P. 1
Jenis-jenis Pendahuluan Karangan

Jenis-jenis Pendahuluan Karangan

|Views: 12,249|Likes:
Published by Sorry_66

More info:

Published by: Sorry_66 on Sep 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Pendahuluan Jenis Definisi

Contoh Soalan I:

i) Pengguna memainkan peranan penting untuk menangani masalah inflasi yang melanda negara.Berikan komen anda Inflasi bermaksud kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk sesuatu jangka masa. Inflasi tercetuas apabila terdapat lebih permintaan berbanding penawaran bagi barangan dan perkhidmatan. Pada masa ini kadar inflasi di Malaysia masih rendah. Kadar inflasi bagi tahun 1994 ialah 3.7% dan bagi 11 bulan pertama tahun 1995 kadarnya menurunkan kepada 3.5%.

Pendahuluan Jenis Definisi
Soalan contoh II : Anda telah diminta menuli sebuah rencana bertajuk "Peranan internet dalam dunia pendidikan". Rencana anda akan disiarkan dalam majalah sekolah anda. Tulis rencana itu selengkapnya. Internet atau lebuh raya maklumat antarabangsa didefinisikan sebagai satu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 000 rangkaian komputer yang diluluskan secara bersendirian atau bersama. Internet digunakan oleh institusi pendidikan, perkhidmatan, dan individu

Pendahuluan Jenis pendapat
• Anda telah diminta menulis sebuah rencana bertajuk

"cara-cara meningkatkan disiplin di kalangan pelajar sekolah". Rencana tulisan anda akan disiarkan dalam Buletin Disiplin di sekolah anda.Tulis rencana itu selengkapnya. • Masalah disiplin di kalangan pelajar menjadi isu yang tidak pernah padam. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa masalah dan kedudukan disiplin para pelajar sekolah dewasa ini berada pada tahap yang membimbangkan. Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan supaya hukuman rotan

Pendahuluan Jenis persoalan
Laporan Kajian Tabiat Masyarakat di

Malaysia menunjukkan bahawa 45% rakyat Malaysia mengamalkan tabiat suka makan di luar sama ada di warong, di gerai, di restoran atau di hotel-hotel . Pada pendapat anda mengapa hal ini berlaku dan berikan saranan anda untuk mengatasinya.

• Mengapa masyarakat kini suka makan di luar?

Adakah ini merupakan satu budaya baru masyarakat kita? Persoalannya adakah tabiat ini sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia? Mungkin ramai yang bersetuju jika kita rumuskan bahawa makan di luar adalah bertujuan untuk mendapatkan perkhidmatan memasak, menghidang, dan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk menjamu selera. Bukankah kewujudan gerai, restoran, atau pusat makanan segera di merata-rata tempat menunjukkan budaya makan di luar semakin popular?

pendahuluan jenis peribahasa dijalankan untuk melahirkan Pelbagai usaha telah
masyarakat Malaysia yang prihatin , bersatu padu dan bekerjasama. Justeru, untuk merealisasikannya semua pihak perlu mengamalkan permuafakatan dalam semua bidang. Bak kata pepatah "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Berikan pandangan anda tentang penyataan di atas.

• Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing",

"Gunung sama didaki, lurah sama dituruni" merupakan peribahasa-peribahasa yang sering kita dengar. Tetapi sejauhmanakah kita mengamalkan dalam kehidupan kita seharian? Peribahasa di atas ialah antara peribahasa Melayu yang membawa mesej kepada kita tentang betapa pentingnya amalan tersebut untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan saling hormat-menghormati.

pendahuluan jenis suasana
Anda telah berpeluang menyaksikan

persembahan konsert di sebuah stadium terkenal sempena sambutan Malam Kemerdekaan. Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda perolehi sepanjang pertunjukan tersebut.

Kesesakan penonton di kiri, kanan dan hadapan pentas di

Stadium Negara yang dipenuhi dengan anak-anak muda menjerit-jerit melambangkan ketidak-sabaran mereka menantikan kemunculan Siti Norhaliza yang didatangkan khas dari BMG Muzik. Begitu ghairah anak-anak muda ini menanti kemunculan artis pujaan mereka. Kehangatan suasana tidak menghalang untuk mereka berhibur malahan terdapat pula pasangan remaja yang tidak lagi mengenali erti batas pergaulan. Apabila cahaya laser dipancarkan dan pada saat itu jugalah jeritan yang menggegarkan stadium kedengaran. Begitulah gambaran anak-anak muda kita menerima kehadiran muzik balada pada zaman serba moden ini.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->