P. 1
Ciri-ciri Guru Profesional ~ Guru Berkemahiran

Ciri-ciri Guru Profesional ~ Guru Berkemahiran

|Views: 13,536|Likes:
Published by ms fazzy

More info:

Published by: ms fazzy on Sep 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

07/30/2014

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN DIPLOMA PENDIDIKAN PERDAGANGAN / PERNIAGAAN

(AT21D) KPF5012: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAJUK : GURU BERKEMAHIRAN KUMP : E Disediakan oleh:
1. NURUL WAHIDAYAH BINTI RAMLEE

NO MATRIK

:

L20092003453 NO TELEFON : 019-5070867
2. NURLIYANA BINTI CHE MAHADI

NO MATRIK

:

L20092003456 NO TELEFON : 019-7360731
3. NOOR FADZILAH BINTI SAIDUN

NO MATRIK

:

L20092003465 NO TELEFON : 012-5652064
4. NOORHAZA BINTI ABU BAKAR 5. SITI MARIAH BINTI AMRAN

NO MATRIK : L20092003480 NO TELEFON : 017-4398870 NO MATRIK :

L20092003488 NO TELEFON : 017-6843116

Disediakan untuk: DR. ABDUL TALIB MD HASHIM
PENSYARAH

KPF5012 : FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA
OGOS 2009

PENGENALAN Mengikut falsafah parenialisme, guru ialah orang berautoriti. Ilmu pengetahuannya tidak boleh dipersoalkan. Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dan kemahiran dengan baik. Sebagai guru yang professional, guru perlu mempunyai ciri-ciri professional seperti berkemahiran. Antara kemahiran yang mesti dikuasi oleh guru adalah kemahiran berfikir; kemahiran interpersonal; kemahiran komunikasi; kemahiran memimpin; serta kemahiran berilmu. Hal ini kerana kaedah pengajaran Sokratik dengan pendedahan secara lisan, kuliah, dan penghuraian akan sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar kelak. Di samping itu, fahaman parenialisme memperlihatkan guru bukanlah semata-mata menyampaikan maklumat kepada pelajar sahaja tetapi juga membantu mereka untuk memberi makna, kebenaran, susunan dan hubungannya dengan pengalaman pelajar itu sendiri supaya apa yang dipelajari akan menjadi lebih bermakna pada diri mereka.

KEMAHIRAN BERFIKIR Definisi Kemahiran Berfikir Pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah, [Mayer]. Pemikiran dilihat sebagai aktiviti psikologikal yang membolehkan manusia melihat proses yang dialami dari pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah dalam situasi yang sukar, [Dewey (1933,) Edward de Bono (1976)]. Dari pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Bolehlah dirumuskan bahawa kemahiran berfikir sebagai kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep, atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat dalam tindakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi. Proses pemikiran berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu atau menyelesaikan masalah berkenaan perkara-perkara tertentu untuk mendapat kesimpulan, tanpa dipengaruhi oleh emosi. Terdapat tiga jenis kemahiran berfikir yang perlu dikuasai oleh semua kaum guru dan pendidik dalam membentuk guru yang unggul iaitu Kemahiran berfikir secara kritis, Kemahiran berfikir secara kreatif, dan Kemahiran berfikir secara analisis.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS Dewey (1933), menyifatkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif iaitu

memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu. Pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis, dan penilaian;[Taksonomi Bloom,1956] . Ennis mentakrifkan pemikiran kritis sebagai ‘pemikiran reflektif’ yang bertumpu kepada memutuskan sama ada sesuatu kritis menggalakkan individu menganalisis penyataan-penyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah sebelum membuat kesimpulan. Sebagai contoh; Situasi 1: Seorang pelajar telah terlambat datang ke sekolah. Beliau memberi alasan bahawa bas datang lambat. Oleh sebab itu, beliau terlewat ke sekolah. Sebagai guru apa yang akan anda lakukan dalam menangani keadaan ini? Adakah anda akan terus mengenakan hukuman ke atas pelajar tersebut? Adakah alasan yang diberikan munasabah atau anda merasakan pelajar tersebut sememangnya malas ke sekolah? Kebolehan menilai ialah asas kepada pemikiran kritis iaitu menilai idea, bukti cadangan, tindakan dan penyelesaian. Guru yang berfikiran kritis akan membuat penilaian sama ada hendak menerima sesuatu alasan itu dengan menggunakan kriteria atau nilai tara yang dipersetujui untuk menilai kemunasabahan alasan, dan mencari maklumat yang boleh dipercayai sebagai bukti bagi menyokong keputusan yang dibuat. Pemikiran yang kritikal membolehkan seorang guru berfikir secara adil dan sentiasa jelas dan tepat dalam tindaktanduknya. Dalam proses pemikiran kritikal ini, para guru perlu memahirkan diri dalam beberapa aspek iaitu berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan (ingin

