You are on page 1of 76

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 1

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

1.1

Sinopsis Kursus ini adalah mengenai teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.

1.2

Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan 1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting 1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan

1.3

Kerangka

Tujuan Pemeliharaan Ikan Hiasan

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan. Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya dilakukan secara intensif. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifatsifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang.

Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang.Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana

1

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan. Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan

Melalui kaedah penjagaan yang memerlukan ketelitian dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang

mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ikan emas dan arowana umpamanya menjadi lambang kemewahan dan tuah kepada pemiliknya melalui sisiknya yang keemasan dan sifatnya yang agresif. Ada juga ikan yang diguna untuk merawat penyakit atau membuang parasit dan kotoran.

Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifatsifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik.Hubungan sosial antara pemelihara dapat mempereratkan hubungan dalam bertukar pendapat dalam pengetahuan mengenai ikan hiasan. Dari segi emosi, ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang. Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Ciri Istimewa Ikan Hiasan

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan mampu memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bacteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi „chromatophoraes‟ iaitu

pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:

a. Pergerakan Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.

2

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

b. Sisik Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit. c. Saiz Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil. d. Sirip Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang e. Bentuk badan Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih. f. Warna badan Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik. g. Cara makan Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup. h. Jantina Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih. i. Cara pembiakan Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.

3

Ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4° C. terutama sekali memakan haiwan hidup).ikan karnivor (pemakan haiwan. Muatkan himpunan maklumat berkenaan di dalam folio anda.Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. bergerak . Suhu diukur dengan meter termometer. Makanan yang diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan. Fikir dan senaraikan kepentingan ikan hiasan. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Mata Penutup Insang Sisik Sirip Dorsal Garisan Lateral Mulut 10 1 9 2 3 5 4 6 8 7 Sirip Kaudal Sirip Pektoral Rajah Tabiat Dan Keperluan Kehidupan Sirip Pelvik Sirip Anal Bahagian-bahagian luar ikan Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan iaitu ikan herbivor (pemakan tumbuhan). Kualiti air bagi ikan hiasan tropika perlukan suhu air berada pada julat 25° C – 35° C . 4 .25° C. ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik) dan ikan omnivor (pemakan segala macam makanan).mencari makanan dan melihat objek lain.

Tulis refleksi apa yang anda perolehi selepas mendengar penerangan pembekal tersebut. Jenis-Jenis Ikan Hiasan Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan. ikan mas. Tiada adipos fin dan gigi Barb Ekor terbuka dan berbentuk fork Badan bersisik dan bergerak pantas 5 . Bil 1. 1. Buat catatan mngenai perkembangan industri pemeliharaan ikan hiasan di Malaysia. Famili Cyprinidae Spesis seluang (Rasbora). Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa sepsis ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara. berbadan mampat. mengapa ikan hiasan menjadi satu kegemaran/hobi yang sangat popular dewasa ini? Anda diminta menghubungi seorang pembekal ikan hiasan terdekat/pakar untuk menerangkan perkembangan industri ini di Malaysia. 2.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Pada pendapat anda. besesunngut. kap    Ciri-ciri Utama Kecil.

Charachidae Semua jenis ikan Tetra     Seakan ikan barb Tiada sesungut Ada gigi dan adiposfin Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah 6 . Amerika Utara.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan   Kepala tanpa sisik Terdapat di Afrika. Chichildea Angel    Hanya sepasang lubang hidung Hanya satu dorsal fin (long base) Sirip ekor bulat discus oscar 3. sebahagian besar dari Asia Tenggara 2.

Asia Tenggara dan Afrika Barat.    Livebearing tooth carps Melahirkan anak Sedikit persamaan dengan mamalia. Dwarf Gourami (Colisa lalia) 5.  Terdapat di Korea Selatan. Famili Belontiidea Spesis Ikan pelaga Siam (Betta splendens).    Ciri-ciri Utama Berbadan lebar dan mampat Sirip anal yang panjang Mempunyai aksesori respiratory organ untuk bernafas di udara. Sward tail Platy 7 .RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Bil 4. Gourami biru (Trichogaster trichopterus). Pociliidae Guppy.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan 6. Sediakan Rancangan Pelajaran Harian RPH lengkap. 8 . kaedah. Ikan bandaran (Rinelloricaria parva)   Suckermouth bersesunggut Jadual Spesis-spesis Ikan Hiasan Hasilkan sebuah buku skrap yang mengandungi kepelbagaian spesis ikan hiasan yang dikumpul mengikut famili dan tabiat kehidupannya. Bincangkan nanti bersama tutor semasa sesi tutorial. Pilih pendekatan.0. Soalan Tutorial: Senaraikan semua masalah yang anda hadapi semasa proses pengurusan tumbuhan hiasan dan pengurusan ikan hiasan yang anda jalankan di sekolah. Catfish Families Coridoras sp. Kemukakan hujah yang munasabah mengapa anda memilih keempat-empat aspek berkenaan. teknik dan strategi yang sesuai. Pilih salah satu tajuk dalam unit 7.

2.2 Menyenarai jenis-jenis. Semua anggaran bajet. Rekod diurus dengan cara memelihara rekod kekal.2. ciri dan kepentingan dokumentasi dan rekod. rakam serta daftar. Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1. Selain itu perlu juga direkod program pembiakan yang dijalankan.1 1.3 Kerangka Konsep Tajuk 2 Jenis Dokumentasi dan penyimpanan rekod Kepentingan Jenis Rekod Rekod bererti tulis. menilai aset yang ada dan menilai liabiliti yang ditanggung. menilai prestasi ladang. rekod induk dan anak serta rekod inventori alatan dan stok supaya semua maklumat sentiasa dikemaskini dan dapat digunakan sebagai rujukan bila perlu. Ia merangkumi tentang segala urusniaga yang dilakukan oleh pengurusan ladang meliputi catatan 9 . kos perbelanjaan dan pendapatan dicatat dalam rancangan tersebut. catat. mengetahui jumlah pemiutang. Sebarang catatan atau sekumpulan dokumen yang mengandungi maklumat yang mempunyai kaitan antara satu sama lain yang diwujudkan dalam sesuatu urusan serta wujud dalam apa jua bentuk. Manakala rekod kewangan merupakan rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 2 DOKUMEN DAN PENYIMPANAN REKOD 1. Bagi industri pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan antara dokumen yang perlu adalah rancangan bajet yang merangkumi semua keperluan kewangan bagi menjalankan aktiviti tersebut. menyelia dan latih staf serta membuat semakan dari semasa ke semasa sistem rekod. Rekod kewangan berguna bagi mengurus atau mengawal perbelanjaan. memisah dan memindah rekod tidak berguna.1 1.2 Sinopsis Hasil Pembelajaran 1.

biji benih. Kepentingan Rekod Pihak pengurusan dapat menggunakan rekod yang ada bagi merancang masa depan ladang. Selepas hasil pengeluaran dijual. pekerja. modal dan pengurusan. Semua maklumat perlu disimpan dalam folio.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan seperti kos pembelian baja. Bagi menyediakan belanjawan ladang kita perlu mengetahui harga pasaran hasil seperti harga di ladang. modal dan pekerja juga perlu diketahui. racun serta makanan untuk haiwan. harga borong dan harga runcit. 10 . Semua rekod yang disimpan hendaklah dikemaskini dan diselenggarakan dengan mengambil kira semua elemen penting seperti yang terdapat dalam rekod ladang. Belanjawan ladang merupakan rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan yang maksimum. mengira pendapatan bersih. Kos sumber pengeluaran bagi tanah. rekod jualan akan dicatatkan. Pemilihan bidang usaha berdasarkan kepada keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur. Semua ladang perlu menyimpan rekod aktiviti di ladang. mengubahsuai ladang dan dapat mengenal pasti sesuatu masalah dan tindakan yang tepat dapat diambil. Selain itu perlu mengetahui sumber pengeluaran yang ada seperti tanah. Dapatkan contoh-contoh borang bagi catatan dalam buku rekod sesebuah ladang penternakan.

Tabiat semula jadi haiwan Ada haiwan yang lincah dan menjadi haiwan penggerit seperti hamster.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 3.2 Hasil Pembelajaran 1. Waktu pemberian makanan tidak menentu. licik. Gaya hidup yang sibuk mungkin menyebabkan kebajikan haiwan peliharaan dan ikan hiasan akan terabai. Selain itu ada juga haiwan kesayangan yang mungkin di bela kerana ianya manja. Untuk tujuan perniagaan. penyelengaraan mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Kos Kos membeli atau membina sangkar. mencakar. tempat tinggal bagi haiwan yang memerlukan sangkar. kuantiti yang lebih banyak berbanding pemeliharaan sebagai hobi. manakala ikan perlukan bekas atau akuarium dan 11 . sumber pendapatan dan lain-lain.1 Merancang. dan amalan penting 1. sentiasa out station dan lain-lain. garang dan berani. Gaya Hidup Bakal Pemelihar Gaya hidup yang sibuk. kawasan yang luas. akan menganiaya haiwan. hamster sesuai untuk kanak-kanak. 3.2. pemangsa.2. Kucing.1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 3 TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN 3. sangkar tidak dijaga dengan rapi dll. Pemelihara yang tidak penyayang. perniagaan.mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip. perlukan tempat.3 Kerangka Faktor Pertimbangan Untuk Pemilihan Jenis Haiwan Tujuan Pemeliharaan Sebagai hobi.

