P. 1
20090303000340Kuliah 4 - Teori-Teori Gaya Asuhan Dan Keibubapaan

20090303000340Kuliah 4 - Teori-Teori Gaya Asuhan Dan Keibubapaan

4.0

|Views: 7,059|Likes:
Published by ami15_sakura

More info:

Published by: ami15_sakura on Sep 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/14/2015

pdf

text

original

KULIAH 4: TEORI-TEORI GAYA ASUHAN KEIBUBAPAAN

DEFINISI Pengasuhan @Didikan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), didikan bermakna perihal yang dididik (diajar, dilatih dan lain-lain). Oleh itu gaya didikan ibu bapa meliputi cara dan bagaimana mereka mendidik, mengajar, melatih, mengasuh, memelihara dan menjaga anak-anak. Istilah pengasuhan yang mempunyai akar kata “asuh” sebenarnya dengan jelas membezakan dengan istilah yang sering digunakan iaitu jagaan atau kawalan. Perkataan “asuh” mempunyai kualiti intrinsiknya yang positif. Jelas di sini istilah ‘asuh’ atau ‘pengasuhan’ mencerminkan gerak laku yang positif dan mempunyai timbal balik perlakuan di antara elemen-elemen yang saling mempengaruhi di antara para ibu bapa, anak-anak, ahli keluarga terdekat, anggota masyarakat atau komuniti dan juga keadaan sekitar dan alam sekeliling yang membentuk corak pengasuhan .

KEIBUBAPAAN
Keibubapaan (parental) ialah seseorang yang memberikan kanak-kanak dengan penjagaan asas, arahan, sokongan, perlindungan dan bimbingan. Keibubapaan dapat didefinisikan sebagai pasangan yang berkahwin, single, heterosexual, gay, lesbian, sepupu, ibu saudara, datuk dan nenek, abang, kakak dan lain-lain lagi. Manakala menurut LPPKN ibu bapa ialah yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang dihubungkan dengan ikatan perkahwinana yang sah dari segi agama, adat resam dan undang-undang. Scott 1983, menyatakan didikan ibu bapa membantu membentuk konsep kendiri yang positif. Gaya didikan ibu bapa akan memberi kesan adan pengaruh kepada perkembangan mentaliti, sifat, minat, kecenderungan serta sikap anak-anak.

Peranan Ibu Bapa
Peranan bermakna satu kewajiban melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikul sebagai amanah yang mana hasilnya yang manis akan kita kecapi sebagai ganjaran kepada kejayaan kita. Manakala hasilnya yang pahit akan kita kecapi dan kita telan sebagai bukti kegagalan kita sendiri. Sebenarnya agenda mentarbiah anak itu bermula sejak dari proses mencari jodoh, proses persenyawaan berlaku hinggalah kepada anak itu mampu berdikari bahkan sehingga anak kita itu dijemput kembali kepada Allah. Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan.

Ciri-ciri ibu bapa berkesan
Komunikasi yang berkesan Mengikut arus perkembangan anakanak. Mendisiplinkan anak-anak. Kasih sayang.

Ciri ibu bapa tidak berkesan
         Kurang didikan agama [akhlak atau moral]. Sikap ibu bapa yang mengamalkan pilih kasih. Kurang berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa kurang mengetahui perkembangan keadaan semasa. Ibu bapa kurang menanamkan perasaan kasih sayang kepada anak-anak. Tidak menjadi pendengar yang baik Membebel dan mengkritik Terlalu manjakan anak Tidak menjadi ‘role model’ yang baik.

Kepentingan Teori Gaya Asuhan
• Merupakan satu konsep penting dalam mendidik anak-anak kerana gaya keibubapaan ini akan mempengaruhi perkembangan anak-anak. • Sbg panduan kpd ibu bapa dlm menentukan gaya asuhan yg sesuai dgn sifat dan keperluan anak2.

Model Keibubapaan Baumrind

Diana Baumrind

Pengenalan Model Keibubapaan Baumrind
• Terdapat dua dimensi gaya asuhan keibubapaan menurut Baumrind iaitu responsiveness dan demandingness. • Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan keibubapaan kpd 3 iaitu:  Autoritarian  Permissive  Autoritatif

2 Dimensi Gaya Asuhan Keibubapaan Baumrind
1) Responsiveness  Dimensi gaya asuhan keibubapaan yg bersifat terbuka, mudah bekerjasama.  Ia melibatkan pendekatan keibubapaan yg bersifat tenang & menggalakkan rasa bebas di kalangan anak2 utk melahirkan pendapat masing2.

