You are on page 1of 22

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN

SOALAN PEPERIKSAAN

Unit Peperiksaan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN

Unit Peperiksaan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN i

Cetakan Pertama 2011 Unit Peperiksaan 2011

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN ii

Reka bentuk oleh alfarabi UPeM 2011

KANDUNGAN

PERKARA Kata Pengantar Pendahuluan

MUKA SURAT I VII 1 1 2 6 6 8 8 8 9 9 9 10 11 12 12

BAHAGIAN I PANDUAN PENGGUBALAN SOALAN ESEI Perkara Am Yang Perlu Dipatuhi Oleh Penggubal Soalan Panduan Menggubal Soalan Esei Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Menggubal Soalan Arahan Yang Perlu Dipatuhi Oleh Penggubal Soalan BAHAGIAN II PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN ESEI Masalah Pemarkahan Prosedur Pemeriksaan Kertas Jawapan Kawalan Pemarkahan Panduan Pemeriksaan Kertas Esei Perkara Yang Perlu Dielak Oleh Pemeriksa Analisis Markah Soalan Esei Kaedah Penetapan Markah Lulus Laporan Pemeriksa Penutup

KANDUNGAN iii

iv

KATA PENGANTAR
Buku Panduan ini disediakan sebagai sumber rujukan kepada para penggubal soalan dan pemeriksa yang telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab oleh pihak jabatan serta para Panel Subjek Jabatan bagi memastikan kewibawaan peperiksaan jabatan. Sesuatu peperiksaan itu akan diiktiraf sebagai berwibawa apabila terdapat unsurunsur profesionalisme, kesahihan, kebolehpercayaan dan integriti peperiksaan berkenaan. Ia banyak bergantung kepada mutu soalan yang digubal, sistem pemeriksaan kertas jawapan dan penentuan markah lulus. Panduan ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian I menerangkan perkaraperkara yang perlu diketahui oleh para penggubal soalan dan Bahagian II pula mengandungi panduan pemeriksaan kertas jawapan. Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu secara komprehensif dalam urusan peperiksaan jabatan kepada Urus Setia Peperiksaan dan kepada para penggubal dan pemeriksa kertas peperiksaan khasnya, demi memelihara kewibawaan peperiksaan perkhidmatan jabatan ini.

KATA PENGANTAR v

Datuk Abd Hamid bin Abu Bakar Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan Jabatan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta 6 Januari 2011

vi

PENDAHULUAN
Peperiksaan ialah satu ujian untuk mengukur pencapaian seseorang di dalam sesuatu bidang pengetahuan, pengalaman atau kebolehan. Di dalam sesuatu peperiksaan adalah mustahil diadakan jumlah soalan yang boleh meliputi semua bidang sukatan peperiksaan kerana masa peperiksaan adalah terhad. Oleh itu, soalan yang disediakan hendaklah memberi gambaran yang meluas supaya ia dapat meliputi sukatan pada keseluruhannya. Jika soalan tidak dibuat dengan baik, mungkin terlalu ramai calon menjawab dengan mendapat markah yang tinggi; atau terlalu ramai calon menjawab dengan salah; atau langsung tidak ada calon menjawab soalan tersebut; atau ramai calon menjawab tetapi terkeluar daripada batasan soalan. Dengan itu, adalah penting untuk seseorang penggubal itu untuk memahami bahawa peperiksaan itu adalah satu disiplin yang mempunyai teorinya yang tersendiri dan tidak boleh dilaksanakan sebagai satu proses menyediakan soalan dan memberi markah sahaja. Panduan ini disediakan untuk memberi gambaran yang jelas tentang disiplin tersebut, mudah-mudahan ia dapat membantu para penggubal dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

PENDAHULUAN vii

viii

BAHAGIAN I PANDUAN PENGGUBALAN SOALAN ESEI


1.0 PERKARA AM YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PENGGUBAL SOALAN Untuk menghasilkan soalan-soalan yang sesuai dan berkualiti bagi sesuatu peperiksaan, para penggubal soalan mestilah mengambil berat dan mematuhi perkara berikut: i. Soalan-soalan mestilah bersesuaian dengan tujuan/objektif sesuatu peperiksaan.

