P. 1
BUNYI-BUNYI BAHASA

BUNYI-BUNYI BAHASA

|Views: 1,938|Likes:
Published by Liquey

More info:

Published by: Liquey on Sep 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

OLEH: AMSYAR SYAZRIN SYAMIL

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSI

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Lidah

Lelangit      Lelangit dapat dibahagikan kepada  dua bahagian, iaitu lelangit keras dan  lelangit lembut.  Lelangit lembut  menganjur dari sempadan lelangit  keras hingga ke akhir rongga mulut.  Lelangit keras bermula dari sempadan  gusi di bahagian hadapan atas rongga  mulut dapat diturunnaikkan untuk  menutup atau membuka saluran  rongga tekak terus ke rongga hidung.  Apabila dinaikkan, rongga mulut akan  terbuka dan udara akan keluar melalui  rongga mulut dan apabila diturunkkan,  rongga mulut akan tertutup dan udara  terpaksa keluar melalui rongga hidung.   

Ø

    Lidah  ialah  alat  artikulasi  yang  Ø terpenting  dan  paling  aktif  dalam  pengeluaran  bunyi  bahasa.  Lidah  terbahagi  kepada   empat  bahagian,  iaitu  hujung  lidah,  tengah  lidah,  hadapan  lidah,  dan   belakang  lidah.  Pembahagian  ini  membolehkan  lidah  membuat  deskripsi  pelbagai  jenis  penghasilan  bunyi.  Bahagian  hadapan  lidah,  tengah  lidah  dan  belakang  lidah  penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi  vokal,  iaitu  bunyi  vokal  hadapan,  tengah  dan  belakang.  Hujung  lidah  merupakan  bahagian  paling  aktif  dan  boleh  digerakkan  ke  mana-mana  bahagian  mulut  untuk  membuat  penyekatan.  

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Ø

 Gigi     Gigi  juga  berperanan  dalam  Ø penghasilan  bunyi  bahasa  tetapi  peranannya  tidaklah  aktif.  Kedudukannya yang statik dan sentiasa  digunakan  sebagai  penampan  aliran  udara  dalam  penghasilan  bunyi.  Penampan  aliran  udara  inilah  yang  menghasilkan bunyi.   

Gusi     Gusi  merupakan  bahagian  yang  embung  dan  menurun  dari  gigi  ke  bahagian  dalam  rongga  mulut.  Organ  ini  digunakan  sebagai  daerah  sebutan  dengan  bantuan  hujung  lidah  yang  berfungsi membuat penyekatan. Rongga Hidung       Terletak  di  atas  rongga  mulut  yang  dipisahkan  oleh  lelangit.  Rongga  hidung  boleh  dibuka  atau  ditutup,  bergantung kepada keadaan sama ada  anak  tekak  dan  lelangit  lembut  dinaikkan atau tidak.

Ø

Bibir     Bibir  adalah  alat  artikulasi  yang  terletak  pada  bahagian  luar  rongga  mulut.  Bibir  terdiri  daripada  otot-otot  kenyal  yang  boleh  dihamparkan  dan  dibundarkan  dan  berperanan   mengeluarkan  bunyi  yang  berbagaibagai.  Bibir  juga  menjadi  sempadan  paling luar daripada rongga mulut. Bibir  juga  berfungsi  membuat  sekatan  kepada  udara  yang  keluar  daripada  rongga mulut. 

Ø

FUNGSI ALAT PERTUTURAN
Pita Suara Ø     Pita  suara  terletak  dalam  ruang  tenggorok  (halkum)  dan  amat  penting  dalam  penghasilan  bunyi.  Proses  pengeluaran  suara  berlaku  dengan  cara  memperluas  dan  mempersempit  lubang  yang  terdapat  di  antara  dua  keping  selaput  nipis  berkenaan. 

BUNYI VOKAL
Ø Ø Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau  himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk  bibir Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Ø Ø

Ø

Vokal Depan Sempit (i)       Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir  menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.  Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui  rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan  yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan  terhampat.   Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari  Vokal Depan Separuh Sempit (e)       Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi  membunyikan vokal (i).   Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Ø Ø

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Ø

Ø

 Vokal Depan Separuh Luas    Untuk mengeluarkan  vokal ini depan  Ø lidah  diturunkan  sepertiga  dari    kedudukan  untuk  mengeluarkan  vokal  (e).  Kedudukan  alat  pertuturan  adalah  sama   seperti  semasa  mengeluarkan  Ø bunyi  vokal (i) dan (e).   Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Belakang Sempit (u)        Dihasilkan  dengan  mengangkat  belakang  lidah  setinggi  mungkin  ke  atas,  tetapi  tidak  menutup  ruang  aliran  udara. Bentuk bibir dibundarkan.   Contoh:  ubat,  ulat,  undang,  udang,  ulang 

Ø Ø

Ø

Vokal Depan Luas ( a)   Ø     Untuk  mengeluarkan  bunyi  vokal  ini,   Ø depan  lidah  diturunkan  serendahrendahnya. Lelangit lembut berkeadaan  terangkat  rapat  ke  belakang  tekak  dan  menutup  rongga  hidung.   Kedudukan  alat pertuturan lain adalah sama seperti  Ø menghasilkan vokal (i), dan (e).   Contoh:   anak,   pandai,  landai,  anting,  siapa, takat

Vokal Separuh Sempit ( o )      Dihasilkan  dengan  menurunkan  belakang  lidah  1/3  di  antara  tempat  yang  paling  tinggi  dan  tempat  yang  paling  rendah.  Keadaan  bibir  pula  dibundarkan.   Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Ø

Ø

Vokal Belakang Separuh Luas     Dihasilkan  apabila  belakang  lidah  diturunkan  1/3  daripada  kedudukan  separuh  sempit  dan  bentuk  bibir  turut  dibundarkan.  Vokal  ini  tidak  terdapat  dalam bahasa Melayu.  Vokal Tengah     Dihasilkan  dengan  meletakkan  lidah  seperti  biasa  di  lantai  rongga  mulut.  Bahagian  tepi  lidah  dilengkungkan  sedikit,  manakala  rongga  mulut  berkeadaan sederhana luasnya.   Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->