CONTOH DIALOG
• Ibu : Macamana dengan keputusan periksa Mal? • Kamal : Mal dapat 2A je..Mal minta maaf, Mal dah cuba buat yang terbaik tapi ini je yang mampu Mal capai bu. • Ibu : Takpelah Mal, lepas ni usaha lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki Mal, pasti dapat yang lebih baik. Tapi Mal kena gandakan usaha..kejayaan tak datang secara bergolek • Kamal : Mal janji bu, Mal akan berusaha lebih tekun. • Ibu : Okeylah, nasi pun dah sejuk tu. Jom kita makan sama-sama.

2) Demandingness
 Dimensi gaya asuhan yg bersifat banyak tuntutan dan mendesak.  Mereka menetapkan set jangkaan yg tinggi & mengawasi segala aktiviti yg dilakukan oleh anak2.

C0NTOH DIALOG
Bapa : Macamana keputusan periksa kamu, Amir? Amir : Mir cuma dapat 3A je ayah Bapa : Apa? 3A je. Habis selama ni apa yang kamu belajar. Banyak duit ayah habiskan untuk kamu tau. Ini je yang kamu dapat? Amir : Amir dah berusaha yah. Tapi.. Ayah : Dah, cukup. Ayah taknak dengar lagi. Masuk bilik kamu dan baca buku!

Konsep Disiplin Dalam Gaya Asuhan Anak-anak
• Dipersetujui oleh ramai pengklaji dan ibubapa • Disiplin merupakan satu cara menangani tingkahlaku anak-anak : Untuk mengelakkan daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat Untuk keselematan, kesihatan dan perkembangan anak-anak

Strategi Mendisiplinkan Anak
• Maksud disiplin : Untuk “mengajar”, bukan untuk “menghukum” sebagaimana sangkaan orang ramai. • Disiplin membantu anak-anak melihat kesan tingkah laku mereka belajar untuk mengawal diri memilih alternatif yg boleh diamalkan dlm menghadapi tingkahlaku yg tdk diterima

• Kawalan disiplin melalui cara menakutkan dan hukuman fizikal tidak digalakkan pada semua peringkat umur. • Salah satu cara untuk mengawal tingkahlaku negatif anak-anak ialah:  menyediakan aktiviti yang menyeronokkan  Merubah suasana persekitaran supaya tidak timbul rasa bosan.  Menerapkan disiplin secara tidak langsung.contoh Melatih anak-anak mengemas kembali barang permainan yang telah digunakan

Menggalakkan anak-anak mengemas bilik tidur :Langkah ini menggalakkan anak-anak mendapat kemahiran penjagaan kendiri Dendaan tidak digalakkan dalam strategi mendisiplin. Walaupun begitu ia berkesan terhadap sesetengah tingkahlaku. Akan tetapi menimbulkan kesan negatif seperti agresif, mengelak, sikap menolong kurang.

Carta Gaya Asuhan Keibubapaan Baumrind
DIMENSI

1)Responsiveness

2)Demandingness

GAYA KEIBUBAPAAN

Permissive

Autoritative

Autoritarian

Indulgent

Indifferent/Neglect

a) Authoritarian
• Merupakan gaya asuhan yang berbentuk mengarah, dan menghukum. • Menetapkan suatu peraturan tanpa ada tolak ansur • Lemah dalam komunikasi. Tidak membenarkan anak-anak bersuara dalam memberi pendapat • Tiada kebebasan. Anak-anak terasa terkongkong kerana peraturan yang agak rigid.

Kesan gaya autoritarian
• Anak menjadi pasif • Mempunyai konsep kendiri yg rendah • Lemah dalam komunikasi • Tidak kreatif • Anak tidak gembira • Tidak peramah • Moody

Contoh dialog
• Abah : Aiman kenapa balik lambat?? Kan abah dah pesan abih kelas terus balik rumah. Ni tidak…. nak maghrib baru ingat rumah ye… kecik-kcik lagi dah tak dengar kata orang tua….

Aiman

Abah

: Abah… maaf kan Aiman bah… Aiman bukan sengaja nak balik lambat….tadi…. : Oh …sekarang dah pandai nak menjawab ye. Ada je alasan yang nak diberi…Sudah pergi masuk bilik. Abah tak nak dengar sebarang alasan…lain kali kalau Aiman buat lagi tahu la abah apa nak buat…

ULASAN DIALOG 1
Dalam dialog di atas terdapat contoh yang jelas berkaitan dengan gaya asuhan authoritarian. Ayah kelihatan bersikap autokratik iaitu terus membuat interpritasi kepada kesalahan anak tanpa membuat usul periksa. Ayah juga tidak memberi ruang kepada anak untuk menyatakan sebab mengapa dia pulang lewat ke rumah. Oleh kerana itu sudah tentu anak berasa tidak puas hati dengan tindakan ayah yang sebegitu. Ini boleh menganggu emosi anak. Anak mungkin rasa tertekan, marah dan agresif dengan tindakan ayah.

b) Permissive
Memberikan terlalu byk kebebasan kpd anak2 dgn harapan anak2 boleh melakukan yg terbaik. • Permissive Indulgent  Kawalan yg sedikit ke atas anak2 @ tiada kawalan langsung  Memberikan terlalu byk autonomi kpd anak2  Percaya anak2 perlu m’nyai byk kebebasan & x boleh dikawal oleh org dewasa.

CONTOH DIALOG
Mira : Ibu, malam ni Mira balik lewat tau. Ada parti kat rumah Lina Ibu : Pukul berapa parti tu habis, Mira? Mira : Dalam pukul 1.00 pagi habislah bu.. Ibu : Lambat sangat tu Mira. Nanti Mira nak balik dengan siapa? Mira : Ala..awal lagi tu, bu. Nanti Amir yang hantarkan. Jangan risaulah.. Ibu : Jangan balik lewat sangat Mira. Esok Mira ada kelas.

ULASAN DIALOG
Dalam dialog di atas, menunjukkan bahawa ibu Mira mengamalkan gaya asuhan bersifat ‘permissive indulgent’. Ini kerana, beliau membiarkan Mira mengatur aktivitiaktivitinya sendiri, mempunyai autoriti dalam melakukan sesuatu di samping mengelakkan dari mengenakan kawalan ke atas Mira

• Permissive Indifferent/Neglect  Melepaskan tgn dan mendakwa ‘saya x peduli dgn apa yg kamu lakukan’.  Dipanggil juga sbg ‘uninvolved’ atau tidak terlibat.  Meluangkan masa yg minima dlm memberikan perhatian & bersosialisasi dgn anak2.

CONTOH DIALOG
Oja : Abah, esok ada perjumpaan PIBG kat sekolah. Semua ibu bapa kena hadir, bah. Abah: Alah...abah busy sangatla Oja. Sebelum ni pun abah tak pernah pergi kan. Oja sajelah yang pergi..

Ulasan dialog
Daripada dialog di atas, dapat dilihat bahawa Oja membertitahu bapanya bahawa bapanya perlu hadir ke perjumpaan PIBG di sekolahnya esok. Namun, jawapan yang diberikan oleh bapanya menunjukkan bahawa bapanya tidak mengambil berat dan tidak mempedulikan akan apa yang berlaku ke atas anaknya. Sikap ‘lepas tangan’ bapanya membuatkan Oja kecewa dan rasa dipinggirkan. Oleh itu, gaya asuhan yang diamalkan oleh bapa Oja adalah berbentuk ‘permissive indifferent/neglect’ iaitu mengabaikan tanggungjawab dan tidak terlibat dalam peranan sebagai ibu bapa yang sepatutnya.

Contoh Kes permissive Neglect
Zulkarnain (bukan nama sebenar) merupakan remaja berusia 20 tahun merupakan penghuni Sekolah Henry Gurney. Sejak Zul berusia lima tahun, ibubapanya telah bercerai dan menyebabkannya tidak pernah bertemu dengan bapa kandungnya sehingga kini. Ibunya pula telah berkahwin lain dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan suami barunya. Lantaran itu, Zul telah terabai dan menyebabkannya menjadi remaja liar. Ketika berada di alam persekolahan, Zul telah mula terjebak dengan kegiatan jenayah seperti merokok, mencuri dan terlibat dengan budak-budak ‘punk’.

Analisa Kes Permissive Neglect
Kes di atas menunjukkan bahawa gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa Zul adalah berbentuk permissive indifferent/Neglect. Ini dapat dilihat apabila Zul mengatakan bahawa dia telah terabai setelah bapa dan ibunya bercerai. Dia tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya terutamnya daripada bapa kandungnya. Ini menyebabkan Zul menyalurkan kekecewaannya kepada jalan yang salah iaitu melibatkan diri dengan kegiatan jenayah seperti merokok dan mencuri. Kurangnya kawalan dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa Zul menyebabkan Zul bebas membuat keputusan dan melakukan sesuatu mengikut kata hatinya sehingga akhirnya membawa diri Zul ke Sekolah Henry Gurney.

