You are on page 1of 3

ANALISIS SWOT KEKUATAN 1.

Pemilihan penceramah jemputan Penceramah jemputan bagi sesi seminar BIG dan Bengkel Guru Cemerlang adalah menepati objektif BIG kali ini. Kedua-dua penceramah ialah guru cemerlang dan telah berkhidmat lama dalam bidang perguruan. Oleh itu, pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna yang dapat dikongsikan bersama guru pelatih.

2. Pemilihan tempat Bengkel Guru Cemerlang. Bengkel Guru Cemerlang telah diadakan di dalam bilik tutorial di blok tutorial. Pemilihan tempat ini adalah bersesuaian kerana bilik tutorial dilengkapi dengan LCD Projector, layar putih, wifi institut dan pendingin hawa. Oleh itu, bengkel dapat dijalankan dengan jayanya dalam keadaan yang kondusif dengan menggunakan semua infrastuktur yang terdapat dalam bilik tutorial.

3. Urusan jemputan guru cemerlang ke Bengkel Guru Cemerlang. Bagi menjalankan Bengkel Guru Cemerlang, setiap kumpulan diminta untuk menjemput seorang guru cemerlang di sekolah-sekolah sekitar kawasan institut untuk mengendalikan bengkel. Urusan jemputan dan surat menyurat kepada guru-guru cemerlang ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak institut dan para guru pelatih.

KELEMAHAN 1. Pengurusan masa Masa seminar dijadualkan bermula ialah pada pukul 8 pagi.

Walaubagaimanapun, seminar hanya bermula pada pukul 9.00 pagi. Hal ini berlaku disebabkan oleh kelewatan penceramah tiba di maktab.

Walaubagaimanapun, kelewatan penceramah adalah kerana beliau kurang mengetahui selok belok kawasan Nilai.

2. Pemilihan tempat seminar BIG. Seminar BIG dijalankan di dewan besar IPG KPT. Hal ini kerana dewan besar mampu memuatkan lebih ramai peserta. Walaubagaimanapun, keadaan dewan adalah kurang kondusif dan terdapat gangguan gema suara. Ia menyebabkan suara penceramah kurang jelas kedengaran terutamanya kepada pelajar yang duduk di bahagian belakang. Keadaan dewan besar juga agak panas kerana jumlah kipas yang sedikit. Ia menyebabkan guru pelatih kurang dapat memberi tumpuan pada ceramah yang disampaikan.

PELUANG 1. Pemilihan tempat seminar BIG. Selain dewan besar, seminar BIG juga sebenarnya sesuai dijalankan di dewan kuliah. Dewan kuliah cukup untuk memuatkan semua pelajar semester 6 yang berjumlah hampir 200 orang. Dewan kuliah dilengkapi dengan pendingin hawa, kerusi dan meja dan PA system di dewan kuliah adalah lebih baik dan jelas. Oleh itu, semestinya seminar dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih kondusif dan dapat memberikan imej yang baik kepada penceramah.

ANCAMAN

1. Kerjasama antara guru pelatih Memandangkan program yang dijalankan memerlukan kerjasama jitu daripada guru pelatih, semua pihak harus memberikan komitmen dengan penuh iltizam dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan. Jika tidak perpecahan dan perbalahan boleh berlaku. Tugas yang diamanahkan juga tidak dapat dijalankan dengan baik serta tidak dapat memenuhi objektif BIG kali ini iaitu melahirkan guru yang profesional dan cemerlang.

You might also like