You are on page 1of 20

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN LADA BIL.1/2011

AktivitiAktiviti LADA

Pada 12 Januari 2011 bersamaan 7 Safar 1432 Hijrah BSMKP telah menganjurkan majlis perhimpunan bulanan kali yang pertama bagi tahun 2011 bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Majlis dipengerusikan oleh Puan Mardhiyah Binti Suhaimy dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Shukri Bin Mohamad Isa. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah. Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah ucapan daripada Timbalan Pengurus Besar Sektor Perancangan dan Pembangunan, Tuan Haji Hanaffi bin Ahmad. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan selamat tahun baru 2011 dan menyampaikan salam daripada Pengurus Besar LADA yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana masih bercuti selepas menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Selain itu, beliau turut menegaskan supaya semua kakitangan LADA lebih proaktif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan melihat semula pencapaian pada tahun 2010. Majlis perhimpunan bulanan ini diakhiri dengan nyanyian lagu 1 Malaysia dan lagu LADA. Majlis bersurai pada jam 9.30 pagi.

KURSUS INDUKSI KHUSUS 2010


Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan (BSMKP), LADA telah menganjurkan kursus induksi khusus kepada kakitangan lantikan baru 2010 melalui 3 sesi iaitu pada:
09- 12 Oktober 2010 ( Kumpulan Sokongan 2 ) melibatkan 22 peserta 20- 25 Oktober 2010 ( Kumpulan PnP dan Sokongan 1)- melibatkan 38 peserta 23- 28 Disember 2010 ( Kumpulan PnP dan Sokongan 1)- melibatkan 33 peserta

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya di Kem Seri Negeri, Jalan Batu Asah, Mukim Ulu Melaka yang melibatkan peringkat Kumpulan Sokongan 2 sehinggalah peringkat Pengurusan dan Profesional. Kursus Induksi khusus ini adalah merupakan salah satu daripada syarat untuk disahkan di dalam perkhidmatan.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

HARI BERTEMU PELANGGAN

AktivitiAktiviti LADA

Mulai 2 Mac 2010, Unit Khidmat Korporat LADA akan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan. Program ini melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, hotel-hotel, penghulu serta imam masjid-masjid sekitar Langkawi. Program Hari Bertemu Pelanggan LADA telah ditetapkan iaitu pada setiap hari Selasa minggu pertama pada setiap bulan. Maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman web LADA, iaitu http://www.lada.gov.my. Program Hari Bertemu Pelanggan diadakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan serta mengetahui masalah-masalah daripada pihak pelanggan mengenai mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai dan kakitangan LADA. Di samping itu juga, program ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan LADA dari semasa ke semasa.

KAJIAN KEPUASAN PEKERJA Pihak Pengurusan LADA melalui Unit Pengurusan Kualiti dan Keurusetiaan, BSMKP telah menjalankan kajian kepuasan pekerja di kalangan pegawai dan kakitangan LADA mengenai aspek kerja di LADA. Kajian Soal Selidik ini telah dijalankan secara bertulis pada 18 Januari 2010 dan berakhir pada 3 Februari 2010. Hasil analisa daripada kajian tersebut akan dibentangkan kepada pihak pengurusan LADA untuk penambahbaikan dalam perkhidmatan jabatan dan kepuasan bekerja di kalangan kakitangan. Kajian akan memfokuskan kepada persekitaran bekerja, kemudahan, dan hubungan pegawai serta pihak atasan daripada aspek penyeliaan dan teman sekerja dengan kepuasan bekerja. Hasil daripada kajian ini diharap dapat membantu untuk menambah baik perkhidmatan dan urusan kerja seharian.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

PERTANDINGAN KECERIAAN PEJABAT


Pertandingan Keceriaan Pejabat ini dianjurkan bertujuan untuk menarik penyertaan dan inisiatif semua bahagian di LADA untuk mencantikkan dan memperkemaskan suasana ruang pejabat agar tampak lebih kemas, selesa, dan menarik. Selain itu, melalui program ini, diharapkan dapat melahirkan kakitangan yang lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran kerja dan berkomitmen dalam tugasan seharian. Pertandingan ini juga selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 Mengenai Strategi-strategi Peningkatan Kualiti

AktivitiAktiviti LADA

tahun 1991, Garis Panduan Dalam Perkhidmatan Awam

serta Panduan Amalan 5S Sektor Awam yang dikeluarkan oleh MAMPU. Para pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Azman bin Umar, Pengurus Besar LADA pada Majlis Perhimpunan Bulanan pada Bulan Februari 2011. Bagi menggerakkan program ini setiap bahagian/unit diperuntukkan sebanyak RM2,000.00 bagi tujuan menjalankan aktiviti keceriaan pejabat. Sebanyak 13 bahagian/unit telah mengambil bahagian. Pertandingan keceriaan pejabat ini telah dimenangi oleh Bahagian Kewangan LADA. Tahniah dan syabas diucapkan!

