You are on page 1of 2

MAKSUD LAMBANG YANG TERDAPAT DI LENCANA

SMK PUTERI WANGSA

- Nama sekolah yang diambil sempena nama taman setempat.

*2002*

- Tahun sekolah dibuka.

OBOR

- Lambang cahaya yang menerangi masa hadapan pelajar.

BULATAN

- Di samping akademik, sukan juga memainkan peranan penting kerana selain daripada

mencungkil bakat pelajar yang berpotensi dalam arena sukan, sukan juga dapat

memupuk sikap kerjasama dalam satu kumpulan dan menjadikan pelajar cergas dan

cerdas.

LAMBANG KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)

- Kepantasan evolusi Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) memerlukan guru dan

pelajar supaya sentiasa meneroka dan mengemaskini ilmu pengetahuan mengikut

peredaran masa.

BUKU

- Dengan membaca, pemindahan ilmu dan pengalaman akan berlaku. Minda dapat

mencerna maklumat baru, menjananya dan mencetuskan gagasan baru yang berguna

kepada kehidupan manusia.


COGANKATA - BERDISIPLIN, BERILMU, BERJASA

- Berdisiplin - individu yang berdisiplin akan mudah mencapai kejayaan. Walau apa jua

bidang yang diceburi, disiplin memainkan peranan yang penting.

- Berilmu - Penguasaan ilmu menjadikan pemikiran pelajar sentiasa berkembang.

Masyarakat berilmu merupakan penggerak kemajuan negara.

- Berjasa - Dengan ilmu dan disiplin diharapkan pelajar dapat mencurahkan usaha dan

jasa mereka kepada agama, bangsa dan negara.

BENTUK LENTURAN DI KIRI DAN KANAN LENCANA

- Melambangkan rebung buluh. Pelajar diibaratkan seperti rebung yang mempunyai

potensi tersendiri dan sekolah berperanan mewujudkan pelajar yang berpotensi selaras

dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

WARNA PADA LENCANA

KUNING

- Warna Diraja

- Warna Ceria

- Sesebuah sekolah sewajarnya menyediakan prasarana yang ceria.

BIRU

- Lambang perpaduan kerana SMK Puteri Wangsa mempunyai pelajar yang mewakili tiga

kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

MERAH

- Berani menghadapi cabaran untuk bersaing meraih kejayaan.