tahu), berfikiran terbuka, sensitif kepada pemikiran dan tindak-tanduk orang lain (berfikiran rasional), dan mencari pilihan-pilihan atau alternatif lain jika ada. Kemahiran-kemahiran ini penting untuk membantu para guru berfikir secara rasional tentang pelbagai isu dan masalah dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah, serta memahami hak dan tanggungjawab seorang pendidik. Dalam Situasi 1, guru yang berfikiran kritis akan melihat situasi ini secara rasional. Beberapa persoalan akan diperjelaskan dalam meyakinan alasan yang diberikan oleh pelajar tersebut boleh diterima atau tidak. Antaranya; Adakah pelajar tersebut sering lewat ke sekolah? Adakah rumah beliau jauh di pedalam yang mana hanya bas adalah satu-satunya pengangkutan ke sekolah? Adakah beliau mempunyai alternatif lain untuk ke sekolah? ; dan sebagainya. Pesoalan-persoalan ini perlu dalam membantu guru menganalisi pilihan-pilihan yang ada sebelum menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tersebut. Sekiranya ia merupakan kali pertama pelajar tersebut lewat, amaran adalah wajar. Guru, tidak seharusnya melihat setiap kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar adalah disebabkan diri pelajar itu sendiri sahaja. Dari sudut falsafah, guru yang berfikiran kritis boleh dikatakan mengamalkan gaya falsafah spekulasi dan gaya analitik, yakni berkebolehan melihat situasi ini secara menyeluruh dan menghubungkan satu aspek dengan yang lain serta mentafsir kebenaran yang tersirat. Dari sudut fahaman progresivisme, pemikiran kritis membentuk guru yang bersifat demokratik. Progresivisme, menganggap pelajar merupakan subjek utama dan guru adalah pembimbing dalam mengubah pelajar ke arah yang lebih baik tetapi tidak mengubah keseluruhan diri pelajar tersebut. Pelajar perlu diberi kebebasan, galakan, tanggungjawab, serta peluang untuk bersuara dalam memperkembangkan sepenuhnya potensi diri serta

mempertingkatkan minat ke sekolah. Ini ditambah dengan fahaman mazhab eksistensialisme yang mana mementingkan pengalaman bebas atau laissez faire serta kewujudan pelajar itu sendiri.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai kebolehan menggabungkan idea-idea bagi memenuhi sesuatu keperluan, [Halpern,1984]. Sebagai agen penggerak tamadun bangsa, guru perlu sentiasa mencari ruang untuk merekayasa amalan mereka dalam menjamin kualiti pendidikan. Oleh itu, kemahiran berfikir secara kreatif harus ada dalam setiap diri guru. Hal ini kerana pemikiran kreatif adalah membolehan guru mengeluarkan idea-idea baru untuk mencapai sesuatu. Ia juga melibatkan keberanian mencabar strategi yang lazimnya digunakan iaitu berkebolehan melihat sesuatu situasi daripada sudut yang berlainan. Kreativiti wujud hasil daripada pelaburan masa, penyedian atau ketekunan kerana memerlukan kosentrasi dan keazaman yang kuat, desikasi dan disiplin kendiri. Selain usaha dan masa, individu kreatif berani mengambil risiko mencapai matlamat mereka dan menolak alternatif-alternatif yang ternyata kerana mereka ingin mencari yang lain dan luar biasa. Pemikiran kreatif melibatkan kebolahan fleksibiliti (kelenturan) dan keaslian. Fleksibiliti ialah kemahiran keluar daripada pendekatan yang biasa untuk menyelesaikan masalah dan mempertimbangkan perspektif baru. Manakala keaslian pula adalah kebolehan menghasilkan idea-idea yang asal yang tidak pernah lagi diperkenalkan. Sebagai contoh; Situasi 2: Sebagi guru Sejarah, anda mendapati skor pelajar anda adalah rendah daripada jangkaan pihak sekolah. Anda mendapati kurangnya minat pelajar terhadap subjek ini adalah punca kemerosotan skor bagi subjek tersebut. Sebagai guru Sejarah, bagaimana anda dapat mengimplikasikan pemikiran kreatif dalam menangai situasi ini?

Dalam Situasi 2, anda perlu sedar bahawa anda perlu memenangi kembali minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Apakah tindakan anda? Di sinilah guru perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dalam menangani situasi ini. Setelah menilai beberapa alternatif yang ada, mungkin dengan mengubah teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dapat menarik semula minat pelajar. Memandangkan Sejarah merupakan satu subjek yang memerlukan pelajar membaca dan mengingati atau menghafal, menyebabkan sesetengah pelajar merasakan ia merupakan subjek yang sangat susah dan membosankan. Oleh itu, kaedah pementasan boleh digunapakai. Misalnya, pelajar dikehendaki membuat pementasan bagi setiap topik secara berkumpulan supaya proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja lebih menarik malah mudah diingati. Kaedah ini mungkin memerlukan pengorbanan masa, dan juga menerima kritikan dari tenaga pengajar lain, namun ia mungkin berkesan. Guru yang berfikiran kreatif perlu berani, kreatif serta perlu mengambil daya inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dengan cara tersendiri. Pembaharuan ini bersesuaian dengan prinsip fahaman rekonstruksionalisme yakni guru bertindak sebagai agen perubahan dan penyelesaian masalah dalam meningkatkan skor pelajar. Sikap dan minat pelajar adalah tidak sama, namun ianya boleh dibentuk oleh guru melalui pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran yang menarik serta personaliti guru yang baik boleh menimbulkan minat pelajar terhadap proses pembelajaran, seterusnya akan memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.

KEMAHIRAN INTERPERSONAL Oleh kerana guru merupakan teras penting dalam aspek pembangunan pendidikan negara, guru seharusnya mempunyai pelbagai ciri dan kemahiran-kemahiran profesional. Antaranya ialah kemahiran interpersonal. Kemahiran Interpersonal merupakan kemahiran antara insan. Di Malaysia ada yang menyebutnya sebagai, ’ Kebolehan Antara Personal ’ dan ’ Kecekapan Interpersonal ’. Abdullah Hassan & Ainon (2000), memfokuskan kemahiran interpersonal guru kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran berucap, maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkahlaku, penampilan dan komunikasi bukan lisan. Hubungan interpersonal adalah aspek penting yang perlu diketahui oleh guru. Persoalannya sejauh manakah guru menguasainya adalah sesuatu yang subjektif walaupun terdapat kaedah-kaedah serta panduan-panduan tertentu yang boleh dipelajari oleh guru untuk menguasai kemahiran ini. Menurut Sarina dan Yusmini 2007, kepentingan kemahiran interpersonal ialah ianya dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan mereka serta dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penguasaan kemahiran ini seorang guru dapat berkomunikasi secara baik dengan para pelajar. Ini kerana, dengan adanya kemahiran berkomunikasi seorang guru dapat menarik perhatian dan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dengan mereka samada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Seperti yang dapat kita lihat di kebanyakan sekolah, para guru lebih banyak mengunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru di mana

