You are on page 1of 2

Rumusan Analisis Teks-teks surat rasmi dan minit mesyuarat akan dianalisis dari 5 segi iaitu pola keselarasan

huruf vokal, pola kekecualian keselarasan huruf vokal, cara penulisannya, kata serapan dan juga pola suku kata perkataan-perkataan tersebut. Dalam pola keselarasan huruf vokal, terdapat 18 polanya dan dikelaskan kepada golongan masing-masing di atas. Sebagai contohnya perkataan belakang, pola keselarasan huruf vokal cuma mengambil 2 suku kata terakhir sahaja dan keselarasan adalah antara dua huruf vokal. Perkataan yang dianalisis mestilah kata dasar dan tidak ada imbuhan dan lain-lain serta diakhiri dengan suku kata tertutup. Justeru, perkataan belakang ini mengambil a daripada la dan a daripada kang, maka polanya ialah a-a. Dalam pola kekecualian keselarasan huruf vokal pula, terdapat 16 belas polanya dan dikelaskan kepada golongan masing-masing seperti yang dianalisis di atas. Sebagai contohnya perkataan setem, pola kekecualian keselarasan huruf vokal cuma mengambil 2 suku kata terakhir sahaja dan keselarasan adalah antara dua huruf vokal. Perkataan yang dianalisis mestilah kata dasar dan tidak ada imbuhan dan lain-lain serta diakhiri dengan suku kata tertutup. Justeru, perkataan setem ini mengambil daripada se dan e daripada tem, maka polanya ialah -e. Dalam cara penulisan bahasa melayu yang kita kaji dan pelajari daripada buku teks bahasa melayu 1, ia dibahagikan kepada 7 jenis penulisan iaitu Kata terbitan (segala kata yang menggunakan atau disertai oleh imbuhan), Kata sendi nama (menunjukkan arah atau kedudukan.), Kata ganti nama singkatan

(penggunaan kata nama singkatan kau, ku, mu, nya.), Partikel (penggunaan partikel -lah, -kah, -tah dan pun.), Kata ganda (kata-kata yang telah digandakan

perkataannya.), Kata majmuk (dua kata yang terpisah tetapi mempunyai makna yang telah dimantapkan.) dan Tanda sempang (Penggunaan - dalam bahasa melayu). Di atas telah saya bahagikan perkataan-perkataan dalam teks kepada kelas-kelas yang berlainan. Dalam menganalisis kata serapan pula, kebanyakan perkataan dipinjam daripada bahasa Inggeris. Ia terdapat cirinya iaitu perkataan yang dipinjam,

bunyinya hampir sama dengan sebutan bahasa Inggeris. Sebagai contoh bunyi buku dalam bahasa Malayu dan bunyi book dalam bahasa Inggeris. Selain itu, ejaannya juga berubah berdasarkan peraturan sistem keselarasan huruf vokal. Dalam peminjaman kata serapan, bentuk visualnya lebih diutamakan. Dalam pola suku kata, pertama sekali saya akan membahagikan kata-kata kepada golongan beberapa suku kata yang dia ada seperti perkataan dan mempunyai satu suku kata, saya mempunyai dua suku kata, mereka mempunyai tiga suku kata dan seterusnya. Selepas itu, perkataan-perkataan dibahagikan kepada golongan mereka tersendiri seperti di atas. K mewakili konsonan dan V mewakili Vokal. Contoh, perkataan dan dibina oleh konsonan -vokal-konsonan, oleh itu, polanya ialah kata tunggal satu suku kata dan polanya KVK. Bukan itu sahaja, 3 diftong iaitu ai, au, oi dan 5 digraf ny,ng, sy, kh, gh dikira sebagai satu. Contohnya, wau = KV dan bukan KVV. Secara rumusnya, teks-teks dianalisis berdasarkan 5 aspek seperti di atas dan butiran-butiran telah saya jelaskan dalam rumusan analisis ini.