900/1

STPM 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 1 SET 3 LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN)
(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006
STPM 900/1 [Lihat sebelah SULIT*

1

1. • Penggubalan piagam pelanggan • Pengenalan rangkaian perkhidmatan awam • Perluasan kemudahan bayaran bil setempat Pernyataan di atas merujuk kepada program-program yang dilaksanakan di bawah A Dasar Penswastaan C Dasar Pandang ke Timur B Dasar Pembangunan Nasional D Dasar Persyarikatan Malaysia 2. Antara berikut yang manakah matlamat yang ingin dicapai melalui Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia? I Meningkatkan pengaliran keluar wang negara melalui pertukaran mata wang asing II Mengurangkan defisit belanjawan kerajaan ke tahap yang selaras dengan pengurusan ekonomi yang berhati-hati III Menghapuskan prasangka bahawa barangan buatan Malaysia tidak bermutu dan barangan yang diimport lebih bermutu IV Memberi sokongan kepada sektor perindustrian tempatan yang menghasilkan barangan yang lebih bermutu untuk dieksport A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Pembangunan Nasional? I Tempoh pelaksanaan selama 20 tahun II Matlamat akhir ialah pencapaian Wawasan 2020 III Rangka asas Rancangan Jangka Masa Panjang Ke-2 IV Pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan kekayaan secara saksama A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Antara berikut yang manakah objektif Dasar Pertanian Negara? I Mengukuhkan ekonomi negara II Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian III Meningkatkan mutu komoditi eksport pertanian IV Menstabilkan dan memantapkan harga keluaran pertanian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Sosial Negara 2003 ? A Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan B Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih C Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi D Memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka panjang dan jangka pendek 6. • Kerjasama antara kedua-dua sektor untuk pembangunan negara • Menggalakkan perkongsian maklumat Dasar yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas ialah A. Dasar Sogoshosha C. Dasar Persyarikatan Malaysia B. Dasar Ekonomi Baru D. Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam 7. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam? I Menstabilkan kewangan negara II Mengukuhkan nilai mata wang negara III Mengatasi defisit dalam belanjawan negara IV Mengawal kadar pertumbuhan ekonomi negara A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

2

8. • Melahirkan masyarakat yang mementingkan nilai kekeluargaan • Mewujudkan masyarakat yang beretika dan mementingkan kerohanian • Mempertingkatkan sumber dan kebolehan kendiri Pernyataan di atas merupakan matlamat A Wawasan 2020 C Dasar Pembangunan Nasional B Dasar Sosial Negara D Rancangan Malaysia Kesembilan 9. Penyelidikan dan Pembangunan ( P&P) untuk mempercepat pemindahan teknologi • Pembangunan sumber manusia yang dinamik dan inovatif • Menyediakan dan memperbaik hubungan antara Malaysia dengan negaranegara lain di dunia melalui kabel di dasar laut dan satelit Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas? A Dasar Urbanisasi Negara C Dasar Telekomunikasi Negara B Dasar Sains dan Teknologi D Koridor Raya Multimedia Malaysia 10. Antara berikut yang manakah merupakan matlamat terakhir Dasar Pendidikan Negara ? A Mencapai perpaduan negara B Menggunakan kurikulum pendidikan yang sama C Mewujudkan Sekolah Bestari di seluruh Malaysia D Mengamalkan kokurikulum yang sama dan bersepadu 11. Antara berikut yang manakah merupakan rancangan tajaan kerjasama ASEAN? I Suruhanjaya Selatan-Selatan II Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) III Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) IV Pusat Pertukaran Data dan Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 12. • Kesatuan Eropah (EU) • Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) • Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Antara berikut yang manakah merupakan persamaan objektif bagi pertubuhanpertubuhan di atas? I Menggalakkan pelaburan asing II Kerjasama ekonomi yang bersifat serantau III Menyatakan pendirian bersama tentang isu-isu ekonomi IV Menyeragamkan tarif perdagangan dan menggunakan mata wang yang sama A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 13. Antara berikut yang manakah benar tentang D-8? I Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur II Ahli-ahlinya terdiri daripada Negara-negara membangun OIC III Bidang kerjasamanya merangkumi pembasmian kemiskinan dan buta huruf IV Keanggotaannya terdiri daripada negara-negara Asia Pasifik yang menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Islam A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV •

