P. 1
bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

|Views: 3,480|Likes:
Published by Beevy GB

More info:

Published by: Beevy GB on Sep 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

BAB 2

Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan
Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukkan masyarakat yang sejahtera. Keluarga berperanan mencorak tingkah laku dan peribadi anak-anak. Oleh itu, institusi kekeluargaan adalah suatu yang istimewa dan perlu diambil perhatian agar ia tidah runtuh atau terjejas. Ini kerana ia akan mempengaruhi perkembangan anak-anak. Oleh itu, sebagai ahli keluarga, kita semua mesti memahat dalam hati masing-masing perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga. Tanggungjawab terhadap keluarga juga perlu dilaksanakan dengan sempurna.

2.1 Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Definisi Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Ciri-ciri 1. Menyayangi keluarga seperti menyayangi diri sendiri. 2. Saling menghormati antara anggota keluarga. 3. Sentiasa mangamalkan amalan tolong menolong dengna penuh ikhlas di kalangan anggota keluarga. 4. Sentiasa menghargai dan berterima kasih dengna segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

2.2 Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga
Definisi Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis. Ciri-ciri 1. Memberi layanan yang baik kepada anggota keluarga. 2. Sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk setiap ahli keluarga. 3. Menghulurkan bantuan dan perlindungan kepada ahli keluarga yang susah dan memerlukan bantuan. 4. Sentiasa berinteraksi dengan sopan santun terhadap ahli keluarga. 5. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh anggota keluarga bagi menjamin kerukunan.

2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Definisi Menerima dan menghormati dna mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga
Ciri-ciri 1. Menerima dan mengamalkan adat, kepercayaan dan tradisi yang diamalkan oleh keluarga. 2. Menghormati amalan kebiasaan dan tradisi yang diamalkan oleh keluarga. 3. Mengamalkan adat kebiasaan yang diwarisi daripada keluarga tanpa segan silu. 4. Menyampaikan kepada anggota keluarga lain mengenai amalan tradisi keluarga. 5. Mengamalkan panggilan yang bersopan dalam keluarga.

2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
Definisi Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dna menjaga maruah keluarga.
Ciri-ciri 1. Ketua keluarga perlu menyediakan keperluan asas rumah tangga. 2. Memastikan maruah dan kehormatan keluarga terjaga. 3. Memastikan setiap ahli keluarga mendapat pendidikan yang sempurna. 4. Sentiasa bersama keluarga walau dalam keadaan susah atau senang. 5. Menjalankan setiap tugas atau tanggungjawab yang diamanahkan dalam keluarga

SMK Perempuan Likas Sabah

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->