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK AIR HANGAT VILLAGE KEPADA LADA


Pada 24 Februari 2011, majlis penyerahan projek Air hangat Village kepada LADA telah berlangsung di Air Hangat Village yang melibatkan dua buah syarikat yang telah di lantik oleh LADA untuk melakukan pembaikan kemudahan dan naik taraf iaitu syarikat Azr Architect Sdn Bhd dan Aliran permai Engineering Sdn Bhd di Air Hangat Village. Agenda program tersebut melibatkan majlis menandatangani perakuan penerimaan projek siap, penyerahan kunci-kunci bangunan oleh kontraktor kepada LADA dan juga penerangan dan pembentangan oleh perunding melalui kerja operasi sistem jakuzi. M aj lis tersebut dipengerusikan oleh Yang Bhg Dato Azman Bin Umar selaku Penkerja penyelenggaraan landskap dan juga penyelenggaraan dan

gurus Besar, LADA. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar sektor Perancangan Dan Pembangunan, Tuan Hj Hanafi Bin Ahmad, Pengurus Bahagian Teknikal, Encik Zamri Bin Mohd Nor, Pengurus BSMKP Encik Nizam B. Mohd Nasir, Pegawai Penerangan Unit Khidmat Korporat, Encik Ramizi Bin Hassan dan beberapa orang pegawai dan kakitangan LADA yang lain.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Acara Pelancongan & Geopark


ANUGERAH INDUSTRI PELANCONGAN 2011
28 Januari 2011: Bahagian Pelancongan telah berjaya menganjurkan Anugerah Industri Pelancongan peringkat Langkawi yang melibatkan agensi agensi kerajaan, pihak media, NGO dan juga para pengusaha industri pelancongan. Majlis tersebut telah dihadiri lebih daripada 400 tetamu dari sektor pelancongan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Ng Yen Yen berharap mutu perkhidmatan industri pelancongan Langkawi perlu ditingkatkan kerana pulau ini menjadi tumpuan pelancong terutamanya pelancong Eropah. Beliau juga menyentuh mengenai kebersihan tandas awam serta peri pentingnya amalan kitar semula. Tegas beliau, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia sedang giat menjalankan Kempen Malaysia Bersih Malaysia Indah atau lebih dikenali dengan 1 Malaysia Green & Clean. Kerjasama di antara semua agensi amatlah penting dalam merealisasikan agenda tersebut. Justeru beliau menyeru semua pihak agar sentiasa sensitif mengenai isu-isu semasa berkaitan pelancongan. Anugerah itu diberi sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha industri pelancongan yang telah memperlihatkan daya usaha yang cemerlang dalam membangunkan industri pelancongan negara amnya dan Langkawi khususnya. Sementara itu, bekas pengurus pelancongan LADA, Megat Shahrul Azman bin Abas dipilih menerima anugerah Tokoh Pelancongan 2011 selama khidmat baktinya dalam industri pelancongan selama lebih daripada 10 tahun. Anugerah itu adalah antara sebelas kategori utama yang turut diadakan. The Westin Langkawi Resort & Spa menerima anugerah Hotel Terbaik, manakala Restoran Putumayo menerima anugerah Restoran Terbaik, anugerah Penginapan Bajet dimenangi oleh AB Motel dan Osman Bin Ayob meraih anugerah pemandu pelancong terbaik. HBS Evergreen Tour Sdn Bhd memenangi anugerah Pengusaha Bot Terbaik, manakala Sala Travel & Tours Langkawi memenangi anugerah Agensi Pelancongan Terbaik. Anugerah pengusaha runcit outlet terbaik dimenangi oleh Kompleks Jeti Pelancongan Bebas Cukai, Kuah dan produk pelancongan terbaik dimenangi oleh Kereta Kabel Langkawi. Four Season Resort Langkawi pula memenangi anugerah pengusaha Hotel Hijau (Green) Langkawi dan tidak ketinggalan anugerah Program Produk Inovatif yang dimenangi oleh Mardi Agro Park Langkawi. Tahniah dan syabas kami ucapkan!

