You are on page 1of 2
ADAKAH PENDAFTARAN DI MALAYSIA MEMBER! PERLINDUN- GAN DI SELURUH DUNIA? Tidak Sekiranya pemilik cap dagangan ingin mendapat perlindungan di luar negara, mereka perlu membuat permohonan secara berasingan di setiap negeri yang dikehendaki. Bagaimanapun permohonan pendaft- aran di Malaysia boleh digunakan untuk menuntut'Hak Keutamaan’bagi pendaftaran di negara-negara ahli Konvesyen Paris dan WTO. TEMPOH SAH PENDAFTARAN Setiap pendaftaran adalah sah untuk tempoh sepuluh (10) tahun daripada tarikh permohonan. Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat setiap sepuluh tahun selagi masih berminat. SIAPA YANG BOLEH MEMOHON? Mana-mana pemilik cap dagangan samada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di Malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran di negara ini. Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan, BAGAIMANA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN?, Sebelum Mengemukakan Permohonan - pemohon-pemohon adalah dinasihatkan supaya membuat carian terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Borang CD 5 - Semua permohonan cap dagangan hendaklah dikemukakan melalui 5 salinan borang CD5 berserta fee yang mencukupi. Permohonan bagi cap dagangan yang berlainan hendaklah dikemukakan secara berasingan. AGEN CAP DAGANGAN BERDAFTAR Permohonan boleh dikemukakan sendiri oleh pemohon atau menggunakan khidmat ejen yang akan bertindak bagi pihaknya ‘Alamat ejen merupakan alamat penyampaian bagi semua surat- menyurat. Ejen yang digunakan mestilah ejen yang berdaftar dengan Pendaftar Cap Dagangan. Manakala semua permohonan luar negara mestilah menggunakan khidmat ejen melalui borang CDI. maklumat am mengenai CAP DAGANGAN APAKAH CAP DAGANGAN? Cap Dagangan ialah apa-apa tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan daripada seorang peniaga dengan peniaga yang lain. daripada perkataan, logo, gambar, nama,huruf, ap Dagangan boleh ter nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu. NOKIA SONY Mobil SSUZUKI. Perkataan is DQ. 4 — astro Greexom A Kombinasi Perkataan dan Gambar FUNGSI CAP DAGANGAN Fungsi asal - Cap Dagangan ialah la dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan. Fungsi Pemilihan - Cap Dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Fungsi Kualiti - Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barang-barang atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya. Fungsi Pemasaran - Peranan cap dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan. Fungsi Ekonomi-Cap-cap yang telah’established' di pasaran menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut boleh dilesenkan atau di franchise’kan, KEPENTINGAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN Pendaftaran cap dagangan memberikan kesan-kesan berikut: 1) Hak Eksklusif- Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang Ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran. Tindakan tersebut sama ada dalam bentuk sivil melalui peruntukan ‘infringement’ di bawah Akta Cap Dagangan ataupun mengemukakan aduan kepada Bahagian Penguatkuasa, KPDN & HEP untuk tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. 2) Bukti sah di sisi Undang-undang -Sijil pendaftaran yang cikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasa. la juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan’ ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri

You might also like