iii. Soalan-soalan mestilah tidak terlalu sukar dan tidak terlalu senang bersesuaian dengan masa. Sebaran soalan susah dan soalan senang perlu terkawal. Pertimbangan yang dianggap baik bererti bagi setiap soalan seharusnya lebih banyak calon-calon yang lebih berkebolehan dapat menjawabnya dengan betul daripada calon yang kurang berkebolehan. Aras kesukaran (level of difficulty) soalan pula perlu setimpal dengan tahap peperiksaan. iv. Soalan-soalan mestilah jelas, ringkas dan tepat tugasannya. (Elakkan penggunaan bahasa yang rumit dan kabur atau struktur bahasa yang mengelirukan calon). v. Perbendaharaan kata dan konsep yang digunakan dalam soalan mestilah standard/piawai. vi. Soalan-soalan mestilah stabil tahap dan mutunya dari setahun ke setahun dan di antara satu ujian dengan ujian yang lain. vii. Soalan perlulah dirahsiakan dan semua kertas yang digunakan oleh penggubal soalan ketika membuat soalan hendaklah dimusnahkan dan

BAHAGIAN I PANDUAN PENGGUBALAN SOALAN ESEI 1

ii. Soalan mestilah meliputi sukatan peperiksaan. Penggubal perlu mengkaji kepentingan satu-satu tajuk yang ada di dalam sukatan peperiksaan dan menentukan sama ada perlu atau tidak weightage diberi kepada tajuk-tajuk tertentu. Bagi peperiksaan untuk pengesahan dalam jawatan, satu aspek penting ialah kesesuaian sesuatu perkara itu dengan tugas harian calon, sementara untuk peperiksaan kenaikan pangkat, mereka perlu mengetahui sesuatu perkara yang bersesuaian dengan jawatan yang akan disandang. Ini amat penting oleh kerana ia dapat mengelakkan keadaan di mana wujud terlalu banyak soalan dalam satu-satu tajuk dan tiada soalan langsung dalam tajuk yang lain; atau soalan ditumpukan kepada tajuk yang kurang penting kepada calon dan tujuan asal peperiksaan.

hanya soalan-soalan yang original dikemukakan kepada Urus Setia Peperiksaan. Penggubal soalan tidak boleh menyimpan salinan soalan yang dibuat. Nota

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN

Para penggubal soalan mestilah faham akan kaedah dan asas sesuatu peperiksaan. Kaedah ialah cara peperiksaan dijalankan dan asas peperiksaan pula meliputi 3 aspek iaitu: i bahan rujukan yang digunakan. ii. pengetahuan bekerja iii. pengetahuan am 2.0 PANDUAN MENGGUBAL SOALAN ESEI Walaupun penggubal soalan esei bebas mengemukakan bentuk soalan yang mereka fikirkan sesuai bagi sesuatu peperiksaan, mereka perlu memahami serta mematuhi beberapa garis panduan am bagi membantu mereka dalam membina soalan esei yang bersesuaian, berkualiti dan yang dapat diterima oleh Panel Peperiksaan. Perkara yang mereka perlu teliti ialah: i. Soalan hendaklah jelas Soalan dikatakan jelas apabila calon memahami apa yang ditanya. Calon dapat menggambarkan: (i) apa yang dikehendaki oleh soalan; (ii) perkara apa yang dibangkitkan dalam soalan; dan (iii) secara kasar, bagaimanakah ia perlu merangka jawapan kepada soalan itu. Soalan yang tidak jelas akan mengelirukan calon. Susunan ayat, perkataan dan penggunaan bahasa yang sesuai perlu ditekankan oleh penggubal soalan. Contoh soalan yang tidak jelas Beberapa orang Pegawai Penguatkuasa Anti-Dadah telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah usang pada pukul 2.00 pagi kerana mengesyaki rumah itu digunakan sebagai pusat pengedaran dadah. Penghuni-penghuni rumah itu beramai-ramai mengancam memukul pegawai-pegawai itu jika mereka memasuki rumah tersebut. Bincangkan.

Soalan sepatutnya dibuat seperti ini: Perbuatan penghuni-penghuni rumah mengancam untuk memukul pegawai-pegawai itu salah atau tidak? Huraikan berdasarkan kepada perbekalan undang-undang yang berkaitan. ii. Soalan hendaklah seberapa ringkas yang mungkin Soalan hendaklah ringkas, padat dan tepat. Elakkan daripada memasukkan perkataan-perkataan yang tidak berfungsi (window dressing). Soalan biarlah ringkas tetapi janganlah terlalu ringkas hingga mengelirukan calon.