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

SATUN-LANGKAWI INTERNATIONAL PARAMOTOR CHALLENGE 2010

Acara Pelancongan & Geopark

LANGKAWI, 27 Nov -- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan Paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi. Katanya, penggunaan paramotor lebih mudah dan tidak memerlukan banyak ruang landasan untuk berlepas dan mendarat. Adalah sesuai ATM menggunakan paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi serta mencari dan menyelamat, katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan paramotor yang menyertai Satun-Langkawi International Paramotor Challenge 2010 di perkarangan Kompleks Pekan Rabu Kuah. Seramai sembilan paramotor dari Malaysia selamat tiba yang mengambil masa sejam dengan jarak sejauh 58 kilometer. Mahathir berkata, pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menggunakan paramotor untuk tugasan pengangkutan. Paramotor itu juga boleh digunakan untuk operasi dan meninjau kejadian banjir. Paramotor dengan berat 30 kilogram berharga

RM25,000 hingga RM30,000 serta kelajuan antara 30 hingga 60 kilometer sejam. Selain itu, Mahathir menyarankan golongan remaja yang berumur 15 tahun ke atas merebut peluang untuk menjadi seorang ahli paramotor menerusi sukan tersebut untuk membiasakan diri dengan penerbangan.

KEJOHANAN TENIS GEOPARK REMAJA ANTARABANGSA LANGKAWI 2010


LANGKAWI, 14 Dis Thailand menyapu bersih tiga kejuaraan acara perseorangan yang dipertandingkan pada hari terakhir Kejohanan Tenis Geopark Remaja Antarabangsa Langkawi di Kompleks Sukan Langkawi. Suetrong Thanthita dari Thailand berjaya mengenepikan cabaran pemain Uzbekistan, Bakhtiyarova Sofiya 6-7, 6-1 dan 6-1 untuk mengungguli perseorangan wanita bawah 14 tahun. Pakaro Wijitbanjong turut menyerlah untuk menjuarai perseorangan wanita bawah 12 tahun dengan mengalahkan Bark Sangbong dari Korea dengan 3-6, 6-3 dan 6-2.Pemain harapan Thailand, Khunjan Nawakarn meraih kejuaraan perseorangan lelaki bawah 12 tahun setelah mengalahkan rakan sepasukan Pawat Sornlaksup 6-1 dan 6-1. Malaysia turut meraih dua kejuaraan menerusi Syed Agil Syed Naguib dan Nur Eliza Khairul, masing-masing mengungguli kejuaraan pada pertandingan akhir perseorangan bawah 16 tahun lelaki dan wanita. Jurucakap penganjur Md Noor Ahmad berkata, semua perlawanan bergu di batal disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Lebih 200 pemain dari Rusia, Korea Selatan, , Afrika Selatan, Sri Lanka , Singapura , Thailand, Filipina , Kazakhstan, Turmenistan, Tajikistan, Kyrgzistan, Uzbekistan dan Malaysia menyertai kejohanan itu. Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Tenis Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Persatuan Lawan Tenis Kedah.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Acara Pelancongan & Geopark


IODA WORLD SAILING CHAMPIONSHIPS
LANGKAWI, 30 Dis-- Kejohanan Layar International Optimist Dinghy Association (IODA) Dunia berlangsung dengan jayanya di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Datuk Dr James Dawos Mamit dan dalam ucapannya menyebut, penyertaan kali ini disertai sebanyak 55 negara dengan 232 pelayar dan dianggap antara penyertaan terbanyak dalam siri Kejohanan tersebut. James Dawos kemudiannya melancarkan Kejohanan itu dengan acara individu Optimist. Kejohanan itu mempertandingkan kategori optimist individu dan berpasukan lelaki serta wanita. Beliau berkata, IODA dapat mempromosi Langkawi ke mata dunia sebagai destinasi terkenal. Beliau menambah IODA boleh menjadi sukan pelayaran terkemuka bagi menarik ramai pelancong ke negara ini terutama ke Langkawi, katanya pada sidang media selepas melawat beberapa tempat tumpuan pelancong di sini hari ini. Para pelayar yang mengambil bahagian bukan datang seorang, tapi turut membawa keluarga yang diharap dapat menghebahkan mengenai Langkawi apabila pulang ke negara masingmasing, katanya. Kejohanan yang bermula pada 30 Disember 2010, berakhir pada 8 Januari 2011.