Kesan Gaya Permissive
• Permissive Indulgent  Menentang/x patuh kpd org yg lbh dewasa  Kurang kawalan diri  Agresif  Cepat marah ttp mudah riang kembali  Mempengaruhi pencapaian akademik

• Permissive indifferent/Neglect  Ikut kata hati  Tanpa tujuan@ krg aktiviti berasaskan matlamat  Risiko terlibat dgn delinkuen

c) AUTORITATIF
• Bentuk gaya asuhan di mana anak-anak bebas untuk melakukan sesuatu tindakan tetapi masih dalam pengawalan dan pengawasan daripada ibu bapa. • Ciri-Ciri:  Menekankan kepada aspek perbincangan serta memberi dan menerima pandangn yang diutarakan oleh ahli keluarga.  Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan persetujuan bersama

• Memberi galakan serta menghormati kepentingan anak-anak. • Tidak terlalu bergantung kepada peraturan. • Mesra dan tegas. • Contoh ayat yang sering digunakan: Ayah : Di sini ayah ingin menyatakan sebab mengapa cadangan ini adalah yang terbaik buat diri Amin. Namun, jika Amin rasa selesa dengan pilihan Amin, ayah bersedia untuk mendengarnya.’

Kesan Gaya Autoritatif
1. Kecekapan Sosial  Mempunyai ketinggian & kecekapan dlm p’hubungan sosial.  Anak2 boleh b’dikari & menyesuaikan diri dgp’kitaran.  Contoh: Peramah, mudah mesra. 2. Pembangunan Psikososial  Kehidupan yg sentiasa bahagia & gembira  M’nyai kestabilan emosi yg baik & keyakinan diri yg tinggi.  Sedar batasan tingkahlaku yg perlu dipatuhi

3. Akedemik  Memperolehi kecemerlangan dlm bidang akedemik.  Berinisiatif untuk melakukan sesuatu. 4. Masalah Tingkahlaku  Kecenderungan utk melibatkan diri dlm aktiviti delinkuen adalah kurang. 5. Motivasi  Mempunyai gaya motivasi yg tinggi krn ibu bapa sentiasa memberi dorongan & sokongan samada berbentuk implisit dan ekstrisik.  Wujud perkembangan intelektual dalam diri anakanak.

Contoh dialog
• Ayah : Alia sudah isi borang permohonan untuk masuk ke Universiti ke? • Alia : Belum lagi ayah • Ayah : Baguslah kalau macam tu. Ayah mencadangkan agar Alia memilih bidang kejuteraan sebagai pilihan utama. Yalah ayah bukannya apa memandangkan kerjaya jurutera pada masa kini mendapat tempat dalam pekerjaan di Malaysia. Tambahan pula pada masa kini kerajaan • begitu menggalakkan kaum Melayu menceburkan diri dalam bidang ini.

•Alia : Ayah, Alia ingin minta maaf bukannya Alia nak mengecilkan hati ayah, tapi Alia lebih berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan kerana Alia ingin menjadi seorang doklor satu hari nanti, tambahan pula Alia mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran Biologi dan Kimia. •Ayah : Kalau itulah yang Alia keputusan Alia, ayah tidak menghalang. Terpulanglah kepada Alia untuk membuat keputusan, asalkan itu yang terbaik buat diri Alia, ayah menurut saja. •Alia : Terima kasih ayah kerana memahami diri Alia. •Ayah: Sama-sama.

Ulasan dialog
• Daripada dialog di atas, jelas menunjukkan bahawa bapa Alia mengamalkan gaya asuhan keibubapaan authoritatif. Ini adalah kerana bapanya menunjukkan sikap keterbukaan terhadap pandangan yang diberikan oleh Alia. Pada mulanya ayah Alia memberi cadangan kepada Alia supaya dia menyambung pengajiaanya di dalam bidang kejuruteraan. Walaubagaimanapun Alia dengan perasaan rendah diri dan rasa penuh hormat, telah menyuarakan pendapatnya bahawa dia lebih berminat untuk melanjutkan pelajarannya di dalam bidang perubatan kerana cita-citanya semenjak kecil ingin menjadi seorang doktor. Tambahan pula dia memperolehi kejayaan di dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia. Sebagai seorang bapa yang mengamalkan gaya asuhan authoritatif ayahnya menuruti kemahuan dan akan sentiasa memberi dorongan kepada Alia jika itulah yang dirasakan terbaik untuk diri anaknya.