3

14. Antara berikut yang manakah benar tentang mesyuarat Asia Eropah (Asia Europe Meeting ASEM)? I Kerjasama dalam bidang ketenteraan dan pertahanan II Keanggotaannya terdiri daripada negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Utara III Memupuk kerjasama dan persefahaman dalam bidang ekonomi, politik dan sosial IV Kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menubuhkan cawangan universiti Eropah di Asia A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15. • G-15 (Kumpulan 15) • G-77 (Kumpulan 77) • Suruhanjaya Selatan-Selatan Antara berikut yang manakah fokus utama yang diberi perhatian oleh pertubuhanpertubuhan di atas ? A Meningkat pembelian barangan import dari negara-negara Barat B Mendapatkan pelupusan hutang negara membangun dari negara-negara maju C Membentuk kerjasama dalam bidang sosial dan politik antara negara-negara anggota D Mewujudkan kerjasama ekonomi serta meningkatkan produktiviti antara negaranegara anggota 16. Berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat dan pengetahuan Menggalakkan kerjasama antarabangsa di kalangan negara anggotanya dalam bidang pendidikan, sains, sosial, kebudayaan dan komunikasi Antara berikut yang manakah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang melaksanakan fungsi di atas? A Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) B Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) C Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu D Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) 17. Berikut ialah pertubuhan-pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia. Padankan peranan X, Y dan Z dengan pertubuhan-pertubuhan berkenaan. Pertubuhan Peranan I Pertubuhan Bangsa-bangsa X Mewujudkan SEANWFZ Bersatu II Komanwel Y Menamatkan isu dasar Aparteid di Afrika Selatan III ASEAN Z Mentadbir operasi pengaman I X Y Z Z II Y Z X Y III Z X Y X • •

A B C D

4

18. Antara berikut yang manakah melibatkan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)? I Membangkitkan isu dadah di PBB II Menjadi pengerusi Majlis Keselamatan PBB III Mengawasi gencatan senjata di Sahara Barat IV Menjadi anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 19. Antara berikut yang manakah yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia ? I Keadaan politik serantau II Gagasan idea pemimpin III Ideologi dan sistem politik sesebuah negara IV Pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 20. Antara berikut yang manakah menyebabkan Malaysia mendesak agar satu reformasi dibuat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)? I Dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar II PBB agak lambat bertindak menyelesaikan sesuatu konflik III PBB sering menemui kegagalan dalam menyelesaikan masalah IV PBB tidak memberi peluang kepada negara anggotanya menyertai beberapa misi antarabangsa A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 21. Antara berikut yang manakah benar tentang sistem Kerajaan Persekutuan? I Segala kuasa pemerintahan dimiliki oleh kerajaan pusat II Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan III Kerajaan negeri melaksanakan kebanyakan pentadbiran negara IV Setiap peringkat kerajaan mempunyai kedudukan dan kuasa masing-masing A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 22. Antara berikut yang manakah badan penggubal dasar di negeri Sabah? A Kabinet Negeri C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri B Majlis Tertinggi D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 23. Memberi nasihat kepada Perdana Menteri tentang hal-hal pentadbiran awam Menyelaras perjalanan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas? A Ketua Setiausaha Negara B Ketua Setiausaha Kementerian C Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam D Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan • •

5

24. Antara berikut yang manakah padanan yang benar? Badan Pentadbiran Ciri-ciri Badan Pentadbiran I Jabatan X Ahli-ahli memegang jawatan selama 1 tahun II Pihak Berkuasa Tempatan Y Badan ini menjalankan tugas di peringkat negeri dan daerah III Badan Tidak Berkanun Z Bebas menjawat kakitangan tanpa merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan I X X Y Y II Z Y X Z III Y Z Z X

A B C D

25. Antara berikut yang manakah benar tentang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ? I Merancang pembangunan bandar dan kampung II Memastikan tanah rezab Melayu dibangunkan dengan sempurna III Memastikan agensi-agensi negeri menjalankan dasar Kerajaan Negeri IV Menjadi penasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam soal-soal pentadbiran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 26. Antara berikut yang manakah benar tentang tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan? I Mengurus pasar dan gerai II Menyediakan perumahan awam III Menyediakan perkhidmatan pembetungan IV Menyediakan dan menyelia tempat rekreasi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 27. Membuat pinjaman dari Bank Dunia dan menguruskan pembayaran hutang negara • Mentadbir peraturan pinjaman Kerajaan Negeri Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas? A Bank Negara Malaysia C Majlis Kewangan Negara B Perbendaharan Malaysia D Kementerian Kewangan Malaysia 28. Antara berikut yang manakah ciri-ciri yang membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran? I Penduduk tinggal berselerak II Penduduk melebihi 100 ribu orang III Perolehan tahunan melebihi 10 juta IV Terdapat pusat pengajian tinggi, hospital, kawasan industri dan pusat kewangan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 29. Antara berikut yang manakah benar tentang Ketua Audit Negara? I Pemecatannya adalah melalui Tribunal II Mengaudit akaun bagi Persekutuan dan Negeri III Membentangkan laporan audit di Dewan Negara IV Saraannya ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV •

6

30. Antara berikut yang manakah memerlukan suara dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja sebelum dipinda? I Keutamaan raja-raja dan Yang di-Pertuan Negeri II Pengambilan tanah bagi maksud-maksud Persekutuan III Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri IV Perezaban kuota mengenai perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 31. Antara berikut yang manakah benar tentang keahlian Dewan Rakyat ? I Menang dengan majoriti mudah II Boleh menjadi ahli Dewan Negara III Umur tidak kurang daripada 30 tahun IV Boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 32. • Peringkat ini paling mustahak • Prinsip-prinsip am rang undang-undang itu dibahaskan. Antara berikut yang manakah merujuk kepada peringkat proses penggubalan rang undang-undang di Parlimen? A Bacaan Pertama C Peringkat Jawatankuasa Seluruh Dewan B Bacaan Kedua D Bacaan Ketiga 33. Antara berikut yang manakah benar tentang pilihan raya bagi Dewan Rakyat di Malaysia? I Parti yang menang majoriti akan membentuk kerajaan II Semua keputusan pilihan raya tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah III Semua pengundi yang layak akan diberi tempoh membuang undi selama dua hari IV Calon yang berjaya memperoleh undi majoriti akan diisytiharkan sebagai wakil rakyat bagi kawasan berkenaan A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 34. Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri ? I Berkuasa menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan II Berkuasa untuk meminda undang-undang Persekutuan yang bercanggah dengan undang-undang negeri III Berkuasa menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama IV Berkuasa menggubal undang-undang yang tidak disebut dalam Senarai Negeri, Senarai Bersama atau Senarai Persekutuan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 35. Antara berikut yang manakah merupakan sumber undang-undang bertulis di Malaysia ? I Akta II Common Laws III Perundangan Subsidiari IV Doktrin Duluan yang Mengikat A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7

36. Antara berikut yang manakah benar tentang Mahkamah Sesyen ? I Boleh menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup II Mendengar rayuan bagi kes-kes yang telah dibicarakan di Mahkamah Majistret III Membicarakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun IV Membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang atau nilai tidak melebihi RM250,000.00 A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 37. Antara berikut yang manakah tujuan siasatan awal bagi sesuatu kes bunuh di Mahkamah Majistret Kelas I dan Mahkamah Sesyen? A Meringankan beban tugas Mahkamah Tinggi B Menyiasat sama ada pihak yang dituduh wajar dibicarakan C Mengumpulkan maklumat awal tentang latar belakang pihak yang dituduh D Menentukan sama ada terdapat prima facie untuk membuat pertuduhan di mahkamah yang lebih berkuasa 38. Antara berikut yang manakah merupakan Jawatankuasa Tetap di Dewan Rakyat dan Dewan Negara ? I Jawatankuasa Ad-hoc II Jawatankuasa Pemilihan III Jawatankuasa Akaun Awam IV Jawatankuasa Peraturan Tetap A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 39. Antara berikut yang manakah tujuan Perundangan Kecil diwujudkan di Malaysia ? A Memperlengkapkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen. B Meringankan beban tugas pihak berkuasa dalam menangani masalah perundangan C Memastikan sesuatu undang-undang yang digubal tidak memihak kepada kerajaan semata-mata. D Membahagikan kuasa membuat undang-undang kepada pihak yang arif mengenai sesuatu perkara. 40. Rayuan terakhir bagi sesuatu kes yang telah dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dan pesalah telah disabitkan kesalahan serta dikenakan hukuman mati adalah kepada A Majlis Privy C Jemaah Pengampunan B Mahkamah Rayuan D Yang Di-Pertuan Agong 41. Antara berikut pelantikan jawatan yang manakah memerlukan rundingan dengan Ketua Hakim Negara ? I Presiden Mahkamah Rayuan II Hakim-hakim Mahkamah Tinggi III Hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan IV Majistret-majistret di Mahkamah Majistret A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8

