You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel: 07-9485978 Fax: 07-9485978 Email: nba5012@gmail.com Web/Portal: http://sklondah.blogspot.com

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh :

YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN Menteri Besar Negeri Sembilan, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Tingkat 5B Wisma Negeri, 70502 Seremban, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
YAB Dato' Seri Utama, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN ICT SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH 2014 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Kami ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan bagi menampung perbelanjaan yang diperlukan bagi melaksanakan Program Pembangunan ICT 2014. 3. Untuk makluman, dana yang sebelum ini diperolehi daripada Kelab Guru SK Londah tidak mampu untuk menampung semua program yang telah dirancang oleh pihak ICT SK Londah memandangkan Kelab Guru SK Londah terikat kepada beberapa komitmen lain. 5. Bersama ini, dilampirkan satu kertas kerja dan salinan penyata kewangan PIBG SK Londah untuk rujukan pihak YAB Dato’ Seri Utama. Sehubungan itu, kami berharap agar pihak YAB Dato' Seri Utama dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut. Sumbangan boleh disalurkan seperti berikut : Kewangan/Cek : PIBG SK LONDAH No Akaun : 555078139007 (MAYBANK) . 6. Segala kerjasama dan keprihatinan YAB Dato' Seri Utama kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang benar, ..................................... (AZIAH BT. AHMAD) Guru Besar SK Londah