hanya guru yang memberi penerangan sedangkan murid-murid hanya mendengar. Kaedah pengajaran tradisional ini didapati amat membosankan dan murid-murid tidak dapat memberi tumpuan yang baik, seterusnya menimbulkan suasana hambar di dalam bilik darjah. Jadi, kepelbagaian kaedah semasa mengajar serta cara persembahan dan pengucapan yang memberangsangkan perlu diamalkan oleh setiap guru untuk mewujudkan proses pembelajaran yang dinamik . Contohnya, guru perlu menggunakan pendekatan yang kreatif semasa pengajaran seperti kaedah pengajaran menggunakan komputer untuk menarik perhatian para pelajar. Oleh kerana murid-murid zaman kini amat berminat dan mampu menguasai teknologi dengan baik, pendekatan ini boleh digunakan. Selain itu, guru juga boleh memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka semasa berkomunikasi dengan murid-murid. Komunikasi yang lebih rileks dengan memasukkan humor ini dapat menceriakan kelas dan pengajaran yang lebih efektif dapat dijalankan. Di samping itu, guru juga boleh menggalakkan komunikasi dua hala dengan para pelajar iaitu dengan mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam kumpulan. Dengan ini, kaedah pengajaran berpusatkan guru dapat dikurangkan dan komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan lebih baik. Hanya guru-guru yang dapat menguasai kemahiran komunikasi ini sahaja boleh dikatakan telah mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. Punca dalam konflik komunikasi wujud apabila kurangnya kemahiran mendengar dan empati terhadap apa yang didengar (Abdullah dan Ainon 2003). Fenomena ini biasanya berlaku terhadap murid-murud apabila tiada sesiapa yang sanggup mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka. Berapa ramai gurukah yang sanggup bertanya dan mendengar tentang alasan pelajar yang pelbagai? Contohnya, alasan mengapa mereka ponteng sekolah, mengapa mereka tidak menyiapkan kerja rumah, mengapa mereka tidak faham apa yang telah dipelajari ,mengapa mereka menghisap rokok, membuli dan sebagainya. Kebanyakan guru merasakan ianya adalah suatu bebanan untuk bertanya dan mendengar masalah yang

dihadapai oleh murid-murid mereka. Pada pendapat mereka, tugas guru hanya mengajar semata-mata dan ini merupakan satu tanggapan yang salah. Ini kerana untuk menjadi guru yang baik, mereka perlu menguasai kemahiran interpersonal yang kedua iaitu kemahiran mendengar. Apabila guru mempunyai kemahiran mendengar yang baik, mereka dapat

mendekatkan diri dengan para pelajar dan dapat memahami apa jua masalah yang dihadapi mereka. Ini seterusnya dapat membantu menyelesaikan dan meringankan masalah yang dihadapi para pelajar.Nilailah setiap percakapan dan luahan murid-murid. Kenal pasti samada apa yang diucapkan merupakan fakta atau apa yang terbuku di hati. Menurut Mansur dan Nordinar 2003, guru haruslah bersikap jujur dan menunjukkan sikap yang bersungguhsungguh semasa mendengar luahan para pelajar. Kemudian guru-guru boleh menilai samada alasan mereka munasabah atau tidak. Jika tidak munasabah barulah kemukakan soalan-soalan mengapa alasan-alasan tersebut diwujudkan. Selain itu, kemahiran bertanya juga merupakan ciri-ciri kemahiran interpersonal yang perlu dimiliki oleh guru. Pelbagai garis panduan bertanya telah dikenalpasti oleh Abdullah dan Ainon(2002). Contohnya, pertanyaan terbuka, tertutup, pertanyaan untuk mendapatkan fakta, mengetahui perasaan, memperjelaskan maksud, mengembangkan perbincangan dan lain-lain. Tetapi, yang menjadi isunya adalah apabila pertanyaan tersebut bertujuan memalukan dan bersifat manipulatif atau cuba mengongkong dan menyekat orang yang kita tanya supaya mengikut arahan kita sepenuhnya. Pertanyaan sebegini mengurangkan tahap hubungan kerana ia lebih berbentuk arahan atau pertuduhan. Jadi, guru perlulah tahu membezakan jenis-jenis persoalan yang ingin diajukan kepada murid-murid. Apabila ingin menyoal murid-murid di dalam kelas, guru-guru boleh menggunakan kaedah pertanyaan terbuka untuk menggalakkan semua murid-murid memberi respon. Sekiranya murid-murid telah memberi jawapan mereka, hargailah jawapan murid-murid dengan memberi pujian dan sekiranya jawapan yang diberikan salah, guru tidak boleh sesekali menggunakan perkataan

‘salah’ tetapi boleh menggunakan perkataan ‘ kurang tepat’ supaya murid-murid tidak berasa malu dan dapat memotivasikan diri mereka untuk cuba menjawab setiap soalan yang diberikan guru di lain hari. Di samping itu, jika pertanyaan tersebut bersifat peribadi guruguru perlulah menggunakan kaedah pertanyaan tertutup. Contohnya jika guru ingin bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar yang kelihatan muram, guru perlu memanggilnya secara peribadi dan menggunakan nada yang sesuai semasa bercakap dengannya. Menurut Mok Soon Sang 2004, guru sebagai agen sosialisasi dan role model mampu menggambarkan bentuk penampilan yang tepat di mata anak-anak, ibu bapa dan masyarakat. Jadi, penampilan yang baik juga merupakan salah satu kemahiran interpersonal. Guru perlulah mempunyai gaya penampilan yang baik dari segi pakaian, tingkah laku dan tutur kata. Gaya penampilan yang baik seterusnya dapat menarik perhatian para pelajar untuk belajar di kelas mereka. Sekiranya para pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan lebih efektif. Persoalannya, adakah guru-guru masa kini mempunyai penampilan yang baik dari segi pakaian dan tingkah laku? Rata-rata kita sering mendengar berita dalam akhbar tentang kelakuan guru-guru yang kurang sopan. Contoh yang pernah tersiar dalam akhbar ialah mengenai sumbang mahram yang berlaku antara guru dan pelajar, guru menyertai pertandingan ratu pondan, dan lain-lain lagi. Adakah ini menggambarkan penampilan guru yang sebenarnya? Kelakuan-kelakuan sebegini telah mencemarkan profesion perguruan. Jadi, sebagai pihak bertangungjawab, Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya mengadakan garis panduan yang betul dengan mengeluarkan pekeliling mengenai penampilan yang betul sebagai seorang guru baik dari segi pakaian, tingkah laku, prestasi kerja dan lain-lain lagi. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan gaya penampilan yang betul dalam diri seorang guru dengan mengadakan kursus-kursus berkaitan dengan etika perguruan dan etika penampilan peribadi

sebagai seorang guru. Guru diibaratkan sebagai artis yang menjadi idola murid-murid. Penampilan guru yang memenuhi etika perguruan boleh menjadi ikutan yang betul kepada murid-murid. Ciri-ciri kemahiran interpersonal guru ini amat berkait rapat dengan falsafah esensialisme. Falsafah ini mempunyai pegangan bahawa pendidikan adalah melalui pengetahuan teras yang terkumpul dan berkekalan buat beberapa lama. Pengetahuan bersama-sama dengan kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai dan merangkumi unsur-unsur yang sangat diperlukan dianggap penting dan wajar diketengahkan. Dalam falsafah ini, guru ialah individu yang berada di tengah-tengah alam pendidikan yang bermaksud guru dianggap sebagai pakar dalam pelbagai disiplin dan sebagai role model yang harus dicontohi. Guru diberi penghormatan kerana penguasaan, kepakaran dan kewibawaannya sebagai guru. Jadi, guru perlu mempunyai kemhiran interpersonal untuk menjadi role model kepada muridmurid.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI Seorang guru yang profesional seharusnya memiliki atau mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Komunikasi ialah satu asas perhubungan yang bertujuan menyampaikan khabar, berita , mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Dalam konteks pendidikan, komunikasi ialah pemindahan mesej atau ilmu dari seorang guru kepada pelajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan mewujudkan kefahaman yang dikongsi bersama. Ini selaras dengan objektif KBSM iaitu membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran berinteraksi dalam semua situasi serta memperkembangkan pemikiran dan penaakulan. Antara ciri-ciri kemahiran berkomunikasi yang perlu ada pada setiap guru ialah bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang kuat dan bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif dan bebas daripada disisip dengan bukan perkataan seperti “umm”, “ah”, “er” dan “ok”. Melalui komunikasi juga dapat menunjukkan sejauh mana keyakinan dan penguasaan ilmu yang dimiliki oleh seorang guru itu apabila berhadapan dengan pelajarnya. Manakala dalam bentuk komunikasi bertulis pula, guru perlu menulis dengan penggunaan saiz tulisan yang mudah dibaca, perkataan yang tepat dan mudah difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang teratur serta jarak di antara barisan ayat yang berpatutan. Terdapat dua bentuk komunikasi yang harus dikuasai oleh guru iaitu bentuk komunikasi sehala dan dua hala. Komunikasi sehala ialah pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima. Sebagai contoh guru mengajar dengan

memberikan penerangan berkenaan satu topik dan mengarahkan pelajarnya melakukan di rumah. Ini berbeza dengan komunikasi dua hala iaitu penerima memberikan maklumbalas kepada pengirim. Pengirim dapat memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat dan juga membolehkan penerima lebih yakin. Guru masa kini perlu mengaplikasikan komunikasi dua hala. Contohnya guru mengajar topik asas perdagangan dengan menerangkan tajuk tersebut dan semasa atau selepas proses penerangan murid-murid memberi maklumbalas dengan bertanya soalan atau memberi pandangan. Menurut fahaman pragmatisme, penglibatan pelajar adalah cara pembelajaran yang terbaik. Sebagai contoh pengalaman pelajar yang sering memberi respons komunikasi dan aktif dalam bilik darjah dapat membantu hasil pembelajaran yang lebih berkesan kepada pelajar dan guru. Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan perasaan akan menjadi tidak berkesan. Guru atau sesiapa yang berkomunikasi dengan berkesan akan menggunakan kesemua deria manusia dengan bijaksana. Konsep ini adalah selaras dengan falsafah eksistensialisme yang mengutamakan pengalaman yang diperoleh daripada deria seperti penglihatan, rasa dan sebagainya. Oleh itu selaras dengan tujuan fahaman mazhab eksistensialisme adalah membolehkan setiap individu yakni guru dan pelajar memperkembangkan sepenuhnya potensi yang dimiliki demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Maka, terdapat beberapa kemahiran yang terlibat dalam komunikasi berkesan iaitu kemahiran tingkah laku, kemahiran menimbulkan minat orang, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran pemerhatian, kemahiran mengemukakan soalan dan kemahiran memberi refleksi perasaan. Kemahiran Tingkahlaku: Manusia di anugerahkan dengan deria dan fizikal antara lain untuk berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. Guru-guru juga perlu menguasai pelbagai kemahiran yang ada