ROYAL LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA 2011


Langkawi: Lebih Empat puluh kapal layar tempatan dan asing telah mengesahkan penyertaan mereka dalam 'Royal Langkawi International Regatta 2011' yang berlangsung sepanjang lima hari, bermula pada 11 Jan 2011 di sini. Ketua jawatankuasa teknikal kejohanan, Ahmad Zailani Bashah, berkata di antara negara-negara yang mengambil bahagian adalah Australia, Hong Kong, Jepun, Taiwan, New Zealand, Thailand, Jerman dan Malaysia. Apa yang menarik, pada kejohanan kali ini, satu acara baru telah diperkenalkan iaitu acara dalam kelas Hobie 16 di mana kapal layar bersaiz 16 kaki perlu dikendalikan oleh dua pelayar. Acara kelas baru ini ditawarkan bagi meningkatkan kompetensi dan saingan kejohanan. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mendaftarkan tiga kapal untuk perlumbaan, iaitu Tentera Laut 1 bersaing di kelas Sukan, Zuhrah (Kelas Lumba), dan Musytari (Kelas Keenam). The Evolution Racing muncul juara untuk kali yang keenam bagi Royal Langkawi International Regatta 2011. Pasukan daripada Australia ini, yang telah bekerja keras bagi Kejohanan ini sangat berpuas hati kerana usaha gigih mereka akhirnya membuahkan hasil. "Kami beruntung setiap kali datang ke Langkawi," kata ketua Pasukan, Davis selepas perlumbaan terakhir. Pasukan Hi Fi memenangi tempat kedua, diikuti oleh EFG Bank Mandrake, Hong Kong bagi kategori Racing Class. Pasukan Katsu, yang memenangi tempat pertama di kelas IRC1, turut membawa pulang piala pusingan LADA, manakala pasukan Phoenix membawa pulang hadiah pertama di kelas IRC2. Pasukan Viewpoint, yang dinobatkan sebagai tempat pertama bagi Kategori Sport Boat Class turut memenangi piala sukan Langkawi. Nina Cabriolet dari Andaman pula memenangi Piala Cabaran Malaysia Multihull.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Acara Pelancongan & Geopark


LE TOUR DE LANGKAWI 2011
LANGKAWI: Selepas tiga tahun menyepi, Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali dilangsungkan di bumi Langkawi, Kedah. Ia ibarat sirih pulang ke gagang selepas kali terakhir kejohanan berprestij di pentas Asia itu diadakan pada tahun 2007. Situasi itu jelas sekali menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan khususnya warga Langkawi yang selama ini begitu ghairah menantikan kembalinya LTdL di pulau legenda itu. Berita gembira itu turut dikongsi bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi pencetus idea kepada kejohanan yang telah memasuki edisi ke-16 tahun ini. Alhamdulillah saya gembira kerana akhirnya LTdL kembali diadakan di Langkawi. Selepas beberapa tahun tidak diadakan di Langkawi, tahun ini LTdL dapat diadakan semula di Langkawi. Tak kena kalau LTdL tidak diadakan di Langkawi kerana kejohanan ini sememangnya bermula di Langkawi. Saya mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur (Kementerian Belian dan Sukan) kerana kembali mengadakan LTdL di Langkawi, jelas Mahathir ketika ditemui pemberita di Dataran Lang, Langkawi semalam. Terdahulu, Mahathir sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis memperkenalkan barisan pelumba setiap pasukan yang bertanding pada saingan LTdL 2011 yang akan membuka tirainya secara rasmi di Dataran Lang hari ini. Antara tujuan utama penganjurannya adalah untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan selain menjana ekonomi negara.