Ahmad, seorang Pegawai Kerani Tingkatan Kanan ingin membeli sebuah rumah teres 2 tingkat. Ia perlu menambah pendapatannya melalui pekerjaan luar dengan cara berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam yang berhampiran dengan rumahnya sekarang. Nyatakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan mengenai pegawai-pegawai kerajaan yang ingin melibatkan diri dalam pekerjaan luar. iii. Tugasan (task) soalan hendaklah tepat Soalan yang digubal hendaklah tepat tugasannya. Apabila calon menjawab soalan, calon akan tahu apakah perkara yang ia hendak lakukan dan apakah yang dikehendaki sebenarnya oleh satu-satu soalan itu. Calon juga akan dapat tahu apakah pendekatan yang harus diambilnya jika ia hendak menjawab soalan tersebut. Contoh soalan yang tidak tepat tugasannya Tulis tentang Etika Perkhidmatan Awam. Contoh soalan yang tepat tugasannya Nyatakan tujuan kerajaan mewujudkan Etika Perkhidmatan Awam. iv. Soalan hendaklah dengan sendirinya menyatakan pendekatan (organising principle) jawapan esei itu. Pendekatan (Organising principle) bagi jawapan kepada sesuatu soalan itu ada kaitan rapat dengan tugasannya. Apabila calon mengetahui tugasan soalan, langkah berikutnya ialah ia akan menggunakan pendekatan (organising principle) yang telah dinyatakan dalam soalan

BAHAGIAN I PANDUAN PENGGUBALAN SOALAN ESEI 3

Contoh soalan yang tidak ringkas

itu untuk merangka dan seterusnya menulis jawapan eseinya. Contohcontoh perkataan yang mungkin boleh digunakan sebagai panduan bagi penggubal soalan untuk dijadikan pendekatan (organising principle) dalam satu-satu soalan esei adalah seperti berikut:

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN

a] Bincangkan. b] Buat nota ringkas mengenai .. c] Tunjukkan pengiraan .. d] Berikan sebab-sebab mengapa e] Terangkan dengan terperinci beserta dengan contoh-contoh. Berikut adalah makna kata tugasan sebagai panduan untuk dijadikan pendekatan (organising principle) dalam satu-satu soalan esei: Takrifkan (istilah..) memerlukan hanya satu penyataan yang setara. Apakah yang dimaksudkan dengan memerlukan takrif dengan sedikit ulasan yang relevan tentang keertian atau konteks istilah berkenaan. Nyatakan memerlukan jawapan yang ringkas dan padat, tanpa huraian, dalam bentuk senarai. Senaraikan memerlukan sebilangan perkara, tanpa huraian, dalam bentuk senarai. Jelaskan/terangkan memerlukan penyataan yang merupakan taakulan/sebab-musabab atau sedikit rujukan kepada teori, bergantung kepada konsep. Bandingkan melihat yang sama dan yang berbeza tentang dua perkara yang dikemukakan. Bincangkan memberikan huraian dengan kritis tentang isu yang dikemukakan, misalnya antara faktor yang terlibat, baik-buruk, pro dan kontra, pengaruh sedikit-sebanyak dan lain-lain. Mengapakah perihal dan sebab/hujah/ulasan bagi sesuatu situasi yang diberikan. Hitung digunakan apabila jawapan berangka dikehendaki. Pada umumnya jalan kerja hendaklah ditunjukkan.

Tunjukkan memberi langkah/sebab yang membawa kepada sesuatu keputusan/fenomena yang diberikan atau membuktikan sesuatu. Perihalkan/huraikan memerlukan penjelasan (menggunakan gambar rajah di mana-mana yang sesuai) tentang perkara-perkara utama bagi tajuk yang ditanyakan; biasanya merujuk kepada perihal tertentu atau uji kaji tertentu. Setakat mana huraian diharapkan hendaklah ditafsirkan berdasarkan nilai markah yang ditunjukkan.

v. Perbendaharaan kata serta konsep yang digunakan di dalam satusatu soalan esei itu hendaklah sesuai dengan tahap peperiksaan.

