P. 1
Bab 1-Pengenalan & Latar Belakang Firma

Bab 1-Pengenalan & Latar Belakang Firma

|Views: 2,181|Likes:
Published by robotjahat

More info:

Published by: robotjahat on Sep 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA

1.1

Pengenalan

Selamat sejahtera kepada semua pembaca yang berminat untuk membaca buku laporan latihan industri saya, terutamanya sekali kepada para pensyarah yang akan memeriksa dan menilai buku laporan ini.

Latihan industri adalah merupakan salah satu daripada syarat yang diwajibkan kepada setiap pelajar politeknik seluruh Malaysia sebelum dianugerahkan Sijil ataupun Diploma. Maka dengan itulah, bagi setiap pelajar yang telah lulus dalam semester dua bagi peringkat Sijil dan semester tiga bagi peringkat Diploma akan di hantar untuk menjalani Latihan Industri. Para pelatih yang ditempatkan samada di jabatan kerajaan mahupun di syarikat swasta akan terdedah dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di Politeknik. Seringkali pelajar-pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah ditempuhi. Pada kali ini, para pelatih akan menjalani Latihan Industri dari 12 Januari 2009 hingga 12 Jun 2009.

1

1.2

Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah merupakan satu syarat yang wajib bagi setiap pelajar dalam pembelajaran di POLITEKNIK MUKAH SARAWAK bagi memperolehi Sijil atau Diploma.

Objektif Latihan Industri adalah seperti berikut :i. Untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar dan meluaskan kemahiran teknikal. ii. Untuk menanamkan sifat amanah, tanggungjawab, semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja. iii. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri. iv. Mendorong minat pelajar untuk menjalankan perniagaan sendiri dimasa hadapan. v. Membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari kepada praktikal dan sebaliknya. vi. Mendedahkan pelajar kepada dunia luar iaitu melalui cara berkomunikasi, baik dari segi perbuatan mahupun percakapan. vii. Memahami kelemahan serta kelebihan sesuatu perniagaan dan dapat mencari satu kaedah penyelesaian terbaik untuk menanganinya.

2

viii.

Memperkenalkan

diri

pelajar

sendiri

dari

segi

kebolehan,

kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan. ix. x. Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan. Menunjukkan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan majikan melalui kehadiran di tempat kerja dan menepati waktu. xi. Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai aspek Kejuruteraan Mekanikal seperti menservis penyaman udara,pemeriksaan dan membaiki Jentera Bomba, ‘Aerobridge’ dan ‘Conveyer’. xii. Mendapat pendedahan tentang struktur organisasi sesebuah firma atau jabatan.

3

1.2.1

Objektif Buku Latihan Industri

Buku Laporan ini disediakan bertujuan untuk dijadikan sebagai sebuah sumber rujukan setelah tamat pengajian dan bakal menempuhi alam perkerjaan yang sebenar. Laporan ini juga sangat berguna demi memajukan lagi diri sendiri untuk digunakan pada masa akan datang untuk menambah ilmu dan dapat juga digunakan untuk pemahaman teori dan praktikal dalam Jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Kita juga dapat membezakan antara pelajaran teori di Politeknik dan juga semasa menjalani latihan.

Oleh yang demikian, objektif laporan ini adalah penting dan berguna untuk pengetahuan dan menjadi panduan di masa akan datang. Di antara objektif buku laporan adalah : i. Dapat mendokumentasikan segala aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh latihan. ii. Dapat mengetahui keupayaan setiap pelajar dalam mengikuti arahan yang telah ditetapkan ke atasnya dan memenuhi kehendak sesebuah institusi. iii. Dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk dinilai dan disemak oleh pensyarah. iv. Sebagai salah satu cara bagaimana pensyarah dapat mengetahui sejauh mana objektif latihan itu dapat dicapai oleh pelajar atau sebaliknya.

4

v.

Dapat mengajar pelajar untuk merancang sesuatu perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan dan hanya perkara yang wajar sahaja perlu dilakukan berdasarkan akal fikiran yang rasional.

vi.

Dapat mengetahui sejauh mana latihan yang diterima oleh pelajar termasuk kemahiran-kemahiran dan pengalaman yang telah dilalui oleh pelajar dalam tempoh latihan tersebut.

vii.

Dapat menjadi salah satu bahan bukti kepada bakal majikan yang menyatakan bahawa pelajar terbabit telah menjalani Latihan Industri dan mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan ketika memohon perkerjaan kelak.

viii.

Memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Politeknik Mukah Sarawak untuk dianugerahkan Sijil atau Diploma.

ix.

Menanamkan sikap bertanggungjawab dan dengan itu secara tidak langsung disiplin diri pelajar itu akan terbina dengan sendirinya.