SULUH SOTONG LANGKAWI 2011


Langkawi 27 Februari 2011 : Suluh Sotong Langkawi 2011 telah diadakan pada 25 dan 26 Februari 2011 di Jeti Nelayan Kuala Cenang, Langkawi Kedah. Acara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebanyak 50 buah bot telah menyertai pertandingan ini. Acara ini adalah julung-julung kali dianjurkan oleh Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pengurusan Sumber Perikanan Kuala Cenang dan para pengusaha pelancongan Langkawi. Objektif acara ini adalah merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan daya tarikan pelancongan di Langkawi dan sebagai pemangkin kepada penganjuran acara tahunan Langkawi selain mempromosikan Pulau Langkawi yang kaya dengan hasil lautnya. Acara ini merupakan kesinambungan dari acara Sauk Sotong yang pernah diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi (MTPL). Kali terakhir Sauk Sotong dianjurkan ialah pada 2009. Majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh YB Dato Wira Mohd Johari Bin Baharom Timbalan Menteri Pertanian Dan Asas Tani, serta turut hadir YB Datuk Paduka Abu Bakar Bin Taib Ahli Parlimen Langkawi, dan Dato Azman Bin Umar Pengurus Besar LADA.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

3RD INDONESIA-MALAYSIA JOINT GEOHERITAGE CONFERENCE, 6-8 OKTOBER 2010

Acara Pelancongan & Geopark

Usaha pemuliharaan geowarisan yang bersifat global memerlukan kerjasama di peringkat global juga. Untuk mencapai matlamat itu, UKM dengan kerjasama Universitas Pembangunan Nasional Veteran Yogyakarta, Indonesia telah menganjurkan persidangan ini dengan matlamat membangunkan pemuliharaan gekepada pembangunan rantau. Dua hagian Geopark Norazizah Abdul Jalil Abd Rashid telah menyertai persiowarisan menjurus orang pegawai Badan Mohamad Zuhri dangan tersebut.

Sebanyak enam kertas ucaptama yang disampaikan oleh pakar dari Malaysia dan Indonesia meliputi konsep pemuliharaan geowarisan, geopelancongan dan pembangunan lestari. Peserta persidangan telah dibawa melawat beberapa kawasan di sekitar Yogyakarta yang berpotensi menjadi calon geopark.

THE 9TH EUROPEAN CONFERENCE, 1-6 OKTOBER 2010 Persidangan kali ke 9 ini juga merupakan sambutan ulang tahun ke 10 penubuhan European Geoparks Network yang diadakan di Lesvos Geopark, Greece; salah satu daripada empat ahli terawal semasa penubuhannya. Persidangan ini telah dihadiri oleh Cik Rasanubari Asmah Rahmah dan En Khairul Nizam daripada Bahagian Geopark. Sepanjang persidangan ini 110 kertas kerja telah dibentangkan oleh wakil daripada geopark-geopark dan juga bakal geopark. Banyak idea-idea menarik dikongsi bersama untuk tujuan pembangunan geopark-geopark. 11 buah geopark baru telah di terima sebagai ahli baru dalam Global Geoparks Network menjadi keseluruhan 77 buah geopark daripada 25 buah negara. Persidangan ini diakhiri dengan lawatan ke Lesvos Geopark yang meliputi kawasan seluas 30 hektar yang mempunyai beberapa taman dengan fosil tumbuhan dan pokok dan Muzium Petrified Forest.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

10

2nd WORLD ECOTOURISM CONFERENCE 2010 DAN GREEN TOURISM INTERNATIONAL MART

Acara Pelancongan & Geopark

Pada 8-11 Julai 2010 berlangsungnya 2nd World Ecotourism Conference 2010 (WEC2010) di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), Kuala Lumpur. Bahagian Geopark dan Bahagian Pelancongan LADA telah menghantar wakil untuk menyertai persidangan tersebut yang terdiri daripada En Megat Shahrul Azman Bin Abas (Pengurus Pelancongan) dan En Hapiz Bin Manap (Ketua Penolong Pengurus Geopark) sebagai delegasi. En Jamirulhairi Bin Jamil dan En Azman Bin Ariffin dari Bahagian Geopark juga menyertai pameran semasa persidangan tersebut berlangsung. Sambutan juga amat menggalakkan dari peserta-peserta domestik dan antarabangsa untuk mengetahui Langkawi Geopark dengan lebih dekat lagi.

