 25, Bagan Datoh. Jawapan 1. Kita haruslah menerima takdir Ilahi. 2. Gaya bahasa sinkope, contoh merindumu. 3. Tukang gunting rambut, nama gelaran Mat Gunting, Pernah tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, dan terkenal di Kampung Batu 25. CAPA RENGAT (BAHARUDDIN KAHAR) SINOPSIS Cerpen Capa Rengat mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, Aku akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak

burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan Aku seperti belangkas. Pada sebelah petangnya, Aku tidak dapat ke mana -mana kerana Pak Cik Kinto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu Aku pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. Aku mengambil keputusan merayau -rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di sebidang paya, Aku melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya. Seorang budak perempuan, Su mengajak Aku bermain bersama -sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan Aku berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok Aku. Akhir sekali, Aku diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak Aku siap dibina, Su akan memecahkannya. Aku cuba menangkap Su kerana mempersenda -senda kebolehan Aku. Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri Aku dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan. Tiba-tiba, ketika Aku dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera. Aku mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu ialah adik tirinya. Pada sebelah malamnya, Aku tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air. Aku ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat dalam tidur.

Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. Aku berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu. Dalam keadaan separuh sedar , Aku bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai. Keputusan ibu membuatkan Aku sedih apabila Aku terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su. TEMA Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. Aku telah mengalami pengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa Aku mengikut Pak Cik Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar. PERSOALAN

1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan. 2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan. Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung. 3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan. Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su. 4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul. Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain kota Buatan tempat asal ibunya.

PLOT

Permulaan Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara Aku. Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani Aku dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung.

Perkembangan Pada sebelah petang, Aku merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. Aku bertemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak Aku bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. Aku pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.

Klimaks Keesokan paginya, Aku dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. Aku berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung.

Peleraian Aku pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung.

Teknik Penceritaan Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa. 1. Pemerian

Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak. 2. Dialog Contoh: Cantik,ya ! kata budak perempuan itu. Cantik, jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghaira h itu. 3. Kejutan Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa Aku sedang bermain dengan Su dan kawan-kawannya.

WATAK DAN PERWATAKAN Aku Seorang anak remaja Menghargai alam sekitar Proaktif dan cergas Mempunyai pandangan bernas Berfikiran positif Ibu Pertengahan usia Tegas dengan pendirian Sikap terburu-buru membuat keputusan Prihatin terhadap orang lain Berperilaku mesra Su Budak perempuan awal remaja Bersikap periang Aktif dan cergas Bijak mengolah keadaan Taat kepada ibu Pakcik Kinto Bapa saudara Aku Mahir selok-belok di kampung Mempunyai kemahiran menembak Ikhlas melayani tetamu Melaksanakan urusan dengan cekap

LATAR

Masa Cerita berlatarkan masa sehari Aku tinggal di kampung. Peristiwa-peristiwa diolah oleh pengarang merentasi waktu pagi, petang, dan malam. Pagi Aku dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung. Petang Aku dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ. Malam Aku tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung.

Tempat Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-bukau dan tanah paya Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto tempat Pak Cik Kinto membawa Aku bersiarsiar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ. Paya tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya. Rumah Pak Cik Kinto tempat Aku dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung.

Masyarakat

1. Masyarakat bandar Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.

2. Masyarakat kampung Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.

3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.

4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat. 5. Masyarakat yang suka berburu Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan. GAYA BAHASA 1. Kata Ganda Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik 2. Anafora Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian? 3. Inversi (Keterbalikan ayat) Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu. 4. Personifikasi Contoh: Melahirkan sinar cemburu. 5. Simile Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku. 6. Simpulan bahasa Contoh: Seperti belangkas

NILAI

1. Nilai keberanian Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam. 2. Nilai hemah tinggi Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa. 3. Nilai kerajinan Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki. 4. Nilai kerjasama Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan. 2. Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya. 3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga. Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya. 4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar. Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke rumah katak. DENDAM (SHARIZA A RAHMAN) SINOPSIS Cerpen Dendam ini mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.

Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri

ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.

Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.

Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk menyedari kasih sayang antara adik beradik. Angah kerana rasa terharu dan

TEMA Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi Angah.

PERSOALAN

1. Persoalan hubungan kekeluargaan. Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.

2. Persoalan kebencian kepada adik. Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku latihannya sehingga dimarahi gurunya.

3.

Persoalan kasih sayang antara adik dan kakak.

Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.

PLOT Permulaan Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.

Perkembangan Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana

membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukan. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along

memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu

mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan , Along menghalau adiknya dari ruang tamu.

Klimaks Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah disebat dengan tali pinggang oleh ayah.

Peleraian Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya, Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatiannya. Teknik Penceritaan 1. Dialog Contoh: Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along. Angah Cuma tengok saja 2. Imbas kembali. Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu. 3. Monolog dalaman. Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah? WATAK DAN PERWATAKAN Along Cepat meradang terutama kepada adiknya. Sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan. Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan. Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya. Angah Gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along.

Berwajah comel. Suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah. Wajahnya pucat apabila dimarahi. Buah hati ibu. Abah Seorang yang tegas. Memukul adik dengan tali pinggang. Emak Suka menyebelahi adik. Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah. Bersikap garang kepada Along.

LATAR

Masa 1. Malam Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu. 2. Tengah hari. Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal Angah. Tempat 1. Ruang tamu Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya. 2. Di rumah Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah. 3. Di meja makan Contoh: Ayah merungut-rungut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam. 4. Di katil Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah. Masyarakat 1. Masyarakat Pelajar Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama . Juga buku latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.

2. Masyarakat Guru Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik. 3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam menjatuhkkan hukuman kepadanya.

1. Sinkope Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. (Singkatan kata ku ) Dan tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu. 2. Kata Ganda Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu. 3. Peribahasa Contoh: Berat sebelah,tebal muka, menagih kasih. 4. Metafora Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam. 5. Personifikasi Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun. 6. Antomomisia (memperlihatkan sifat sesaorang) Contoh: Hantu kecil 7. Totologi (Perulangan untuk penegasan) Contoh: Benci. Aku benci.

NILAI

1. Nilai kasih sayang Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.

2. Nilai berdikari

Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.

3. Nilai hemah tinggi Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.

4. Nilai hormat menghormati Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.

5. Nilai kesyukuran Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.

PENGAJARAN

1. Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.

2. Kita janganlah mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga. 3. Kita janganlah memperbesarkan perkara-perkara yang kecil Contoh: Perkara macam itu pun engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.

4. Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama kali ini aku aku memeluk dan mengucupinya.

5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.

You might also like