dalam kemahiran tingkah laku iaitu antaranya komunikasi mata. Komunikasi mata yang betul juga mempengaruhi penerimaan para pelajar tentang apa yang diajar. Bagi. Selain itu kedudukan tubuh dan pergerakan guru juga turut mempengaruhi komunikasi berkesan. Guru tidak seharusnya membelakangkan pelajar ketika mengajar dan untuk hasil pengajaran yang lebih efektif guru tidak sepatutnya berdiri di keadaan satu tempat sahaja tanpa ada pergerakan kerana ini boleh menyebabkan pelajar- pelajar mudah bosan dan hilang tumpuan. Selain itu mimik muka dan air muka guru adalah salah satu kemahiran tingkahlaku yang penting. Bagi memastikan komunikasi itu berkesan guru mesti sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum supaya para pelajar berasa seronok belajar. Guru yang sentiasa tampil dengan mimik muka yang bengis dan garang serta kelihatan sentiasa hendak marah akan menyebabkan pelajar -pelajar berasa takut. Sekiranya mereka berasa takut kepada guru maka sudah wujudnya satu gangguan untuk berlakunya komunikasi dua hala. Kemahiran menimbulkan minat Bagi golongan pengkritik sosial seperti Charles Silverman, Janathon Kozol, John Holt dan Herbert Kohl menyatakan, pelajaran di sekolah seharusnya dapat membangkitkan minat dan motivasi pelajar dan dengan itu ia seharusnya mengembirakan dan memberi makna dalam hidup. Antara cara yang boleh digunakan ialah berkomunikasi dengan mengenal pasti keistimewaan mereka seperti menjalankan aktiviti yang memasukkan unsur lakonan, cerita, permainan kuiz secara kumpulan dan pada masa yang sama bakat mereka dapat dicungkil dan dikenalpasti. Ini sangat penting kerana objektif KBSM itu sendiri menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, seta mempertingkatkan peribadi dan watak. Kemahiran memberi perhatian Kaedah memberi perhatian bermula dari awal dengan memberi perhatian kepada mereka yang bercakap. Melalui pendengaran aktif, pendengar akan mengutip semua

maklumat yang dihasilkan. Melalui tumpuan perhatian dan pemerhatian ia dapat menghasilkan suasana yang sesuai kepada penghantar mesej iaitu guru untuk memberi maklumat dalam menghasilkan mesej yang lengkap kepada murid-murid. Kemahiran Mendengar Selain itu guru juga perlu menguasai kemahiran mendengar. Mendengar adalah asas penting dalam komunikasi lisan. Ia membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan memperbaiki kefahaman tentang kelakuan para pelajar. Kemahiran Pemerhatian Pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan atau tersembunyi. Seseorang pendengar atau pemerhati yang mahir dapat melihat dan membaca apa yang ada di dalam perasaan seseorang. Ini juga penting kepada guru untuk mengetahui sama ada pelajar dapat memahami atau tidak apa yang diajar melalui tingkah laku dan respons mereka. Justeru guru juga dapat membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sama ada objektif rancangan mengajar hari itu tercapai atau tidak. Kemahiran Mengemukakan Soalan Soalan boleh digunakan bagi mendapatkan maklumbalas dan memberi maklumbalas. Ia merupakan penjelasan atau penerangan yang lebih lanjut mengenai mesej atau perasaan di sebalik mesej. Guru perlu kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklumbalas yang tepat. Menurut ahli falsafah Schofield, menganggap falsafah sebagai proses menyoal untuk mencari kebenaran. Dalam situasi guru dan pelajar juga perlu saling menyoal untuk memberi dan mendapatkan pengetahuan dan kefahaman. Kemahiran Memberi Refleksi Perasaan

Konsep guru sebagai pengamal refleksi seperti yang dikemukakan oleh Donald Schon diyakini selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Sebagai seorang guru, kemahiran membaca perasaan orang lain adalah penting untuk mendapatkan mesej yang tepat. Melalui refleksi juga membolahkan guru menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran seterusnya mengubahsuai kaedah dan teknik mengajar dalam bilik darjah. Kemahiran Memberi Maklum balas Maklum balas perlu jelas dan tepat, tidak bersifat abstrak, tidak menyentuh peribadi, tidak bersifat menghentam, tidak membangkitkan tentang motif, tidak bersifat menghukum dan penghantar atau guru tidak seolah olah berleter sebaliknya berkongsi maklumat. Guru dan pelajar bersikap positif dan terbuka dan peka dengan maklum balas. Maklum balas hendaklah diberi dengan cara jelas supaya tindakan dapat di ambil oleh kedua-dua belah pihak bagi memperbaiki lagi ketepatan mesej. Kemahiran komunikasi guru juga tidak terhad kepada pelajar sahaja. Guru juga perlu mempunyai komunikasi yang baik antara ibu bapa pelajar. Ini bagi memastikan mereka sentiasa mengetahui perkembangan anak masing-masing. Contohnya, bagi pelajar yang didapati mempunyai masalah di sekolah, guru perlu berhubung dengan ibu bapa untuk samasama membantu masalah pelajar. Selain itu guru juga sewajarnya mempunyai komunikasi yang baik antara guru sesama guru. Ini dapat membantu mempertingkatkan kaedah mengajar dengan lebih baik dengan cara bertukar- tukar fikiran dan idea demi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi mental, rohani , jasmani dan emosi. Justeru, jelas menunjukkan betapa pentingnya kemahiran komunikasi yang baik yang harus ada pada setiap guru. Guru perlu sentiasa belajar untuk menguasai kaedah komunikasi

yang berkesan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam mendidik anak bangsa menjadi produk masyarakat yang berjaya.