GEOPARK TO SCHOOL Pada 2 5 Ogos 2010, satu bengkel pembangunan modul pendidikan awam telah diadakan dengan kerjasama UKM, UPM, UiTM, FRIM, dan Jabatan Perhilitan. Modul Pendidikan Awal mini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman dan pengetahuan mengenai Langkawi Geopark. Pada peringkat awal ini pembinaan modul dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah. Sebanyak lapan modul awal telah dibina yang memberi penekanan kepada geopark, geologi, biologi dan pendidikan secara lestari keseluruhannya. Bengkel ini diikuti dengan lawatan tapak pada 27-29 Ogos 2010 di Langkawi. Antara tapak perkhemahan yang dicadangkan di Pantai Pasir Tengkorak, Lubuk Semilang dan Teluk Mempelam, Kilim. Modul ini akan diadakan pada awal tahun 2011 dengan pelajar sekolah menengah di Langkawi sebagai peserta perintis. Modul ini seterusnya akan dibuat penambahbaikan setelah penilaian dilakukan dan akan dijadikan modul pendidikan bukan sahaja untuk pelajar sekolah di Langkawi tetapi untuk pelajar di Malaysia dan daripada geopark-geopark lain.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

11

PIALA LADA 2010

Berita Kelab Sukan & Kebajikan

Bermula pada 23 November 2010 dan berakhir pada 2 Januari 2011.Perlawanan ini melibatkan 9 pasukan di seluruh Langkawi. Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Pasir Hitam menentang pasukan Kedawang. Keduadua pasukan menonjolkan aksi yang amat memukau penonton pada malam tersebut. Akhirnya pasukan Pasir Hitam telah muncul juara setelah hampir 2 jam perlawanan.

PROGRAM JEJAK PUNCAK MACHINCANG 2010 Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada warga LADA terutamanya bagi pegawai-pegawai yang baru berkhidmat .Program ini adalah baik kerana para peserta telah didedahkan di dalam pelbagai ilmu serta teknik dalam aktiviti pendakian rentis-rentis hutan yang mencabar selain mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai dan semua kakitangan. Program ini telah diadakan di sekitar kawasan Machincang Geoforest Park. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam di kawasan rekreasi air terjun telaga tujuh bermula pada 29 Oktober 2010 sehingga 30 Oktober 2010.Tapak perkhemahan adalah di sekitar air terjun Telaga Tujuh, kem Tok Ayah manakala pendakian bermula di rentis ke puncak 701 Machincang. Program ini telah berjaya diadakan dengan kehadiran 22 peserta bersama 15 orang urusetia ahli- ahli Kelab Sukan dan Kebajikan LADA.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

12

Berita Kelab Sukan & Kebajikan


LAWATAN RASMI SAMBIL BELAJAR KE BEIJING, CHINA

Lawatan ini telah berjaya diadakan pada 5 10 November 2010 yang melibatkan 40 orang pegawai serta kakitangan LADA sepenuhnya. Lawatan ini merupakan lawatan sambil belajar ke tempat -tempat bersejarah dan bandar-bandar utama di Beijing antaranya ialah Tianament Square yang merupakan dataran terluas dan terbesar di Dunia. Forbidden City juga menjadi tempat persinggahan yang mempunyai reka bentuk istana yang unik. Tempat tempat lain yang dilawati adalah Tembok Besar China, Summer Palace ( Istana Musim Panas ), Stadium Sarang Burung dan juga kedai penjualan jade, sutera dan kristal.

KAYAK MUHIBBAH 2010

Program ini telah pun berjaya diadakan dengan jayanya pada 6 Disember 2010 sehingga 8 Disember 2010 di kawasan Kilim Geforest park yang melibatkan secara keseluruhannya kakitangan LADA seramai 40 orang. Peserta memulakan berkayak dari hole in the wall sehingga ke Telok Mempelam. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan kayak. Program seperti ini juga dilihat mampu menguji ketahanan fizikal dan mental peserta selain mampu meningkatkan daya keyakinan diri.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

13

MAJLIS PERPISAHAN

Warna Kehidupan

Timbalan Pengurus Besar II


Majlis ini telah diadakan di Burau Bay Resort memandangkan tempoh perkhidmatan Datuk Haji Ismail Bin Said telah tamat pada 31 Oktober 2010. Beliau telah dipinjamkan dari Kerajaan Negeri Kedah pada Januari 2009 sebagai Pegawai Pinjaman untuk mengisi jawatan Timbalan Pengurus Besar II di LADA. Datuk Haji Ismail telah bertukar ke Pejabat Daerah Sik sebagai Pegawai Daerah di sana berkuat kuasa pada 1 November 2010. Namun demikian, LADA telah menerima Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan ) yang baru iaitu Tuan Haji A.Rahman Bin Zainol.

