You are on page 1of 1

Rumusan Secara rumusnya, sistem ejaan rumi baharu yang kina kini menggunakan telah Berjaya menyeragamkan ejaan

bahasa Melayu serta telah dimartabatkan sebagai behasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Negara Malaysia. Dalam kerja kursus ini, kami diserapkan dengan ilmu pengetahuan sistem ejaan Rumi tentang penggunaan abjad bahasa melayu yang mempunyai sebanyak 26 hurufnya. Dalam abjad tersebut mempunyai 5 huruf yang terdiri daripada huruf vokal dan 21 untuk huruf konsonan. Selain itu, dalam huruf vokal terdapat gabungan dua huruf vokal yang menghasilkan 3 diftong iaitu ai, au dan oi. Dalam huruf konsonan pula terdapat 5 digraf iaitu sy, kh, ny, ng, dan gh. Bukan itu sahaja, kami juga telah memahami pola-pola suku kata yang terdiri daripada satu, dua atau lebih suku kata serta dapat menyelaraskan huruf vokal bahasa melayu yang bersuku kata tertutup. Selain daripada sistem keselarasan huruf vokal, terdapat kekecualian keselarasan huruf vokal yang menyimpang daripada pola biasa bahasa Melayu. Dalam kerja kursus ini juga kami buatkan pengejaan kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa nusantara serta memahami kaedah penulisan dan penyebutan katanya. Dalam teks komunikasi bertulis, kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis teks dan karangan seperti teks ucapan, teks pengacara majlis, surat rasmi, teks berita, minit mesyuarat, laporan dan memo. Dalam kerja kursus ini, kami diserapkan dengan pelbagai format yang terkini dan cara-cara penyampaian teks dengan betul. Bukan itu sahaja, jenis-jenis serta ciri-cirinya yang umum juga dipelajari. Secara rumusnya, Kerja kursus bahasa melayu 1 pada semester 3 ini merangkumi topik sistem ejaan rumi dan teks komunikasi bertulis. Para guru pelatih harus menguasai ilmu ini sebelum menjejak kaki ke dunia pendidikan.