You are on page 1of 10

BAHAGIAN A

(70 MARKAH)

SOALAN A1 (10 Markah)

Arahan: Pilih perkataan yang sesuai bagi mengisi tempat-tempat


kosong dalam ayat-ayat berikut.

1. Sisa makanan itu diberikan __________ kucing peliharaannya.

A. ke
B. pada
C. kepada
D. daripada ( )

2. Hamid __________ selesai menyiapkan laporan mesyuarat itu.

A. akan
B. telah
C. pernah
D. sedang ( )

3. Perempuan tua itu __________ bakul yang berisi padi di atas


kepalanya.

A. mengelek
B. menjinjing
C. memegang
D. menjunjung ( )

4. Buah limau yang dijual di kedai Ali itu berharga Dua Dolar
se__________.

A. biji
B. buah
C. gugus
D. longgok ( )

5. Hutan Amazon merupakan satu __________ alam yang amat tinggi


nilainya.

A. khazanah
B. simpanan
C. kehebatan
( )
D. pemberian

1
SOALAN A2 (10 Markah)

Arahan: Pilih perkataan yang sesuai dari kotak jawapan bagi mengisi
tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.

sementara walaupun kerana jikalau bahawa

seperti sambil serta lalu yang

kecuali supaya semenjak demi ketika

6. Dia rela berkorban __________ kebahagiaan keluarganya.

7. Saya berpendapat __________ cadangan itu boleh diterima.

8. Saya __________ Sheila akan ke pameran buku di perpustakaan.

9. Petani itu menanam jagung __________ menanti padi menguning.

1 Dia bukan ketua saya __________ saya bekerja di tempat itu dahulu.
0.
1 Semua orang sudah tidur __________ ayah yang masih membaca buku.
1.
1 Kita semua mesti bertolak ansur __________ semua pihak berpuas hati.
2.
1 Azimah seorang pelajar yang bijak __________ dia seorang yang pemalas.
3.
1 Idah bingkas bangun __________ mengangkat telefon yang sedang berdering.
4.
1 Kerajaan Arab Saudi akan membantu para jemaah __________ sedang
5.
menunaikan Haji.

2
SOALAN A3 (10 Markah)

Arahan: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberi bagi
menggantikan tiap-tiap keterangan yang bergaris bawah dalam
petikan berikut.

A. Bagai kaduk naik junjung


B. Air dicencang tiada putus
C. Bagai hujan jatuh ke pasir
D. Bagai tikus membaiki labu
E. Bagai Belanda minta tanah
F. Bagai ayam bertelur di padi
G. Bagai harimau beranak muda
H. Bagai itik berebutkan tembolok
I. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
J. Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

1. Saya tidak faham mengapa mereka perlu bermusuh kerana masalah yang kecil
sahaja. Sikap mereka __________

2. Halimah mampu melanjutkan pelajarannya ke luar negara kerana dia datang


daripada keluarga yang berada. Halimah __________ .

3. Cikgu Salim tidak pernah berputus asa mengajar Salinah walaupun Salinah
sering gagal dalam peperiksaan kerana dia percaya bahawa __________.

4. Walaupun telah memperolehi separuh daripada harta peninggalan bapanya,


Azam masih mahu merebut harta yang diberi kepada adiknya. Azam
__________

5. Rita takut untuk menunjukkan keputusan peperiksaannya yang tidak


memuaskan kepada bapanya kerana bapanya sangat bengis bagaikan
__________.

3
SOALAN A4 (10 markah)

Arahan: Gantikan perkataan-perkataan yang bergaris bawah di dalam petikan


karangan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang sesuai dari
perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kurungan ( ).

Pulau Redang terletak di luar pantai Negeri Terengganu. Pulau Redang adalah 21.
gugus (gugusan, bergugus, tergugus, menggugus) pulau-pulau kecil dan besar.
Pulau Redang 22. rupa (rupawan, berupa, merupakan, menyerupai) satu kawasan
pulau yang direzabkan untuk 23. jadi (jadian, terjadi, menjadi, kejadian) sebuah
Taman Marin 24. kendali (kendalian, mengendali mengendalikan, dikendalikan)
Jabatan Laut Malaysia. Ia unik disebabkan pantainya yang cantik serta mempunyai batu
karang yang 25. besar (pembesar, membesar, terbesar, dibesarkan) di Asia. Pulau
Redang 26. sedia (tersedia, bersedia, persediaan, menyediakan) aktiviti-aktiviti
rekreasi yang 27 asas (mengasaskan, diasaskan, terasas, berasaskan) laut seperti
snorkeling dan selaman skuba. Sukan air lain seperti ski air dan skuter air turut
disediakan pihak28. tadbir (pentadbir, mentadbir, pentadbiran, ditadbirkan) yang
beroperasi di di sana. Hotel-hotel serta rumah-rumah 29. angin (berangin, terangin,
mengangin, peranginan) yang terdapat di Pulau Redang 30. tawar (tawaran,
menawarkan, menawari, penawar) tempat penginapan yang selesa untuk para
pelancong. Sesungguhnya percutian di Pulau Redang akan meninggalkan seribu
kenangan yang paling indah bagi mereka yang ke sana.