Haiwan peliharan lain yang sedia ada Jika ingin memelihara ikan hiasan. Ruang Kita perlu ruang yang mencukupi untuk menempatkan sangkar atau akuarium. kos dan sebagainya. minuman. memberikan makanan. sifat dan personaliti haiwan. Masa Penjagaan rutin. burung dan arnab . Pemelihara perlu ada kemampuan menyediakan tempat tinggal dan kemudahan yang sesuai untuk ikan hiasan dan haiwan kesayangan . anjing peliharaan. membersihkan sangkar dan peralatan lain seperti permainan hamster memerlukan masa dan tenaga. tabiat.tidak semua jenis ikan kecil mudah dijaga terutama dari segi pembiakan. dimana lebih ramai menyukai kucing baka Parsi yang cantik dan berbulu panjang. Ciri-Ciri Haiwan Yang Perlu Diperhatikan Semasa Pemilihan.Ada pemilik yang menyukai anjing besar berbanding kecil.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan aksesori. Baka Terdapat berbagai jenis baka haiwan mahupun ikan. selain itu kita juga perlu membersihkan haiwan itu sendiri dan membersihkan akuarium. perlakuan. setiap baka mempunyai keunikan. kesesuain cuaca. Pemilihan baka bergantung kepada kegemaran pemilik. Namun begitu. haiwan peliharaan yang sedia ada seperti kucing perlu diberi perhatian. air serta aksesori. Sesetengah haiwan perlukan alat permainan dan lain-lain keperluan. begitu juga dengan kucing. Makanan dan makanan sampingan serta perubatan juga memerlukan kos tertentu. Begitu juga dengan hamster. kelebihan dan kelemahan. 12 . Bagi hamster. keperluan tertentu. Jika memelihara untuk perniagaan kita perlukan kawasan yang lebih luas untuk menempatkan akuarium mahupun sangkar.

Tidak memerlukan tempat yang besar dan tidak perlukan makanan banyak. 13 . namun begitu. makanan lebih banyak. penggantian serbuk kayu lebih kerap. juga sesuai untuk kanak-kanak. perlukan sangkar lebih luar. tidak perlukan sangkar besar.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan (a) Hamster siria Ia murah dan memerlukan penjagaan rumit berbanding jenis lain. (c) Hamster winter white rusia Mudah dijinakkan. mudah dijinakkan. oleh itu. Agak susah dijinakkan dan bersifat agresif dibanding hamster lain. Kurang menarik. menjadi pilihan mereka yang baru berjinak-jinak dalam memelihara hamster. Tubuh kecil. Tubuh besar. (b) Hamster campbell rusia Hamster mini yang mudah ditemui . Kepelbagaian warna. ia boleh dijinakkan dengan kesabaran dan waktu yang lebih lama. Tetapi hanya memiliki 2 warna iaitu kelabu dan putih.

Pada usia ini. Hamster jenis haiwan yang mudah membiak. jantian berbeza. Jika memilih berumur lebih 10 minggu. Hamster muda mudah bercampur dengan hamster lain jika ingin memelihara lebih dari seekor hamster. Jika membeli 2 ekor. Jantina Jika membeli seekor. pilih hamster berusia antara 4 – 10 minggu. sukar dipegang.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan (d) Hamster roborovski Hamster yang terkecil di kalangan keluarga hamster. Sangat lincah. kelihatan testikal. jantina tidak menjadi masalah.jantina perlu diberi perhatian. Peringkat Umur Bagi hamster. Jika sepasang hamster diletakkan dalam sangkar sama. Cara membezakan jantina adalah hamster dewasa pada jantan. Jika mahukan anak-anak hamster. dalam masa sebulan. Jangan memilih 14 . pilih jenis yang telah dijinakkan. hemster betina mempunyai putting susu. Menjadi pilihan kebanyakan penggemar hamster kerana tubuhnya kecil dan mukanya yang unik. akan mendapat 6-8 ekor anak hamster. hamster masih muda dan mudah dijinakkan.

Bentuk luar badan haiwan Ikan hiasan mempunyai bentuk unik yang meliputi tubuh pipih. keadaan sangkar dan kandungan makananya. Kesihatan Haiwan Pilih haiwan yang sihat dan tidak berpenyakit. Nafasnya tidak bising. normal. Ada yang sirip berjuntai. Ikan kelisa berharga mahal. Bagi hamster ia mempunyai muka yang menarik. mata besar dan menonjol. Hamster yang sihat dapat dilihat dari penampilan. Corak warna dan jumlah warna. Contoh1 : Penyakit Bintik Putih Tanda :kemunculan bintik putih di sekeliling badan ikan. Mata yang bersinar dan bersih dengan kelopak mata yang tidak melekat. kekurangan zat kerana kekurangan air susu ibu. Ikan koi mempunyai ekor yang pendek. kelincahan.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan hamster di bawah usia 4 minggu kerana ia baru dipisahkan dari ibunya. 15 . hilang selesa makan. Ciri-ciri istimewa Ikan flowerhorn mempunyai rupa bentuk yang istimewa. Dua ciri penting dalam menilai kesihatan hamster ialah keadaan mata dan bulunya. Bulunya lembut. Ikan flower horn punyai bentuk istimewa.ikan kelihatan resah. suka berada di dasar akuarium dan suka menggesel badan pada objek. Sebahagian besar kematian hamster disebabkan penyakit diarea. Ikan hiasan menunjukkan tanda tertentu jika diserang penyakit. Ikan koi punyai ekor pendek. bulat. Bulu yang kotor atau basah di bahagian ekor merupakan salah satu tanda hamster dijangkiti penyakti diarea.Bagi hamster bulunya sepatutnya lembut dan mata dan hidungnya perlulah bersih. suka bersembunyi. tebal serta bersih. risiko kematian. pendek dan panjang.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Contoh 2-Penyakit Argulosis Penyakit kerap menyerang ikan koi dan ikan mas. memanjat dan berlari di dalam terowong. Fikir ciri-ciri haiwan yang anda pilih sebelum membeli haiwan peliharaan di kedai tersebut. 16 . Pilihlah hamster yang berjaga-jaga dan aktif. Kesempurnaan pergerakan haiwan Bagi hamster ia bergerak aktif pada waktu malam. Ia akan memusingkan diri dalam roda permainan. Elakkan dairpada memilih hamster yang tidak aktif. Hamster yang tidak berlari dan tidak aktif berkemungkinan untuk menjadi lumpuh. Ia disebabkan oleh parasit yang disebut kutu. Buat satu lawatan ke kedai haiwan peliharaan atau kedai ikan hiasan. Ikan yang dijangkiti menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir badan yang disedut keluar oleh parasit. Ikan hiasan yang berenang dengan bebas serta lincah menunjukkan ia aktif.

Seekor hamster cukup selesa dengan sangkar yang kecil selagi dilengkapi dengan mainan dan potongan kayu untuk digigit. Akuarium boleh digunakan sebagai sangkar alternatif. 17 .sangkar rosak dan tidak selamat untuk didiami.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan 1. Bahan yang disyorkan adalah alas diperbuat dari plastik. Penutup sangkar diperbuat dari batangbantang besi agar hamster berlatih memanjat.2 Merancang.2. semakin baik.2. dan amalan penting 1. Sangkar (hamster) Ukuran yang sesuai minimum 25 x 30 cm.1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan 1.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 4 REKA BENTUK PERUMAHAN DAN PERALATAN PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN 1. Penggunaan sangkar kayu tidak sesuai kerana hamster haiwan menggerit dan mempunyai gigi tajam. Semakin besar sangkar.segiempat kerana hamster mempunyai kecenderungan membuat sarang.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1. Bentuk sangkar.2.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Pemilihan Alat Kelengkapan Dan Bahan-Bahan Dan Ciri-Cirinya. menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut yang berbeza. cukup tinggi menempatkan roda mainan. Sangkar akuarium diperlukan untuk hamster bunting hingga proses melahirkan kerana sangkar yang berjeriji besi menyebabkan anak hamster yang baru lahir terkeluar dan jatuh dari sangkar.mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip.

serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. ubi merah. Makanan yang baik adalah campuran biji bijian. kobis. oleh itu. Makanan Hamster adalah haiwan omnivor. seminggu sekali. ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang. Pemberian berlebihan menyebabkan masalah sisitem pencernaan. Ia perlu diganti secara rutin. Makanan yang tidak boleh diberikan adalah makanan yang sudah diletakkan perisa. jagung dan pelet. kekurangan zat dan menyebabkan kematian. kekacang. jeruk dan makanan berkarbonat. pisang. Kesalahan yang sering dilakukan dalam pemberian makanan hamster ialah pemberian sayur atau buah sebagai makanan utama dan ditambah dengan biji bunga matahari. coklat dan gula-gula. untuk sangkar besar. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan hamster. pear. kerana hamster adalah haiwan pembersih. bekas seperti ini membahayakan hamster. Untuk mengalas sangkar hamster gunakan sebuk kayu. salad . Makanan anjing/kucing tidak sesuai kerana memiliki protin terlalu tinggi. lobak merah.tomato.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Bekas makanan dan minuman Bekas makanan dari plastik. timun. kacang panjang. 18 . tembikai. Bekas minuman berbentuk mangkuk dan terdedah tidak sesuai kerana mudah tumpah. Hamster sukakan air. 3-4 hari sekali.Untuk sangkar kecil. Selain sebagai alas tidur. anggur. Namun begitu. Hamster perlukan 18% protin. Makanan ini hanya boleh diberikan 2 kali seminggu dan dalam kuantiti yang kecil. Buah dan sayur seperti epal.makanan manis. Ini mengakibatkan masalah keseimbangan gizi hamster. Botol minuman yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat hujungnya. jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan kepada hamster sebagai makanan sampingan. oleh itu jangan beri makanan arnab kerana arnab hanya perlukan 14% protin disamping mengandungi ubat antikoksidiosis yang berbahaya kepada haiwan lain. Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu hamster kelihatan kotor.

