You are on page 1of 5

2. jenis-jenis Khemah dan cara-cara penjagaan khemah.

2.1 Pengenalan Khemah adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lainlain bahan yang boleh digerakkan. Dalam lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah, kita tidak boleh menjalankan aktiviti berkhemah .

2.2 Jenis-jenis Khemah.

a) Khemah A tanpa helaian terbang (single walled tent)

b) Khemah A berhelaian (Double walled tent)

c) Khemah pengembara (Explorer tent)

d) Khemah tiang Satu

e) Khemah berangka

f) Khemah Igloo

3.0 Cara-cara penjagaan khemah a) Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. Khemah akan berbau sekiranya disimpan dalam keadaan yang tidak bersih dan basah. Khemah

b) Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. Sekiranya khemah dicuci dengan bahanbahan pencuci ini, warna pada khemah akan luntur dan ketahanan khemah akan terjejas seperti reput.

c) Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering. Khemah hendaklah

disimpan ditempat seperti stor atau bilik khas untuk mengelakan daripada berlakunya kerosakan pada khemah. Haiwan seperti tikus akan mengoyakan atau membuat lubang pada badan khemah.

d) Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan. Alatan seperti tiang, tali dan sebagainya yang digunakan untuk mendirikan khemah hendaklah dikira dan dipastikan cukup jumlahnya apabila habis perkhemahan.

e) Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. Gunakan buku panduan yang disediakan bersama-sama dengan khemah. Buku ini akan menunjukan urutan yang betul untuk memasang khemah.

f) Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Ubat nyamuk akan merosakan khemah sekiranya terkena pada badan khemah.

g) Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Khemah hanya digunakan untuk dijadikan tempat tidur dan tempat menyimpan sedikit barang-barang seperti beg. Ruang khemah adalah terhad. Jemurlah pakaian ditempat yang dibuat di luar khemah.

h) Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah. Aktiviti yang menggunakan api hendaklah dielakkan terutamanya didalam khemah. Ini akan menyebabkan khemah terbakar dan musnah. Memasak juga akan mengotorkan khemah.

i) Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari memasuki khemah. Sisa makanan yang tertinggal didalam khemah akan menarik perhatian serangga seperti semut. Ini akan menimbulkan

ketidakselesaan kepada kita apabila hendak tidur.

j) Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya. Ini akan mengelakkan barang-barang kita daripada hilang diambil oleh haiwan liar seperti beruk ataupun kera yang banyak didalam hutan. Angin yang kuat juga akan mudah terbangkan khemah apabila pintu khemah tidak ditutup.

k) Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Ini penting untuk menjaga kebersihan diri dan khemah. Khemah yang kemas dan bersih akan menyebabkan kita selesa untuk berehat dan tidur.

l) Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah. Ini akan membahayakan rakan-rakan kita apabila asap-asap rokok terkumpul didalam khemah. Abu daripada rokok juga akan mengotorkan khemah.

m) Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan. Khemah yang kukuh akan menjamin keselamatan kita. Khemah akan berada dalam keadaan yang teguh apabila angin kuat bertiup.

You might also like