KEMAHIRAN BERILMU Kehidupan seorang guru adalah sinonim dengan ilmu. Lazimnya masyarakat mengaitkan guru dengan tanggungjawab memberi ilmu tetapi hakikatnya guru bukan sahaja bertanggungjawab mencurahkan ilmu kepada para pelajarnya malah meningkatkan ilmu merupakan salah satu kemahiran yang perlu ada di dalam diri setiap guru sebelum ilmu yang ada itu dicurahkan kepada para pelajarnya. Matlamat falsafah pendidikan negara adalah melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, adalah penting bagi seorang guru memastikan dirinya juga turut seimbang dari sudut yang sama iaitu dilengkapi dengan ilmu dan pengetahuan yang tinggi, mempunyai pegangan agama yang kuat, sentiasa cergas dan mempunyai emosi yang stabil. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya bagi seorang guru untuk memastikan dirinya mempunyai ilmu yang tinggi. Ilmu dan pengetahuan guru sebagai seorang yang berautoriti tidak boleh dipersoalkan. Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dengan baik (Abu Bakar & Ikhsan, 2008). Sikap proaktif, berdaya saing dan bersemangat kental dalam melengkapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu dan berketerampilan perlu menjadi amalan dan budaya hidup seorang pendidik (Wan Marzuki, 2008). Guru sebagai penyebar sumber ilmu perlu memahami konsep ilmu yang sentiasa berkembang dan pencarian ilmu baru di kalangan guru mesti diteruskan tanpa henti (Lokman, 2004).

Tugas mendidik adalah salah satu amalan mulia, namun amalan itu tidak akan lengkap sekiranya pendidik tidak mempunyai ilmu sebelum mencurahkan ilmu. Menurut Al-Ghazali (1058 – 1111M) semua orang akan binasa kecuali orang yang berilmu; semua orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal; semua orang yang beramal juga akan binasa kecuali orang yang ikhlas; beramal tanpa ilmu ialah perkara sia-sia. Terdapat banyak jenis ilmu yang boleh dan perlu didalami oleh guru. Antara ilmu-ilmu tersebut adalah ilmu berkaitan matapelajaran yang diajar, pengetahuan semasa, ilmu berkaitan matapelajaran lain, ilmu bahasa, dan ilmu teknologi. a) Ilmu matapelajaran yang diajar Seseorang guru telah mengambil masa lebih kurang empat tahun menuntut ilmu di menara gading sebelum bergelar pendidik. Seharusnya, guru tersebut mempunyai ilmu yang lengkap berkaitan subjek majornya. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya (Mohamad Johdi, 2007). Guru seharusnya membuat persediaan lengkap berkaitan subjek yang diajar. Selain itu, guru juga perlu menjangkakan soalan yang bakal disoal oleh seseorang pelajar dan mampu menyediakan jawapan yang betul dan memberi contoh yang sesuai agar para pelajar dapat memahami subjek yang diajar dengan baik. b) Pengetahuan semasa

Buku teks yang terdapat di sekolah hari ini mungkin sudah digunakan sejak beberapa generasi. Ini memungkinkan terdapat beberapa maklumat yang ketinggalan dan ilmu yang terkini tidak dimasukkan ke dalam buku teks tersebut. Guru yang profesional sentiasa mencari maklumat terkini untuk memberi maklumat dan penerangan yang lebih jelas kepada pelajarnya. Pengetahuan mengenai keadaan ekonomi masa kini misalnya dapat dikaitkan

dengan subjek Mikroekonomi, Makroekonomi ataupun Pengajian Perniagaan mahupun Perdagangan. c) Matapelajaran lain

Ramai guru masa kini kurang arif tentang subjek lain. Ada di kalangan guru beranggapan mereka hanya akan mengajar matapelajaran mengikut major masing-masing. Realiti sistem pendidikan masa kini, terdapat kemungkinan guru perlu mengajar matapelajaran selain bidangnya. Keadaan ini berlaku mungkin kerana menggantikan tempat kekosongan jawatan atau menggantikan waktu guru lain yang tidak hadir. Oleh itu, guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu matapelajaran lain. Pengetahuan mengenai subjek lain membantu guru menggunakan masa yang ada secara bermanfaat dengan memberi latihan atau perbincangan tentang sesuatu topik yang berkaitan subjek berkenaan. d) Ilmu berkaitan bahasa

Seorang yang bergelar guru perlu mendalami pelbagai bahasa. Sistem pendidikan negara sering diubah untuk memastikan kesesuaiannya dengan keadaan semasa. Antara bahasa yang perlu didalami oleh seseorang guru adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan seterusnya bahasa-bahasa lain. Walaupun PPSMI akan dimansuhkan, namun hakikatnya mungkin sukatan pelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris akan ditambah baikkan. Sekiranya keadaan ini berlaku, tidak mustahil sekiranya suatu hari nanti semua pelajar akan menggunakan sekurang-kurangnya 40% bahasa pengatar dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan sekiranya situasi ini menjadi realiti, adakah seorang guru akan kekal menggunakan 100% bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan seharian? Situasi ini mungkin akan menjatuhkan martabat seorang guru yang bertindak sebagai contoh kepada para pelajarnya.

Realitinya, masih terdapat sebilangan kecil pelajar tidak memahami

Bahasa Malaysia.

