P. 1
Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

|Views: 1,302|Likes:
Published by NAGARUBINI
SEJARAH F2 CHAP 6 PP PRES
SEJARAH F2 CHAP 6 PP PRES

More info:

Published by: NAGARUBINI on Sep 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

6.

6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan
 kemajuan

pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan  perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-bandar baru

Penggunaan Buruh Luar
 British

menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India  tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah  British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu

Orang Cina
 dibawa

masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan  berasal dari China Selatan  kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak  ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan menjadi pekerja mahir di bandar

Sistem Kontrak
 orang

Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan  tambang perjalanan dibayar oleh majikan  majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal  mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai  selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain

Orang India
 dibawa

masuk bekerja di ladang-ladang

getah  berasal dari selatan India  dibawa masuk melalui Sistem Kangani  ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan

Sistem Kangani
     

kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruhburuh sehingga selamat tiba di ladang majikan kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai

Kesan Kemasukan Buruh
        

mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti - orang Cina - tinggal di kawasan lombong dan di bandar bekerja sebagai pelombong dan peniaga - orang India – tinggal dan bekerja di ladang getah - orang Melayu – tinggal di kawasan luar bandar (desa) - menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan - masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan ekonomi dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
 British

memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas  tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport  pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya  perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon

Perkembangan Landasan Kereta api
 perkhidmatan

kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19  terdapat tiga fasa perkembangan;

Fasa Pertama (1885-1896)
        

dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan tujuan memudahkan bijih timah dieksport antara landasan kereta api yang dibina ialah dari - Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang - Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang) - Seremban ke Port Dickson - Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan) tahun 1886 landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat

Fasa Kedua (1897-1909)
      

tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu; - untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan - untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat - untuk memudahkan pentadbiran British tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu – KTM tahun 1948 hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad – KTMB

Fasa Ketiga (1910-1931)
 landasan

kereta api dibina selepas British berjaya memperluaskan pengaruhnya di negeriNegeri Melayu Tidak Bersekutu  tujuannya adalah untuk;  - menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api)  - sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu  - memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British

Perkembangan Jalan raya
  

 

 

peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan bandarbandar besar dengan bandar-bandar kecil tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan memudahkan pentadbiran British

Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara perkhidmatan kapal wap kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan
dan kapal terbang tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah contoh: kapal wap The SS Perak memberikan perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang

Kapal Wap
   

Kapal Terbang  tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service iaitu hak milik Wearne bersaudara  syarikat ini beribu pejabat di Singapura  memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang  kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides

Kemajuan Sistem Perhubungan
  

  

antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan radio tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau Pinang

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain
Perkhidmatan Kesihatan
        

masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria mudah merebak penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan penduduk di luar Bandar 1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan Bandar 1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri

Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi
     

   

pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat Saman ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama) terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem pengairan di Tanah Melayu tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor

Bekalan Tenaga Elektrik  tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi  awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur  1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik  empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited  tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta

Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru
  

pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandarbandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban Ipoh terletak di Lembah Kinta dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping

   

  

Taiping  terletak di daerah Larut  nama asalnya Kelian Pauh  tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah  selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut  nama ‘Taiping’ bermaksud ‘kedamaian yang abadi’  berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak

Kuala Lumpur

         

pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat perdagangan yang maju Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur 1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan 1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang pesat membangun

Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum
 sistem

pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan  British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang mengikut cara masingmasing  sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar

Sekolah Vernakular Melayu
   

          

didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar, Pekan, Pahang sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung pelajaran lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat jawatan rendah di jabatan ketajaan lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah; - 1900 Maktab Perguruan Melaka - 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak – MPSI (dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti – UPSI) - 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka

Sekolah Vernakular Cina
           

diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China guru-guru juga dibawa dari China tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina 1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu menurut enakmen ini; (i) semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan (ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan british

Sekolah Vernakular Tamil
     

  

diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah tersebut memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah empat tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur masyarakat India yang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang lebih sempurna

Sekolah Vernakular Inggeris
             

mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca Free School (1826) sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di kawasan bandar pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh kristian menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan di England lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan 1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria Institution ditubuhkan oleh mubaligh Kristian di Kuala Lumpur 1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untuk berkhidmat dengan kerajaan Inggeris kesannya – lahir kumpulan pemimpin Melayu yang berpendidikan Inggeris British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi kepada orang Melayu 1930-an bilangan anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%), dan India (27%)

Tamat
Sekian,Terima Kasih

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->