19 . tubuh sempurna. Saiznya perlu diberi perhatian.Namun begitu. Kekurangan kalsium sebabkan gigi dan tulang rapuh. Permainan Alat paling digemari adalah roda berputar. Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu hamster kelihatan kotor. Hamster gembira jika mendapat permainan yang boleh digigit. Selain sebagai alas tidur. Contoh permainan lain adalah lorong diperbuat dari plastik. walaupun terdapat penambahan vitamin. jangan mudah memberi makanan tidak sesuai. protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat. Bahan Bedding Untuk mengalas sangkar hamster. Vitamin boleh membantu tetapi makanan tetap merupakan sumber gizi utama. Pemberian biji bunga matahari tidak sesuai. ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang.Oleh itu.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan dan ginjal. membersihkan permainan ini perlukan masa lama. Kualiti makanan akan menentukan kualiti hamster. Biji bunga matahari mengandungi lemak yang tinggi. Gejala dapat dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan. makanan hamster boleh dibuat sendiri. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan pemelihara kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap. Untuk sangkar kecil. seminggu sekali. Pemberian makanan yang baik membantu hamster membesar dengan sihat. roda berputar berdiameter kecil menyebabkan luka yang serius di belakang hamster. Selain makanan siap. serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. memerlukan sangkar luas ataupun sangkar khusus.Perlu diganti secara rutin. Sediakan kayu atau kadbod yang dapat digigit hingga habis. Lebihan minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan menyebakan kematian ibu atau anak. namun begitu ia merupakan makanan tambahan bukan makanan utama dan tidak boleh diberikan terlalu kerap. untuk sangkar besar. bulu lembut bersinar dan melahirkan anak sihat. sangkar akan basah dan berbau. 3-4 hari sekali. kerana hamster adalah haiwan pembersih.

tempat mandi dan tandas merupakan peralatan tambahan.Pasang bahagian atas sangkar dan letakkan hamster di dalamnya. Hamster suka makanan segar dan baru. Tempat mandi merupakan sebuah bekas segiempat yang diisi air dengan pasir khas untuk hamster. roda berputar. Pada peringkat awal. permainan hamster boleh dibuka dan dipasang dengan mudah. Keringkan sangkar dengan betul dengan mengelap atau menjemur di bawah matahari supaya cecair pembersih tidak dimakan oleh hamster. Selain itu hamster boleh di berikan rumah-rumahan.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Penyediaan Sangkar Dan Peralatan Pembersihan dan membasmikankumankan peralatan Buang semua serbuk kayu yang terdapat di dalam sangkar. Ratakan sehingga menutupi permukaan sangkar setinggi 2-3 cm. Penyediaan sangkar Buka bahagian atas sangkar dan letakkan serbuk kayu di dalamnya. Kebiasaannya. Cuci bekas makanan dan botol minuman sekerap yang mungkin supaya hamster sihat. Ini untuk membunuh bakteria dan kulat yang tumbuh di serbuk kayu yang lembap atau pada bekas makanan. Isikan bekas makanan dan botol minimum. Kelengkapan dalam sangkar Bekas makanan dan botol minuman adalah kelengkapan yang paling penting. iaitu hamster buang air dan mandi pasir. hamster mula bermain dan tidur.Tempat mandi berfungsi seperti bilik air manusia. Botol minuman dibersihkan 3 hari sekali. Jika masih bersisa. hamster akan memeriksa seluruh isi sangkar. Ramas-ramas agak serbuk tidak bergumpal. Makanan diberi mengikut keperluan dan diganti sekerap mungkin. Pintu sangkar ditutup untuk elakkan hamster keluar. Sisa makanan dibuang sebelum diisi kembali. Bersihkan dengan menggunakan sabun dan semburkan ubat anti bakteria pada sangkar. menyebabkan penyakit kepada hamster terutama yang disebabkan kulat. Makanan berlebihan sebabkan pembaziran. Setelah selesa. Atur semua aksesori dan permainan hamster dalam sangkar mengikut kemahuan.Bersihkan semua kelengkapan yang terdapat di dalam sangkar. Berikan makanan hamster secukupnya. 20 .

Suhu. Keselamatan Letakkan haiwan kesayangan di tempat yang selamat dari gangguan manusia atau dari gangguan haiwan yang lain. Terlindung dari hujan dan angin kuat. tempatkan di suhu bilik. Bagi haiwan kesayangan lain seperti kucing. pengudaraan dan lembapan Suhu yang sesuai untuk hamster ialah 18-22oC Haiwan peliharaan yang lain. Jangan pula meletakkan haiwan di tempat gelap. Terlindung dari hujan (tidak selamat dan menyebabkan kelembapan tinggi). Kehadiran haiwan kesayangan lain mungkin mengganggu keselamatan hamster atau kucing. Sangkar juga perlu diletakkan jauh dari objek yang merbahaya. Kelembapan yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan jangkitan penyakit (kulat) pada hamster. oleh itu. jangan letakkan berhampiran dengan anjing kerana salakan anjing menyebabkan kucing akan gelisah. Penurunan suhu secara berlebihan ataupun udara yang panas menyebabkan hamster dijangkiti selsema. tingkap. Pengudaraan yang baik. Kelembapan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Keadaan di atas menyebabkan haiwan kesayangan merasa tidak selesa . tidak terkurung. Kebisingan Haiwan seperti hamster tidak boleh terkejut kerana hamser yang terkejut bertindak mempertahankan dri. 21 . Buatkan senarai keperluan barangan dan alatan jika anda ingin memelihara hamster disekolah anda.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Sangkar Keamatan cahaya Jangan dedahkan haiwan pada cahaya panas terik. Pendengaran hamster amat tajam. elakkan meletakkan hamster di tempat yang bising.

salad .2 Hasil Pembelajaran 1. Makanan anjing/kucing kerana memiliki protin terlalu tinggi.2 Merancang.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1. Makanan manis. kacang panjang. oleh itu jangan beri makanan arnab kerana arnab hanya perlukan 14% protin disamping mengandungi ubat antikoksidiosis yang berbahaya kepada haiwan lain.Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan hamster. timun. tembikai. gula-gula.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 5 TEKNOLOGI KESAYANGAN PENGURUSAN DAN PENJAGAAN HARIAN HAIWAN 1. kobis. lobak merah.Hamster perlukan 18% protin. 22 .1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan 1.2.mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip. Makanan yang sesuai untuk hamster Buah dan sayur seperti epal. dan amalan penting 1. Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan dan ginjal.3 Kerangka Kaedah Dan Peralatan Penyediaan Makanan Dan Minuman Hamster merupakan haiwan omnivor tetapi tidak boleh diberi segala jenis makanan. ubi merah. pear. Makanan yang tidak boleh diberikan : Makanan yang sudah diletakkan perisa.2. pisang.tomato. Makanan yang baik – campuran biji bijian. jagung dan pelet.2. anggur. Jeruk dan makanan berkarbonat. coklat. kekacang.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan 1. Makanan ini hanya boleh diberikan 2 kali seminggu dn dlam kuantiti yang kecil. jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan kepada hamster sebagai makanan sampingan.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Gejala dapat dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan. bedak diratakan di seluruh badan. b. sangkar akan basah dan berbau. bulu dikeringkan dengan menggunakan alat pengering. serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. Air yang digunakan merupakan campuran Dettol dengan sukatan sedikit.Biji bunga matahari mengandungi lemak yang tinggi. Kebersihan Sangkar Dan Peralatan Serbuk kayu perlu diganti secara rutin. Penjagaan Kesihatan Dan Kecantikan Menghasilkan hamster yang cantik a. Vitamin boleh membantu tetapi makanan tetap merupakan sumber gizi utama. makanan hamster boleh dibuat sendiri. Pemberian biji bunga matahari tidak sesuai. protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat.Lebihan minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan menyebakan kematian ibu atau anak. untuk sangkar besar. kerana hamster adalah haiwan pembersih. Setelah ditaburkan. mandi basah tidak boleh dilakukan dengan kerap 23 . Mandi basah Mandi basah dilakukan dengan mengelap tubuh hamster dengan kain basah. namun begitu ia merupakan makanan tambahan bukan makanan utama dan tidak boleh diberikan terlalu kerap. seminggu sekali. Disebabkan hamster tidak boleh terlalu terdedah kepada air. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan pemelihara kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap. Setelah mandi. Untuk sangkar kecil. Namun begitu. Mandi kering Memandikan hamster dengan bedak. Selain makanan siap. 3-4 hari sekali. Hamster akan membersihkan dirinya sendiri. Mandian kering juga boleh dilakukan denga meletakkan pasir bersih kedalam bekas dan diletakkan kedalam sangkar hamster.