Pelajar-pelajar ini walaupun telah ditempatkan di kelas peralihan, hakikatnya mereka belum dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan sepenuhnya. Ada di kalangan pelajar tersebut yang tahu berbahasa Inggeris dan ada juga pelajar yang hanya tahu menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja. Guru yang tahu menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin dapat berkomunikasi dengan baik seterusnya membantu para pelajar meningkatkan penguasaan subjek yang diajar. e) Ilmu teknologi

Dunia teknologi semakin berkembang pesat hari ini. Bagi generasi Y, teknologi sangat penting dan sinonim dalam kehidupan mereka seharian. Seiring dengan perkembangan teknologi, para guru perlulah melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu teknologi bagi memastikan kebaikan teknologi dapat membantu memudahkan rutin harian para guru. Terdapat banyak sistem telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memudahkan dan melancarkan sistem pentadbiran sekolah. Sistem maklumat murid, sistem markah peperiksaan dan sistem demerit telah digunapakai di sekolah untuk menggantikan sistem lama yang menggunakan borang. Ilmu teknologi yang ada pada para guru membolehkan guru memanfaatkan sistem tersebut sepenuhnya. Gabungan ilmu teknologi dan ilmu lain seperti di atas dapat mengoptimumkan pencapaian endidik. Persoalannya, adakah guru di negara ini memanfaatkan teknologi dengan sebaiknya? Pengetahuan teknologi digabungkan dengan ilmu matapelajaran dan pengetahuan semasa memberi banyak impak terhadap pengajaran. Pengetahuan teknologi memudahkan guru mencari maklumat berkaitan matapelajaran dan isu semasa. Penggunaan laman web untuk mendapatkan maklumat bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah turut

menjimatkan kos kerana banyak maklumat boleh dicapai dengan serentak dan disediakan secara percuma. Selain itu, gabungan pengetahuan teknologi dan ilmu matapelajaran dan pengetahuan semasa membolehkan guru menbangunkan alat bantu mengajar. Bahan tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk tempoh yang lama malah membantu penyampaian maklumat dengan lebih berkesan kerana bersifat interaktif dan dilengkapi dengan bunyi dan pergerakan berbanding alat bantu mengajar tradisional yang bersifat pegun. Alat bantu mengajar itu juga boleh digunakan oleh guru yang perlu menggantikan waktu guru yang tidak hadir. Dari konteks gabungan ilmu teknologi dan bahasa, teknologi dilihat sebagai medium penting yang membantu guru meningkatkan penguasaan bahasa selain membolehkan guru mengikuti kursus bahasa secara jarak jauh. Selain itu, penguasaan Bahasa Inggeris yang baik membantu seseorang guru mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat seterusnya dapat memahami artikel tersebut dengan baik dan betul.

KEMAHIRAN MEMIMPIN Di dalam carta organisasi sebuah kelas di sekolah posisi guru berada di atas sekali. Guru memainkan peranan sebagai guru kelas untuk membimbing para pelajar ke arah kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan jasmani. Oleh itu kemahiran dari segi

memimpin perlu ada dalam diri seorang guru. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat definisi memimpin ialah melatih, mendidik atau mengasuh supaya boleh berfikir sendiri.

Kepimpinan boleh dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka terlibat dan berusaha ke arah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi (Rahmad 2005). Guru perlu mempunyai kemahiran memimpin di sekolah kerana mereka ibarat role model kepada para pelajar. Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak yang dipimpin. Mantan Perdana Menteri Malaysia Keempat pernah berkata tentang ”kepimpinan melalui teladan”. Dengan kepimpinan yang baik dan cekap akan menjadi ikutan pada para pelajar. Dengan itu mereka akan dihormati dan disanjungi oleh para pelajar. Hal ini akan memberikan kesan kepada sikap para pelajar dan dapat membangunkan sekolah yang cemerlang. a) Kepimpinan dalam bilik darjah

Guru menganggap bahawa tugas mereka hanya mendidik para pelajar mengikut sukatan pelajaran yang disediakan dan memastikan sukatan pelajaran yang dirangka perlu dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan. Di dalam bilik darjah peranan seorang guru ialah sebagai pemimpin kepada para pelajar . Dalam kepimpinan guru memainkan peranan sebagai

pemimpin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjadi pemimpin yang berjaya perlu mempunyai matlamat yang ingin dicapai dan matlamat ini mesti selari dengan matlamat sekolah. Matlamatnya ialah untuk mencapai hasil daripada pembelajaran. Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan guru harus mempunyai perancangan mengajar adalah kerana kejayaan setiap perkara yang dilakukan perlu dirancang dengan baik . Perancangan ini melibatkan tajuk yang ingin diajar, strategi untuk mengajar, aktiviti yang ingin dilakukan dan memilih bahan-bahan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Segala perancangan yang dilakukan perlu selari dengan matlamat yang ingin dicapai. Perancangan yang baik dapat menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan dapat menarik minat para pelajar supaya fokus kepada pelajaran yang diajar. b) Kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia ingin mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini bermaksud para pelajar tidak hanya didedahkan dengan ilmu pengetahuan sahaja akan tetapi ditambah dengan aktivivti di luar bilik darjah. Tujuan diadakan aktiviti kokurikulum ialah para pelajar boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal, mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta dapat meningkatkan keyakinan diri. Peranan guru sebagai pemimpin bukan sahaja di kelas semata-mata. Mereka seharusnya menjadi pengerak kepada para pelajar supaya mereka aktif di dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar yang cergas mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal.

