Aplikasi Remote Dalam Bidang Perancangan Bandar Sensing Dan Wilayah

 

PENGENALAN
Remote Sensing atau penderia jauh adalah salah satu daripada teknologi yang baru di dunia dan digunakan sejak tahun 80an. Teknologi baru ini digunakan secara meluas dengan pelbagai pembaharuan yang semakin canggih sehinggakan kita bukan sahaja mampu untuk melihat keluasan sesuatu kawasan, tetapi objek – objek kecil yang terdapat di permukaan bumi. Ianya merupakan satu kaedah perolehan maklumat mengenai sesuatu objek di bumi tanpa menyentuhnya. Tetapi ia melibatkan pengukuran dan perekodan tenaga elektromagnetik yang dibalikkan atau dipancarkan dari permukaan bumi, atmosfera dan juga objek-objek di atas permukaan bumi dengan menggunakan penderia atau pengimbas yang dipasang pada pesawat udara atau satelit. Definisi penderiaan jauh lain lebih umum, iaitu suatu sains yang mendapatkan maklumat mengenai sesuatu objek, kawasan atau fenomena melalui analisis data yang diperolehi daripada peralatan yang tidak menyentuh objek yang dikaji itu. Maklumat dibawa oleh pancaran EMR dan dikesan oleh penderia serta ditukarkan dalam bentuk berdigit.

Dari imej berdigit yang diperolehi, analisis boleh dilakukan untuk memperolehi maklumat tertentu muka bumi seperti jenis tumbuh-tumbuhan, kawasan berair, jenis guna tanah, kawasan gunung dan sebagainya. Perolehan data dari permukaan bumi menggunakan teknologi penderiaan jauh mempunyai beberapa kelebihan iaitu Remote Sensing boleh mendapat data permukaan bumi dengan kerap, cepat, secara berterusan dan meliputi kawasan yang luas. Imej berdigit remote sensing digunakan untuk membantu dalam membuat sesuatu analisis, perancangan dan sebagainya. Selain daripada aplikasi penderiaan Jauh (remote Sensing), intergrasi antara aplikasi Geographic Information system ( GIS ) dan Sistem Penentududukan (Global Positioning System-GPS) juga digunakan secara meluas dalam bidang perancangan bandar supaya maklumat yang dihasilkan akan menjadi lebih tepat dan berinformasi. Secara keseluruhannya penggunaan teknologi-teknologi ini yang 'user friendly' boleh meningkatkan cara dan mutu kerja, perolehan data dengan cepat dan menjimatkan masa seterusnya membantu pihak yang berkaitan membuat keputusan khususnya di dalam pemantauan dan pengurusan perancanganBandar secara mapan dan berkesan.

TUJUAN
Perkembangan pesat penggunaan teknologi remote sensing dan GIS di Malaysia bermula pada dekat 80an terutamanya dalam aspek pemantauan terhadap alam sekitaran dan pemajuan sesuatu kawasan untuk dijadikan sebagai kawasan penempatan, pertanian dan pewujudan bandar-bandar baru yang yang lebih terancang dan tersusun . Penggunaan teknologi ini dalam menilai sumber-sumber hutan, mengesan hakisan tanah, memantau ekologi marin dan perancangan bandar telah terbukti dapat membekalkan data yang terkini dan tepat, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja berbanding dengan cara konvensional telah mendorong kerajaan menubuhkan Pusat Remote Sensing Malaysia (MACRES) pada tahun 1988.   Penggunaan kaedah remote sensing secara umumnya telah digunakan sebagai asas untuk menentukan sempadan perbandaran (urban boundary), tepubina , klasifikasi guna tanah mengikut kelas umum dan di dalam aspek- aspek pembangunan sesuatu perancangan Bandar yang terancang. Khusus bagi perancangan Bandar data-data yang di perolehi daripada teknologi remote sensing adalah amat berguna untuk dijadikan sebagai maklumat dan panduan di dalam membuat penyelidikan serta kajian tentang sesuatu kawasan muka bumi yang dikehendaki

Pengunaan tanah bagi sesuatu kawasan sentiasa mengalami perubahan yang berterusan. Perubahan ini dapat diperhatikan melalui pemetaan kawasan tersebut. Pertambahan populasi penduduk serta aktiviti yang dijalankan adalah sesuatu yang amat penting untuk tujuan perancangan bandar yang lebih berkesan. Kaedah remote sensing juga dapat membantu dalam menyediakan peta- peta guna tanah bagi tujuan perancangan bandar, Ini kerana kaedah remote sensing dapat merakam imej dari udara, mengesan setiap perubahan guna tanah dan membuat klasifikasi ke atas tanah dari masa ke semasa. Data berbentuk digital yang diperolehi melalui kaedah remote sensing akan ditukar kepada maklumat berbentuk peta guna tanah dengan menggunakan perisian sistematik. Dengan kaedah ini ia dapat menjimatkan masa, lebih mudah dan data yang diperolehi lebih tepat

CONTOH-CONTOH PROJEK REMOTE SENSING
PROJEK PERTAMA

PROJEK DI BANDAR DELHI

Di India, data dikumpulkan oleh penderia LISS-III multispectral dan digital PAN pankromatik penderia di atas Penderiaan Jauh India satelit IRS-1C amat berguna untuk analisis dan bandar-bandar guna tanah / pemetaan liputan 2 per 3 daripada kajian ini, peta-peta telah dihasilkan daripada satelit Landsat tema mapper penderia untuk 1992, dan daripada imej-imej LISS-III untuk 2004. Pengembangan bandar raya Delhi daripada 1992 hingga 2004 adalah untuk tujuan pemetaan.Hasil-hasil menunjukkan bagaimana GIS dan teknologi penderiaan jauh boleh menyediakan kritikal input fizikal dan kebijaksanaan yang cekap mengenai muka bumi untuk menyediakan asas peta-peta, merumuskan cadangan-cadangan perancangan, dan pelaksanaan pengawasan. Keluasan Delhi berjumlah 148,312ha (hektar) kawasan geografi, pertanian ditubuhkan 65,114ha dalam 1992 dan 54,153ha secara 2004, satu kemerosotan 12% (lihat lampiran 1). Sepanjang tempoh 12 tahun ini,kawasan perumahan yang amat tebal lebih daripada sekali ganda, terutamanya pada kos tanah pertanian subur. Transformasi-transformasi tanah serupa berlaku di sekitar kawasankawasan pinggiran Delhi, terutama dalam ketimuran bandar raya, barat daya, dan daerah-daerah utara. Sederhana- dan kepekatan rendah kawasan kediaman juga berkuranganh. Tambahan pula, Delhi juga dianggap seperti asas perancangan bandar raya kerana ia mengalami perkembangan Bandar yang terlalu pesat menbangun tetapi ia juga tela mengalami kemerosotan sedikit di dalam perkembangannya dari 6.69% jumlah kawasan bandar raya dalam

GAMBAR SATELIT IRS-1C
BAND PENDERIA 2 0,52 - 0,59 µm 3 0,62 - 0,68 µm 4 8 0,77 - 0,86 µm 1,55 - 1,70 µm RESOLUSI 23 x 23 m 23 x 23 m 23 x 23 m 70 x 70 m

PROJEK KEDUA

PROJEK DI BANDAR BANDAR LEIPZIG, GERMAN Leipzig, German Bandar
dikategorikan sebagai sebuah Bandar “deindustrialization” yang mana terjadinya pengecutan pertumbuhan bandar-bandar tersebut. Ini berlaku akibat kemerosotan pertumbuhan dari sudut ekonomi dan sekaligus populasi penduduk bandar. Berbeza di bandar-bandar besar, pinggir-pinggir bandar terjadi sebaliknya, di mana perumahan dan kawasan komersil tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Keadaan ketidakseimbangan diantara pola pertumbuhan di bandar dengan pinggir bandar mewujudkan satu bentuk

Keadaan susunan bandar tidak mampan ini mengakibatkan permasalahan dari segi masalah sosial, masalah alam sekitar, pengurangan biodiversiti dan sebagainya. Keadaan ini sebenarnya menarik minat pelaburpelabur untuk membangunkan semula tengah-tengah bandar menjadi pusat komersil yang membangun pesat daripada terbiar begitu sahaja. Berdasarkan pemerhatian terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu : Kaedah Remote Sensing – kaedah ini lebih banyak tertumpu kepada corak pertumbuha positif bandar tersebut  Kaedah perancangan bandar – tertumpu kepada unit-unit pentadbiran bandar

Aplikasi Remote Sensing ini digunakan ke atas empat dareah di dalam bandar Leipzig, German, mengkaji mengapa fenomena pengecutan bandar ini terjadi. Menggunakan data yang didapati dari satelit

SPOT dan Landsat 5 yang menggunakan sensor multispectral ( MSS ), kajian ini diharap dapat menjawab persoalan dan menyelesaikan maslah-masalah yang timbul akibat pengecutan bandar ini

 
Rajah 1 – Klasifikasi penggunaan tanah dari pusat bandar ke pedalaman

Berdasarkan Rajah 1 di belakang, jelas terbukti bahawa penggunaan remote sensing dalam perancangan bandar amat diperlukan. Imej yang diperolehi dari data satelit ( menggunakan skala 40cm ) mampu diklasifikasikan mengikut kesesuaian penggunaannya. Pola perubahan ketara dapat dilihat berdasarkan klasifikasi pada tahun 1994 dan 2005. Ada sesetengah penggunaan tanah pada tahun 1994 tidak lagi sama dengan penggunaannya pada tahun 2005 di bandarLeipzig, German. Jika dilihat secara teliti, pada tahun 2005, terdapat hampir 20% kandungan tanah terdedah kepada pencemaran termasuklah pencemaran yang disumbangkan oleh aktiviti perindustrian yang pesat membangun. Ni dijadikan salah satu asas kepada penyelesaian masalah pengecutan pertumbuhan bandar diLeipzig, German.

Selain daripada kajian di

belakang, satu lagi kaedah atau jenis klasifikasi yang boleh dijalankan menggunakan data satelit ialah pertumbuhan bandar di empat daerah di sekitar Leipzig, German menggunakan “digital color infrared aerial photograph photos” Aplikasi remote sensing menawarkan kaedah orientasi objek untuk menyiasat struktur bandar dan kajian morfologi secara automasi. Aplikasi ini sangat sesuai digunakan untuk mengkaji perubahan struktur bandar-bandar dalam merancang pertumbuhan sesebuah bandar seperti di Leipzig, German.

PROJEK KETIGA

Projek menunjukkan Biomass atas tanah Bandar
Tujuan projek: untuk menunjukkan kawasankawasan pertumbuhan di atas tanah bandar.. Disebabkan semakin banyak orang menuju atau berpindah ke kawasan Bandar, jadi adalah diperlukan data remote sensing untuk menunjukkan kawasan sekitar di atas tanah Bandar tersebut. Kawasan yang dikaji adalah bandar Johor Bahru. Satelit-satelit yang digunakan adalah SPOT4 dan Quickbird., dengan berkejituan 10m dan 4m untuk memetakan dua peringkat(level)kawasan bandar Johor Bahru.

GAMBAR SATELITE QUICKBIRD DAN SPOT 4

SPESIFIKASI

Jadual 2 menunjukkan hasil data remote sensing QuickBird berserta dengan carta pie di kawasan bandar Johor Bahru.(a) menunjukkan peta biomass atas tanah bandar di Pelangi, (b) ,(c) dan (d) menunjukkan taman Melodies, Taman Sentosa dan Taman Pelangi.Carta pie di atas menunjukkan perbandingan di antara kawasan yang bertumbuhan dengan kawasan yang tidak bertumbuhan.

Jadual 3 menunjukkan hasil data remote sensing(SPOT 4) di kawasan Bandar Johor Bahru. Dengan adanya.data-data seperti ini, kerja Perancangan Bandar atau

KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kumpulan kami buat adalah remote sensing merupakan satu teknik baru untuk menunjukkan paramuka dan bentuk muka bumi jika berbanding dengan teknik fotogrametri.Remote sensing telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perancangan bandar dan wilayah.Penerangan di depan juga telah menunjukkan kegunaan-kegunaan remote sensing dalam bidang perancangan bandar dan wilayah dan juga jenis-jenis satelit. Contoh seperti projek di Bandar Johor Bahru di Malaysia, Bandar Dehli di Negara India dan juga Bandar Leipzig di negara German. Ini terbuktilah teknologi remote sensing telah digunapakaikan di seluruh dunia dalam bidang perancangan bandar dan wilayah. Dengan adanya teknologi baru ini, kita boleh mengetahui bentuk muka bumi sebenar di kawasan yang kita hendak merancang, jadi segala perancangan seperti bandar, wilayah dan desa akan dijalankan dengan lebih lancar dan sistematik.Di negara kita, teknologi remote sensing telah mula digunapakaikan untuk perancangan bandar dan wilayah sejak tahun 2000, jadi bidang ini masih memerlukan pakar-pakar yang banyak untuk

RUJUKAN
http://www.remotesensing.gov.my/tmspublishe

r/images/default/RS_Jul%20-%20Dec2001.pdf www.aarsacrs.org/acrs/proceeding/ACRS2007/Papers/TS3 .2.pdf www.eproceedings.org/static/vol06_2/06_2_ban zhaf1.pdf

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful