TAJUK ARTIKEL : Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut Perguruan: Satu Tinjauan Dari Perspektif Pentadbir Sekolah

• Visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru adalah bertujuan untuk melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia yang berkualiti untuk memastikan agar guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi negara Malaysia. Justeru itu, salah satu objektif yang dirancang oleh pihak Kementerian adalah untuk melahirkan guru permulaan yang berkualiti.

• Guru permulaan yang berkualiti ini merupakan modal insan minda kelas pertama seperti yang digariskan di dalam Pelan Induk Pembangunan Pelajaran (2006–2010). Adalah menjadi pioriti bagi seorang guru untuk melengkapkan dirinya dengan nilai-nilai hidup yang positif, beretika mulia dan berfikiran positif yang sudah tentu untuk diteladani oleh murid di sekolah.

• Guru sebagai role model bukan sesuatu yang retorik semata-mata tetapi mempunyai kesignifikannya dalam mempamerkan imej diri seorang pendidik dalam keseluruhan kehidupannya. • Ini kerana kerjaya seorang guru bukan sahaja terhad di sekolah malahan guru turut berperanan penting meskipun berada di luar waktu kerja. Seorang guru sentiasa membawa imej pendidik ke mana sahaja tempat yang dituju. • Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful