P. 1
intervensi kaunseling kelompok

intervensi kaunseling kelompok

5.0

|Views: 5,358|Likes:
Published by ami15_sakura

More info:

Published by: ami15_sakura on Sep 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2013

pdf

text

original

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

29

PENYELESAIAN MASALAH SECARA-BERKELOMPOK: SEBAB-SEBAB PENGGUNAAN DAN CADANGAN PENGENDALIAN KAUNSELING-KELOMPOK BERKESAN
Rafidah Aga Mohd Jaladin Universiti Malaya Noh Haji Amit Universiti Malaysia Sabah

This article raises an issue pertaining to the lack of group counseling practice as a means of solving problems in the Malaysian context. The article also discusses several possible reasons in using and conducting effective group counseling for problem solving. Firstly, it highlights the definition and group counseling's goals. Secondly, it elaborates the reasons in using effective group counseling for problem solving. These are: to allow members to share their experiences, elicit a sense of belongingness among each other; have an opportunity to practise among members .. accept varied feedback; and stimulate vicarious learning. Thirdly, it discusses the potential factors contributing to the lack of group counseling practice in Malaysia. Lastly, it discusses a proposed model in conducting effective group counseling for problem solving in school setting. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Great Britain, kaunseling-kelompok bukanlah sesuatu yang luar bias a di dalam komuniti kesihatan mental dan kaunseling. Rata-rata penduduk di kedua-dua negara tersebut telah menjadikan kaunseling-kelompok sebagai sebahagian daripada eara hidup mereka dalam menjamin kesejahteraan diri dan kehidupan yang bermakna (Corey & Corey, 1997). Kaunseling-kelompok juga disama tarafkan dengan kaunseling-individu yang mana ia mempunyai kepentingan tertentu yang sesuai untuk sebahagian individu dalam menangani masalah. Ada klien yang lebih mendapat manfaat daripada kaunseling-individu, dan ada juga yang mendapat lebih manfaat daripada kaunseling-kelompok (Corey & Corey, 1997; Jacobs, Harvill, & Masson, 2003). Apa yang lebih penting ialah kaunselor hams memiliki kemahiran tinggi dalam menentukan intervensi kaunseling yang manakah lebih sesuai untuk seseorang individu itu. Bagaimana pun, senario yang berbeza berlaku di Malaysia di mana kaunseling-kelompok kurang mendapat tempat di kalangan penduduknya. Kaunseling-kelompok hanya popular di sekolah-seko1ah sahaja dan popularitinya tidaklah sehebat kaunseling-individu (Suradi Salim, 1993) meskipun para penyelidik telah membuktikan keberkesanannya sebagai satu intervensi kaunseling yang terapeutik dalam menangani sesuatu masalah (Borders & Drury, 1992; Jacobs et al., 2003). Tambahan pula, ia masih kurang dipraktikkan di institusi, agensi mahupun di badan-badan kerajaan atau swasta. Adakah faktor kurang kefahaman dan kemahiran tentang kaunseling-kelompok yang menjadi punca kurang sambutan terhadap intervensi ini? Atau pun mungkin faktor kurang pendedahan maklumat mengenai keberkesanan intervensi kaunseling-kelompok yang

30

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

menjadi salah satu punca utama. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan persoalanpersoalan yang ada hubungannya dengan kaunseling-kelompok terutama sekali mengenai sebab-sebab penggunaannya untuk menyelesaikan masalah; punca-punca kurang pengamalannya di Malaysia; dan bagaimana ianya boleh dikendalikan melalui cadangan pengendalian kaunseling-kelompok berkesan di sekolah. Definisi, Pengertian dan Matlamat Kaunseling Kelompok Kelompok boleh didefinisikan sebagai mengumpulkan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai hubungan psikologi antara satu sarna lain (Be, 1997) sementara kaunseling-ke1ompok merujuk kepada proses interpersonal yang mementingkan fikiran, perasaan dan tingkah laku secara sedar (Corey, 1989). Menurut Persatuan Pakar-pakar di dalam Kerja Kelompok (Association for Specialists in Group Work, ASGW), kaunselingkelompok merujuk kepada proses menolong atau penyempumaan tugas-tugas tertentu di dalam suasana berkelompok. Ia melibatkan penggunaan teori dan proses kelompok oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dan profesional untuk membantu sekelompok individu yang saling bergantung dalarn mencapai matlamat bersama (Corey & Corey, 1997). Pada dasarnya, kaunseling-kelompok adalah berorientasikan masalah, yang mana kandungan dan fokusnya ditentukan oleh ahli-ahli kelompok itu sendiri, Fungsi terapinya terletak dalam suasana yang mengalu-alukan, percaya-mempercayai, faham-memahami, menerima dan memberi sokongan. Fungsi terapi ini wujud dalam satu kelompok kecil yang biasanya terdiri daripada lapan hingga dua belas ahli yang rela berkongsi masalah peribadi dengan lain-lain ahli dan juga kaunselor (Gazda, Duncan, & Meadoes, 1967 dIm. Ee, 1997). Ahli-ahli kelompok ini pada dasamya terdiri daripada individu-individu yang bias a - masih boleh berfungsi dengan baik dan masalah-masalah mereka hanya bersifat sementara dan tidak memerlukan perubahan besar personaliti. AhU boleh menggunakan interaksi dan hubungan terapeutik antara lain-lain ahli untuk meningkatkan kefahaman dan penerimaan nilai-nilai dan matlarnat-matlamat hidup atau membuat perubahan tingkah laku yang tidak diingini (ZuraidahAbdul Rahman, 1996). Sebaliknya, Ohlsen (1977 dIm. Ee, 1997) berpendapat kaunseling-kelompok merupakan suatu perhubungan yang unik di mana klien berasa selamat dan selesa untuk membincangkan apa sahaja yang mengganggu perasaan dan fikiran mereka, selain untuk mengenal pasti tingkah laku barn yang diingini; mengamalkan kemahiran-kemahiran asas antara individu; dan melakukan tingkah laku yang barn. Ada juga yang berpendapat bahawa kaunseling-kelompok adalah suatu proses dinamik, interpersonal dan intrapersonal yang pada mulanya adalah perasaan-perasaan dan tingkah laku ahli-ahli dalam kelompok itu (Jacobs et al., 2003). Pemimpinnya adalah seorang kaunselor terlatih yang berupaya mewujudkan suasana terapeutik iaitu saling percaya mempercayai; terbuka; bertanggungjawab; dan saling bergantung antara satu sarna lain melalui proses-proses terapi seperti faham memahami, penerimaan dan pengurusan konflik. Kelompok ini terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan mereka berhajat meneari kefahaman yang lebih mendalam mengenai diri sendiri dan juga orang lain supaya mereka dapat mengendalikan situasisituasi perkembangan (Durkin, 1995). Hansen, Warner, dan Smith (1980) pula mengatakan kaunseling kelompok sebagai suatu perhubungan di antara kaunselor atau pemimpin dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli. Fokusnya bertemakan pencegahan dan rawatan. Kaunseling yang berorientasi-

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

31

kan pencegahan membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit. Sementara bagi individu yang sedang menghadapi masalah, kaunseling kelompok menggerakkannya untuk berubah. Kelompok sebegini adalah lebih berkesan kerana seseorang ahli akan merasa lebih selamat dan lebih rela menerima maklum balas daripada ahli-ahli yang lain. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kaunseling-kelompok merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu normal yang sedang menghadapi masalah harian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Pendekatan ini bukan sahaja berfokus kepada penyembuhan (penyelesaian masalah) malah merangkumi aspek mencegah dan menggalakkan perkembangan (Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Ia berbeza dengan konsep kelompok bimbingan dan juga kelompok terapi kerana pendekatan kelompok bimbingan tertumpu kepada pencegahan dan penggalakan perkembangan semasa sementara kelompok terapi hanya tertumpu kepada penyembuhan (Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Meskipun ada banyak pendapat yang cuba menghuraikan konsep kaunseling kelompok ini, namun kesemuanya mempunyai matlamat-matlamat, teknikteknik dan peranan pemimpin yang berbeza-beza mengikut teori-teori kelompok yang dijadikan as as intervensi (Corey, 1989). Sebab-sebab Menggunakan Kelompok untuk Menyelesaikan Masalah Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat sesetengah individu mendapat lebih manfaat daripada kaunseling individu, dan sebahagian yang lain mungkin mendapat faedah selepas menjalani kaunseling-kelompok. Oleh itu, kaunselor haruslah mempunyai kemahiran-kemahiran yang tinggi untuk mengenal pasti individu manakah dan jenis masalah apakah yang boleh ditangani menggunakan intervensi tertentu - sama ada kaunseling individu ataupun kaunseling kelompok. Zuraidah Abdul Rahman (1996) menggariskan lapan keperluan individu yang akan mendapat lebih manfaat daripada kaunseling kelompok: 1) Individu yang perlu mempelajari dan memaharni pelbagai jenis manusia yang berbeza-beza dan bagaimana mereka memandang sesuatu isu atau perkara; 2) Individu yang perlu mempelajari bagaimana menghormati orang lain, terutama orang asing, atau berbeza dengan diri mereka; 3) Individu yang perlu mempelajari kemahiran sosial seperti kemahiran berhubung dengan orang lain dengan cara berkomunikasi yang berkesan; 4) Individu yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain untuk merasai dirinya dipunyai; 5) Individu yang boleh berbincang mengenai kebimbangan mereka, nilai hidup, dan masalah-masalah yang dihadapi; 6) Individu yang perlukan reaksi orang lain mengenai masalah dan kebimbangan mereka; 7) Individu yang memerlukan sokongan rakan sebaya yang lebih bererti kepadanya; dan 8) Individu yang suka me lib atkan diri dalam kaunseling dan boleh memilih untuk menarik diri jika keadaan mengancam. Secara amnya, hanya individu yang memiliki pemikiran yang terbuka, berkeinginan untuk bersosial, dan tiada/kurang mempunyai kemahiran so sial sahaja yang sesuai dibantu melalui kaunseling kelompok. Sementara dari segi jenis permasalahan yang sesuai dirujuk dan ditangani dalam kaunseling kelompok ialah: 1) Masalah yang berorientasikan intelektual dan rasional berbanding dengan masalah yang melibatkan gangguan emosi yang mendalam; 2) Masalah yang masih di dalam peringkat sedar dan bersifat semen-

32

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

tara; dan 3) Masalah yang tidak melibatkan perubahan personaliti yang meluas. Jacobs et at. (2003) menghuraikan sebab-sebab atau faedah-faedah menggunakan kelompok untuk menyelesaikan masalah. Antara sebab-sebab utama yang digariskan oleh mereka dalam apa jua jenis kelompok merangkumi aspek keberkesanan dan kepelbagaian dalam sumber maklumat dan pandangan. Ramai penyelidik telah membuktikan bahawa menggunakan kelompok dalam menyelesaikan masalah adalah lebih berkesan daripada menggunakan cara tradisi - bersemuka satu dengan satu di dalam kaunseling individu (Corey, 1989; Corey & Corey, 1997; Ee, 1997; ZuraidahAbdul Rahman, 1996). Bukan sahaja penggunaan ke1ompok dapat menjimatkan masa, tenaga dan sumber keperluan tetapi ia mampu menjadi wadah ke arah perkembangan kendiri, sosial dan interpersonal. Contohnya, seorang kaunselor sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan dan perkembangan pe1ajar-pelajar sekolah akan lebih mudah dan berkesan dalam membimbing dan menolong hampir semua pelajar sekiranya melaksanakannya melalui intervensi kaunseling-kelompok berbanding dengan kaunseling individu. Pendekatan kaunseling-kelompok yang banyak menitik beratkan perkongsian maklumat, penyelesaian masalah, dan penjelajahan kendiri, mampu memberi manfaat kepada ahli-ahli dalam mendapatkan pelbagai pandangan dan sumber maklumat rujukan. AWiahli mempunyai kepelbagaian dalam idea, nilai, dan pandangan. Oleh itu, perkongsian maklumat di dalam sesi akan membina suatu pengalaman menarik dan berguna dan menggambarkan kehidupan yang sebenar. Maklum balas ahli-ahli terhadap masalahmasalah yang dibincangkanjuga membina satu ruang rujuk untuk membantu ahli yang bermasalah menyesuaikan diri dengan norma-norma kelompok yang merupakan sebahagian daripada norma-norma masyarakat sekeliling (Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Dengan ini, ahli-ahli akan lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sesi tanpa perlu melalui perubahan personaliti yang mendadak. Jacobs et al. (2003) juga telah mengenal pasti sebab-sebab umum ataupun kelebihan-kelebihan yang terdapat pada kelompok terapi; kelompok pertumbuhan; dan kelompok sokongan yang mendorong individu untuk menggunakannya dalam menyelesaikan masalah mereka. Sebab pertama, ahli dapat merasai perkongsian pengalaman yang agak sarna, contohnya, kelompok yang dibina atas dasar homogeneity yang mana ahli-ahlinya adalah sekumpulan ibu bapa yang pernah kehilangan anak, remaja-remaja yang sedang mengandung luar nikah, wanita-wanita yang barn diceraikan, atau bekas-bekas perajurit perang. Perasaan berkongsi pengalaman yang sama ini adalah sangat berguna dan terapeutik untuk semua ahli dan tidak mungkin dapat dirasai dalam kaunseling-individu. Kedua, ahli dapat merasai pengalaman belongingness ataupun dipunyai yang mana perasaan seperti ini merupakan salah satu keperluan as as psikologi individu yang amat penting untuk disempurnakan (Maslow, 1970) bertujuan membantu perkembangan personaliti yang sihat. Ketiga, ahli berpeluang melatih sesama ahli di dalam suasana kelompok yang selamat. Dalam proses membantu seseorang individu, adalah sangat penting bagi individu tersebut mempraktikkan lebih dahulu segala kemahiran dan perubahan sikap yang mereka telah pelajari di dalam sesi yang mempunyai persekitaran yang selarnat dan membina, sebelum mereka mengaplikasikannya di dalam persekitaran sebenar. Contohnya, pemimpin kelompok boleh mengadakan main peranan, raptai, latihan-latihan kemahiran dan komunikasi bagi tujuan persediaan.

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

33

Keempat, ahli berpeluang mendapat maklum balas yang berbagai-bagai dari lain-lain ahli selepas sesuatu latihan dilakukan semasa sesi. Maklum balas sebegini amat penting bagi ahli-ahli untuk tujuan memperbaiki did dari aspek persepsi dan tingkah laku sebelum berhadapan dengan masyarakat (Jacobs et al., 2003; ZuraidahAbdul Rahman, 1996). Kelima, penyelesaian masalah secara kelompok akan dapat mewujudkan pembelajaran secara langsung mahupun secara tidak langsung (pembelajaran vikarius). Ahli yang melibatkan diri secara aktif di dalam sesi akan mendapat manfaat menerusi pembelajaran secara langsung. Sementara ahli yang pendiam dan kurang berinteraksi masih juga mendapat rnanfaat yang sarna tetapi menerusi pembelajaran yang dirasakan atau dialami secara tidak langsung. Keenam, kelompok merupakan refleksi kepada masyarakat sebenar yang akan menguji tahap kesediaan ahli berhadapan dengan dunia sebenar. Kelompok juga menjadi ruang rujuk yang selamat untuk ahli memantapkan lagi persediaan mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran di luar sesi kelompok. Ketujuh, penyelesaian masalah secara kelompok menjadikan ahli lebih komited terhadap perubahan yang dialaminya di dalam sesi kerana perubahan tersebut telah disaksikan oleh rakan-rakan sekelompoknya. Berkongsi matlamat, keazaman, sokongan dan takut mengeeewakan rakan ahli yang lain akan menjadi faktor pendorong ke arah perubahan tingkah laku yang berkekalan. Walaupun banyak kelebihan kaunseling-kelompok berbanding dengan kaunseling individu yang dibineangkan sebelum ini tetapi amat sedikit penggunaannya di Malaysia. Mengapa perkara ini terjadi? Apakah faktor-faktor penyumbang yang boleh menjelaskan punea kurangnya amalan kaunseling-kelompok di Malaysia? Kurang Pengamalan Kaunseling-kelompok di Malaysia: Faktor-faktor Penyumbang Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di negara ini. Antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti adalah: 1) Isu pengenalan Akta Kaunselor 1998; 2) Kekurangan bilangan pakar kaunselor; 3) Sikap dan kurang kesedaran masyarakat Malaysia; dan 4) Kurangnya us aha mempromosi kaunseling-kelompok di kalangan masyarakat tempatan. Pertama, pada tahun 1998, kerajaan telah mernperkenalkan dan meluluskan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) yang mernberi garis panduan dan peruntukan perundangan berhubung dengan pendaftaran dan pengamalan kaunseling di Malaysia. Akta ini menjadi amaran awal yang keras kepada pengamal kaunseling yang tidak berkelayakan yang sebelum ini yang menggelar diri rnereka kaunselor berdaftar, kaunselor bertauliah atau apa sahaja gelaran yang membawa maksud yang sama (Haji Mohd Mansor Abdullah, 2003). Oleh yang demikian, pelaksanaan undang-undang ini seeara tidak langsung mengurangkan pengamalan kaunseling dan seterusnya mendorong kepada kurangnya amalan kaunseling-kelompok di Malaysia. Kedua, bilangan pakar kaunselor yang terhad di dalam perkhidmatan dan pengamalan kaunseling di Malaysia. Ini kerana bentuk-bentuk pendidikan dan latihan yang mereka perolehi kurang menyediakan diri mereka sebagai pengamal kaunselingkelompok yang kompeten dan berkesan apabila mengadakan sesi kaunseling dengan klien. Apatah lagi, untuk menjadi seorang pengamal kaunseling-kelornpok (group work) yang berkesan se-

34

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

seorang itu memerlukan latihan dan penyeliaan yang bersesuaian daripada pakar yang berkaitan dengan kaunseling-kelompok. Selain dari itu, pendekatan-pendekatan kaunselor yang sedia ada juga kurang menekankan pengamalan atau pemberian perkhidmatan kaunseling-kelompok. lni kerana ada pengamal yang cenderung untuk menawarkan atau mengamalkan kaunseling individu semata-mata. Sekiranya ada pengamal yang menawarkan perkhidmatan kaunselingkelompok, bentuk-bentuk bayaran yang disediakan pula mungkin terlalu mahal yang di luar kemampuan orang awam selaku penerima perkhidmatan kaunseling. Ketiga, masalah sikap dan kurangnya kesedaran masyarakat Malaysia terhadap perkhidmatan kaunseling itu sendiri. lni kerana sikap masyarakat kita terhadap kepentingan dan keperluan kaunseling masih di tahap kurang memuaskan. Perkara ini menyebabkan masyarakat belum bersedia menerima perkhidmatan kaunseling kelompok. Antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya kesediaan masyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling-kelompok adalah disebabkan: 1) Budaya atau psikologi masyarakat Malaysia yang tidak terbuka di dalam menyelesaikan masalah melalui perkongsian dengan orang lain; 2) Sikap ego sebilangan anggota masyarakat dan tanggapan bahawa masalah peribadi mereka adalah masalah mereka yang harus mereka selesaikan sendiri; 3) Sikap masyarakat yang masih berahsia berhubung dengan kehidupan dan masalah peribadi mereka - yang turut menyumbang kepada jurang sosial; 4) Sikap masyarakat berhubung dengan kesediaan membayar caj atau yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh pengamal dan institusi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling; dan 5) Masyarakat masih belum dipupuk berhubung dengan keperluan dan kepentingan perkhidmatan kaunseling-kelompok terhadap kehidupan dan perkembangan peribadi mereka. Keempat, kurangnya usaha mempromosi dan mendidik kesedaran masyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Sebenarnya, usaha-usaha mempromosi keperluan dan kepentingan kaunseling untuk kesejahteraan masyarakat masih kurang di Malaysia. Oleh itu, usaha-usaha promosi ini harus digembeling dan ditingkatkan oleh badan-badan kerajaan, swasta dan sukarela serta individu yang terbabit dengan kaunseling kelompok. Bahkan, kelompok sasaran promosi ini seharusnya menyeluruh merangkumi golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Usaha-usaha menyemai dan mendidik kesedaran ini penting di peringkat awal perkembangan kanak-kanak kerana ia akan mendidik golongan muda untuk lebih melihat dan memahami rasional keperluan dan kepentingan kaunseling amnya dan kaunseling-kelompok khasnya. Jelas sekali keempat-empat faktor tersebut secara tidak langsung menyumbang kepada kurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di Malaysia. Perkara ini perlu diambil ilia di dalam memahami senario kurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di negara kita, selain ia juga boleh dijadikan panduan dalam mempromosi dan mendidik kesedaran masyarakat berhubung keperluan dan kepentingan kaunseling di Malaysia. Satu cara yang boleh menyumbang ke arah peningkatan penggunaan dan pengamalan kaunselingkelompok di Malaysia ialah dengan memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengamalan yang sedia ada di sekolah-sekolah.

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

35

Cadangan Pengendalian Kaunseling-kelompok Berkesan di Sekolah Setelah mengenal pasti kelebihan-kelebihan penyelesaian masalah secara kelompok maka satu cadangan bagaimana kaunseling kelompok patut dikendalikan menjadi fokus artikel ini. Cadangan ini dikhususkan untuk mengendalikan kaunseling-kelompok di sekolahsekolah menengah di Malaysia. Sepertimana yang diketahui, kaunseling-kelompok di sekolah membawa peranan yang lebih besar di dalam membantu pelajar berkembang berbanding dengan kaunseling-individu.·Bagaimanapun,masih terdapatkekurangan Guru Bimbingan dan Kaunseling terlatih untuk melaksanakan tugas-tugas mernbimbing dan membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka di sekolah-sekolah di Malaysia (Suradi Salim, 1993). 01eh itu, untuk menjayakan kaunseling-kelompok yang berkesan, persediaan yang teliti dan mantap harus dilaksanakan sebelum satu-satu kelompok kaunseling itu ditubuhkan. Bagi mengelakkan salah faham mengenai tujuan dan matlamat kaunseling-kelompok dan juga bagi memastikan kaunseling kelompok memberi faedah kepada pelajar, beberapa langkah awal patut diambil seperti berikut: 1. Mengumpulkan maklumat untuk mengenal pasti keperIuan-keperluan pelajar yang memerlukan pertolongan. Sumber-sumber maklumat boleh diperolehi daripada pengetua! guru besar, guru-guru, ibu bapa, fail-fail peribadi pelajar, dan pelajar-pelajar sendiri; 2. Menjalankan aktiviti sebaran untuk menjelaskan mengenai tujuan dan matlamat kaunseling-kelompok serta faedah-faedah yang akan dinikmati secara lang sung oleh pelajar dan secara tidak lang sung oleh sekolah; dan 3. Menyediakan kertas kerja dasar penubuhan kaunseling-kelompok bertujuan menunjukkan bahawa kaunseling kelompok ini amat perIu dikendalikan bagi memenuhi keperluan pelajar, guru-guru, dan sekolah. Kertas kerja dasar ini mestilah lengkap dan terperinci supaya tiada persoalan dan salah tanggapan timbul dari pelbagai pihak. Kertas kerja projek tersebut harus dinilai oleh pengetua dan boleh dijadikan bahan bukti dalam rekod pengendalian perkhidmatan. Langkah-langkah Penubuhan Kelompok Setelah langkah-langkah awal dilaksanakan, maka proses pengendalian beralih ke arah penubuhan kelompok yang hendak dikelolakan. Sekali lagi, beberapa faktor penting harus diambil kira dalam menentukan jenis kelompok; membuat pernilihan ahli bagi satusatu kelompok; dan melaksanakan kaunseling-kelompok dengan berkesan. Pakar-pakar kaunseling kelompok (Ee, 1997; Schmidt, 1999; Zuraidah Abdul Rahman, 1996) menyenaraikan perkara-perkara berikut sebagai asas dalam penubuhan kelompok yang berkesan: Memilih Ahli Kelompok Dalam usaha mernilih ahli kaunseling-kelompok di sekolah, kerjasama dari pengetua, guru-guru, dan ibu bapa adalah sangat penting. Kaunselor perIu mendapatkan pandangan, reaksi, dan maklum balas pihak-pihak tersebut untuk mengenal pasti keperluan-keperluan pelajar yang boleh dibantu dalam kaunseling-kelompok. Bagaimana pun, adalah lebih baik sekiranya kaunselor iru sendiri menemu bual pelajar yang dirujuk atau yang datang sendiri. Malah, menurut Zuraidah Abdul Rahman (1996) dalam etika kaunseling-kelom-

36

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

pok, faktor rnenemu bual sangat diutamakan kerana tujuannya untuk mernahami pelajar; menilai sejauh mana faedah kaunseling-kelompok dapat dinikmati; dan menentukan kelompok mana yang patut ia sertai, Matlamat kaunseling kelompokjuga dapat menentukan kriteria-kriteria ahli yang akan dipilih. Untuk menjamin keberkesanan kelompok adalah lebih baik sekiranya: 1) Ahli-ahli datang secara sukarela; 2) Ahli-ahli adalah homogeneous atau seimbang dari segi umur, tema masalah yang sarna tetapi berlainan peringkat dan latar belakang; dan 3) Ahli-ahli terdiri daripada mereka yang mempunyai rnasalah yang berlainan tetapi bukanlah masalah yang rumit atau kompleks. Bagi masalah yang rumit, kaunseling-individu merupakan jalan penyelesaian yang sesuai. Saiz Kelompok Penentuan saiz kelompok bergantung kepada faktor seperti jenis masalah; umur ahli; pengalaman kaunselor; tempat pertemuan; dan matlamat kelompok. Biasanya, tujuh hingga sepuluh orang ahli dianggap sesuai bagi satu-satu kelompok kerana lebih daripada bilangan tersebut akan menyebabkan kaunseling-kelompok tidak berkesan. lni kerana kelompok yang terlalu ramai akan sukar untuk dikendalikan se1ain mengurangkan interaksi antara ahli. Kekerapan Pertemuan Bagi pelajar-pelajar di sekolah adalah memadai jika sesi kaunseling-kelompok diadakan dua kali seminggu. Ini berujuan untuk mengekalkan minat dan semangat ahli-ahli, Tambahan pula, perkara-perkara yang telah dipelajari pada sesi yang lalu masih boleh diingat kembali. Ahli juga berpeluang mencuba perlakuan barn tersebut di luar kelompok dan boleh memberi dan menerima maklum balas segera daIam sesi berikutnya. Jangka Masa Setiap Sesi Sekiranya keahlian kelompok terdiri daripada pelajar-pelajar remaja sekolah, adalah dicadangkan supaya satu-satu sesi yang dijalankan tidak terlalu lama. Tempoh rnasa satu jam untuk setiap sesi adalah sangat sesuai. Jangka masa yang terlaIu lama akan meletihkan, menghilangkan minat dan tumpuan ahli-ahli, selain mengganggu proses pembelajaran akademik pelajar dan menimbulkan masaIah kepada guru. Jangka Masa Kelompok Kadang kala kaunselor perlu meletakkan bilangan sesi untuk satu-satu kelompok. Bagaimanapun, faktor ini bergantung kepada betapa seriusnya satu-satu masalah yang akan dibincangkan. Sekiranya ahli-ahli ingin belajar kemahiran berkomunikasi, mungkin lima sesi sudah memadai. Bagi masalah yang lebih serius seperti menghadapi keretakan rurnah tangga ibu bapa atau penyalahgunaan dadah, bilangan sesi mungkin meningkat kepada sepuluh atau lebih. Tempat Bertemu Zuraidah Abdul Rahman (1996) mengatakan kaunseling kelompok boleh dijalankan di mana-mana sahaja asalkan tempat itu jauh dari sebarang gangguan. Jika di sekolah, tempat bertemu perlu selesa dan menarik. Biasanya, bilik kaunseling adalah tempat tumpuan utama kerana bilik tersebut dihiasi dan diletakkan tikar atau permaidani. Ini membolehkan ahli-ahli duduk bersila dan suasana tidak formal ini amat terapeutik bagi ahli-ahli kelom-

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

37

pok. Tempat yang arnan dan tenteram akan menggalakkan penyertaan ahli dan melicinkan lagi proses kaunseling-kelompok. Lain-lain Faktor Faktor lain yang perIu diarnbil kira ialah jenis kelompok yang hendak ditubuhkan sarna ada kelornpok terbuka atau kelornpok tertutup. Kelompok terbuka merujuk kepada keahlian bebas serta boleh bertukar-tukar yang dijalankan secara berterusan (Corey & C6iey,I997). Semefitata kelompolctertutup merujuk kepadakeahlian tetap darimula sesi hingga ke akhir sesi dan proses keahlian adalah sistematik iaitu ada pendaftaran dan temu bual. Seterusnya, kornposisi kelompok juga haruslah seirnbang sarna ada keahlian berdasarkan homogeneity atau heterogeneity. Kelornpok homogeneous rnerujuk kepada kelompok berdasarkan peringkat umur sarna ada generasi rernaja atau warga tua; jenis rnasalah seperti ketagihan arak. Sementara kelornpok heterogeneous menggabungkan pelbagai populasi masyarakat dalam satu kelompok. Penentuan komposisi kelompok amat bergantung kepada rnatlarnat asas kelornpok (Corey & Corey, 1997). Di sekolah, adalah lebih baik untuk menggunakan kelompok homogeneous kerana akan menjadikan kelompok lebih seimbang dan mudah dikendali. Pelaksanaan Kaunseling-kelompok Berkesan Sekiranya sernua persiapan dan langkah-langkah awal pengendalian kaunseling-kelompok telah dijalankan, proses pengendalian seterusnya adalah untuk memulakan sesi kaunseling kelompok yang dirancang. Keberkesanan satu-satu kelompok dapat dicapai sekiranya kaunselor dan ahli memahami konsep dan tujuan kaunse1ing-kelompok; prinsip-prinsip kaunseling-kelompok: dan kejayaan rnereka melakukan peranan rnasingrnasing. Dalam soal ini, ZuraidahAbdul Rahman (1996) mengatakan keberkesanan kaunseling-kelompok bergantung kepada keberkesanan proses terapeutik yang wujud di dalam kelompok tersebut. Proses terapeutik ini ditentukan oleh prinsip-prinsip berikut: 1. Suasana demokratik hendaklah diwujudkan oleh kaunselor; 2. Objektif-objektif kaunseling-kelompok perlu diterangkan kepada bakal-bakal ahli; 3. Ahli-ahli yang dipilih harus bersedia berkongsi perasaan, pengalaman dan bersedia untuk berubah; 4. Ahli-ahli hendaklah diingatkan bahawa rnereka adalah bertanggungjawab terhadap kelakuan kelompok mereka; 5. Setiap ahli hendaklah mernelihara kerahsiaan rnaklumat yang dibincangkan di dalam kelompok; dan 6. Matlamat-rnatlarnat jangka pendek (untuk rnembolehkan ahli rnernahami diri dan orang lain) dan matlamat jangka panjang (untuk mernbolehkan ahli rnencapai perkembangan so sial) perlu dijelaskan dan dicapai. Tercapai atau tidak matlamat kaunseling-kelompok amat bergantung kepada kemahiran dan keberkesanan seseorang pemirnpin ke1ompok. Ee (1997) menggariskan sepuluh peranan kaunselor dalarn kaunseling-kelompok yang boleh membantu keberkesanan kelompok antaranya: 1) Sebagai pemudah cara atau fasilitator yang memastikan kelicinan perjalanan sesi kaunseling-kelompok; 2) Mernberi rangsangan serta penghargaan kepada ahli yang sentiasa mencuba serta berusaha; 3) Untuk rnenarik perhatian terhadap peruba-

38

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

han-perubahan positif yang terdapat pada setengah-setengah abli; 4) Menggalakkan sebarang tanda positif yang menuju ke arab penyembuhan dan penyelesaian masalab; dan 5) Menerima hakikat babawa emosi ahli yang dikongsi dapat menambahkan kerapatan dan kesepaduan antara ahli-abli kelompok. Kelompok juga akan berfungsi dengan lebih berkesan sekiranya setiap abli memainkan peranan masing-masing antaranya: 1) Aktif mengambil babagian dengan cara memberi pendapat atau cadangan; 2) Hormat-menghormati sesama ahli; 3) Mematuhi normanorma kelompok seperti tidak datang lambat dan merahsiakan segala perbincangan yang berlangsung di dalam kelompok itu; 4) Mendengar secara aktif masalah yang dikemukakan oleh ahli lain di dalam kelompok dan turut berempati dengannya; dan 5) Bersedia untuk berkongsi masalah dengan menceritakan kepada ahli-ahli lain. Faktor-faktor terapeutik lain yang boleh meningkatkan keberkesanan pengendalian dan perjalanan kaunseling-kelompok antaranya: 1) Suasana yang menolong; 2) Komitmen untuk berubah; 3) Harapan (kepercayaan bahawa perubahan adalah mungkin); 4) Mutu kesepaduan; 5) Kesediaan untuk menanggung risiko dan kepercayaan; 6) Keakraban dan kesepaduan kelompok; 7) Kebebasan untuk mencuba; 8) Kemahiran antara individu; dan 8) Kelucuan (Be, 1997; Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Faktor-faktor ini amat penting dititik beratkan dalam kelompok untuk menjayakan kaunseling kelompok yang dikendalikan. Perlu diingat, kaunseling-kelompok yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah memerlukan bimbingan dan pimpinan yang aktif daripada kaunselor kerana pelajar sedang melalui peringkat perkembangan remaja yang amat kritikal dalam pertumbuhan diri terutama sekali dalam membentuk konsep kendiri (Durkin, 1995). Oleh itu, kaunselor sekolah haruslah seorang individu yang telah mendapat latihan yang secukupnya dalam bidang ini dan menyedari proses terapi yang berlaku dalam kelompoknya. Kaunselor juga harus mengetahui dengan mendalam mengenai perkembangan fizikal dan psikologikal pelajar-pelajar di alam remaja dengan itu ia akan dapat memperkukuh dan merangsang perkembangan ahli-ahli kelompok kaunselingnya. Tanpa pengetahuan yang mendalam, latihan yang cukup serta pengalaman yang luas, pengendalian kaunseling-kelompok berkesan tidak akan dapat dijalankan dan mungkin akan menimbulkan salah tanggap terhadap keseluruhan konsep kaunseling-kelompok. RUMUSAN Penyelesaian masalah secara kelompok bukanlah sesuatu yang baru. Banyak manfaat boleh didapati daripada intervensi kaunseling-kelompok oleh setiap individu mahupun sesuatu kelompok. Apa yang penting ialah kaunselor hams mempunyai kemahiran dalam menentukan individu mana yang lebih sesuai dirujuk kepada kaunseling-kelompok; dan dalam aspek mana keberkesanan kelompok akan membantu individu tersebut. Tiada cara yang khusus untuk menjalankan kaunseling-kelompok kerana ia amat bergantung kepada matlamat, teknik dan peranan pemimpin kelompok menurut teori yang dijadikan as as intervensi. Oleh itu, pengendalian kaunseling-kelompok di sekolah dalam artikel ini hanyalah sebagai cadangan penubuhannya, selain bagaimana kita hams mengendalikan sesuatu kelompok itu dengan berkesan. Diharap cadangan yang telah diutarakan akan menjadikan kaunseling-kelompok lebih difahami masyarakat dan seterusnya diaplikasi sebagai langkah untuk memantapkan lagi pelaksanaan bimbingan dan kaunseling di seko-

Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya

39

lah-sekolah menengah di Malaysia. RUJUKAN Borders, L. D., & Drury, S. M. (1992). Comprehensive school counseling programs: A review for policymakers and practitioners. Journal of Counseling & Development. 70,487-498. Corey, G. (1989). Theory and practice of group counseling (3rd ed.). Pacific Grove, CA: Brooks/Cole. Corey, M. S., & Corey, G. (1997). Groups: Process and practice (5th ed.). Pacific Grove, CA: Books/Cole. Durkin, K. (1995). Developmental social psychology: From infancy to old age. Oxford, UK: Blackwell. Ee, A. M. (1997). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Cet. 2). Shah Alam: Fajar Bakti. Haji Mohd Mansor Abdullah (2003). Profesionalisme dalam kaunseling menjana kesejahteraan insan. Jurnal Kebajikan, 25(2). Dimuat turon Mac 24, 2006, daripada http://www.jkm.gov.my/eng/jurnal Hansen, 1., Warner, R., & Smith, E. J. (1980). Group counseling: Theory and practice. Chicago, IL: Rand. Jacobs, E. E., Harvill, R. L., & Masson, R. L. (2003). Group counseling: Strategies and skills (4th ed.). Pacific Grove, CA: Brooks/Cole. Maslow, A. (1970). Motivational personality (2nd ed.). New York: Harper. Schmidt, J. J. (1999). Counseling in schools: Essential services and comprehensive pro grams. Boston, MA: Allyn. Suradi Salim (1993). Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah sekolah menengah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Zuraidah Abdul Rahman (1996). Pengenalan kaunseling kelompok, Petaling Jaya, Selangor: IBS.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->