42. I Pertikaian berlaku antara sebuah negeri dengan negeri yang lain II Puan Lim ingin bercerai dengan suaminya dan mendapat hak penjagaan anaknya III Encik Ahmad menuntut hutang sebanyak RM10,000 daripada Syarikat Tiger Tulen. Padankan kes-kes di atas dengan mahkamah-mahkamah yang mengendali kes-kes tersebut. Mahkamah Persekutuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Sesyen A I II III B I III II C II I III D III II I 43. Antara berikut yang manakah benar tentang Mahkamah Persekutuan ? I Perbicaraan kes-kes perlu didengar oleh sekurang-kurangnya tiga orang hakim II Juri-juri diperlukan dalam perbicaraan kes-kes yang membawa kepada hukuman mati III Keputusan yang dibuat di mahkamah ini boleh dirayu sekali lagi di Mahkamah Rayuan IV Bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 44. Antara berikut yang manakah benar tentang Tribunal Pengguna ? I Pengguna dan penjual boleh diwakili oleh peguam masing-masing II Tribunal Pengguna diwujudkan untuk menjaga kepentingan pengguna dan penjual III Tribunal Pengguna boleh membicarakan kes tuntutan yang tidak melebihi RM10,000 IV Semasa perbicaraan, semua dokumen daripada pembeli dan penjual perlu dibawa sebagai bukti kes A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 45. Mahkamah - Mahkamah Tinggi Kes - Peter lawan pendakwa raya Tuduhan - Mencabul kehormatan gadis bawah umur Keputusan - Bersalah Merujuk kepada penyataan di atas, hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah ialah A hukuman mati C sebat dan penjara B denda dan sebat D denda dan penjara Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah. Jadual 1 :Pasaran Saham dan Tukaran Asing 4 Januari 2005 15 Oktober 2005 832.30 766.18 700.22 411.75 498.46 258.08 2153.18 1295.02 2530.15 1883.37 1059.04 500.10 8756.55 5630.95 17072.82 14973.40 19002.86 15512.32

Pasaran Saham Malaysia Jakarta Bangkok Manila Singapura Seoul Taipei Hong Kong SAR Tokyo