vi. Soalan jangan sesekali mempunyai unsur yang menyinggung perasaan calon atau pemeriksa. Tajuk-tajuk yang melibatkan isu politik, ras agama, amalan kebudayaan yang sensitif dan sebagainya hendaklah dielakkan. Elakkan juga menggunakan stimuli yang mungkin akan menyinggung perasaan calon. Misalnya, kalau kes dalam satu-satu soalan itu ialah mengenai orang mabuk, subjeknya tidak semestinya Ramasamy ataupun Muthu oleh kerana ini mungkin dapat menggambarkan bahawa hanya orang-orang India sahaja yang sering mabuk. Selain daripada calon, pemeriksa juga hendaklah dipertimbangkan. Kalau isu yang dibangkitkan atau dipersoalkan sudah tentu menyinggung perasaan pemeriksa atau bercanggah dengan pendapat dan kepercayaan pemeriksa, maka sudah tentu akan timbul satu keadaan yang serba salah semasa pemeriksa membuat pemeriksaan. Nota: Walaupun jenis-jenis soalan seperti di atas tidak digalakkan adakalanya soalan-soalan seperti ini sesuai dalan ujian-ujian tertentu, di mana penggubal sengaja menguji cara calon re-act kepada soalan-soalan seperti ini. Daripada cara seseorang calon menjawab satu-satu soalan ini, pemeriksa akan dapat satu gambaran maturity of thought seseorang calon itu.

BAHAGIAN I PANDUAN PENGGUBALAN SOALAN ESEI 5

Soalan yang digubal mestilah menggunakan perbendaharaan kata yang mudah dan boleh difahami oleh calon. Para penggubal soalan perlulah berhati-hati semasa menggunakan perkataan yang mungkin mengelirukan calon ataupun perkataan yang tidak difahami oleh calon. Penekanan kepada bahasa ini amat penting kerana jika calon tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan perkataan di dalam satusatu soalan itu, maka kemungkinan calon akan terkeluar daripada menjawab kehendak soalan sebenar.

3.0 PERKARA YANG PERLU DIELAK SEMASA MENGGUBAL SOALAN ESEI Berdasarkan kepada panduan di atas, soalan esei dapat dijamin mutunya sekiranya semua penggubal soalan menghindari daripada membuat perkara berikut:

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN

a) Keraguan makna/pengertian seperti: i) Penggunaan negatif-negatif yang mengelirukan.

ii) Penggunaan bahasa yang rumit (ayat yang mengelirukan) dan tidak penting. iii) Terdapatnya beberapa idea yang berlainan dan bercanggah di dalam satu soalan. iv) Terlalu ringkas atau terlalu panjang hingga mengelirukan. b) Soalan perangkap (trick question). c) Soalan tentang perkara tak penting (trivial). d) Soalan yang tidak jelas tugasannya. e) Soalan yang tidak tentu pendekatannya (organising principle). f) Soalan yang menyinggung perasaan.

g) Soalan yang tidak berkaitan/tidak relevan dengan calon/sukatan peperiksaan. 4.0 ARAHAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGGUBAL SOALAN a) Subjek Projek Penilaian II i. Penggubal dikehendaki menggubal soalan mengikut sukatan. Penggubal juga dikehendaki memastikan harta yang dipilih mudah didapati di mana-mana pusat peperiksaan. ii. Penggubal hendaklah memastikan soalan distruktur supaya sesuai dengan seksyen dan masa yang telah ditetapkan.

iii. Pembahagian markah adalah seperti berikut: Seksyen A 55 markah Seksyen B 45 markah Markah lulus ialah 60 markah iv. Penggubal hendaklah berpandu kepada Malaysian Valuation Standards (MVS) yang diterbitkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, Malaysia dan Uniform Method of Measurement of Buildings, terbitan Institution of Surveyors, Malaysia. Elakkan penggunaan Amalan Standard Penilaian terbitan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta sebagai panduan memandangkan terdapat calon selain calon jabatan sendiri. b] Subjek Projek Penilaian I i. Penggubal dikehendaki menggubal soalan mengikut sukatan. Penggubal juga dikehendaki memastikan harta tanah yang dipilih mudah didapati di mana-mana pusat peperiksaan. ii. Pembahagian markah adalah seperti berikut: Seksyen A 40 markah Seksyen B 60 markah Markah lulus ialah 50 markah. Namun begitu, calon wajib lulus Seksyen A dengan markah lulus bagi seksyen ini ialah 20 markah. iii. Penggubal juga hendaklah memastikan soalan distruktur supaya sesuai dengan seksyen dan masa yang telah ditetapkan. iv. Penggubal hendaklah berpandu kepada Malaysian Valuation Standards (MVS) yang diterbitkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, Malaysia dan Uniform Method of Measurement of Buildings, terbitan Institution of Surveyors, Malaysia. Elakkan penggunaan Amalan Standard Penilaian terbitan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta sebagai rujukan memandangkan terdapat calon selain calon jabatan sendiri.

BAHAGIAN I PANDUAN PENGGUBALAN SOALAN ESEI 7

BAHAGIAN II PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN ESEI


1.0 MASALAH PEMARKAHAN

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN

Pemarkahan dalam satu-satu peperiksaan merupakan persoalan keadilan terhadap prestasi calon. Ia memerlukan pertimbangan teliti serta tepat. Bagi soalan esei, pemarkahan akan melibatkan soal nilai atau `value judgement. Oleh itu perbezaan dalam pemarkahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan sama ada bagi soalan esei yang memerlukan jawapan panjang mahupun soalan-soalan esei yang memerlukan jawapan ringkas atau berbentuk `semi-subjektif. Perbezaan dalam pemarkahan akan wujud disebabkan faktor-faktor seperti: i. Penilaian, pendekatan dan pemikiran pemeriksa.

ii. Mood dan suasana sekeliling pemeriksa. iii. Pengalaman pemeriksa. iv. Kebolehan calon. v. Nilai, pendekatan dan pemikiran calon. vi. Kumpulan dan tempat bertugas calon. vii. Umur dan pengalaman calon dalam bidang tugas harian mereka. 2.0 PROSEDUR PEMERIKSAAN KERTAS JAWAPAN 2.1 Pemeriksa-pemeriksa adalah dilantik oleh Panel Subjek Jabatan. 2.2 Sebelum pemeriksaan kertas jawapan dijalankan, pemeriksa hendaklah: i. Meneliti soalan;

ii. Mengkaji soalan dan memahami skema jawapan yang disediakan oleh penggubal; iii. Berbincang dan menyelaraskan pemarkahan;

iv Mematuhi tempoh masa yang ditetapkan oleh Urus Setia Peperiksaan; v. Konsisten dalam pemberian markah; dan vi. Tidak terlalu `terik dan `murah dalam pemarkahan. 3.0 KAWALAN PEMARKAHAN Perkara yang paling utama dalam soal pemarkahan ialah memastikan keadilan kepada calon. Calon-calon mesti mendapat markah mengikut prestasinya yang sebenar.

4.0 PANDUAN PEMERIKSAAN KERTAS ESEI 1.1 Pemeriksa akan diberi kertas jawapan esei yang dijawab oleh calon untuk diperiksa. Pemeriksa dikehendaki membaca 10% hingga 20% kertas jawapan calon tersebut untuk mendapat trend jawapan calon seberapa banyak yang boleh. Ini adalah bertujuan untuk menetapkan tingkatan atau standard yang paling minima yang mesti dicapai oleh calon. Dalam menentukan markah minima, perhatian diberi ke atas soalan yang dikemukakan, pandangan pemeriksa dan perkara yang paling minima yang perlu diketahui oleh calon. 1.2 Pemeriksa boleh memeriksa jawapan calon berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan oleh penggubal di dalam dua bentuk: i) Pemeriksaan secara point for point (secara objektif)
marking)

ii) Pemeriksaan secara luas ataupun secara subjektif (impression Calon yang dapat menjawab perkara yang paling minima akan diberi 50% daripada markah penuh setiap satu soalan. Markah bonus akan diberi dari segi jawapan lain dan ulasan daripada calon sendiri. 5.0 PERKARA YANG PERLU DIELAK OLEH PEMERIKSA Pemeriksaan kertas esei hendaklah dibuat dengan teliti dan pemeriksa hendaklah mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara berikut: i) Menanda kertas jawapan calon di tempat yang terbuka dan tidak memuaskan kerana kerja ini adalah sesuatu yang senang menarik perhatian ramai.

BAHAGIAN II PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN ESEI 9

ii) Penandaan kertas jawapan juga hendaklah konsisten iaitu memberi markah yang sama kepada calon yang menjawab point yang sama sebagaimana yang telah ditetapkan dalam skema pemarkahan.

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN

6.0 ANALISIS MARKAH SOALAN ESEI 6.1 Analisis Soalan Tujuan menganalisis soalan esei adalah untuk menentukan populariti soalan, prestasi calon, senang atau susah soalan dan seterusnya menentukan satu-satu soalan itu baik atau tidak. Caranya ialah dengan menyusun markah yang diperolehi oleh calon bagi setiap soalan. Sebagai contoh adalah seperti berikut: Contoh Senarai Markah Soalan Dan Markah Diperolehi 1 2 3 4 5 5 2 8 6 4 8 2 3 7 7 6 3 8 5 6 2 8 8 8 1 7 7 5 8 6 6 4 8 6 7 4 8 7 6 4 8