4
SOALAN A5 (10 Markah)

Arahan: Bina ayat daripada perkataan-perkataan di bawah ini. Ayat


kamu harus menunjukkan makna perkataan tersebut.
31. murung

32. mengupas

33. gubahan

34. bertemankan

35. kampung halaman

Soalan A6 (10 markah )

Arahan : Baca ayat-ayat berikut dan kenalpasti jenis Binaan Frasanya.


Kemudian, tuliskan jenis frasa sama ada FN + FK , FN + FN,
FN + FS, FN + FA bagi setiap ayat.

Contoh:
Belukar itu terbakar perlahan-lahan (Frasa Nama+Frasa Kerja)

36. Mereka ke sekolah setiap pagi.


37. Hidup seniman itu amat sederhana
38. Wanita itu membelikan anaknya sehelai baju.
39. Dia menembak harimau itu dengan senapangnya.
40. Bapa budak itu seorang doktor di Hospital Besar Singapura.

5
Soalan A7 (10 markah )

Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini


dengan sepatah perkataan yang sesuai untuk melengkapkan jalan
ceritanya

muka terkena sendi daripada sebelum


mengangkat rawatan penjualan penyakit dijangkiti
dengan mengambil pemberian apabila nyamuk

Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan nyamuk aedes


aegypti. Virus ini disebarkan daripada manusia ke manusia ___(41)___ nyamuk
aedes yang menghisap darah individu yang ___(42)___. Sebaik sahaja masuk
ke badan, virus ini ___(43)___ masa dua hingga sepuluh hari untuk membiak
___(44)___ menunjukkan tanda jangkitan. Tanda jangkitan biasanya bermula
___(45)___ rasa lemah badan, demam mengejut dan sakit ___(46)___. Selepas
demam reda, ruam timbul pada badan, ___(47)___, tapak tangan dan kaki.
Sehingga kini, tiada ___(48)___ khusus untuk chikungunya. Rawatan biasanya
akan membabitkan ___(49)___ ubat anti keradangan untuk meredakan masalah
gejala ___(50)____, terutama kesakitan sendi yang menyebabkan pesakit sukar
bergerak dan bekerja. Kesakitan sendi juga boleh diatasi melalui senaman
ringan.

6
Bahagian B (10 markah )
Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti dan jawab semua
soalan yang mengikutinya.

Memiliki gigi yang sihat dan cantik menjadi impian setiap orang. Namun, ada
orang yang lahir dengan gigi yang berlapis, senget atau jongang. Ada pula
yang memiliki gigi yang kuning dan berkarat meskipun kerap digosok. Sekitar
15 hingga 20 peratus orang Singapura didapati memiliki gigi jongang. Selain
berkaitan dengan baka, gigi jongang boleh terjadi akibat tabiat menghisap ibu 5
jari atau puting semasa bayi.

Bagaimanapun, dalam konteks hari ini, gigi yang kurang menawan seperti ini
boleh dibaiki. Malah, jika teringin memiliki gigi putih dan senyuman seperti
bintang filem, itu pun boleh dilakukan. Gigi yang jongang, misalnya, kini boleh
10
dirawat dengan teknik rawatan pergigian yang canggih lagi cepat.

Pada suatu ketika dulu, gigi jongang dirawat melalui pelbagai teknik rawatan
ortodontik dan biasanya mengambil masa kira-kira 10 bulan. Ia melibatkan
penggunaan pendakap gigi dan alat bagai pengikat.

Kini, dengan kemajuan teknologi, prosedur membetulkan gigi jongang boleh


dilakukan dengan lebih mudah tanpa tusukan pada gigi dan masa menunggu 15
gigi untuk 'pulih' dapat dikurangkan daripada 10 bulan kepada dua jam
sahaja.

Rawatan gigi terbahagi kepada dua - rawatan restoratif iaitu membaiki gigi
yang rosak, tertanggal atau reput; dan rawatan estetik iaitu rawatan untuk
mencantikkan gigi.
25

Rawatan restoratif pun sudah semakin canggih pada hari ini. Ia kini meliputi
prosedur seperti mengekalkan gigi asli dengan selaput dipanggil crown dan
menggantikan gigi yang sudah tanggal dengan implan atau struktur dipanggil
bridge.

