You are on page 1of 4

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 1
2008

VOL. 1 – SET 2
Edisi Pelajar

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
1. Jika Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti daripada kalangan ahli Dewan Rakyat,
beliau boleh
I mengadakan pilihan raya kecil
II kekal dalam jawatan jika disokong oleh ahli Kabinet
III meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen
IV meletakkan jawatan dan diikuti oleh menteri Kabinet yang lain.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

2. Yang manakah penyataan yang benar tentang Suruhanjaya ?


A Ahli-ahli Suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
B Suruhanjaya Hak Asasi Manusia merupakan Suruhanjaya Khas
C Suruhanjaya terbahagi kepada tiga iaitu Suruhanjaya Tetap, Khas dan Diraja
D Tujuan utama Suruhanjaya perkhidmatan adalah untuk menyelaraskan antara Kerajaan
Pusat dengan Negeri

3. Yang manakah perkara yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ?


I Mengubah sempadan negeri
II Menggubal sempadan kawasan pilihan raya
III Melantik Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet
IV Mempersetujui sesuatu amalan atau upacara agama Islam
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

4. Yang manakah penyataan yang benar tentang kabinet?


I Kabinet merupakan sebuah badan pentadbiran
II Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara
III Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara
IV Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-
Pertuan Agong
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

5. Yang manakah penyataan yang benar tentang kuasa dalam Sistem Kerajaan Persekutuan
Malaysia ?
I Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan ke atas Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Tempatan
II Kerajaan Pusat membahagikan kuasa pemerintahan dengan Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Tempatan
III Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan mempunyai autonomi
perundangan dalam bidang tertentu
IV Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad ke atas Kerajaan
Negeri dan berkuasa penuh ke atas Kerajaan Tempatan
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

2
6. Yang manakah agensi yang terletak di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri ?
I Biro Tatanegara
II Jabatan Peguam Negara
III Jabatan Perpaduan Negara
IV Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

7. Yang manakah penyataan yang benar tentang objektif penubuhan perbadanan awam ?
I Membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam perniagaan
II Membolehkan kerajaan bergiat dalam bidang pembangunan sosioekonomi
III Membolehkan kerajaan memperoleh keuntungan untuk pembangunan negara
IV Menjamin sektor yang tidak menguntungkan terus wujud untuk kepentingan
bersama
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

8. Yang manakah penyataan yang benar tentang tugas Raja dan Yang Dipertua Negeri ?
I Melantik Hakim Mahkamah Sesyen
II Mempengerusikan Jemaah Pengampunan Negeri
III Menghadiri semua mesyuarat Dewan Undangan Negeri
IV Menjalankan pemerintahan mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

9.
Bertanggungjawab dalam merancang dan menggubal dasar-dasar kewangan dan
belanjawan kerajaan
Penyataan di atas merujuk kepada bidang tugas
A Bank Negara C Jabatan Akauntan Negara
B Perbendaharaaa D Majlis Kewangan Negara

10. Yang manakah penyataan yang benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?
I Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh menjalankan profesion masing-
masing
II Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai Kabinet Negeri di Sabah dan
Majlis Tertinggi di Sarawak
III Setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan memegang portfolio pentadbiran kecuali
Menteri Besar dan Ketua Menteri
IV Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang
ialah pegawai-pegawai ex-officio
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

11. Yang manakah penyataan yang benar tentang jawatan dan kuasa perlantikannya?
Jawatan Dilantik Oleh
I Ketua Setiausaha Negara Perdana Menteri
II Ketua Audit Negara Yang di-Pertuan Agong
III Pengerusi Suruhanjaya Kabinet
IV Setiausaha Dewan Rakyat Yang di-Pertuan Agong

3
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

12. Yang manakah merupakan punca-punca hasil Kerajaan Negeri ?


I Hasil duti setem
II Hasil daripada harta karun
III Hasil daripada bayaran elektrik
IV Hasil daripada pengeluaran lesen pembalakan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

13.
• Harga dua dozen buah strawberi ialah RM18 pada hari jualan pertama.
• Pada hari kedua, harga strawberi turun sebanyak 30%
Jika Aiman mempunyai RM43.05, berapa biji strawberi yang dapat dibeli pada hari kedua?
A 61 C 82
B 79 D 90

14. Ah Chong menerima wang saku sebanyak RM20 daripada ibunya setiap minggu. Dia
menyimpan 25% daripada wang saku setiap minggu dan selebihnya dibelanjakan. Kira
perbezaan antara wang yang diterima dengan wang simpanan setelah 4 minggu.
A RM20 C RM60
B RM40 D RM80

Soalan 15 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini


Jadual 1 : Kes Ragut di Empat Daerah di Perak pada Tahun 2005 dan 2006
Bilangan Kes /Tahun
Daerah
2005 2006
Kinta 2,876 3,142
Batang Padang 1,675 1,784
Hilir Perak 879 965
Manjung 972 1,025
Jumlah 6,402 6,916

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Harian Metro, December 2007)

15. Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 1 di atas?


I Daerah Hilir Perak menyumbang peratusan terendah bagi kedua-dua tahun
II Pada tahun 2006 hanya Daerah Kinta menunjukkan peratusan kenaikan kes
ragut di Perak
III Kes ragut di negeri Perak telah meningkat sebanyak 8.03% dari tahun 2005
hingga tahun 2006
IV Lebih daripada 45% kes ragut berlaku di Daerah Kinta pada tahun 2005 dan
2006
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

You might also like