Letakkan sebanyak mungkin serbuk kayu dalam sangkar. berterusan. air dan madu sebagai ubat.Jika terdapat tanda. Mengalami diarea sangat kronik. Hanya menyerang hamster siria. keluar cecair dari mata dan hidung. Suap hamster sedikit demi sedikit air guna straw. basahdan bau busuk. Adakala tubuh sejuk bila di sentuh. Serang hamster muda. hamster lesu. sangkar kotor yang tidak dibersihkan atau adanya bakteria. pindahkan ke tempat lebih panas atau dalam sangkar yang ada lampu.Penyakit yang serang ibu hamster boleh sebabkan jangkitan kepada anak 24 . dan tidur di salah satu sudut sangkar. mata separuh tertutup. penampilan kotor. Kebanyakan kes kematian akibat diarea adalah kerana dehidrasi. Dengan rawatan. Beri campuran susu.Punca dari tekanan darah yang tinggi sehingga sebabkan ketidakseimbangan jumlah bakteria yang terdapat dalam usus. Diarea yang berpunca dari sayuran/ buahan berlebihan. Menyisir/menyikat Gunakan sikat getah atau sikat dawai yang banyakk dijual di kedai haiwan. Rawatan. Hentikan pemberian sayur dan buah. Akan sembuh dalam beberapa hari. Perlu ketahui puncanya. Diarea (cirit-birit) Biasanya disebabkan pemberian sayuran dan buahan berlebihan. akan pulih dalam 1-2 minggu. Diarea berpunca dari bakteria dikenali juga sebagai wet tail. Penyakit Yang Biasa Menyerang Hamster Selesema Disebabkan udara panas atau penurunan suhu berlebihan. Hamster mati dalam 24 jam jika tidak dirawat. Perlu segera dirawat kerana serangan teruk sebabkan radang paru-paru dan kematian. Sebelum gejala muncul. ubat antidiarea(kaopectate) dan antibiotik. Hamster mengidap wet tail mati disebabkan dehidrasi. perubahan jenis makanan secara mendadak.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan c. Air minuman perlu sentiasa disediakan kerana hamster yang mengalami diarea perlukan banyak air. Boleh dijangkit dari selsema manusia. Sikat sama arah dengan bulu. hamster tidak berselera makan minum. Gantikan dengan makanan kering khas untuk hamster. Ia dilihat dari tanda: bersin.

Tidak berbahaya. bulu gugur dan membentuk petak (bahagian kulit tidak berbulu) di belakangnya.Kadang-kadang bulu mudah gugur. Letakkan sangkar hamster dalam kawasan ini dan buka pintu sangkar. 25 . Kutu yang menyerang juga boleh sebabkan penyakit pada manusia yang diberi nama plague. Alahan terhadap makanan atau serbuk kayu Jangan gunakan serbuk kayu dari kayu pain dan cedar. Jika tidak dijinakkan.Ketika memasuki usia tua (2 tahun). Sentuhan dan bau manusia diangap ancaman musuh menyebabkan hamster melindungi anaknya dengan cara memakannya. akan menggigit.hamster kehilangan bulu sehingga botak. Ramas serbuk kayu dalam sangkar untuk pindahkan baunya ke tangan. Jika diserang kutu hingga keadaan lemah. Kurang vitamin jika gizi tak seimbang. Alahan terhadap makanan berbeza pada setiap hamster. kurang vitamindan kutu .Sembur ubat kutu. Sediakan ruang cukup besar untuk hamster. Panduan menjinak hamster 1.Jangan memegang hamster jika baru saja memegang makanan kerana hamster mungkin menggigit kerana menyangka ia adalah makanan. Waktu paling sesuai untuk jinakkan hamster ialah 7 hingga 10 malam iaitu ketika hamster sangat aktif. takut manusia dan menghadapi masalah hingga mempunyai anak.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Kulat dan kutu Hamster gatal dan kulit kering. Bulu akan tumbuh kembali. 2. ia gelisah . Keguguran bulu Keguguran bulu dan kadangkala kehilangan bulu berpunca dari usia. Hamter menggaru sebabkan luka. Hamster akan memakan anaknya apabila tuannya membersihkan sangkar dan memegang anaknya. Berikan tambahan cecair vitamin E setitis setiap 2 hari sekali. Penjinakan Haiwan Hamster baru tertekan dan tidak biasa dengan tangan manusia. Jaga keperluan vitamin agar seimbang.alahan. Sembur hamster dengan ubat anti kutu sebulan sekali dan jaga kerbersihan sangkar dan kawasan sekitar.(hamster alah).

Panduan Menjinak Hamster . ambil hamster dari bawah. Mengambil dan memegang hamster yang sedang tidur. kemudian cuba lagi cara diatas perlahanlahan. 4. Biarkan hamster bertenang jika ia ketakutan pada pertama kali. Biasanya hamster tidak berpusing untuk menggigit kerana lebh suka menggigit makanan yang ada didepannya. Bincangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam membantu menjinakkan hamster anda. Masalah yang mungkin terjadi ialah hamster akan terbalik. Jangan ambil hamster dari atas kerana ia akan menganggap sebagai serangan. 26 .RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan 3. Usap belakangnya perlahan-lahan hingga dia merasa selesa untuk disentuh. Elakkan letak jari dihadapan mulutnya. jangan pegangnya kerana ia akan menggigit. cuba pujuk dengan memberi kacang atau buah. hamster akan panik. tetapi lama2 akan biasa.Perkara Boleh Dilakukan Bercakap dengan suara lembut perlahan Pergerakan perlahan sebelum dn semasa mengendali hamster Basuh tangan sebelum mengendali hamster supaya bau kekal sama Biarkan hamster mencium tangan supaya ia tahu siapa memasuki kawasannya. Ketika berlatih memegang hamster. Jika masih seperti ini. Bersabar kerana hamster tidak akan menjadi jinak dalam satu hari. Ketika hamster mula keluar dari sangkar dan berjalan. Ini untuk elakkan hamster melompat dan jatuh pada jarak tinggi. tuannya dalam keadaan duduk. sebaiknya. Untuk pertama kali. pendengaran hamster tajam Menyebabkan hamster jatuh dari tempat tinggi. Panduan Menjinak Hamster – Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Melakukan kejutan kerana akan bertindak mempertahankan diri Membuat bising. mencakar dan memperlihatkan giginya. Jika hamster begitu. menelentang. biarkan hamster berasa santai dan selesa. mulalah berlatih mengambilnya dengan menggunakan kedua-dua tangan.

1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan 1. hamster betina berisiko melahirkan anak lemah kerana pertumbuhan belum maksimum.3 Kerangka Pemilihan Induk Seekor hamster boleh melahirkan 1-20 ekor anak.2.2. 27 . jumlah yang paling biasa 6-10 ekor.1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan 1.2 Merancang. dan amalan penting 1. Berbeza dengan hamster betina yang dibiakkan ketika berusia 4 bulan. Tempoh subur hamster jantan ialah 18 bulan. tetapi tidak lama kemudian ia sakit dan mati. ada kes hamster betina lebih 12 bulan dibuntingkan. hamster jantan boleh dibiakkan ketika berusia 5 minggu. Bagi induk betina pilih induk betina berusia antara 4-11 bulan dengan bentuk tubuh dan kesihatan yang baik. Setelah berusia lebih daripada 12 bulan.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1. Namun begitu. Elakkan penyilangan baka hamster yang menghasilkan baka kacukan. Jika bunting kurang dari usia 3 bulan.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 6 PEMBIAKAN HAIWAN KESAYANGAN 1. Keadaan anak yang lahir lemah dan mudah mati. hamster betina tidak boleh bunting lagi.2 Hasil Pembelajaran 1.mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip.2. Kadangkala hamster jantan tidak tertarik kepada hamster betina hingga berusia 3-4 bulan.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Penentuan jantina induk Induk Jantan Jantina hamster boleh ditentukan dengan jelas setelah ia matang. alat kelamin berdekatan dengan lubang anus. Induk Betina Hamster betina-. Antara penis dan zakar terdapat jarak yang semakin menjauh mengikut kadar usianya. Proses pengawanan Tunggu sehingga dewasa.tonjolan membulat kemerahan yang terletak berhampiran pangkal ekorya (kantung zakar). Alat kelamin berada di atas bantalan zakar tersebut. menyerupai sebuah garis kecil di atas lubang anusnya. 28 . Jika berlaku. Terdapat kemungkinan hamster tersebut akan bergaduh. Winter white (3 bulan) dan Roborovski (8 bulan) Letakkan pasangan hamster yang telah dipilih di dalam satu “wadah penjodohan” (sangkar). Umumnya bagi Syrian (5 bulan). Hamster jantan. asingkan selama satu hari kemudian letakkannya bersama semula.

ia akan menggaru belakangnya. Membekalkan “beddding” yang tebal. Syria _ 16 hari selepas mengawan Winter white_ 18-21 hari selepas mengawan Roborovski _ 23-30 hari selepas mengawan Penjagaan induk bunting Perilaku hamster bunting diperhatikan.Setelah selesai proses persenyawaan.Jantan akan mengikut di belakang betina sambil menghidu mulut dan kepala betina. Menjadi lebih agresif . Tempoh mengawan hamster betina setiap 4 hari sekali. Jika hamster betina berdiri diam tidak bergerak dengan mengangkat ekornya ke atas dan matanya separuh tertutup. perut membulat. proses perkahwinan akan berjalan Setelah proses mengawan selesai. 29 . Dalam masa 10 hari. Perlukan penjagaan dengan elakkan sebarang gangguan terhadap hamster. mereka akan berdekatan dan saling menciumi bagian hidung masing-masing.Hamster betina biasanya boleh mengawan pada waktu malam sekitar 8 hingga waktu pagi. Jantan akan berada di belakang tubuh betina untuk beberapa saat dan dilakukan berulang-ulang. anak-anak hamster akan lahir dalam tempoh lebih kurang 16 hari.Putting susu menonjol.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Lakukan perkara yang sama jika masih bergaduh sehingga kedua-duanya dapat hidup bersama aman dan damai.Semasa mengawan. Letakkan hamster diitempat yang tenang. biasanya betina akan mengeluarkan bau bauan khas yang sangat kuat. Berikan makanan dan nutrisi yang mencukupi. Ia menjadi garang dan agresif. Membentuk sarang. Tempoh Bunting dan melahirkan anak Induk bunting tidak terima hamster jantan. Kuantiti makanan yang diperlukan meningkat. perut membesar dan puting susu keluar dan jelas merupakan tanda ketara hamster bunting. Peningkatan berat badan. Untuk mengetahui hamster telah bersedia untuk mengawan. ia beerti telah bersedia untuk mengawan. Banyak terjadi di mana pemilik tidak sedar hamster bunting. tubuh kelihatan gemuk. peringkat seterusnya adalah menunggu kelahiran anakanak hamster. Pisahkan dengan pasangannya.Pisahkan dalam sangkar khusus . Jika betina tidak menolak.