Kekuatan fizikal membantu para pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Ini juga dapat membantu ke arah pencapaian dalam matlamat pendidikan. Antara peranan guru dalam aktiviti kokurikulum ialah menjadi penasihat bagi sesuatu aktiviti, membentuk satu struktur organisasi, melaksanakan aktiviti yang dapat mengembangkan potensi pelajar dan memantau perkembangan dalam aktiviti yang dijalankan. Kecemerlangan kokurikulum bergantung kepada keberkesanan kepimpinan dalam yang

dipertanggungjawabkan. Antara ciri kepimpinan yang perlu ada ialah mempunyai kesungguhan melatih para pelajar, mempunyai semangat juang yang tinggi, bekerjasama di antara para pelajar dan menggalakkan para pelajar ke arah pencapaian kokurikulum yang cemerlang. Pengetahuan dari segi pengurusan aktiviti seperti perkhemahan, sukan dan majlis ilmu perlu supaya dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang diinginan. Kebolehan guru untuk berhubung dengan agensi luar perlu supaya mendapat sokongan dan bantuan. c) Motivasi Kepimpinan guru yang cekap dalam tugasnya ialah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Motivasi merupakan langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Guru perlu mendorong para pelajar belajar secara berterusan dan tidak hanya tertumpu di sekolah sahaja malah melakukan ulang kaji di rumah setelah tamat persekolahan. Antara langkah-langkah yang diambil dalam pengerakkan motivasi semasa pembelajaran ialah menggunakan alat bantu mengajar yang menarik, memberikan latihan selepas tamat pembelajaran, menggalakkan para pelajar bertanya di dalam kelas dan menghubungkan tujuan belajar dengan pengalaman pelajar. Perkara ini perlu dilakukan supaya isi pelajaran yang disampaikan lebih mudah difahami dan meningkatkan rangsangan mereka untuk lebih

mendalami pelajaran tersebut. Jika para pelajar mempunyai motivasi yang tinggi sejak dari awal pembelajaran ini akan menggalakkan mereka untuk lebih tekun di masa hadapan. Kemahiran pemimpin boleh dikaitankan dengan mazhab falsafah pendidikan barat iaitu progresivisme. Pegangan dalam mazhab ini penyatakan bahawa guru perlu mempunyai kemahiran pemimpin kerana mereka memainka peranan dalam peroses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana pelajar ibarat kain putih yang perlu dicorak supaya dapat membentuk identiti mereka. Identiti pelajar pada masa hadapan banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan masyarakat. Pendidikan sebagai medium untuk mempelajari sesuatu dalam proses pembentukan identiti pelajar. Kemahiran guru dalam pimpinan bilik darjah dan kokurikulum dapat memperkembangkan minat pelajar dalam subjek dan aktiviti kokurkulum mereka minati. Kecenderungan minat pelajar dapat diasah di peringkat sekolah. Guru juga dapat meningkatkan minat pelajar dengan memotivasikan para pelajar. Dengan menjalankan program yang berkaitan dengan potensi diri pelajar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. Contoh situasi, pelajar mempunyai minat dalam subjek perdagangan dan memasuki Kelab Perdagangan di sekolah. Ini menunjukkan potensi pelajar dalam melakukan perniagaan. Di kelas guru dapat mengajar tentang rancangan perniagaan pada pelajar. Dalam aktiviti kelab, guru dapat melaksanakan aktiviti perniagaan semasa hari sukan atau hari kantin sekolah. Ceramah. Program kerjaya dan ceramah tentang perniagaan dapat menaikan motivasi pelajar untuk meneruskan minat dalam perniagaan di masa hadapan.

PENUTUP Tugas murni lagi mulia kita sebagai guru seharusnya jangan dicemari dengan gejalagejala buruk yang merosakkan sehingga kelemahan, kemunduran dan kegagalan pendidikan yang kita pikul hari ini dari segi menyediakan pengalaman-pengalaman berguna bagi kegunaan masa hadapan anak-anak didik kita nanti, akan menyebabkan adanya individu yang ingin maju tetapi hanya berlegar sekitar mediocrity, dan tidak pun berupaya menggunakan peranan mereka untuk citarasanya apatah lagi memenuhi citarasa bangsa dan negaranya. Sebagai pendidik tanah air yang memikul tanggungjawab dan amanah menerusi reformasi pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara , kejayaan atau kegagalan usahausaha ini bergantung terumatanya kepada ciri-ciri guru itu sendiri.

.

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (2002). Kemahiran Interpersonal Guru dalam Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak., Kemahiran Interpersonal guru. Bentong, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abu Bakar, N., & Ikhsan, O. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim, Perak: Quantum Books.

Al Ramaiah ( 1997 ). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Selangor:IBS Buku Sdn.Bhd.

Dahlia, J., Khairul Azam, B., & Mohd Rosli, S. (2009). Guru Bersahsiah Unggul. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jas Laile Suzanna Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

• •

Kamus Dewan Edisi keempat. (2005).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Lokman, I. (2004, Mei 4). Kualiti Guru Penentu Kecemerlangan. Retrieved Ogos 2, 2009, from Perpustakaan UTEM web site:

http;//library.utem.edu.my/akhbar/education/2004/20040504b5(0)bh.html

Mohamad Johdi, H. S. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan. Retrieved Ogos 2, 2009, from ipbl website:

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohd johdiUIAMfp.pdf

Nor Laily Binti Hj Zakaria.(2009, Jun). Komunikasi Berkesan: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Didapatkan Ogos 2, 2009, daripada scribd: www.scribd.com.

Nota Pengajian Perniagaan STPM. (2009, Mac). Didapatkan Ogos 2, 2009, daripada scribd: www.scribd.com

PTJ Sumber Manusia Pusat Perubatan Universiti Malaya. (4 Dis 2008). Kemahiran Berfikir Dalam Konteks Bimbingan dan Kaunseling. Didapatkan Julai 27, 2009, daripada laman web: http://www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir

Rahmad Sukor. (2005). Peranan kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Didapatkan Ogos 2, 2009, daripada scribd: www.scribd.com.

Wan Marzuki Wan Ramli. (2008, Julai 25). Ambil peluang jadi guru berilmu. Didapatkan Ogos 2, 2009, daripada perkhidmatan pelajaran blogspot:

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/07/ambil-peluang-jadi-guruberilmu.html

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->