P. 1
bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

|Views: 4,096|Likes:
Published by Beevy GB

More info:

Published by: Beevy GB on Sep 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Rakyat diberi kebebasan untuk berucap, bergerak, berpersatuan dan menyuarakan pendapat, namun mestilah mengikut batasan tertentu. Antara kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ialah kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti. Rakyat Malaysia bebas untuk menjalankan aktiviti mereka namun mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Definisi Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada Ciri-ciri 1. Kita hendaklah memahami kepentingan peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan sama ada di rumah, sekolah dan di tempat kerja. 2. Seseorang itu juga mesti mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan itu. Ia bertujuan untuk memastikan masyarakat hidup dalam keamanan dan kesejahteraan. 3. Kita juga harus memahami kesannya jika tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. 4. Hukuman akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang dan peraturan.

6.2 Kebebasan bersuara
Definisi Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Ciri-ciri 1. Kebebasan bersuara terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu setiap warganegara bebas untuk menyuarakan pendapat, berhimpun dan berpersatuan namun mesti mengikut batasanbatasan tertentu. 2. Kebebasan bersuara merupakan hak untuk berucap di tempat awam mengikut adab dan peraturan di Malaysia. 3. Semua individu bebas untuk memberikan pendapat tanpa mengira jantina. 4. Kita haruslah menyuarakan pendapat dan pandangan yang wajar dan tidak menyentuh isu-isu sensitif. 5. Had kebebasan bersuara adalah penting bagi memelihara keamanan dan keharmonian negara kita.

6.3 Kebabasan Beragama
Definisi Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia Ciri-ciri 1. Kebebasan beragama bererti kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang siperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. 2. Kebebasan beragama penting bagi masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. 3. Setiap rakyat harus mengamalkan kebebasan beragama mengikut lunas-lunas yang ditetapkan. 4. Perlembagaan Malaysia yang membenarkan kebebasan beragama telah menyatupadukan masyarakat majmuk di negara kita. 5. Setiap individu perlu bertolak ansur dan saling mamahami amalan pelbagai agama dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.

6.4

Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara

Definisi Kebebaan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia
Ciri-ciri 1. Rakyat Malaysia bebas untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti asalkan tidak melanggar undang-undang dan Perlembagaan Malaysia serta tidak mengganggu ketenteraman dan keselamatan negara. 2. Di sekolah, setiap pelajar disarankan supaya bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum supaya mendapat pengalaman dan pengetahuan bagi perkembangan mental dan fizikal serta jati diri yang positif.

3. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berwawasan di samping pemupukan perpaduan dikalangan masyarakat di negara kita. 4. Penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum juga menggambarkan warga sekolah yang bergiat cergas menjamin kejayaan bagi sesebuah sekolah. 5. Selain itu, pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada aktiviti yang tidak sihat, malah digalakkan untuk menyertai aktiviti pertubuhan dan sukarela.

6.5 Sikap Keterbukaan
Definisi Bersedia memberi dan menerima pandangan pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia
Ciri-ciri 1. Sikap keterbukaan adalah sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dari segi pemikiran, pertuturan dan perbuatan serta bersedia menerima pandangan yang sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. 2. Orang yang bersikap terbuka akan dapat menerima pandangan, teguran dan kritikan daripada orang lain. 3. Setiap teguran akan dijadikan panduan untuk memperbaiki diri. 4. Mereka juga akan dapat mengawal perasaan dan emosi dalam setiap situasi. Mereka akan berfikir dahulu sebelum menyuarakan sesuatu pendapat.

5.
6.

Pendapat atau pandangan tersebut akan disampaikan secara sopan dan berhemah. Nilai keterbukaan ini harus diamalkan walau di mana sahaja bagi membentuk masyarakat yang harmoni.

SMK Perempuan Likas Sabah

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->