Penjagaan anak hamster Jangan memegang bayi hamster yang baru lahir. Induk winter white secara naluri langsung mengumpulkan anak-anaknya di dalam sebuah cekungan yang telah dibuatnya. Senaraikan ciri-ciri yang sesuai bagi induk jantan dan betina hamster sebelum pembiakan dapat dilakukan. Hamster yang baru beranak dan anaknya tidak boleh diganggu. proses kelahiran berlangsung dengan cepat dan jeda waktu kelahiran bayi hamster yang satu dengan yang lain hanya beberapa saat. 30 . jangan membersihkan kandangnya. Selama 2 minggu sejak kelahiran bayi hamster.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Pengurusan ibu dan anak selepas kelahiran Sebelum beranak hamster syria akan menekan otot perutnya 2-3 kali dan mendekatkan tubuhnya ke dasar alas kandang. bahkan memakan habis anak anak yang baru dilahirkannya. induk hamster tidak mahu lagi menyusui bayinya. Tidak lama kemudian bayinya akan lahir satu per satu dengan jarak sekitar 10 minit dari induk akan memakan setiap plasenta yang keluar. Jangan memisahkan induk hamster dengan bayi-bayinya Jangan terlalu sering melihat induk hamster tersebut Berilah serbuk kertas atau kain agar bayi hamster tidak kedinginan. Bagi Winter White & Roborovski. Bayi hamster lahir dalam keadaan sudah bergigi. Jika dilakukan. Hal ini disebabkan adanya bau lain yang menempel di tubuh anak hamster yang tersentuh tangan. cekungan ini terletak di sudut kandang. Biasanya.

7. 7.1. Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris.3 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini Alatan Kelengkapan Dan Bahan Akuarium/bekas Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jenis akuarium (Kaca. kolam tiruan). sederhana besar. sangat besar dan terlalu besar. saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil.1. besar. Saiz akuarium. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz. iii.jenis ikan hiasan. kecil. Berdasarkan saiz.1. 7. bentuk akuarium.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 7 Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan.2 Sinopsis Hasil Pembelajaran 7.dan iv. akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan: i. Bagi akuarium yang digunakan di rumah.2 Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan ikan hiasan.bilangan ikan hiasan dan saiz ikan hiasan. plastik.1 7. bahan buatan akuarium.1 Menerangkan peralatan/kelengkapan dan bahan yang diperlukan untuk pemeliharaan ikan hiasan. akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan. bentuk.3 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan. bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. a. akuarium sederhana dan 31 . ii. Secara umum. saiz akuarium. Penyediaan Akuarium Dan Peralatan 7.

dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter). Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. akuarium separa-silinder (semicylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah A dan B). akuarium empat segi tepat (square aquarium). akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter). antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium). Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan akuarium besar. bagi situasi di Malaysia. 32 . lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium). Namun begitu.5 -75 liter). Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12. Bentuk akuarium. b. Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan „kelp‟ („kelp‟ ialah rumpai laut gergasi. Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. akuarium berbelakang rata (flatback aquarium). Di Amerika Syarikat. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya. rumpai laut paling besar di dunia).

Di samping itu. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. empat segi sama (D) separa silinder (E) dan silinder (F) c. dan akuarium akrilik (acrylic aquarium). Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Bahan buatan akuarium. heksagon berbelakang rata (C). berbelakang rata (B). terdapat dua jenis akuarium: i. 33 .RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A). akuarium kaca (glass aquarium). Berdasarkan bahan buatan akuarium. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium. ii.

Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus. setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut. Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan. penapis dan media penapisan untuk menapis air. Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Jika dibiarkan di dalam air. paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan. Sistem Penapis Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C). Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump). Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump). Media 34 . Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk. Penggunaan penapis ‟undergravel filter‟ membantu pembiakan bakteria di bawah penapis yang akan menguraikan nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh tumbuhan akuatik. Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. penapis (filter). diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan. dan media penapisan (filtration media).RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik. menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. iaitu bahan yang berbeza dari kaca.

tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injapinjap akuarium (aquarium valves). Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A). Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Apabila pam udara beroperasi. udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium. seperti kapas atau serabut.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan penapisan berupa bahan berserabut. sejenis media penapisan (C). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. batu udara akuarium (aquarium air stones). Ketika operasi. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. membuat air berkocak membuak-buak. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah D). Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk 35 . Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump). Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. umumnya dipanggil „kapas penapis‟ (filter wool) oleh akuaris. sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. penapis (B) dan ‟kapas penapis‟. Sistem Pengudaraan Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A). akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. mempastikan pH air pada tahap optima. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium. iii. iv. Aksesori Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut. ii. iii. oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. ii. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah: i. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah: i. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium. dan v. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam. Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua. 36 . lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium. batu udara (B) dan tiub udara (C).

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan v. pasir dan batua untuk lantai akurium. Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat „luxmeter‟ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit „lux‟. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis „tungsten‟ dan „halogen‟ tidak begitu sesuai. Lampu jenisjenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.

37

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan Akuatik

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.

38

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium. Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan. Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium. a. Keperluan Bagi Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

Karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

39

Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air. Azolla sp. Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. c. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp. 40 . beberapa spesies Cabomba. Cahaya Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Baja Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari. Hygrophila sp dan Anubias sp. Jenis-Jenis Tumbuhan Hiasan Akuarium Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan. b. Aponogeton sp dan Callitriche sp. Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium.

3. 2.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Jadual : Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium Spesis 1. 7. Anubias sp Aponogeton sp Azolla sp Bacopa sp Cabomba sp Hydrocotyle sp Hygrophila sp Hydrilla verticiliata Elodea sp 10 Althonanthera spp. 4. 6. 8. 11 Lobelia spp. 12 Java fern 13 Sumatra fern 41 . 9. 5.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Cryptocoryne sp Vallisneria sp Cabomba sp Ludwigia sp 42 .

2. Apakah tujuan memasukkan tumbuhan akuatik di dalam sebuah akuarium yang telah diisi dengan ikan hiasan yang cantik. 43 . Nyatakan kepentingan pengurusan akuarium secara berkesan. Pengurusan akuarium perlu dilakukan dengan teliti dan berkala.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Cuba anda fikirkan soalan dibawah ini Senaraikan nama tumbuhan akuatik yang biasa terdapat di Malaysia Cuba anda fikirkan soalan dibawah ini 1.

Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium 1. Rajah Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Akuarium a. ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikanikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Keamatan cahaya Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Namun. 44 . 2. Di samping itu. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium 3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.

b. virus dan parasit dalam 45 . suhu air mesti berada pada julat 25°C -35°C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4°C hingga 25°C. misalnya bakteria. Bagi ikan hiasan tropika. Suhu juga mempengaruhi organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan. Suhu Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit °C. Kadar cahaya Kuantiti cahaya yang memasuki akuarium. mencari dan melihat makanan serta melihat objekobjek lain dalam akuarium termasuk ikan lain. Bila memilih lampu untuk akuarium. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan bergerak. kulat. Bagi sebuah akuarium. Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan.Satu lokasi yang sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi. Namun. Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan. yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer). Namun.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Selain ikan hiasan. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. bagi tumbuhan. dua perkara perlu diberi perhatian. punca cahaya adalah daripada Lampu akuarium yang dipasang. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Oleh itu. tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. c. akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. diukur dalam unit lx (lux) . penghadaman. tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. selera makan. warna kuning adalah paling baik untuk ikan.

Misalnya. Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku. Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga terbazir akibat akuarium yang pecah. Kanak-kanak yang menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ).RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan akuarium. Selain itu suhu turut mempengaruhi parameter-parameter air yang lain. d. akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. 46 . semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia. Fikirkan pertimbangan bagi memilih lokasi menempatkan akuarium anda. oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut. Ketahanan ikan terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan. Keselamatan Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri. Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.

a.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 8 Penyediaan. 8.1 Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan ikan hiasan. Pengurusan Dan Penjagaan Ikan Hiasan 8.2 Hasil Pembelajaran 8. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau.3 Kerangka Penyediaan.2. Guppy atau Angel. katak atau ulat. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor.2. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar. 47 .2 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. 8. anak ikan. Oskar dan ikan Arowana. mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Pengurusan Dan Penjagaan Ikan Hiasan Makanan Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail.1 Sinopsis 8.Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

udang. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb. cengkerik. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya. jejentik nyamuk. anak ikan. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga. lipas dan sebagainya. Oscar. ulat roti. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton. ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. Kumpulan Pemakanan Ikan Hiasan Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. daging haiwan atau pellet. b. cacing. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki. 48 . Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar. dan cichlid. cacing atau makanan hidup seperti cengkerik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. tumbuhan reput. Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air.

49 .RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Blood worm Ulat roti Plankton Plankton Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang. sayuran seperti salad atau bayam. stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet . Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan. hati lembu. emping.

pH air pH air ialah kadar kemasaman air. 50 . Harlequin Rasbora.Tiger Barb. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Pellet Emping c. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. Black Tetra Pearl Gourami. Discus. Guppy .Angel. Tetapkan masa memberi makanan iaitu pagi.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral.Bala Shark Silver Marble Molly Makanan rumusan Sunrise Platy. tengahari dan petang Kawalan Kualiti Air a. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Brown Corydoras Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Jenis makanan mengikut spesis Jenis makanan Makanan hidup dan makanan basah Makanan kering Jenis ikan Tiger Barb. pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.

Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen). bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. c. Rajah Ikan Kurang Sihat 51 . Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan b. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang.

52 . Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. air akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. berpusing-pusing. a. beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit. tanda-tanda penyakit pada badan ikan dan sebagainya. terdapat kecederaan. bau air dan tabiat luar biasa ikan. Jika kos merawat ikan terlalu mahal. Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit. Beri makan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu ikan makan secara aktif. ikan menggesel badan pada objek keras. Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air. warna ikan pudar. ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang).RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan d. ikan tidak mahu makan. sisiknya tanggal atau kembang. Ikan yang mati perlu dibuang. Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang diberi. akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa. Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air. ikan muncul tercungap di permukaaan air. Kawalan Bahan Buangan Toksik dan Makanan Ikan Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah. Perhatian kelakuan ikan. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan. bergantung pada spesies ikan. berubah warna. Rawatan air Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air.

Cucikan kapas penapis dengan air bersih.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Pastikan semua peralatan pengudaraan. penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki. Rajah Edaran Nitrogen Di Akuarium 53 . Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. b. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.

aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama. Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :    Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. dan jika perlu. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan. Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Pembersihan Akuarium Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. 54 . lendir dan sisa buangan akuarium. maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit. Kawalan Penyakit dan Membasmi Patogen Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan di atas. Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. seluruh sistem akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat. Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru. terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya. Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut.

Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat. c. Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. pemakanan yang tidak sesuai atau ikan 55 . Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium. Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. b. sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan a. mulut dan badan yang terdapat luka.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan mengalami stress. Bincangkan pengurusan yang anda perlu lakukan bagi mempastikan ikan peliharaan dalam akuarium anda sentiasa cergas dan sihat. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan. 56 . Fikirkan jenis makanan yang sesuai bagi ikan guppy dan ikan bandaran yang ada di akuarium anda.

3 Kerangka Tajuk-Tajuk Pembiakan Ikan Hiasan Ikan membiak dengan cara bertelur atau beranak ikan bertelur dan telurnya menetas di dalam air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya sehingga menetas dan sebahagiannya akan meninggalkan telurnya tanpa penjagaan. Mengenal pasti jantina ikan dan memilih induk. Molly. Molly.1 Sinopsis Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti ikan hiasan jenis beranak. Platy dan Swordtail membiak secara beranak.2. 57 .2 Hasil Pembelajaran 9. Ikan ini boleh dibiak dengan mudah di dalam tangki.2 9.2. Platy dan Swordtail. Proses pembiakan ikan-ikan ini tidaklah sukar. Anak-anak yang dilahirkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi. 9.2.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 9 Teknologi Pembiakan Ikan Hiasan 9. Mengenal pasti spesies ikan hiasan jenis beranak dan bertelur. Menjalankan pembiakan ikan Guppy. memilih dan memasarkan ikan hiasan. membiakkan. Ikan Guppy. mengasuh.4 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan. 9. Pembiakan Secara Beranak Famili Poeciliidae .2. Ikan beranak anak melahirkan anak yang sempurna sifatnya dan dapat hidup dengan sendiri. perlu ditambah dengan sedikit garam dapur untuk menggalakkan pengeluaran anak.1 9.3 9.

Ikan betina menyimpan sperma di dalam struktur yang dikenali sebagai oviduct sehingga beberapa bulan. Struktur ini dikenali sebagai gonopodium. Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan yolk sac ia dikenali sebagai ovoviviparous.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Sekiranya proses persenyawaan berlaku di dalam badan induk ikan sperma ikan jantan dimasukkan ke dalam badan ikan betina melalui urogenital. 58 . Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan aliran darah induknya ia dikenali sebagai viviparous. Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak boleh dihasilkan setiap kali beranak. Telur yang telah tersenyawa itu disimpan dan berkembang membentuk anak lembaga di dalam badan ikan betina. Anak ikan yang telah sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Kebiasaanya ikan jantan dibezakan dengan ikan betina dari perbezaan struktur ini. a. Perbezaan jantina Dalam spesies ikan beranak sirip anal ikan jantan diubahsuai menjadi struktur yang digunakan untuk memasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan betina. Ikan yang bersifat seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak. Biologi pembiakan Semasa mengawan ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan ikan betina melalui gonopodium. Sebanyak 4 hingga 5 kali perindukan (brood) boleh dihasilkan dari satu pengawanan. b.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan 59 .

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan c. d. Ukuran sangkar adalah berbeza-beza bergantung kepada kesesuaian tangki pembiakan yang digunakan. Alat ini dikenali sebagai sangkar pembiakan. e. sangkar yang diperbuat daripada jaring netlon atau sebarang kotak plastik yang mempunyai lubang yang membolehkan anak-anak ikan bebas keluar perlu disediakan. 60 . Tangki Pembiakan Tangki pembiakan digunakan juga sebagai substrak mengumpul anak yang dihasilkan dan tangki pembesaran. Untuk menjaga keselamatan anak-anak ikan yang baru dilahirkan dari menjadi mangsa kepada induknya sendiri atau ikan lain.5 Air baru dan bersih Induk yang matang dan tidak berpenyakit Saiz tangki lebih 30 x 30 x 30cm dengan isipadu air lebih daripada 20 liter. Menyediakan Sangkar Pembiakan Semua ikan jenis beranak cenderung untuk bersifat kanibalistik iaitu memakan anak yang baru dilahirkan. Menyediakan sangkar pembiakan. Anak ikan yang dihasilkan akan dipelihara di dalam tangki yang sama sehingga boleh dipasarkan. Penyediaan Tempat Pembiakan Untuk mendapat kejayaan pembiakan beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:      Mutu air dengan kadar pH sekitar 7.

Guppy Platy dan Swordtail Sangkar pembiakan digunakan untuk membiakkan Black Molly 61 .RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Gambarajah menunjukkan kedudukan tangki dan sangkar pembiakan untuk membiakkan ikan Molly.

separa terapung dan melekat. Danio. Lain-lain ikan bertelur yang dibiak secara meluas di negara ini adalah seperti berikut:- Cyprinidae- Ikan Emas. sensitif terhadap penyakit dan perubahan sekitaran. Tetra dan Anabantid membiak secara bertelur. Characidae - Ikan Tetra dan Ikan Charachid. Barb. Anabantidae- Jenis ikan yang bernafas di udara Cichlidae - Ikan Cichlidae Cyprinidae Characidae Anabantidae Cichlidae 62 . Minnow dan Labeo. Ikan bertelur lebih sukar dan rumit untuk dibiakkan kerana memerlukan penjagaan rapi terutamanya di peringkat yolksac sehingga berumur 3-5 hari. Rasbora.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Pembiakan secara bertelur Ikan Barb. Kelazimannya terdapat tiga jenis telur iaitu jenis terapung. kerana rega masih lemah. Tumbesarannya bergantung kepada kuning telur sahaja. Rasbora.

Terdapat juga spesies dimana induk betina mengeram telur di dalam mulutnya (mouth brooder) seperti Sphaerichthys Osphomenoides (Cochlate Gourami) dan Betta pugnax atau membuat sarang dari cebisan-cebisan tumbuhan air seperti ikan kaloi (Osphronemus gourami). Ikan dalam kumpulan ini termasuklah ikan pelaga (Betta splendens). Telur tersenyawa dijaga oleh induk jantan sehingga menetas. ikan kaloi (Osphronemus gourami) dan ikan pelaga china atau Paradise Fish (Macropdus opercularis).RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Ikan membiak melalui proses persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan induk ikan jantan mengeluarkan sperma. Induk jantan membuat sarang dengan membentuk gelembung udara pada akar tunbuhan yang terapung sebelum mengawan. ikan sepat (Trichogaster sp). Sesetengah species Anabantid. 63 . Cari maklumat bagaimana ikan emas dapat dibiakkan di tangki pembiakan. Proses persenyawaan ini pula berlaku sama ada di dalam badan atau di luar badan induk ikan betina. Pembiakan ikan Anabantidae (jenis-jenis penafas udara) Kebanyakkan species Anabantid membuat sarang buih. ikan Lili (Colisa). Induk betina tidak berperanan menjaga sarangnya. seperti ikan pelaga siam (Betta Splendens) induk betina perlu diasingkan selepas membiak kerana induk jantan akan mencederakan induk betina.

Makanan utama seperti Moina sp. Trend semasa ialah mendapatkan jenis fancy untuk hiasan& dipertandingkan. nama saintifik yang diberikan oleh Bleeker. 64 . tubifex worm atau blood worm boleh diberikan. Ikan pelaga (Betta) sentiasa mendapat tempat dikalangan peminat ikan hiasan.Induk jantan dalam sebuah bekas dan betina dalam akuarium secara komuniti.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Pembiakan Ikan Pelaga (Betta Splendens). Betta splendens. Membuat sarang buih ketika membiak. diambil dari perkataan Jawa iaitu „Wader Bettah‟. Pra pembiakan ( Conditioning ) Induk jantan dan betina diasingkan. Seekor baka baru boleh mencapai harga ribuan ringgit Langkah-langkah untuk membiak Betta 1. Ikan jantan mengawasi anaknya sehingga dapat hidup sendiri.

Pada permulaan berlaku pergaduhan induk jantan&betina. Bila ia telah membina sarang buih. 4. sudah sedia untuk membiak.ia akan berada dibawah sarang dan mulai mengawan. Induk betina dimasukkan dalam botol di dalam tangki pembiakan untuk merangsang pembiakan ikan jantan. 3. Membuat sarang buih Induk jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dgn mucus dari dalam mulutnya.Tangki diisi air separuh penuh dengan air paip&air hujan yang telah diheningkan. Bila kedua-dua induk sedia mengawan. Penyediaan tangki pembiakan Tangki berukuran 12”x10”x10” adalah memadai.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan 2. Mencampurkan induk Induk jantan dimasukkan dalam tangki pembiakan. 65 . Letakkan satu keratan paip PVC 6” untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan sedang aggresif. Buih-buih bercantum membentuk segumpal sarang.

6.Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya. induk betina dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dibuat rawatan. Induk jantan mengawasi telor sehingga menetas. • Buih yang rosak akan terus dibaikki oleh ikan jantan. Penjagaan telur Sebaik sahaja selesai mengawan. Fry berumur 7-10 hari dipindahkan ke tangki pemeliharaan dengan diberikan makanan moina atau blood worm yang dicincang. ikan jantan dan betina membelitkan badannya. 66 . Penjagaan Fry Telur menetas selepas 24-30 jam. Pengawanan Semasa mengawan. Selepas 3 hari fry akan mula berenangdan perlulah diberikan makanan. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan 5. Proses ini berulang-ulang antara 1-1. Kaedah lain ialah makanan artemia yang baru menetas. Selepas 5 hari boleh diberikan makanan rumusan berbentuk serbuk.5 jam. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskan ke dalam sarang buih. Tangki pemeliharaan tidak perlu pengudaraan. Makanan terbaik ialah air hijau( green water ) yang boleh didapati dalam ternakan keli/tilapia. 7.

Untuk penghasilan komersial pastikan ruang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan. Induk perlu dipilih mengikut sifat-sifat tertentu yang dikehendaki.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan 8. Pengurusan Dan Pemilihan Induk Induk ikan jantan dan betina perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum anak ikan matang untuk mengelakkan dari pembiakan tidak terkawal (early pregnancy). Ini bagi memastikan pembesaran yang baik untuk induk dan anak yang dihasilkan. Untuk menggalakkan pembesaran. Pengasingan/pembotolan Setelah 3 bulan. Mengasuh anak Anak ikan yang dihasilkan boleh membesar di dalam tangki yang sama dan pindahkan induk untuk pembiakan ke tangki lain. b. Ikan betina dipelihara dalam akaurium secara komuniti. Ikan yang dihasilkan dikutip dari masa ke semasa untuk mengelakkan kesesakan dan menggalakkan induk untuk terus menghasilkan zuriat lain. Ikan yang cacat dan warna badan yang kurang menarik tidak dijadikan induk. c. 67 . Untuk mengelakkan pemangsaan ke atas anak ikan yang baru dilahirkan tangki tersebut perlu dibubuh tumbuhan akuatik seperti keladi bunting (Eichhornia crassipes) atau Hydrilla sp yang berfungsi sebagai tempat persembunyian. a. jantan mulai agresif dan perlulah diasingkan secara individu di dalam botol. Untuk penghasilan secara komersial. Pengurusan Dan Mengumpul Anak Untuk penghasilan ikan secara komersial pembiakaan dijalankan dalam tangki simen atau fiberglas yang besar (saiz tangki lebih kurang 10m x 10m). anak ikan diberi makan Moina atau pelet dua kali sehari. anak ikan yang dihasilkan perlu ditangguk dan dipindahkan ke dalam tangki lain atau kolam tanah. Setelah ikan berumur 3 hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan boleh dipasarkan.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Moina yang baru dikumpulkan Moina di bawah mikroskop Sista Artemia Artemia yang baru menetas Artemia di bawah mikroskop Sista Artemia di dalam di dalam tin 68 .

Ikan-ikan yang kurang berkualiti biasanya akan dipasarkan untuk kegunaan tempatan atau dieksport sebagai makanan ikan karnivor. Sekali lagi ikan yang kurang bermutu akan diasingkan dari ikan yang bermutu. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Emas dan Koi.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan d. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pembenihan ikan Emas dan ikan Koi. Memilih. Pemilihan ikan berkualiti Proses memilih ikan yang berkualiti memerlukan kemahiran dan pengalaman dimana hanya ikan berkualiti dan memenuhi mutu peminat ikan hiasan semasa yang akan dipilih untuk dipasarkan sama ada di eksport atau dipasaran tempatan. Ikan betina pula biasanya kurang menarik. mengred dan membungkus ikan Di dalam industri ikan hiasan proses memilih. Ianya sama ada boleh dipasarkan dengan harga yang murah untuk makanan ikan karnivor. g. Ikan hiasan ini akan dipasarkan berdasarkan gred yang telah ditentukan. dijadikan bakal 69 . f. Pemilihan diperingkat juvenil Ikan yang telah mencapai saiz maksimum akan dipilih sekali lagi berdasarkan morfologi yang dikehendakki. Pemilihan berdasarkan jantina Ikan jantan biasanya mempunyai warna yang lebih menarik dan berharga lebih mahal dari ikan betina. e. Ikan yang cacat atau yang tidak diperlukan akan dihapuskan atau dijual dengan harga yang murah sebagai makanan ikan karnivor. h. Pemilihan ini dijalankan kepada dua peringkat iaitu semasa peringkat fry dan peringkat juvenil. mengred dan membungkus ikan merupakan aspek yang sangat penting terutama bagi industri yang melibatkan urusniaga eksport. Pemilihan diperingkat Fry Anak ikan yang telah berumur sekitar 2 hingga 3 minggu akan dipilih berdasarkan morfologi yang menarik dan memenuhi mutu semasa.

Ikan Guppy jantan mempunyai warna ekor yang lebih panjang dan berwarna-warna sementara ikan betina tidak mempunayi warna yang menarik. i. Pelaga. Pemilihan yang teliti adalah sangat diperlukan. Ini adalah disebabkan ikan yang dibiakkan itu bukan merupakan baka tulin. Gen resesif yang dibawa dalam induk akan dimanifestasikan dalam generasi anaknya. Dalam industri penghasilan benih ikan Arowana secara besar-besaran faktor ini sangat diambil berat 70 . Ikan jantan akan dipilih semasa ikan masih diperingkat anak dan diasingkan dari induk betina. Pemilihan berdasarkan warna Warna memainkan peranan penting dalam menentukan mutu ikan hiasan yang akan dipasarkan. Ikan betina akan dijual dengan harga yang murah untuk makanan ikan. Kerja ini adalah rumit. j. Flower Horn atau Oskar yang yang mempunyai corak warna tertentu pada padanya dan lainlain. ikan Pelaga dan dwarf gourami. memerlukan kecekapan. pegalaman dan memerlukan masa yang panjang. Jenis-jenis ikan ini akan dipasarkan dengan harga yang berbezabeza berdasarkan mutu dan permintaan pasaran semasa. Pemilihan berdasarkan kelainan Keuntungan yang lumayan mungkin akan diperolehi oleh pembiak ikan yang dapat ciri unik seperti albino. Pemilihan berdasarkan variety Dalam sesetengah jenis ikan pembiakan akan menghasilkan lebih dari satu jenis strain atau variety ikan. Ianya dibesarkan hingga boleh dipasarkan. Warna yang paling menarik mendapat harga pasaran tinggi. Tiger Barb. kecacatan tulang belakang atau bentuk kepada mungkin dapat menarik perhatian peminat ikan hiasan ganjil yang menawarkan harga ribuan ringgit bagi seekor ikan Contohnya ialah ikan Arowana Albino.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan induk atau dimusnahkan. Fenomena ini biasa ditemuai dalam pembiakan ikan Diskus. Arowana berkepala dua. Ruby Barb. k. Flower Horn dan lain-lain. Di kalangan jantan ini juga akan terhasil baka atau strain yang pelbagai dan perlu pemilihan seterusnya. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Sepat.