Angka Giliran Calon 001 002 003 004 005 006 007 008 009 010

6 5 6 7

10

Daripada jadual di atas, jelas terbukti bahawa soalan yang digemari (popular) ialah soalan no. 1, 2 dan 4. Soalan yang tidak popular ialah solana no. 3. Soalan yang senang ialah soalan no. 4 kerana calon mendapat markah yang tinggi apabila menjawab soalan ini. Bagi menentukan sesuatu soalan itu baik atau tidak, kita dapat mengesannya apabila ramai calon yang menjawab sesuatu soalan tetapi kebanyakan mereka mendapat markah rendah. Satu lagi cara ialah apabila amat kurang calon menjawab soalan tersebut. Setelah menentukan soalan yang susah amat kurang dijawab oleh calon, maka soalan-soalan itu dibuat kajian. Selalunya soalan-soalan ini adalah mengelirukan calon atau amat susah dan tidak sesuai dengan calon. Dengan membuat kajian terhadap `item analysis ini, soalan-soalan ini boleh diperbaiki bagi tujuan peperiksaan-peperiksaan yang akan datang. Kajian terhadap `item analysis ini juga perlu dalam proses penetapan markah lulus.

6.2 Penyediaan Taburan Markah Jumlah markah yang diperolehi oleh calon akan disusun dan seterusnya membuat `tally sheet. Dalam `tally sheet ini menggambarkan bilangan calon yang mendapat jumlah markah yang tertentu. Kita juga akan mengetahui prestasi calon pada keseluruhannya. Jika ramai mendapat markah tinggi, ini bermakna prestasi calon adalah baik (andaian: soalan adalah baik iaitu tidak terlampau senang). 6.3 Mengkaji Kestabilan (Consistency) Pemeriksa Apabila jawapan atau point yang sama mendapat markah yang sama maka boleh dikatakan telah terdapat kestabilan (consistent) pemeriksaan. Untuk mencapai kestabilan ini seseorang pemeriksa hendaklah mematuhi Skema Pemarkahan, menanda tidak semasa ia letih, gopoh atau hendak cepat, cuai dan sebagainya. Jika pemeriksaan tidak konsisten, kertas-kertas jawapan hendaklah diperiksa semula. Setelah pemeriksaan semula dibuat, kertas jawapan ini hendaklah dibaca sekali lagi secara rambang untuk menentukan pemeriksa ini adalah konsisten. 7.0 KAEDAH PENETAPAN MARKAH LULUS Terdapat dua kaedah penetapan markah lulus dibuat iaitu secara Actual Performance (prestasi sebenar) dan Control Performance (prestasi yang dikawal). i) Actual Performance Melalui kaedah ini penetapan markah lulus adalah berdasarkan kepada prestasi calon-calon tersebut. Ini bermakna jika ramai calon yang baik maka ramailah yang akan lulus dan sebaliknya. Dalam kaedah ini akan memperlihatkan bahawa hanya calon yang layak lulus sahaja akan lulus. ii) Control Performance Kaedah ini adalah kaedah yang selalu digunakan dalam peperiksaan yang menghendaki bilangan calon tertentu yang lulus dalam sesuatu peperiksaan. Ini mungkin disebabkan peperiksaan ini adalah untuk tujuan pengambilan dalam satu-satu perkhidmatan yang terhad bilangan jawatan yang kosong.

BAHAGIAN II PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN ESEI 11

Nota Penting: Walaupun kaedah penetapan markah lulus boleh dibuat dengan dua cara di atas, pihak jabatan telah menetapkan markah lulus pada 50% bagi peperiksaan untuk pengesahan jawatan dan 60% bagi peperiksaan KPSL. Ini bermakna kedua-dua kaedah ini boleh digunapakai sebagai panduan sahaja. 8.0 LAPORAN PEMERIKSA Pemeriksa dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap mengenai komen terhadap tiap-tiap soalan dan seterusnya prestasi keseluruhan calon yang mengambil peperiksaan itu. Semua komen atau catatan daripada pemeriksa hendaklah dibuat menggunakan dakwat pen.

PANDUAN PENGGUBALAN DAN PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN

9.0 PENUTUP Proses pemeriksaan kertas jawapan dan pemberian markah adalah sangat mustahak. Proses ini adalah penting untuk menentukan calon yang layak lulus sahaja diberi lulus. Ia juga adalah mustahak bagi menentukan bahawa sesuatu peperiksaan yang dijalankan itu adalah valid dan boleh diterima.

Unit Peperiksaan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta 2011

12

Dicetak Unit Penerbitan & Media Institut Penilaian Negara 2011

reka letak

You might also like