Contoh Kes 1
Ina merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Ayahnya seorg guru manakala ibunya hanya surirumah sepenuh masa. Dibesarkan dgn penuh kasih sayang. Walaupun begitu, ibubapanya sentiasa mengawasi tindakan yg dilakukan dan tdk pernah mengongkong diri Ina terutama utk melibatkan diri dgn aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah. Sesekali Ina jg akan keluar bersama2 rakan utk bersiar2. Kehidupannya sentiasa riang dan gembira. Ibu bapanya sentiasa memberi sokongan kpd Ina utk menghadapi peperiksaan. Ini mendorong Ina utk bljr bersungguh2 & akhirnya dia mdpt keputusan cemerlang dlm SPM nya. Ibu & ayahnya merasa gembira dan membawnya bercuti ke luar negara sbg penghargaan di atas kejayaannya itu.

Analisa Kes 1
Drp cth kes di atas, jls menunjukkan bhw ibu bapa Ina mengamalkan gaya asuhan autoritatif. Ini kerana, ibu bapanya memberi kebebasan yg sewajarnya di samping pengawasan yang sepatutnya. Kesannya Ina berjaya dgn cemerlang dlm peperiksaan dan kehidupannya dikelilingi dgn kegembiraan dan kebahagiaan.

Contoh Kes 2
• Tina adlh anak perempuan tunggal dlm keluarganya. M’nyai ibu bapa yg penyayang & dilahirkan dlm keluarga yg agak berada & mempunyai rupa paras yg menarik. Segala kehendaknya dituruti. Namun, jadual dan pergerakannya dikawal ketat. Dia dididik supaya xbersikap murah & membenci lelaki. Sering menghabiskan masa di rumah & dibenarkan membelibelah bersama kawan sebulan sekali. Hanya dibenarkan berkawan dgn kaum sejantina & pulang sblm 6 ptg. Dia xfhm mengapa ibubapanya bersikap sedemikian menyebabkannya merasa tertekan dan mahukan kebebasan. Justeru, beliau berjinak2 dgn dunia chatting sehingga menemukannya dgn seorg lelaki seterusnya menyebabkannya t/jebak dgn seks bebas. (Sumber :Remaja, Jan 2003)

Analisa Kes
Drp kes di atas, dptlah dianalisis bhw, gaya asuhan ibubapa memberi kesan kepada personaliti dan tingkahlaku Tina. Gaya yang diamalkan oleh ibu bapanya adalah lebih bersifat autoritarian karana : • Cuba mengawal tingkahlaku Tina dgn mengenakan peraturan tanpa menjelaskan rasionalnya. • Tidak mempedulikan perasaan dan emosi Tina dgn menganggap bhw Tina perlu mematuhi sgl arahannya. • Sifat Ibu bapa yg tertutup dan tdk membenarkan Tina menyatakan pendapatnya, menyebabkan Tina menyalurkan ketidakpuasannya itu pada jalan yang salah.

Contoh Kes 3
Menurut John W. Santrock (1997), terdapat satu kes di mana seorang kanak-kanak lelaki telah diasuh oleh ibu bapanya mengikut gaya indulgent telah menyebabkan ibu bapanya berpindah daripada suite bilik tidur mereka dan kemudian mengambilalih bilik tersebut untuk kegunaannya. Kanak-kanak lelaki tersebut kini berusia 18 tahun dan tidak dapat mempelajari bagaimana untuk mengawal tingkahlakunya. Apabila dia keinginnya tidak dapat dipenuhi, dia akan berang dan memberontak. Sepertimana yang dijangkakan, dia kurang popular di kalangan teman sebayanya.

Analisa Kes Permissive Indulgent
Kes di atas menunjukkan bahawa gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut adalah berbentuk permissive indulgent. Mereka membenarkan segala tingkahlaku anak dengan anggapan bahawa anak-anak perlu mendapatkan kebebasan yang sepenuhnya. Ini dapat dilihat apabila ibu bapa kanak-kanak tersebut sanggup membenarkan anak lelakinya itu mengambil alih suite bilik tidur mereka sendiri untuk dijadikan bilik tidurnya. Gaya asuhan yang terlalu memanjakan anak menyebabkan anak lelaki tersebut tidak dapat belajar untuk mengawal tingkahlakunya yang mana sekiranya tidak dipenuhi, ia akan memberontak. Menurut John W. Santrock lagi, kanak-kanak yang diasuh dengan corak indulgent jarang belajar menghormati orang lain serta sukar mengawal tingkahlaku mereka sendiri.

Contoh kes 4
• Zulkarnain (bukan nama sebenar) merupakan remaja berusia 20 tahun merupakan penghuni Sekolah Henry Gurney. Sejak Zul berusia lima tahun, ibubapanya telah bercerai dan menyebabkannya tidak pernah bertemu dengan bapa kandungnya sehingga kini. Ibunya pula telah berkahwin lain dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan suami barunya. Lantaran itu, Zul telah terabai dan menyebabkannya menjadi remaja liar. Ketika berada di alam persekolahan, Zul telah mula terjebak dengan kegiatan jenayah seperti merokok, mencuri dan terlibat dengan budak-budak ‘punk’

Analisa kes permissive indifferent
Kes di atas menunjukkan bahawa gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa Zul adalah berbentuk permissive indifferent/Neglect. Ini dapat dilihat apabila Zul mengatakan bahawa dia telah terabai setelah bapa dan ibunya bercerai. Dia tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya terutamnya daripada bapa kandungnya. Ini menyebabkan Zul menyalurkan kekecewaannya kepada jalan yang salah iaitu melibatkan diri dengan kegiatan jenayah seperti merokok dan mencuri. Kurangnya kawalan dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa Zul menyebabkan Zul bebas membuat keputusan dan melakukan sesuatu mengikut kata hatinya sehingga akhirnya membawa diri Zul ke Sekolah Henry Gurney.

Model Keibubapaan Tidak Berkesan Woititz (1992).

Janet G. Woititz.

Sifat-sifat Kanak-Kanak Dewasa.
        Menurut Janet G.Woititz, kanak-kanak dewasa penagih arak terdiri daripada : Mereka meneka apa perangai yang normal. Sukar untuk mengikuti sesuatu projek daripada mula hingga akhir. Kanak-kanak alkohol menipu apabila ianya hanya mudah yang berkata tentang kebenaran. Menghakim diri mereka tanpa belas kasihan. Sukar untuk mendapatkan keseronokan. Membuatkan diri mereka begitu serius. Sukar untuk menjalankan hubungan yang rapat. Mempunyai reaksi yang berlebihan untuk mengubah yang mana mereka tidak dapat mengawalnya.

 Mencuba secara berterusan untuk mendapatkan kebenaran dan pengesahan.  Kebiasaannya merasai yang mereka adalah berbeza daripada orang lain.  Terlalu bertanggungjawab atau terlalu tidak bertanggungjawab.  Terlampau setia, ini terbukti yang kesetiaan adalah tidak berhak.  Kanak-kanak dewasa alkoholik adalah impulsif. Mereka cenderung untuk mengunci diri mereka sendiri ke dalam haluan aksi tanpa memberi kan pertimbangan yang serius kepada perangai yang lain atau akibat yang meungkin. Desakan ini mengurangkan kekeliruan kebencian kepada diri sendiri dan hilang kawalan kepada persekitarannya. Tambahan pula, mereka menggunakan jumlah tenaga latihan membersihkan kekotoran.

13 CIRI-CIRI REMAJA OLEH WOITITZ 2. Kebiasaan 3. Kepatuhan 4. Berbohong 5. Hukum Diri 6. Keseronokan & hiburan 7. Pentingkan diri

Sambungan….

7. Jaga hati kawan 8. Hindar dari kawalan 9. Perhatian, penghargaan & penerimaan 10. Perbezaan 11. Bertanggungjawab & tidak bertanggungjawab 6. Bukti kesetiaan 7. Pelampau & desakan naluri

Kesan
Kesan 13 ciri remaja menurut Woititz • Ikutan atau pegangan nilai hidup • Penakut, pengecut atau pak turut • Penipu, pembohong & perahsia • Merasa diri tidak disukai, kotor, bersalah terjerumus ke kancah maksiat • Sukakan hiburan yang melalaikan

Sambungan….

• Tidak menghiraukan kesan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara • Mengikut kata rakan • Sikap permusuhan & dendam • Merasakan diri unik dan berbeza daripada orang lain • Cuba menarik perhatian orang lain dengan melakukan perkara negatif

Kesimpulan
• Ibu bapa memainkan peranan penting dlm menentukan gaya asuhan yg sesuai bg perkembangan fizikal dan mental yg positif di kalangan anak2. • Gaya asuhan boleh berubah mengikut kesesuaian umur anak, suasana, sosioekonomi dan pendidikan • Gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa mempengaruhi personaliti anak-anak.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->