5

1.2.2

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan Industri adalah satu latihan yang mesti dijalankan oleh pelajar Politeknik Mukah Sarawak selama 22 minggu atau satu semester. Setiap pelajar yang berada dalam semester 3 untuk kursus Sijil dan semester 4 bagi kursus Diploma wajib menjalani dan menamatkan Latihan Industri ini sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil dan Diploma Politeknik (KPTM).

Tempoh ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menimba segala ilmu dan pengalaman bagi tujuan memahami dan mengenali aspek dan sistem yang terdapat dalam sebuah firma atau syarikat yang menguruskan kerja-kerja dalam bidang mekanikal. Sepanjang latihan dijalankan pelatih telah didedahkan dengan pelbagai bidang kerja yang berkaitan dengan hal-hal mekanikal seperti membaikpulih jentera, memasang kompenen-kompenan mekanikal yang telah rosak seperti kompenen ‘Conveyer’, Jentera Bomba, ‘Aerobridge’ dan sebagainya.

Latihan Industri ini juga mendedahkan kepada para pelajar bagaimana menyelenggara dan membaiki sesuatu mesin atau peralatan yang berkaitan dengan mekanikal serta memahami masalah yang mungkin berlaku. Selain itu, ia dapat menerapkan nilai kerjasama diantara pihak pegawai MASB dengan pihak kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembaikan.

6

Di antara kepentingan latihan industri ialah :

i.

Dapat memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah firma atau syarikat.

ii.

Dapat meningkatkan disiplin yang tinggi sebagai seorang yang bekerjaya disamping dapat meningkatkan keberkesanan setiap topik yang dipelajari semasa di politeknik.

iii.

Dapat mengukuhkan semangat dan keyakinan diri dalam membuat sebarang keputusan.

iv.

Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan berkemampuan terhadap diri sendiri serta organisasi apabila mendapat sesuatu perkerjaan kelak.

v.

Mendapat pendedahan yang secukupnya berkaitan dengan bidang yang diceburi.

7

1.3

Latar Belakang Organisasi

1.3.1

Pengenalan Organisasi

Rajah 1.1 : Kedudukan Lapangan Terbang Sibu

8

Rajah 1.2 : Peta kedudukan Lapangan Terbang Sibu

Lapangan Tebang Sibu yang lama yang merupakan tapak peninggalan daripada Perang Dunia Kedua yang terletak lebih kurang 8 km di timur laut Bandar Sibu pada tahun 1952, ianya telah diperbaiki semula dengan menambahkan landasan berumput seluas 1097 meter (3500 kaki) panjang dan 30 meter (100 kaki) lebar untuk kegunaan kapal terbang jenis DC3.

Lapangan Terbang Sibu mempunyai 345 perkhidmatan berjadual seminggu dengan penggunaan pesawat MAS Boeing 737, FOKKER F50 dan Twin Otter Lapangan Terbang ini juga menjadi pusat bagi perkhidmatan udara luar bandar yang memberikan rangkaian perkhidmatan ke Mukah, Kapit dan Belaga.

Malaysian Airways Limited telah melakukan penerbangan pertamanya di Lapangan Terbang Sibu pada hari Rabu, 21 Mei 1952. Jadual penerbangan kapal

9

terbang DC3 bermula pada Julai 1952 yang mana pada mulanya penerbangan adalah dua kali seminggu dan kemudiannya ditambah kepada empat kali seminggu pada akhir tahun. Selain daripada Malaysian Airways, Borneo Airways yang berpusat di Jesselton (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu) juga menjalankan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sibu.

1.3.2

Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Sibu merupakan sebuah pusat perdagangan dan perniagaan yang penting bagi Lembah Sungai Rajang dan kawasan sekitarnya selain daripada menjadi tempat aktiviti-aktiviti berasaskan pembalakkan.

Lapangan Terbang ini pada mulanya hanya dilengkapi dengan bangunan terminal dan menara kawalan sementara. Kesemuanya dibina daripada atap. Menara ini diselenggarakan oleh IAL(International Air Radio Limited). Bangunan terminal yang lengkap dengan menara kawalan yang terletak di tingkat pertamanya telah dibina pada bulan September 1953 dan siap pada bulan Februari 1954.

Satu-satu jalan tanah dari Bandar ke Lapangan Terbang dikelilingi oleh kebun getah. Jalannya terlalu kecil dan cuma mampu digunakan oleh kenderaan kecil sahaja. Keadaan ini cuma diperbaiki apabila Jabatan Kerja Raya telah melebarkan lagi jalan tersebut pada tahun 1958. Jalan berturap pula dibina selepas tahun 1962. Landasan tersebut kemudiannya telah dinaiktaraf permukaan berbitumen sepanjang 1372 meter panjang dan 30 meter lebar. Kerja pembinaan ini telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan siap pada bulan Mac 1963. Landasan tersebut telah mengalami penurunan dengan cepat dikedua-dua hujungnya lebih kurang 10 kaki.

