You are on page 1of 1

20 0 2

IMAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH JALAN LUMBA KUDA 34000 TAIPING
Kod Sek: AEA 6062 Tel : 05-8073970

Tel : 05-8073970 Fax: 05-8060187

Ruj. Kami : SMKKP(KK)/153/09/13 Fax: 05-8060187 Tarikh : 17 September 2013 Tuan Frankie Anak John Jawan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Larut, Matang dan Selama Lot 2024, Jalan Kuala Kangsar, 34700 Taiping, Perak Melalui, Pengetua SMK Klian Pauh, Jalan Lumba Kuda, 34000 Taiping, Perak Tuan, JEMPUTAN PIHAK JABATAN SEBAGAI FASILITATOR PERKHEMAHAN Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ingin menjemput pihak tuan untuk bersamasama menjayakan aktiviti perkhemahan unit-unit beruniform pada 19 Oktober 2013. 2. Jawatankuasa pengajuran perkhemahan telah bersetuju dengan objektif kali ini iaitu mendedahkan murid-murid asas ikatan tali, pertolongan cemas, memadam kebakaran, kawad kaki dan repelling. Justeru itu, majlis mencadangkan agar menjemput pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk mencapai objektif yang dinyatakan. Perkhemahan ini juga diharap dapat memberi peluang murid-murid untuk mengenali fungsi dan peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia lebih dekat lagi. 3. Sekiranya terdapat pertanyaan dan maklum balas sila hubungi Tuan Haji Mohd Guzali Bin Haji Shahran (012-4558678). Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Berkhidmat Untuk Negara Yang menjalankan tugas,

(Tuan Haji Mohd Guzali Bin Haji Shahran) Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Klian Pauh, Taiping. s.k. 1. PPD Larut, Matang dan Selama 2. Pengetua 3. PK HEM

You might also like