You are on page 1of 20

STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA

Apakah kaedah pengajaran ?.


Setiap orang guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa
mengajar dalam bilik darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar
yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu .

Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah
pengajaran.

Mengajar bahasa merupakan satu amali .Sebagai tugas amali pengajaran

i ) Dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk


melaksanakannya .
ii) Dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi
melaksanakan tugas tersebut.

Oleh itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang
baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan –peraturan atau resipi.
Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi
melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan..

Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa
yang terjadi apabila seseorang pelajar belajar bahasa ataupun guru tersebut
mempunyai satu teori tidak formal tentang cara mengajar bahasa .

Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :


• Pendekatan Deduktif

• Pendekatan Induktif

• Pendekatan Elektif

• Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang


ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru –guru yang
menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka
dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi
contoh-contoh penggunaannya.
Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan
memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh
penggunaanya .

Pendekatan Induktif

Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada


undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi
contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru
menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.

Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan


pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian
berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid
supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

Pendekatan Eklektif

Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk


menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran
dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang
hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid
dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid
kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks
yang hampir sama .

Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan


undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian
memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk
menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam
konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa


mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan system
tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama
membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi
menyampaikan mesej kepada khayalaknya . Kecekapan yang kedua
membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan
khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang
tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .
Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-
murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi
membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan
pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

Soalan :
Cuba banding dan bezakan pendekatan deduktif, induktif,eklektif dan
komunikatif.
Beri contoh-contoh tatabahasa dengan menggunakan pendekatan tersebut.

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah


pengajaran . Di antaranya ialah :

• kaedah Nahu –Terjemahan/ traditional

• kaedah membaca

• kaedah Terus

• kaedah fonetik/linguistic
• Kaedah Eklektif

• Kaedah Audio-Lingual

Kaedah Nahu Terjemahan

Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga


melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif


dan sebaliknya.

3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat


digunakan dalam penulisan.

4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-


buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai
kesusasteraan yang dibaca.

Teknik Mengajar

1 ) Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru


memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan
kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.
2 ) Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam
pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan
makna dalam bahasa kedua.Pelajar –pelajar kemudianya disuruh membuat ayat-
ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan
undang-undang yang dipelajari.

Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki


membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda
atau sebaliknya.

Sifat-sifatnya

1 ) Kaedah ini bersifat deduktif

2 ) Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan.

Kaedah Bacaan

Kaedah bacaan ini merupakan satu “ short cut “ untuk penguasaan bahasa.

Tujuan

1 ) Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.


2 ) Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa
terjemahan.
Teknik Mengajar

1 ) Guru cubamenggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus


itu pelajar dapat membaca bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut
sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola pertuturan yang
simple.

3 ) Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami


teks yang dibaca.
4 Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang
membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan
pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks.
5 Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya
membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja,
katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif
tidak diutamakan.
6 Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan,
pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang
dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan
rangkaikata simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku
teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan.

Kelemahan
1 ) Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan
mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan
membaca.

2 ) Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk
kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat
memahami apa yang dibaca .
3 ) Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks
tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain.ataupun
menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami dan
bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Kaedah Terus

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan
untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.

Tujuan

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran


bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam


masyarakat yang berkenaan.

Teknik Mengajar
1 ) Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar it uterus
dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan
system bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan
ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung.

2) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian,
lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.

3) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar
dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang
tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat .

4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada


kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.

Sifat-sifat

1 Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana


penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam
pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara
mendengar dan bertutur.
2 Pellajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak
diajar.Terjemahan tidak digunakan langsung.
3 Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu
fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan
pengajaran bahasa.

Kelemahan-kelemahan
1 ) Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak
dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur
natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-
murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh
sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

2 ) Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama,
ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain
juga perlu diajar.

3 )Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan


yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka
ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang
sistematik.

Kaedah Kod Kognitif

J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan


pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan.

Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus


bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa adalah
dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak
telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya
dalam jangka masa yang singkat.

Pada umumnya Diller ( 1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai


andaian berikut terhadap bahasa :
1 ) Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-
peraturan.
2 Boleh digunakan untuk berfikir.
3 Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.
4 Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.

Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap


pembelajaran bahasa ( khusus bahasa kedua )

• Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan


leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar.

• Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti


pembelajaran ilmu pengetahuan .

• Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa


daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang
bermakna.

• Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif


yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan
berkembang secara automatic.

Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi


murid –murid memahami rumus-rumus tatabahasa.Ayat –ayat pecahan
digunakan dan huraian unsure-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif.
Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsure-unsur
tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat
digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang
diajar . Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi
imbuhan akhiran – kan dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami
imbuhan transitif dan transitif lokatif. Setelah murid-murid memahami huraian
unsure-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan
peneguhan.

Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar ,


bertutur ,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan
penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar.

Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini


mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa
dalam pengajaran bahasa. Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa
melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah
secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan
ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih
mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa.

Kaedah Oral –Aural ( Dengar –tutur )

Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk
dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan
lisan.Dialog dianggap realistic dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi
dan dialog dijalankan secara realistic dengan memberi perhatian kepada
intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah
sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan
sepenuhnya ,lebih –lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar
itu.

Alat pandang –dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya


dibentuk dalam situasi yang realistic, disertai dengan bahan pandang dengar
yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang
telah sisusun rapi.Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan
secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata
misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks
yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu aalah berdasarkan bukan sahaja
frekuensi tetapi juga kepada gunanya.

Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti


menulis. Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah
dipelajari , dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.

Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )

Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan


pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaiitu :
mendengar , bertutur,membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar
dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan
asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan
pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Kaedah Komunikatif
1) Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang
kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa
mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab
proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan
proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi
kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan
penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan )

2) Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara


yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian
terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses
pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai
makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang
tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah
menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan,
dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya
mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang
diajar.
3) Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian
unsure-unsur bahasa dalam teks dan wacana .
4) Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada
aktiviti latih amal atau latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi
pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan
unsure-unsur tatabahasa yang dilatih tubi.
5) Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa,
dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan
merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang
kepada pelajar-pelajar untuk cubamenggunakan bahasa dalam
situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja
bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan
bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan
pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur
yang dipelajari dalam berbagai konteks.
6) Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti
ini ,pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif
dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru.Tiap-
tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pellajar-pelajar
memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah
dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social
yang diberi.
7) Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan
yang pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan
konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi
digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur
bahasa dalam praakktiviti.
8) Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan
kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara
kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara
abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat
menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu
aktiviti pengajaran.Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid
daripada guru.Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat
untuk belajar.Walau bagaimanapun , guru yang menggunakan
kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung
semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.

Soalan :
Berdasarkan kaedah komunikatif bincangkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang dapat dipraktikkan berpandukan kaedah
ini.
Jelaskan kekuatan kaedah ini berbandingankan dengan kaedah dengar-tutur.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN
Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di
dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia
bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan
segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh
digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat
memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih
bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.

Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan
digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka.

1 ) TEKNIK BERSOAL JAWAB

Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling
popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih
teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk
yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah.
Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman,
mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya.
Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran,
penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan


dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang
digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah
dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa
yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka
sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan
menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru
merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru
ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar.

Soalan:
Cuba beri contoh soalan yang boleh dikemukan kepada pelajar menggunakan
teknik bersoal jawab dalam bilik darjah .

2) TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat
gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan
melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan
dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan
kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang
mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi
kumpulan.

Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil
atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan
masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya.

Aktiviti :
Cuba fikir beberapa contoh aktiviti main peranan yang boleh dilaksanakan
dalam bilik darjah oleh para pelajar .

3) TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI

Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah
lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan
oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang
bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan
secara yang amat berkesan sekali.

Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut :

( a ) Memikirkan bahan yang dipelajari: ini bermaksud pelajar diminta


Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.

( b ) Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih


berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan
pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.
(c) Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya
orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan
yang mungkin berlaku.

(d) Mengingtkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat


terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan
secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia
menjadi lebih kekal.

Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.


Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di
samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan
untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai
sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina
ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.

Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga
mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan
kebebasab berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu,
pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini
amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak
digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang
hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.

Soalan :
i) Bandingkan dan bezakan teknik menghafaz dengan teknik latih tubi
ii ) Beri contoh –contoh aktiviti-aktiiviti latih tubi dalam bilik darjah.
4) TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang


dilaksanakan bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus
mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 )
telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu :

(a) Kenal masalah

Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah


dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam
situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal masalah melalui
perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan yang dapat
dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini
dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
bebas tanpa banyak sekatan .

You might also like