10

Hal ini telah menyebabkan Lapangan Terbang ini hanya dapat menampung perkhidmatan pesawat F27 (perkhidmatan pesawat F27 telah diberhentikan oleh MAS pada 1 Jun 1990 kerana pesawat ini tertaluk kepada berat muatan dan waktu siang sahaja).

Kerajaan pada tahun 1971/1972 telah memberi kepercayaan kepada juruperunding, Acres-Perkin Konsortium dari Kanada untuk menjalankan kajian Perancangan Lapangan Terbang Kebangsaan (National Airport Plan). Lapangan terbang Sibu lama telah termasuk di dalam kajian ini.

Juruperunding-juruperunding telah berpendapat bahawa Lapangan Terbang Sibu yang lama adalah tidak selamat walaupun untuk pesawat jenis VFR F27. Jesteru itu, mereka mencadangkan agar satu Perancangan Induk bagi menentukan tapak serta pembinaan lapangan terbang baru diberi keutamaan.

Dengan mengambil kira halangan-halangan geofizikal di tapak lapangan terbang lama, maka telah dicadangkan agar tapak baru dibangunkan untuk Lapangan Terbang Sibu. Tapak baru ini terletak 23 km ke Tenggara Bandar Sibu. Kira-kira 354 hektar (870 ekar) tanah telah diperolehi di dalam jangka masa Rancangan Malaysia Kedua. Dalam tahun 1982 1983 dan 1984, sejumlah 97 hektar tanah diperolehi. Oleh itu, Lapangan Terbang Sibu baru mempunyai keluasan 747 hektar.

Dalam bulan Oktober 1981, Minconsult Sdn. Bhd. bergabung dengan PRC Speasn telah dipilih oleh kerajaan untuk menyediakan rekabentuk akhir fasa pertama bagi kerja-kerja membangunkan projek cadangan Lapangan Terbang Sibu yang baru untuk menampung perkhidmatan B-737 dan pesawat-pesawat kecil yang lain.

11

Projek ini telah dilaksanakan dibawah satu pakej tender yang mengandungi kerja-kerja awam, kerja-kerja bangunan, penyelengaraan bangunan, rumah kakitangan, kerja-kerja pemasangan pencahayaan landasan atas tanah, pembekalan tenaga elektrik kuasa tegangan yang tinggi dan kerja-kerja ‘Navaids’ dan ‘Comaids’. Kerja-kerja pembinaan bermula dalam bulan Ogos 1990 oleh Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd dan John Laing International Limited Joint Venture (YTLLaing JV) dan siap pada bulan Mei 1994 serta memulakan operasi pada 1 Jun 1994. Jumlah kos penyelenggaraan projek fasa pertama ini ialah RM150,000,000.

Keluasan tapak tanah mencukupi bagi memanjangkan landasan bagi membolehkan penyelengaraan penerbangan bagi Airbus dan Boeing 747, memperluaskan kompleks terminal dan medan apron kapal terbang.

Perancangan masa depan juga memungkinkan pembinaan jalan laluan selari dengan landasan dan juga kemudahan-kemudahan lain sekiranya perlu kelak.

12

1.3.3

Logo Rasmi Serta Pengertian Logo Organisasi

Rajah 1.3 : Logo Rasmi Malaysia ‘Airports’

Logo Malaysia ‘Airports’ merupakan kombinasi antara tiga elemen iaitu sebuah Menara Kawalan (Control Tower), sebuah Landasan (Runway) dan sebuah Pesawat Terbang.

Landasan dengan 4 jalur putih mencerminkan komitmen Malaysia ‘Airports’ menyediakan perkhidmatan pada tahap yang cemerlang. dan berdedikasi terhadap pelanggan. Ini menggambarkan Malaysia ‘Airports’ bersikap sistematik dalam pencapaian yang dinamik, kecekapan

Pepenjuru “laluan udara” menunjukkan ketabahan Malaysia ‘Airports’ mengekalkan organisasi. Menara kawalan menandakan standard Malaysia ‘Airports’ yang tinggi dalam kecekapan dan perkhidmatan yang cemerlang.

Warna logo biru dan oren mencerminkan misi korporat. Biru, warna yang sinonim dengan penerbangan, menunjukan keseimbangan, harmoni dan disiplin dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Warna kedua, oren, menjelaskan kekuatan dan visi teguh pengurusan dan kakitangan Malaysia ‘Airports’.

13

Kesemua kombinasi elemen dalam logo melambangkan visi korporat Malaysia ‘Airports’ yang cemerlang dan integriti.

1.3.4

Visi

- Perusahaan lapangan terbang bertaraf dunia.

