You are on page 1of 5

AlQuran Menunduk Pencabarnya

Mukjizat merupakan sesuatu perkara yang menyalahi apa yang biasanya berlaku,
ampuh daripada sebarang cabaran pencabarnya dan ia merupakan anugerah Allah kepada
rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran kepada kenabian dan kerasulan mereka.
Al-Quran merupakan mukjizat paling besar kepada nabi Muhammad S.A.W dan
berkekalan sehingga hari qiamat.Jika kita merujuk kepada beberapa buah kitab samaada
yang turasi(tua) ataupun mua'sarah(terkini), kita akan dapati bagaimana muallif kitab itu
membincangkan bagaimana Al-Quran melemahkan mereka yang telah, sedang dan akan
mencabarnya melalui beberapa kriteria yang tertentu. Di sini akan disentuh secara ringkas
kriteria-kriteria berikut untuk maklumat kita bersama.
I'jaz bayani (susunan dan kehalusan bahasa)
Kriteria ini merupakan kriteria yang utama daripada yang lain kerana pengutusan nabi
Muhammad S.A.W ditengah-tengah masyarakat arab yang tinggi bahasanya dari sudut
balaghah, fasohah dan kehalusan bahasa arab. Jika difikirkan bagaimana Rasulullah
S.A.W mampu menulis Al-Quran sebagaimana yang didakwa oleh musyrikin sedangkan
dia seorang yang buta huruf dan tidak pernah belajar daripada intelek arab pada masa itu.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran itu merupakan mukjizat bukannya hasil
penulisan Rasululllah S.A.W sendiri. Ramai generasi sekarang kurang merasai kehalusan
dan kesenian serta kelebihan Al-Quran dari sudut bayani kerana bahasa arab sekarang
dimasuki unsur-unsur luar. Al-Quran telah menjadi rujukan utama ulama' lughah di dalam
mengetahui kaedah nahu, balaghah dan sebagainya. Kita sebagai seorang muslim
hendaklah mendalami ilmu tersebut kerana ia akan menimbulkan kesan yang mendalam
dilubuk hati kita apabila melihat susunan, kehalusan, kesenian, balaghah dan fasohah
lughah Al-Quran yang tiada tandingannya. Bagaimana seseorang itu hendak merasai
keindahan Al-Quran dari sudut bayani melainkan dia tahu dan faham dengan ilughah
arabiah. Al-Quran telah mencabar pencabarnya pada lima tempat iaitu:
1. Ayat 23-24 surah al-Baqarah yang bermaksud :Dan kamu tetap dalam keraguan
berkenaan al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami Muhammad S.A.W,
buatlah satu surah sahaja seumpama al-Quran dan ajaklah pembantu-pembantu selain
Allah jika kamu orang-orang yang benar.
2. Ayat 37-39 surah Yunus yang bermaksud : Tidak mungkin al-Quran itu dibuat oleh
mereka selain Allah,akan tetapi al-Quran itu telah membenarkan kitab-kitab sebelumnya
dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya.Tiada keraguan
padanya,diturunkan dari Tuhan semesta alam. Atau patutkah mereka mengatakan :
''Muhammad telah membuatnya''. Katakanlah:''Jika benar apa yang kamu dakwa itu
maka cuba datangkan satu surah seumpamanya dan ajaklah sesiapa yang yang dapat
kamu panggil untuk membuatnya selain allah jika kamu orang-orang yang benar.
3. Ayat 12-14 surah Hud yang bermaksud : Maka kemungkinankamu hendak meninggal
sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepadamu dan kerananya dadamu terasa
sempit, disebabkan resah mereka mengatakan : '' Mengapa tidak diturunkan padanya
perbendaharaan atau datang bersamanya seorang malaikat?''. Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Maha pemelihara segala sesuatu.
Bahkan mereka mengatakan : '' Muhammad telah membuat al-Quran itu''. Katakanlah :''
Jika demekian maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat seumpamanya dan serulah
orang-orang yang kamu sanggup mengajaknya untuk bersamamu selain Allah jikakamu
orang-orang yang benar.
4. Ayat 86-88 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan sesungguhnya jika kami menghendaki
nescaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan dengan dengan
pelenyapan itu kamu tidak akan mendapati seorang pembela pun terhadap Kami.
Kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya kurniaan ke atasmu adalah besar.
Katakanlah : '' Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat seumpama
al-Quran ini maka mereka tidak kan mampu untuk membuat seumpamanya sekalipun
sebahagian daripada mereka menjadi pembantu untuk sebahagian yang lain.
5. Ayat 33-34 surah at-Tur yang bermaksud : Ataukah mereka mengatakan : '' Dia iaitu
Muhammad membuatnya''. Sebenarnya mereka tidak beriman. Maka hendaklah mereka
mendatangkan kalimah (satu ayat lengkap)seumpama al-Quran itu jika mereka orang-
orang yang benar.
Walaupun ada yang cuba menyahut cabaran ini tetapi mereka tidak mampu seperti
Musailamah al-Kazzab. Pada masa kini ada golongan orientalis barat yang cuba menulis
lima surah palsu tetapi apabila dikaji dari sudut bahasa dan keseniannya agak tersasar
jauh dari Al-Quran disamping apa yang ditulis menunjukkan penafian adanya mukjizat
pada hasil tulisan mereka apabila dalam kebanyakan ayat, Rasulullah S.A.W telah
menghina diri sendiri sebagai pengkhianat dan orang gila sedangkan salah satu syarat
mukjizat ialah mesti mempertahankan rasul atau nabi yang menunjukkan sesuatu
mukjizatnya bukan menafikannya. Jika tidak fahami lughah dan kesenian serta buta
bahasa arab, kita tidak mungkin merasai kepalsuannya. Sesungguhnya Allah tetap
menjaga Al-Quran daripada musuh-musuhnya. Imam Syafi'e telah berkata bahawa
mereka yang pakar dengan bahasa arab ini adalah jin manusia yang mana mereka nampak
apa yang orang lain tidak nampak. Ini membawa maksud bahawa jin mampu melihat apa
yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Maka begitulah juga dengan pakar bahasa
arab mampu melihat pada nas atau petikan yang mana orang biasa tidak dapat
melihatnya. Ini kerana mereka melihat dari sudut makna yang mana orang biasa tidak
mampu melihatnya.
I'jaz ilmi
Kriteria ini menunjukkan kepada kita bagaimana Al-Quran telah melemahkan
pencabarnya dari sudut perbahasan ilmiah. Bagimana seorang rasul yang tidak pernah
belajar mengenai angkasa lepas serta kedoktoran mampu bercakap atau menulis
mengenai perkara tersebut melainkan ia merupakan mukjizat yang dianugerahkan oleh
Allah kepada baginda S.A.W. Mengenai perjalanan matahari misalnya para ahli sains
menyatakan bahawa bumi mengelilingi matahari yang mana matahari berkedudukan tetap
sedangkan di dalam Al-Quran melalui ayat 38 surah Yasin, Allah berfirman : Dan
matahari bergerak di atas paksinya, Itu menunjukkan kekuasaan Allah Yang maha hebat
dan bijaksana. Al-Quran juga memberitahu kepada kita bagaimana kejadian janin
manusia di dalam perut ibunya melalui beberapa ayat seperti ayat 14 surah al-Mukminun
yang bermaksud : Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu dari
segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, lalu dari segumpal daging itu kami
tulang belulang, lalu dari tulang belulang itu Kami saluti dengan daging. Kemudian
Kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah pencipta yang
paling baik. Begitu juga dengan proses hujan yang dinukilkan dalam Al-Quran melalui
ayat 43 surah an-Nur yang bermaksud : Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah
mengarakkan awan kemudian mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian
menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari
celahannya dan Allah juga menurunkan butiran air dari langit iaitu dari gumpalan awan
seperti gunung-gunung maka dicurahkan air tadi kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dan dipalingkan daripada sesiapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-
hampir menghilangkan penglihatan.