71 . Pertandingan ini biasanya dijalankan di negara Jepun. l. Saiz M merujuk kepada saiz ikan yang masih di peringkat remaja (juvenile). Induk yang dipilih untuk pembiakan adalah dikalangan gred terbaik. Pembiak ikan mengharapkan anak yang dihasilkan dari induk bermutu ini akan diwariskan ke generasi seterusnya. Sebagai contoh ikan Arowana Merah dan Arowana Emas yang dihasilkan secara pembiakan semula jadi di dalam kurungan akan menghasilkan pelbagai gred anak walaupun induk yang digunakan dari jenis yang terbaik. sederhana (M) dan besar (L). Saiz S biasanya digunakan untuk anak-anak ikan yang masih kecil atau saiz ikan itu sendiri adalah kecil. Untuk tujuan eksport saiz ikan perlu diambil kira memandangkan kos pengangkutan adalah tinggi. Penggredan ini akan menjadi sangat penting sekiranya pembeli dari luar negara atau tempatan menetapkan spesifikasi tertentu untu membeli. Biasanya ikan yang mempunyai gred L dan mempunyai kualiti terbaik (A) berharga mahal berbanding ikan bersaiz S dan tidak mempunyai kualiti. Saiz L pula digunakan kepada ikan yang telah dewasa atau matang. Sebenarnya penggredan ikan ini adalah sangat subjektif dan lebih dipengaruhi kepada kecenderungan penternak itu sendiri tanpa adanya panduan piawai yang boleh digunakan sebagai rujukan. Penggredan berdasarkan 3 saiz iatu saiz kecil (S) . Dalam industri pembenihan ikan Koi juga biasanya pembiak ikan akan cuba memperolehi induk yang telah memenangi pertandingan.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan untuk memastikan anak ikan yang dihasilkan mempunyai mutu warna yang menarik. Asas penggredan ikan hiasan Saiz ikan merupakan kriteria penting dalam penggredan ikan. Oleh kerana itu saiz ikan yang kecil lebih sesuai sesuai dan ekonomik. Gred S dibahagikan lagi kepada double S (SS) dan gred L dibahagikan lagi kepada double L (LL).

Penggredan Ikan Hiasan Tangki fiberglas yang dipasang kotak dan jaring untuk mengasingkan ikan pelbagai saiz Tangki simen dan tangguk juga digunakan untuk mengred ikan hiasan Mengred ikan hiasan perlu dilakukan dengan teliti Pekerja sedang melakukan penggredan Mangkuk kecil digunakan untuk memilih ikan Ikan yang telah digredkan. dibungkus untuk dipasarkan 72 .RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan m.

membolehkan pembangunan persahabatan yang lebih besar. Pelarasan dibuat untuk memenuhi keperluan anak murid di dalam kelas yang terbaik. Ini menyediakan anak murid dengan dua orang guru yang mempunyai gaya dan kepakaran untuk mendapat manfaat daripadanya dan membolehkan guru-guru untuk merancang program kurikulum yang lebih ketat.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan TAJUK 10 Penerapan Unsur Pedagogi 10. menyediakan lebih banyak model rakan sebaya. Cabaran guru berhadapan dengan pengajaran berpasukan mungkin termasuk membina kepercayaan dan komitmen antara satu sama lain dan keperluan yang lebih besar untuk bersama merancang operasi dan usaha sama.3 Menerangkan tujuan dan prinsip pengajaran secara kumpulan. Pentadbir perlu membantu kakitangan merancang jadual dan perancangan masa. kekuatan dan kelmahan serta cara perlaksanaan pengajaran secara kumpulan. 10. pelajar dan ibu bapa. membolehkan guru-guru untuk bekerja dengan lebih bebas dengan anak murid.2. 10.1 Sinopsis Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tujuan. memberikan sokongan guru tambahan di dalam kelas. menetapkan jangkaan pelajar dan menilai model tersebut dengan guru-guru.2 Hasil Pembelajaran 9. Kedua-dua guru berinteraksi dengan semua kanak-kanak pada masa yang berlainan.1 9. Ia juga boleh menjadi sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya jika sokongan pentadbiran dan penjadualan tidak dipertimbangkan dengan teliti.2 9. Pengajaran berpasukan memanfaatkan anak murid dengan mewujudkan semangat kekitaan untuk kumpulan yang lebih besar sementara masih mengekalkan keperibadian.2. 73 . prinsip.3 Kerangka Tajuk-Tajuk Pengajaran Pasukan Atau Secara Kumpulan Pengajaran berpasukan adalah satu pendekatan untuk menjayakan program di mana dua atau lebih pendidik berkongsi tanggungjawab pengajaran dalam persekitaran bilik darjah. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran secara kumpulan. Mengenal pasti cara melaksanakan pengajaran secara kumpulan.2.

Ia juga merendahkan nisbah pelajar / guru dan memperluaskan kepakaran profesional guru-guru. Tidak ada satu saiz untuk semua model pengajaran pasukan. guru benar-benar perlu bekerja dengan diri sendiri dan anak murid untuk membangunkan amalan terbaik yang memberi manfaat kepada kita semua. Kumpulan fokus kecil boleh dibuat pengayaan. Guru memerhati. Mempunyai lebih kanak-kanak untuk dipilih untuk bekerja dengan juga membolehkan mereka berasa lebih dijalinkan kepada rakanrakan mereka. Apa kerja-kerja pada satu-satu sekolah mungkin tidak relevan untuk keperluan anak murid. projekprojek khas. atau bekerja dengan kumpulan fokus kecil. • Guru membahagikan kandungan pengajaran kepada beberapa segmen dan membentangkan 74 . • Kedua-dua guru menyampaikan arahan yang sama pada masa yang sama untuk kedua-dua kumpulan. pengajaran semula. Model ini akan memberikan hasil yang lebih baik untuk kanak-kanak melalui keterlibatan secara aktif dalam pembelajaran mereka dan berasa djalinkan antara satu sama lain. • Kelas dibahagikan pada separuh dengan kedua-dua guru yang mengajar pelajaran yang sama pada masa yang sama. Bagaimana Pasukan Kerja Mengajar Terdapat beberapa model pengajaran yang berbeza pasukan dan lebih daripada satu model boleh dijalankan: • Seorang guru memberi arahan pada seluruh kelas manakala yang lain bekerja dengan seorang kanak-kanak. membangunkan rangkaian persahabatan yang lebih mendalam dengan orang lain yang berkeupayaan sama. Walaupun kita boleh melawat sekolah-sekolah lain. yang lain keliling dan menyediakan persidangan dengan kanak-kanak. sokongan tambahan atau taksiran. pengajaran sebelum. • Seorang guru bekerja dengan kumpulan fokus kecil. Ini akhirnya memberi manfaat kepada kemajuan pembangunan anak murid. membaca dan mematuhi amalan terbaik pengajaran berpasukan. berbincang dan merangka program terbaik sesuai untuk anak murid. kumpulan berkepentingan. Pengajaran berpasukan juga merendahkan perbezaan antara jangkaan kurikulum.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan Keperluan Pengajaran Pasukan Keperluan individu pelajar boleh dipenuhi dengan lebih mudah dan berkesan dengan dua orang dewasa dalam bilik bekerja dengan pelbagai keperluan anak murid.

Secara amnya.RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan kandungan dalam dua atau lebih stesen berasingan di seluruh kelas. Guru juga menggunakan pelbagai alat dan strategi untuk melatih anak murid untuk bekerjasama dalam tahap bunyi bising yang boleh diterima. kita mendapati bahawa kanak-kanak pada mulanya amat teruja dengan reka bentuk bilik darjah. Pelajar yang terlibat dalam pembelajaran membantu antara satu sama lain untuk belajar. di mana kita menggalakkan anak murid untuk mengamalkan perkembangan bahasa lisan mereka ini akan mempunyai unsur 'bising' daripada aktiviti penulisan bebas. Anak murid perlu sentiasa terlibat secara aktif dalam kognitif. Adakah Terdapat Anak Murd 'Hilang' Di Dalam Kelas Seperti mana-mana kelas yang baru. Bagi pelajar mereka dapat bekerjasama dan keadaan saiz bilik memudahkan untuk bergerak dan meletakkan banyak barang kerja. Fikirkan faedah pengajaran berpasangan yang sering dijalankan oleh pelatih semasa menjalankan sesi praktikum disekolah. Guru sentiasa mengarahkan pelajar untuk belajar dalam tahap yang boleh diterima. supaya kita dapat mengenal pasti cara-cara untuk membantu murid-murid tersebut. waktu makan tengahari / persahabatan. pembelajaran emosi dan sosial mereka. tanpa mengganggu seluruh kelas. Dua kawasan kelas berasingan adalah baik untuk menunjukkan dan memberitahu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika terdapat anak murid berasa terharu. Adalah hebat untuk guru belajar antara satu sama lain dan sentiasa mencerminkan amalan kita. Sebagai contoh semasa aktiviti celik huruf. Perubahan ini bergantung kepada aktiviti dan objektif tugas. kanak-kanak individu mungkin mengambil masa lebih peralihan daripada yang lain. Jika kita memerlukan bantuan terdapat banyak orang atau guru yang berbeza untuk meminta pertolongan. 75 . tetapi tidak lama kemudian dapat menyesuaikan diri dengan cepat kepada organisasi bilik dan sumber yang diperuntukkan. Guru-guru bekerja dengan satu kumpulan kanak-kanak dan kemudian beralih kumpulan. Keadaan Kelas Guru tidak akan berfungsi dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk pembelajaran. Guru lebih mampu untuk menangani isu-isu di tempat kejadian seperti. Dua guru yang mempunyai gaya dan perspektif yang berbeza membantu lebih ramai pelajar untuk berinteraksi dengan rakan-rakan. kita perlu berkomunikasi dengan guru anak anak kita dengan segera.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan 76 .