You are on page 1of 1

Mengenali diri anda

Mengenali diri merupakan asas kepada kemajuan diri. Mengenali diri akan dapat
membantu menggunakan potensi, minat, keupayaan diri secara optimum dalam
pelbagai bidang kehidupan termasuk kerjaya, keluarga, kewangan dan
kemasyarakatan. Dengan mengenal diri sendiri seseorang boleh mengetahui
apakah yang menjadi matlamat hidupnya.

Menyedari akan kemampuan dan bakat yang ada pada diri sendiri serta tahu
bagaimana menggunakan anugerah yang diberikan oleh Maha Pencipta, pasti
seseorang itu akan mampu menemukan makna dan kepuasan di dalam usaha
mencapai kejayaan kehidupannya.

Adakah anda benar-benar mengenali diri anda sendiri? Jika anda berupaya
mengenali diri sendiri, pastinya juga anda berupaya memilih sama ada ingin
membina kekuatan diri yang anda miliki ataupun menumpukan perhatian kepada
kelemahan diri sendiri. Seperti kata-kata orang bijak pandai “Saya tidak dapat dan
tidak perlu mengubah sesiapa, saya hanya perlu mengubah diri sendiri”.

Persoalannya, bagaimanakah kaedah untuk anda mengenali diri sendiri? Dewasa


ini, dalam dunia maklumat dihujung jari terdapat pelbagai kaedah untuk mengenali
diri anda. Salah satunya ialah dengan mengisi atau menjawab borang soal selidik
mengenali personaliti diri. Terdapat pelbagai ujian personaliti yang boleh
digunakan untuk mengenali diri anda. Pastikan ketika anda menjawab soalan,
jawablah dengan jujur.

Satu lagi kaedah yang mudah dan ringkas untuk mengenali diri sendiri ialah
dengan menjawab empat soalan asas tentang diri anda:

1) Apakah kelebihan atau kekuatan yang ada pada diri anda?


2) Apakah kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda?
3) Apakah peluang yang anda ada pada kehidupan sekarang dan akan datang?
4) Apakah ancaman yang anda bakal hadapai pada kehidupan sekarang dan
akan datang?

Menjawab sahaja soalan di atas tidak memadai, jika tidak disusuli dengan pelan
tindakan. Iaitu apakah yang anda ingin lakukan dengan maklumat yang anda ada
tentang diri anda. Kunci kejayaan dalam apa jua bidang ialah dengan ‘bertindak’!

You might also like