I'jaz tasyri'e (perundangan)


Kriteria ini membuktikan bagaimana Al-Quran membincangkan perundangan rabbani
yang adil dan sesuai dijalankan sepanjang masa. Tidak mungkin seorang nabi yang
diketahui buta huruf yang mana kebanyakan waktunya dihabiskan dengan memelihara
kambing dan berniaga mampu untuk menulis perundangan yang sempurna ini melainkan
ia merupakan mukjizat. Walaupun telah ramai yang cuba mencipta dan menjalankan
sistem perundangan dan pemerintahan yang berdasarkan komusisme, sosialisme,
sekularisme dan ideologi yang lain tetapi semuanya menemui kegagalan kerana
perundangan Al-Quran tetap melemah dan menggagalkan pencabarnya. Antara
perundangan yang terkandung dalam Al-Quran ialah berkaitan dengan solat, puasa, zakat,
haji, pembahagian harta pusaka, kekeluargaan, hukum hudud, qisas, pemilihan pemimpin
dan sebagainya. Kita melihat bagaimana barat sendiri mengakui perundangan Al-Quran
adalah yang terbaik dan sempurna seperti hukuman 100 rotan untuk penzina yang belum
berkahwin merupakan satu-satunya jalan untuk mengubati penyakit Aids(bala). Manakala
bagi mereka yang sudah berkahwin maka tiada jalan lagi kerana mereka memang tiada
peluang lagi untuk selamat daripada penyakit itu melainkan direjam sehingga mati.
Begitu juga Islam menjaga maruah seseorang daripada di’aibkan walaupun dia bersalah
selagi mana dia tidak dihukum melalui hukum li’an, qazaf, zihar dan beberapa hukum
yang lain.
Ini membawa kepada penjagaan maruah pesalah dan keluarganya dan mengelakkan orang
ramai daripada membuat tuduhan tanpa bukti dan saksi.
Kita juga pernah membaca bagaimana kerajaan Amerika Syarikat cuba mengharamkan
peminuman, pembelian, penjualan, pengeluaran dan pengedaran arak pada tahun1930.
Mereka mengemukakan pelbagai cara melalui penyelidikan yang teliti dan perbahasan
ilmiah mengenai bahayanya arak untuk disebarkan kepada rakyat mengenainya. Media
massa digunakan sepenuhnya untuk menerangkan mengenai perkara ini yang mana
tujuan ini menelan belanja sebanyak US65 juta dan pencetakan sahaja meliputi US9 juta
dan 4 juta lebih bagi tujuan pelaksanaan undang-undang ini. Menurut laporan dari
bahagian penyelidikan dan pengkajian menunjukkan kesan pelaksanaannya antara
Oktober 1933 telah menyebabkan 200 orang dihukum bunuh, seramai setengah juta orang
dipenjara dan rampasan kepada arak mencapai angka US 1.5 juta serta denda yang
dikenakan kerana kesalahan ini berjumlah US400 juta. Akhirnya undang-undang ini
terpaksa dibatalkan pada akhir tahun 1933memandang mereka kehilangan banyak nyawa
dan juga denda yang dilakukan tidak mampu membendung masalah arak ini. Ini adalah
kerana undang-undang yang dicipta oleh tangan manusia tidak mampu menimbulkan
keinsafan dan juga tiadanya perhubungan antara duniawi dan ukhrawi tidak sepertimana
hukum Allah yang Maha Adil dan memberi kesan kepada makhlukNya. Hukuman sebat
sebanyak 80 rotan ke atas peminum arak sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam mampu
menginsafkan mereka yang terlibat dan mampu pula untuk mencegah orang lain dari
terjerumus dalam kesalahan yang sama. Ia juga dilaksanakan dihadapan ramai bukannya
di bilik khas yang mana hanya pegawai yang bertugas dan pesalah sahaja yang tahu
azabnya seksaan yang dijatuhkan ke atasnya. Bilakah kita mampu merasai keadilan
hukum Allah? Ia adalah kewajipan kita bersama di dalam melaksanakannya.
I'jaz tarikhi
Kriteria ini membuktikan kepada kita bagaimana Al-Quran membawa pelbagai berita dan
kisah yang berkaitan dengan perkara yang silam, sekarang dan akan datang. Di sini
dibahagikan contoh kepada 3 bahagian bersesuaian dengan apa yang telah, sedang dan
akan berlaku.
.
PERTAMA :
Al-Quran telah merakamkan bagaimana Firaun apabila hampir tenggelam telah mengaku
beriman kepada Allah tetapi taubatnya tidak diterima melalui ayat 90-92 surah Yunus
yang mana maksud Allah berfirman : Dan Kami memungkinkan bani Israel
menyeberangi laut laulu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana mereka
mahu menganiayai dan menindas sehingga apabila Firaun hampir lemas berkatalah dia
:" Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israel
dan aku termasuk oarang-orang yang berserah diri kepada Allah. Adakah sekarang
engkau baru percaya sedangkan sebelum ini engkau telah mendustaiNya dan engaku
termasuk dalam golongan mereka yang melakukan kerosakan. Maka pada hari ini Kami
selamatkan badanmu agar dapat menjadi pengajaran kepada umat selepasmu dan
sesungguhnya kebanyakan manusia alpa dengan tanda kekuasan Kami. Ayat ini juga
menerangkan bagaimana tubuh Firaun tidak hancur ditelan ombak atau dimakan oleh
ikan tetapi sebaliknya jasadnya telah dibawa oleh ombak ke tepian pantai untuk
disaksikan oleh kaumnya bagaimana Firaun yang sebelum ini mengaku tuhan telah mati
lemas dan telah dibinasakan dengan cara yang hina. Jasad ini dipercayai masih wujud
bersama-sama mumia yang lain di muzium Mesir melalui kajian beberapa orang pakar
dari barat. Ini menunjukkan kepada kita mukjizat Al-Quran dan menafikan ia adalah
tulisan nabi S.A.W. Selain itu Al-Quran turut merakamkan tentang umat dan rasul serta
nabi sebelum baginda S.A.W untuk menjadi renungan bukannya sekadar dibaca sahaja.
Jika kita perhati dan baca dengan penuh pemerhatian maka kita dapati cerita di dalam al-
Quran ada yang hanya terdapat dalam satu surah dan ada yang terdapat dalam beberapa
surah yang lain. Allah juga menceritakan perkara ini secara rambangnya jika kita teliti,
cerita ini putus-putus dan tidak secara penuh sebaliknya Allah menceritakannya pada
sesuatu keadaan yang penting dan boleh diambil pengajaran sahaja. Ini membezakan al-
Quran dengan buku sejarah atau buku cerita yang lain.