Pengurus Pelancongan

Pada 31 Januari yang lepas, LADA telah kehilangan seorang lagi pegawai apabila Encik Megat Shahrul Azman Bin Abas, Pengurus Pelancongan LADA telah meletak jawatan setelah mendapat tawaran kerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad. Majlis perpisahan En Megat Shahrul Azman yang juga merupakan Tokoh Pelancongan Langkawi 2011 telah diadakan di Mutiara Burau Bay Resort yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan LADA. Beliau telah bersama LADA sejak 15 Mac 2007 sehingga 31 Januari 2011. sepanjang penglibatan beliau sebagai Pengurus Pelancongan LADA beliau telah telah banyak menyumbangkan ilmu serta idea ke arah mentransformasikan industri pelancongan di Langkawi. Encik Megat Shahrul Azman Bin Abas telah memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Pelaburan, Prasarana Negara Berhad pada Februari 2011. Semoga beliau terus berjaya dalam semua bidang yang diceburinya.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

14

SELAMAT DATANG KAKITANGAN LANTIKAN BARU

Warna Kehidupan

Pada tahun 2011, seramai 5 orang pegawai dan kakitangan yang telah dilantik. Pegawai dan kakitangan yang dimaksudkan adalah seperti senarai berikut:

Pegawai
Encik Ikhwan Bin Mohd Said Cik Sarah Binti Mohamad Arsad Encik Mohamad Izdzuan Bin Mohamad Khair

Bahagian / Unit
Pegawai Penerangan S41 Bahagian Geopark Penolong Pegawai Penerangan S27 Bahagian Geopark Penolong Pegawai Pertanian G27 Bahagian Peancangan dan Pembangunan Pegawai Khidmat Pelanggan N17 Unit Pentabiran Am

Cik Nor Azlina Binti Mohd Zin

Cik Shariffah Aemee Dianna Binti Syed Mohamed

Pegawai Penerangan S41 Unit Khidmat Korporat

Selamat datang kami ucapkan. Semoga kehadiran anda semua dapat membantu dalam meningkatkan mutu serta kualiti perhidmatan jabatan.

TAKZIAH Kepada Keluarga Nor Hazizi


Langkawi 31 Julai 2010 : Pemergian buat selamanya Allahyarham Nor Hazizi Bin Che Mat dari Unit Pentadbiran Am, bukan sahaja satu kehilangan besar kepada keluarganya malah turut dirasai oleh seluruh warga Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2010 jam 9.10 malam di rumahnya sendiri di alamat No. 263 Kg Kelibang, Mukim Kuah, Langkawi kerana serangan penyakit jantung. Berusia 41 tahun, Arwahyarham telah meninggalkan seorang isteri berserta 3 orang anak ( 2 perempuan, 1 lelaki ) dalam lingkungan umur 10 16 tahun. Arwahyarham mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 15 Julai 1997 secara kontrak dan diserap secara tetap pada 3 Ogos 2008. Arwahyarham sangat dikenali dengan sikapnya yang mudah bekerjasama dan selalu memberi senyuman. Kepada keluarganya, warga LADA mengucapkan takziah dan semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah dan sama-sama kita berdoa semoga arwahyarham di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