7
5 Antara masalah yang dihadapi sesetengah orang adalah _____.
1. A. gigi yang tidak lurus
B. gigi yang selalu tertanggal
C. senyuman tidak secantik bintang filem
D. masa yang lama untuk membetulkan gigi
( )
5 Perkara-perkara berikut menyebabkan masalah jongang kecuali _____.
2. A. keturunan
B. semula jadi
C. menghisap puting
D. meletakkan ibu jari di dalam mulut
( )
5 Peratusan rakyat Singapura yang mempunyai masalah jongang adalah
3. _____.
A. lebih dari 15 peratus
B. kurang dari 20 peratus
C. lebih kurang 10 peratus
D. lebih dari 15 peratus tetapi kurang dari 20 peratus
( )
5 Rawatan restorative sesuai untuk mereka yang inginkan ______.
4. A. senyuman yang cantik
B. barisan gigi yang menarik
C. gigi yang tidak rosak atau reput
D. gigi yang putih dan tidak berkarat
( )
5 Kemajuan teknologi amat bermanfaat kerana _______.
5. A. memendekkan masa pemulihan rawatan gigi
B. mengurangkan rasa kesakitan yang dialami semasa rawatan
C. merendahkan jumlah orang yang mengalami masalah gigi
jongang ( )
D. meningkatkan kadar orang yang memiliki barisan gigi yang
menawan

Bahagian C (20 markah )


Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti dan jawab semua

8
soalan yang mengikutinya.
Pak Salim terketar-ketar menahan lapar selepas solat zohor. Uncang itu
dipeluknya, tidak sekali-kali dilepaskan. Biar lapar, biar derita, namun uncang
itu harus dijaga seperti nyawanya. Tiba-tiba, seorang lelaki muda datang
menyapa. “Pakcik kenapa ni? Pakcik sihat?”. Orang muda itu menghulurkan
tangannya kepada Pak Salim. Pak Salim hanya diam, malu untuk menjawab 5
soalan itu. “Pakcik terketar-ketar ni. Pakcik sakitkah? Cakaplah, jangan segan
dengan saya,” desak anak muda itu.

“Pakcik lapar, nak,” jawab Pak Salim. Anak muda itu ketawa lantas mengajak
Pak Salim pergi makan bersamanya. Pak Salim mulanya menolak kerana
tidak mahu menagih simpati orang. Tetapi anak muda itu memaksanya. 10
Kenyang perut setelah diisi dengan nasi ayam yang enak. Di dalam hatinya
memuji kebaikan serta kesopanan anak muda itu. Dari pakaian serta kereta
yang dipandu, jelas yang anak muda itu orang berada. Namun, dia tidak malu
dilihat bersama dengan seorang tua yang kotor.

“Pakcik sebatang karakah?” tanya anak muda itu. Pak Salim mula bercerita 15
tentang hidupnya. Dahulu, dia punya keluarga bahagia. Namun, keluarganya
hidup susah kerana Pakcik Salim hanya bekerja sebagai buruh kasar. Oleh
kerana kesempitan wang, dia sanggup menjual satu-satu anaknya untuk
mendapat wang $3000. Apabila niatnya dihalang sang isteri, dia
meninggalkan keluarganya dengan membawa lari duit itu. 20

Penyesalan timbul setelah dia meringkuk di penjara kerana terlibat dalam


jenayah. Setelah keluar dari penjara lima tahun kemudian, dia cuba mencari
keluarganya. Mereka tidak lagi berada di situ. Walaupun kecewa, dia bekerja
keras dan bersumpah untuk mengumpulkan wang $3000 yang dia letakkan di
dalam uncangnya. Dia mahu memulangkan semua wang yang telah 25
diambilnya kepada anak dan isterinya jika dia berjaya menemui mereka suatu
hari nanti. Sehingga kini, dia masih tercari-cari keluarganya itu.

56. Mengapakah Pakcik Salim merasa malu? (4 markah )

57. Mengapakah Pakcik Salim menjaga uncangnya dengan teliti? (4 markah )

9
58. Berikan 2 bukti yang menunjukkan anak muda itu seorang yang baik (4 markah )
hati.

59. Pak Salim benar-benar menyesali perbuatannya. Berikan 2 bukti ( 4 markah )


untuk menyokong kenyataan ini.

60. Pada pendapat kamu, apakah anak serta isteri Pak Salim akan dapat ( 4 markah )
memaafkannya?

10