KEDUA :
Al-Quran telah menjelaskan kepada kita mengenai tentang sifat Allah, malaikat, jin,
syurga dan neraka serta keadaan alam barzakh dan sebagainya untuk renungan kita
bersama. Antara contoh yang kita akan dapati ialah melalui penerangan serba sedikit
mengenai keadaan di dalam syurga melalui firmanNya dalam ayat 25 surah al-Baqarah
yang bermaksud : Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang beriman dan berbuat
kebaikan bahawa mereka disediakan syurga yang mana mengalir air di dalamnya. Setiap
mereka akan dianugerahi buah-buahan syurga lalu mereka menyatakan : inilah yang
pernah diberikan kepada kami dahulu. Mereka diberikan buah-buahan yang serupa dan
untuk mereka di dalamnya isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya. Ini
membuka mata kita bahawa jika ia merupakan tulisan manusia maka dia tidak mungkin
mampu menceritakan sifat syurga sebagaimana tersebut dalam ayat ini.

KETIGA :
Al-Quran telah memberitahu tentang kemenangan yang akan dicapai oleh tentera Rom ke
atas Parsi dalam tempoh beberapa tahun sebagaimana ayat 1-6 surah al-Rom yang
bermaksud :
Alif Laam Miim. Telah dikalahkan kuasa Rom. Di negeri yang terdekat dan mereka
sesudah itu kan diberikan kemengan kembali. dalam beberapa tahun lagi Bagi Allahlah
segala urusan sebelum ini dan sesudah mereka mencapai kemenangan. Dan pada hari
kemenangan kuasa Rom itu bergembiralah orang yang beriman. Kerana pertolongan
Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Janji yang sebenar-benar itu dari
Allah. Allah tidak akan memungkiri janjiNya tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.

Banyak lagi kisah yang seumpama ini seperti kemenangan yang bakal dicapai
oleh orang muslimin dan sebagainya untuk renungan dan menambah keyakinan tentang
mukjizat al-Quran dan kebenaran kenabian nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam
yang dibawa oleh baginda S.A.W.

I'jaz 'adadi (bilangan)

Kriteria ini menunjukkan bagaimana Al-Quran telah memastikan bahawa ia


merupakan merupakan mukjizat dari sudut bilangan sama ada ayat, surah dan jumlah
perkataan yang tidak berubah dan kekal sehingga hari qiamat. Apabila adanya golongan
yang cuba menambah beberapa surah Al-Quran maka dengan sendirinya kita dapat tahu
bahawa ia adalah surah palsu kerana melebihi jumlah surah Al-Quran yang sebenar iaitu
114 surah disamping bertambahnya bilangan ayat dan jumlah kalimah.

Inilah serba ringkas perbincangan mengenai kriteria i'jazul Quran. Semoga


penerangan yang serba ringkas ini mampu memberi serba sedikit maklumat mengenai
kriteria penting bagaimana Al-Quran mampu melemahkan musuh-musuhnya dari dahulu
sehingga sekarang.

You might also like