15

SENARAI KAKITANGAN LADA YANG BARU MENDIRIKAN RUMAH TANGGA


BIL NAMA

Warna Kehidupan

PASANGAN

TARIKH

MOHD AMIRAN BIN AMIR

NORADISMA BT IDRIS

05 . 02.2011

NOOR HAYATI BT ABD RAHMAN

SATILA AZRAL B. SAAD

26.11.2010

NUR SHUHADA BT SABRI

ASMAWI BIN ISMAIL

25.11.2010

FAZEIAN BT FADHIL

MOHD NUR AMIN B.ABD RAHMAN

02.10.2010

ASHIMAH BT SHUKOR

SHAHRIN NIZAM B. ABD LATIF

12.09.2010

SENARAI KAKITANGAN LADA YANG BARU MENDAPAT CAHAYA MATA


BIL NAMA ANAK
TARIKH KELAHIRAN

MOHD SHAHRUL NIZAM BIN AWANG HASHIM BIN RAMLI SAIFUL RIZAM BIN SUPERI

MUHAMMAD ALIFF IMRAN

31.10.2010

2 3

MUHAMAD ADAM HAFIY MUHAMMAD ADAM ZAQWAN MOHAMAD SYAZWI ZAFRI

21.10.2010 07.09.2010

MUHAMMAD ZUHRI BIN ABD RASHID SHARIZA BT SOBRI NORAZIZAH BT ABDUL JALIL

03.08.2010

5 6

NUR ALYA AMANI MUHAMMAD SYAKIR IZZ

06.08.2010 01.05.2010

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

16

Info Menarik
11 BUAH GEOPARK BARU DIIKTIRAF UNESCO

11 buah kawasan dengan keindahan landskap dan kepentingan saintifik daripada sungai subterranean di China hinggalah landskap yang terbentuk semasa Zaman Ais di Finland telah menjadi ahli Global Network of National Geoparks di bawah naungan UNESCO. Kawasan-kawasan daripada 9 buah negara ini telah diumumkan semasa Persidangan Geopark Eropah ke 9 di Lesvos, Greece pada bulan Oktober yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan 77 buah geopark di 24 buah negara dalam Global Network. Ahli baru termasuklah Basque Coast di Sepanyol, Dong Van Karst Plateau di Vietnam, Pulau Jeju, Korea. Kawasan lain di Asia termasuklah dua geopark daripada China, Leye Fangshan dan Ningde dan juga Sanin Kaigan di Jepun. Dua buah geopark baru daripada Itali iaitu, Cilento & Vallo di Diano dan Tuscan Mining Park. Geopark lain daripada

Eropah adalah Vikos-Aoos dari Greece, Rokua, Finland; dan Stonehammer Geopark daripada Canada. Untuk sesebuah kawasan menjadi geopark, kriteria yang perlu ada ialah warisan geologi dengan kepentingan dari segi saintifik dan pendidikan, kejarangan dan kecantikan. Kawasan tersebut juga perlu mempunyai struktur pengurusan yang berkesan, sempadan yang jelas dan kawasan yang cukup untuk membenarkan pembangunan ekonomi secara lestari terutamanya melalui pelancongan. (Sumber UNESCO News)

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

17

Info Menarik
SUDUT CELIK IT
Edisi 1/2011 Mengenali Sejarah Komputer
Tahu kah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula iaitu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 5 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikrokomputer. Mari Kita Lihat Perkembangan Generasi Komputer Yang Telah Dihuraikan Oleh Pengkaji-Pengkaji Bidang Ini.

GENERASI PERTAMA (1940-1959)


Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada kerangka utama (Mainframe), ia menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. Ia Juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.

GENERASI KEDUA (1959-1964)


Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan ingatan iaitu teras magnetik diperkenalkan. ia menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar.

GENERASI KETIGA (1964-1980)


Ia bermula apabila IBM (International Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan pada masa tersebut.

GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)


Penyelidikan mikroelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip di mana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer.

GENERASI KELIMA (sekarang-masa depan)


Arus kemodenan komputer diteruskan lagi dengan penemuan microprocessor dan juga semi conductor. Kemajuan ini diteruskan lagi dengan teknologi LSI (Large Scale Integration) iaitu pemadatan ribuan microprocessor ke dalam sebuah microprocessor sahaja untuk menjadikan komputer lebih kecil, padat dan berkelajuan tinggi.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

18

Info Menarik
RENUNGAN BERSAMA
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud). Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.

Bersungguh-Sungguh
Allah Swt sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya orang yang sombong dan zalim.

4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu: Ikhlas laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.
Menjaga hubungan dengan ALLAH segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah dengan keikhlasan hati. " Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut."(HR. Hakim)

Muadjaddah Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah
demi Allah.

Muhasabah menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat keberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita
ada melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengikut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat keberkatan dari Allah. Semoga kita memperbaiki diri kita untuk mendapat keberkatan Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia dan membuat amal dan kerja dengan keikhlasan di hati demi Allah.

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

19

Kalendar

Acara Langkawi 2011

You might also like