P. 1
bidang 7_nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian

bidang 7_nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian

|Views: 6,067|Likes:
Published by Beevy GB

More info:

Published by: Beevy GB on Sep 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

BAB 7 Nilai Berkaitan Dengan Keamanan Dan Keharmonian

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Walaupun negara kita terdiri daripada penduduk yang berbilang bangsa, agama dan kebudayaan, namun kita sebagai rakyat Malaysia masih hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Amalan nilai yang berkaitan dengan keamanan dan keharmonian adalah penting untuk mengekalkan keamanan negara.

7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Definisi

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Ciri-ciri 1. Menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain dalam semua lapisan masyarakat. 2. Mengamalkan sikap saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya. 3. Mengelak daripada sebarang pergaduhan atau pertelingkahan, malah berusaha untuk mewujudkan keharmonian yang berkekalan.

4. Setiap anggota masyarakat memainkan peranan penting untuk mewujudkan keharmonian yang berkekalan. 5. Keamanan dan keharmonian merupakan asas kesejahteraan hidup bagi mengekalkan keamanan hidup. 6. Negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, perpaduan adalah penting untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan damai. 7. Perpaduan penting dalam memastikan persefahaman di kalangan masyarakat serta pembangunan negara berjalan dengan baik

7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Definisi Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat Ciri-ciri 1. Mengamalkan sikap suka membantu dalam kehidupan seharian. 2. Mengamalkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat. 3. Amalan bergotong-royong harus dipupuk di kalangan masyarakat bagi mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan di antara satu sama lain. 4. Semangat bermasyarakat mendorong ahli-ahlinya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. 5. Kita juga perlu membantu antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah dalam masyarakat dan negara.

7.3 Saling Menghormati antara Negara
Definisi Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat Ciri-ciri 1. Saling menghormati antara negara ialah menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. 2. Hormat-menghormati antara negara melahirkan suasana aman dan makmur dalam mencapai kemakmuran dan kemajuan dunia. 3. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran negara lain. 4. Negara Malaysia telah menyertai ASEAN untuk mewujudkan kerjasama serantau. 5. Kita perlu menghormati kedaulatan negara sendiri dan negara lain untuk mengekalkan keamanan sejagat.

SMK Perempuan Likas Sabah

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->