You are on page 1of 1

Assalamualaikum w.b.t.

dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya sempurnakan tugasan bagi subjek Bina Insan Guru (BIG) bagi semester 6 ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman samada manis mahupun pahit yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja di dalam hidup ini. justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu Bina Insan Guru : Penanda Aras dan Ceramah. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan kedua-dua tugasan iaitu penanda aras dan ceramah. Terutamanya kepada pensyarah pembimbing iaitu, En. Mohd. Mernan Bin Talling kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan lain yang telah memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini samada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan semua, tugasan ini tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.