DOKUMEN PENDIDIKAN KHAS DI BAWAH SEKSYEN 41 AKTA PENDIDIKAN 1996

BAHAGIAN II PENDIDIKAN KHAS 3.1 Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak menghadiri program pendidikan khas kecuali murid yang berikut; 3.1.1 murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa.

3.1.2 murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal berat. 3.2 Seorang murid dengan keperluan khas yang boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung dengan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pelajaran dan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.

PELAKSANAAN 3. Kementerian Pelajaran telah menetapkan garis penduan saiz kelas untuk murid-murid berkeperluan khas, berbeza dengan murid biasa. Saiz kelas ditetapkan adalah seperti berikut; 21.1 Masalah Penglihatan 3 hingga 6 orang dalam satu kelas 21.2 Masalah Pendengaran 8 hingga 12 orang dalam satu kelas 21.3 Masalah Pembelajaran 3 hingga 6 orang dalam satu kelas

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia 08 SEPT. 2005 Hotel Kualiti S. Alam