BAB 3

Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar
Ekosistem adalah satu sistem yang melibatkan tindak balas dan perhubungan antara haiwan, tumbuhan dan manusia dengan alam persekitaran yang tidak bernyawa. Kitaran ini akan terancam sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan terhadap alam sekitar. Sebagai makhluk yang diciptakan dengan sempurna, kita bertanggungjawab untuk memastikan alam sekitar sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Oleh itu, adalah penting bagi kita menguruskan alam ini dengan bijak agar keharmonian antara hidupan dengan alam sekitar terpelihara.

3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam sekitar
Definisi Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

Ciri-ciri 1. Memahami akan kepentingan ekosistem untuk kesejahteraan hidup. 2. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga ekosistem. 3. Mengamalkan sikap menjaga kebersihan alam sekitar. 4. Cara-cara menyayangi dan menghargai alam sekitar: (a) Mengawal aktiviti pembalakkan. (b) Mengawal pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. (c) Menanam pokok bagi mengekalkan kehijauan alam. (d) Membuang sampah ke dalam tong kitar semula.

3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Definisi Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
Ciri-ciri 1. Mengetahui dan memahami kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. 2. Mengamalkan sikap suka menjaga kebersihan persekitaran. 3. Memupuk sikap menjaga kebersiha alam sekitar seperti mengamalkan kitar semula. 4. Melakukan aktiviti untuk mengekalkan keindahan dan kebersihan alam sekitar seperti menanam bunga. 5. Menyedari bahawa manusia dan alam sekitar adalah saling memerlukan untuk hidup yang sejahtera.

3.3 Kemampanan Alam Sekitar
Definisi Pengkalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. Ciri-ciri 1.Menjaga dan menguruskan alam sekitar dengan baik. 2.Mengetahui akan kesan aktiviti manusia terhadap flora dan fauna. 3.Menyedari dan memahami kesannya jika alam sekitar tidak diuruskan dengan baik dan selamat. 4.Kita hendaklah mengetahui cara atau tindakan yang perlu diambil bagi menjaga alam sekitar. 5.Hutan memberikan sumbangan yang besar kepada semua hidupan. Oleh itu, manusia mestilah berganding bahu untuk menjaga sumber hutan agar tidak musnah.

3.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Definisi Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Ciri-ciri 1. Sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. 2. Mengenal pasti kesan pencemaran alam terhadap kehidupan. 3. Mengambil berat akan isu-isu alam sekitar, malah berusaha untuk menanganinya. 4. Memupuk sikap bekerjasama menjaga alam sekitar daripada tercemar. 5. Turut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan alam sekitar.

SMK Perempuan Likas Sabah

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful