You are on page 1of 1

25th JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013

| WWW.JOHORJAMBOREE.CO M | WWW.FACEBOOK.COM/JIJ 2013 |

Ruj.Kami Ruj.Tuan Tarikh

: JIJ2013/INVITATION/DISTRICT ( 2 ) : : 27hb Ogos 2013

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Usukan, d/a SMKA Tun Said, 89159 Kota Belud, Sabah (U.P. Encik Nasbi bin Lasai) Salam Pengakap! JEMPUTAN MENYERTAI JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-25 2013 & SAMBUTAN JUBLI PERAK PENGANJURAN JAMBORI JOHOR Adalah dengan segala hormatnya, Surat Kelulusan Penganjuran daripada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (No.Rujukan: PPM-11(004)/2013), Surat Kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia (No.Rujukan: KPM.BKK (KOKU) 100-16/10/09 ( 21) bertarikh 23hb April 2013) serta perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dengan sukacitanya saya, mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dan Jawatankuasa Penganjur Jambori Antarabangsa Johor ke 25 2013 ingin menjemput ahli-ahli kumpulan Pengakap di bawah daerah kendalian pihak tuan untuk menyertai Jambori yang ke-25 kali di Negeri Terselatan Benua Asia ini. Bersesuaian dengan tarafnya, Jambori Antarabangsa Johor 2013 ini akan menghimpunkan 10 buah negara dengan lebih 5,000 orang ahli Pengakap yang dijemput khas samada dari dalam mahupun di luar negara bagi meraikan temasya Pengakap yang penuh gilang-gemilang ini. Program ini akan diadakan berdasarkan butiran berikut: Nama Program Tarikh Tempat Yuran Petugas : Jambori Antarabangsa Johor Ke-25 2013 : 16hb – 21hb November 2013 : Hutan Bandar Putra, Kulaijaya, Johor, Malaysia : RM 80.00 seorang (Bayaran merangkumi Kit Penyertaan Jambori & Pengurusan)

Bersama-sama ini juga dilampirkan Panduan Jambori Antarabangsa Johor ke-25 2013, Borang Pendaftaran yang harus dikembalikan sebelum atau pada 30 September 2013 bagi tujuan rujukan dan tindakan daripada pihak tuan. Sambutlah salam perkenalan daripada saya dan semoga dengan kehadiran pihak tuan akan memeriahkan lagi sambutan Jambori ini. Sekian. Terima kasih.

Ya’acob bin Abdul Karim Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor E-mel : sc@pengakapjohor.com/yaacob@johorjamboree.com/scjohor@gmail.com FB : www.facebook.com/JIJ2013 s.k : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah : Fail

D/A JAWATANKUASA PEN GANJUR JOHOR INTERNA TIONAL JAMBOREE 2013 NO 22, JALAN KOLAM A IR 1, TAMAN NONG CHI K HEIGHT, 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR, MALAYSIA