1.3.5

Misi

- Menyediakan gerbang laluan udara bertaraf dunia. - Menguruskan rangkaian dan perkhidmatan lapangan terbang yang kos efektif. - Melebihi jangkaan para pelanggan, pemegang saham, dan pihak–pihak lain yang berkepentingan.

14

1.3.6

Carta Organisasi Malaysia Airports

Rajah 1.4 : Carta Organisasi Malaysia ‘Airports’

15

1.3.7

Carta Organisasi Pengurusan (Admin. Office Sibu)

Airport Manager Awg. Batu b. Awg. Wahab

Ketua Unit Operasi Awang Manis b. Awg Zen

Ketua Unit Kejuruteraan Pathi b. Terang

Ketua Unit Keselamatan Muhd. Udin

Ketua Unit Bomba Abdul Rahman Atoi

Ketua Syif A Ketua Syif B Duty Officer B Duty Officer A Ketua Syif A Ketua Syif B Ketua Syif A Ketua Syif B

Rajah 1.5 : Carta Organisasi Pengurusan (Admin. Office Sibu).

1.3.8

Carta Organisasi (Unit Kejuruteraan Sibu)

16

Ketua Unit Kejuruteraan Pathi bin Terang

Pegawai Teknikal Civil Ali bin Omar

Pegawai Teknikal Elektrik Pathi bin Terang

Pegawai Teknikal Mekanikal Christoperizo Singgai

Juruteknik Awam Pn Dyg Khartina En. Mohd Norhadi

Electric Chargeman Dominic Sami Hasbi bin Maiji

Juruteknik Mekanikal Francis Mawi Othman bin Jaie Muhd Tino bin Jailin Hasyim Rambli

Juruteknik Elektrik Kisian Mosed Mohd Ilham Mohd Taufik

Rajah 1.6 : Carta Organisasi (Unit Kejuruteraan Sibu)

1.3.9

Carta Organisasi OSH (Safe and Healty Comunity)

17

PENGERUSI Awang Batu Awang Wahab SETIAUSAHA Badari Bin Mat

WAKIL-WAKIL PENGURUSAN

PEKERJA

Awang Manis Awang Zen Mohamad Hj Udin Pathi Hj Terang Abdul Rahman Attoi

Ali Omar Dominic Sami Chirstopherizo SD Afendy Shahden Ko Anak Muji Hasbi Maiji Shamsudin Bin Mohd Suif Penra Abdullah

Rajah 1.7 : Carta Organisasi OSH (Safe and Healty Comunity).

1.3.10 Aktiviti Organisasi

18

i. ii. iii.

Hari keluarga yang dianjurkan setiap tahun oleh Malaysia Airports. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih bangunan Malaysia Airports. Membaikpulih kerosakan tandas contohnya paip, mangkuk tandas, dan pam air sekiranya ada laporan kerosakan daripada pihak operasi.

iv.

Menyelia penyelenggaraan sistem penghawa dingin yang dilakukan oleh pihak kontraktor setiap bulan.

v.

Menyelia penyelenggaraan lif yang dilakukan oleh pihak kontraktor sebulan sekali.

vi. vii. viii.

Membuat penyelenggaran bulanan terhadap jentera bomba. Membuat pemeriksaan ‘Runway’ 3 kali sehari. Menukar ‘Bulb’ yang rosak sekiranya terdapat laporan daripada pihak operasi.

ix.

Mengecat tanda di ‘Airside’ yang telah pudar untuk tujuan pengamatan yang jelas oleh kapal terbang.

1.3.11 Halatuju Organisasi

19

Lapangan Terbang Sibu bertekad untuk memberi perhatian penuh kepada kekuatan teras perkhidmatan lapangan terbang seiring dengan perubahan pantas yang dialami oleh industri ini. Inisiatif stratergik untuk mencapai matlamat ini telah pun dimulakan dan sudah mula menunjukkan beberapa keputusan positif. Sambil bergerak maju kehadapan, staf-staf Lapangan Terbang Sibu berasa yakin bahawa gabungan langkah-langkah stratergik yang telah dilaksanakan dan kekukuhan asas kewangan, akan menjadikannya lebih mantap dan lebih dinamik untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Selain itu juga, penyediaan infrastuktur berkualiti adalah penting, namun usaha bagi menentukan tahap perkhidmatan yang tinggi tidak boleh diabaikan. Kumpulan lapangan terbang seluruh Malaysia telah memulakan skim ganjaran berasaskan prestasi yang bermatlamat untuk menyuburkan lagi kecekapan dan semangat kerja di kalangan tenaga kerja. Latihan menjadi kunci penting dalam menjayakan usaha Sumber Manusia ini. Bahagian Sumber Manusia yang diberi wajah baru sentiasa aktif membangunkan inisiatif latihan serba lengkap. Penggunaan Alat Pengurusan Kad Pemarkahan Robert S Kaplan dan David P Norton juga telah dilaksanakan baru-baru ini.

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->