9

46. Negara-negara yang mengalami penurunan pasaran saham yang melebihi 40% sepanjang tempoh yang dinyatakan ialah I Jepun II Korea III Taiwan IV Negara Thai A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 47. Syarikat Panasonic Malaysia telah menghasilkan dua buah model pengisar makanan iaitu model A25 dan model B30. Setiap model A25 memerlukan masa 25 minit untuk dipasang dan 40 minit untuk diuji manakala setiap model B30 memerlukan masa 20 minit untuk dipasang dan 40 minit untuk diuji. Syarikat itu dapat menghasilkan x unit model A25 dan y unit model B30 dalam sehari dan jumlah masa yang digunakan untuk memasang dan menguji masing-masing ialah 28 jam dan 48 jam. Cari jumlah model A25 yang dapat dihasilkan. A 40 buah B 48 buah C 84 buah D 132 buah 48. Encik Mustafa Kamal melabur sebanyak RM40 000 dalam Amanah Saham Bumiputera. Pada tahun pertama beliau menerima dividen 10% dan bonus 5%. Pada tahun kedua beliau menerima dividen 9% dan bonus 4%. Jika beliau tidak mengeluarkan keuntungan pada tahun kedua, berapakah jumlah pendapatan daripada pelaburannya? A RM5200.00 B RM6000.00 C RM11,200.00 D RM11,980.00 49. Encik T membeli sebuah rumah teres satu tingkat di Taiping. Beliau mendapat pinjaman 100% dari sebuah bank. Tempoh bayar balik adalah selama 20 tahun dengan ansuran bulanan sebanyak RM1000.00. Didapati sejumlah 55% adalah dibayar atas faedah bank. Berapakah harga rumah itu ? A RM100,000.00 B RM108,000.00 C RM120,000.00 D RM132,000.00 50. Jumlah Pemilikan Saham : 325,000 unit Harga Belian : RM1.00 seunit Dividen Tahunan : 12.4% Tempoh Pegangan : 3 tahun Kirakan jumlah wang yang diperoleh pada akhir tahun ketiga dengan andaian dividen dan saham tidak pernah dikeluarkan. A RM 365,300.00 B RM 410,597.20 C RM 445,900.00 D RM 461,511.25 Soalan 51 dan 52 berdasarkan Jadual 2 berikut. Jadual 2 : Cukai Keuntungan Perniagaan 2000 Keuntungan Kadar Cukai (%) RM5,000 pertama 4 RM5,000 berikut 6 RM10,000 berikut 10 Jumlah yang berikutnya 13 Catatan: • Pengecualian cukai tambahan (rebat) daripada jumlah cukai yang perlu dibayar ialah 1% • Jika keuntungan kurang daripada RM10,000, pengendalian tambahan sebanyak RM40.00 daripada jumlah cukai yang perlu dibayar diberikan. • Zakat perniagaan dikecualikan daripada jumlah cukai yang perlu dibayar

10

51. Jika Syarikat ABC mendapat keuntungan berjumlah RM30,000 pada tahun 2000, berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar oleh syarikat itu ? A RM 2,000.00 B RM 2,772.00 C RM 2,800.00 D RM 2,828.00 52. Jika Syarikat X YZ memperoleh keuntungan sebanyak RM15,000 pada tahun 2000 dan zakat yang dibayar berjumlah RM200.00. Berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar olehnya ? A RM 790.00 B RM 792.00 C RM 800.00 D RM 990.00 53. Jam di Menara Teluk Intan akan berbunyi 3 kali pada pukul tiga dan 4 kali pada pukul empat. Jam tersebut akan berbunyi 1 kali pada pukul 3.30 dan begitu juga pada pukul 4.30. Pada suatu malam tuan punya Kedai Soon Fatt terjaga daripada tidur dan kedengaran jam berbunyi sekali. Tidak lama kemudian jam tersebut berbunyi sekali lagi. Seterusnya jam tersebut berbunyi sekali lagi. Pukul berapakah tuan punya Kedai Soon Fatt, terjaga daripada tidur ? A 12.00 tengah malam B 12.30 pagi C1.00 pagi D 1.30 pagi 54. Kelas 7B1 mengandungi 40 orang pelajar, 20 orang daripadanya pelajar lelaki. Enam puluh peratus daripada pelajar lelaki berasal dari kawasan luar bandar manakala bakinya dari kawasan bandar. Dua puluh lima peratus daripada pelajar perempuan berasal dari kawasan bandar, manakala bakinya dari kawasan luar bandar. Tujuh puluh lima peratus daripada pelajar lelaki dan semua pelajar perempuan tinggal di asrama. Antara berikut yang manakah benar tentang pelajar-pelajar kelas tersebut ? I Bilangan pelajar lelaki dari luar bandar ialah 12 orang. II Hanya 15 orang pelajar lelaki yang tinggal di asrama. III Sebanyak 5 orang pelajar perempuan berasal dari luar bandar dan semuanya tinggal di asrama. IV Peratusan pelajar perempuan yang tinggal di asrama lebih rendah berbanding dengan peratusan pelajar lelaki yang tinggal di asrama. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual 3. Jadual 3 : Kedudukan Kewangan Sektor Kerajaan Disatukan 2003 - 2005 2003 2004 2005 (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) Akaun Semasa Hasil 107055 112904 115139 Perbelanjaan Mengurus 84163 102291 100170 (Sumber : Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2003 ) 55. Antara berikut yang manakah benar tentang jadual di atas ? I Peratus pertambahan hasil bagi tempoh tahun 2003 - 2005 ialah 2.0%. II Peratus peningkatan hasil bagi tempoh tahun 2003 - 2004 ialah 5.5%. III Peratus perubahan perbelanjaan mengurus bagi tempoh tahun 2004 - 2005 ialah 2.12%. IV Peratus pertambahan perbelanjaan mengurus bagi tempoh tahun 2003 - 2004 ialah 21.5%. A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 56. Antara berikut yang manakah benar tentang pola hasil tahun 2003 hingga 2005 ? A Nilai mutlak menurun peratus perubahan menurun. B Nilai mutlak meningkat peratus perubahan menurun. C Nilai mutlak menurun peratus perubahan meningkat. D Nilai mutlak meningkat peratus perubahan meningkat.

11

Soalan 57 berdasarkan Jadual 4 Jadual 4 : Cukai Tidak Langsung Kerajaan Persekutuan, 2001 – 2003. Tahun 2001 2002 2003 Jenis RM juta % RM juta % RM juta % Duti Eksport 867 4.47 821 3.85 863 3.83 Duti Import 3 193 16.47 3 385 15.86 3 513 15.60 Duti Eksais 4 129 21.29 4 272 20.01 4 349 19.30 Cukai Jualan 7 356 37.93 9 016 42.23 9 286 41.22 Cukai Perkhidmatan 1 926 9.93 2 167 10.15 2 450 10.88 Lain-lain 1 922 9.91 1 686 7.90 2 066 9.17 Jumlah 19 393 100 21 347 100 22 527 100 ( Sumber : Laporan Ekonomi 2003 ) 57. Jika Jadual ini dipindahkan ke dalam bentuk carta pai untuk membandingkan jumlah Cukai Tidak Langsung Kerajaan Persekutuan antara tahun 2001 dengan tahun 2003, nisbah jejari yang sesuai ialah :A 1 : 1.08 B 1 : 1.16 C 1 : 0.97 D 1 : 0.95 58. Seorang pesara telah melabur wang pencennya sebanyak RM80,000 dalam satu perniagaan. Beliau menganggarkan pulangan modal tersebut dapat diperolehnya dalam tempoh tertentu dengan kadar pulangan 18% setahun daripada jumlah modal. Dalam tempoh berapa tahunkah pesara tersebut akan mendapat kembali semua modalnya? A 4 tahun B 5 tahun C 6 tahun D 7 tahun Soalan 59 dan 60 berdasarkan Jadual 5 di bawah Jadual 5 : MALAYSIA : KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2004 HINGGA 2006. 2004 2005 2006 Tahun RM juta RM juta RM juta Hasil 99 397 105 856 115 561 Perbelanjaan Mengurus 91 298 98 244 101 246 Baki Semasa 8 099 7 612 14 315 Perbelanjaan Pembangunan Kasar 28 864 30 511 33 502 Tolak Terimaan Balik Pinjaman 1 346 4 215 744 Perbelanjaan Pembangunan Bersih 27 518 26 296 32 758 Baki Keseluruhan -19 419 -18 684 -18 443 % Kepada KDNK -4.3 -3.8 -3.5 * Tahun 2005 dan 2006 ialah anggaran. 59. Berapakah nilai KDNK pada tahun 2004. A RM 237 098.70 juta C RM 491 684.21 juta B RM 451 604.65 juta D RM 639 953.49 juta 60. Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan berikut ? I Kadar pertumbuhan hasil bagi tahun 2005 dijangka sebanyak 6.5%. II Kadar pertumbuhan baki semasa bagi tahun 2006 dijangka sebanyak 88.1% III Kadar pertumbuhan perbelanjaan mengurus antara tahun 2004 dengan 2006 dijangka sebanyak 3.1%. IV Jika kadar pertumbuhan hasil pada tahun 2004 ialah 7.3% maka hasil pada tahun 2005 ialah RM105 856 juta. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

12

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful