You are on page 1of 13

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK: "PENDEKATAN PROGRAM PAMERAN SAINS DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN KEMAHIRAN PROSES SAINS MURID TAHAP DUA DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH TAMPARULI." OLEH: SAADIAH BINTI SAWADDIN SAW.

SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN KAPA, TAMPARULI. D/A PEJABAT PELAJARAN TUARAN, PETI SURAT 594, 89208, TUARAN SABAH.

KELOLAAN: PANITIA SAINS SK KAPA, TAMPARULI.


Kajian Tindakan Program Pameran Sains

1. Tajuk Program: Pendekatan Program Pameran Sains dalam meningkatkan pemahaman Kemahiran Proses Sains Murid Tahap dua di sebuah sekolah rendah daerah Tamparuli. 2. Nama Penyelidik: Saadiah binti Sawaddin Saw 3. Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Kapa, Tamparuli. 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran: Semasa menyemak buku kerja murid tahun 4, saya amat terkejut kerana mendapati hampir semua murid menghadapi masalah menjawab bahagian B. Mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan kemahiran proses sains seperti membuat hipotesis, mengenalpasti pembolehubah, membuat kesimpulan dan masih juga terdapat murid yang tidak dapat menulis hasil pemerhatian mereka yang selama ini saya rasa soalan ini merupakan di antara soalan yang agak mudah untuk mereka jawab. Hanya 5% murid dapat menjawab sekurang-kurang separuh betul daripada jumlah soalan di bahagian B. Manakala seorang murid pula tidak mendapat markah langsung dalam bahagian B ini. Ini mengejutkan saya kerana selama ini mereka seolah-olah faham apabila saya mengajar dalam kelas dan memberikan respon-respon yang positif. Selain itu, saya juga telah memperkenalkan teknikteknik menjawab soalan sains khususnya dalam bahagian B melalui penggunaan kata kunci. Masalah ini turut dikongsi dan dibuktikan dalam dapatan kajian seperti yang dilakukan oleh German et al. (1996) di mana responden tidak menguasai KPS dengan baik. Dalam kajian Abu Hassan dan Rohana Hussin (2003) pula mendapati tahap penguasaan KPS responden adalah sederhana, sebagaimana dapatan kajian yang dijalankan oleh Tan (1991), Roadrangka (1996) dan Soyibo (2000). Apabila saya bertanya kepada beberapa murid, mereka memberi alasan yang mereka lupa kata kunci yang telah diajar dan terdapat juga murid yang tidak
Kajian Tindakan Program Pameran Sains

faham istilah-istilah sains yang digunakan dalam pembinaan soalan bahagian B. Seorang pelajar pula menyatakan soalan sains di tahun empat lebih sukar berbanding soalan-soalan sains tahap 1, kerana semua soalannya tidak melibat Kemahiran Proses Sains. Sedangkan umum mengetahui bahawa kemahiran saintifik adalah asas yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Ini turut disokong oleh Abu Hassan (2001), yang menyatakan kemahiran saintifik adalah merupakan asas penting dalam proses pengajaranpembelajaran yang berteraskan 'belajar melalui pengalaman' sebagaimana yang dituntut dalam sains KBSM. Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek kemahiran saintifik, pelajar tidak dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan yang berkesan. Selepas itu, saya memeriksa pula buku kerja murid-murid tahun lima dan enam. Saya dapati hasilnya tidak jauh berbeza, di mana hanya 13% murid dapat menjawab sekurang-kurangnya sebahagian soalan bahagian B. Walaupun hasilnya masih tidak memberangsangkan tetapi sekurang-kurangnya hasil jawapan mereka lebih baik dari murid-murid tahun empat. Manakalah murid tahun enam pula hampir kesemuanya dapat menjawab sekurang-kurangnya sebahagian soalan bahagian B. Ini mungkin disebabkan murid tahun enam sudah terlatih dalam teknik-teknik menjawab soalan melalui kata kunci, selain menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan di sekolah untuk persediaan UPSR 2012. Dengan ini, saya mendapati bahawa tahap pemahaman Kemahiran Proses Sains murid -murid di sekolah saya agak merisaukan. walaupun murid-murid tahun enam dapat menjawab soalan di bahagian B dengan baik namun pemahaman mereka masih membimbangkan. Saya ada bertanya dengan beberapa murid tahun enam, dan mendapati mereka dapat menjawab soalan dengan berpandukan kata kunci yang telah diajar namun mereka tidak dapat menyatakan apakah tujuan atau rasional setiap kemahiran ini perlu dikenalpasti dalam tugasan amali Sains, dalam era globalisasi dan masyarakat berteknologi tinggi yang semakin kompleks, banyak keputusan dibuat memerlukan pendekatan inkuiri sains bagi menghasilkan sesuatu penyelesaian. Justeru, pelajar perlu mempelajari bukan setakat fakta tetapi menguasai kemahiran proses sains demi

Kajian Tindakan Program Pameran Sains

mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka secara analitik dan lebih berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Tobin dan Capie, 1982). Menurut Kuhn (1993) dalam Abu Hassan dan Rohana Hussein (2003) kemahiran proses sains bukan sahaja bertindak sebagai penyokong untuk aktiviti inkuiri-penemuan, malah ia memainkan peranan penting dalam membezakan dan mengkoordinatkan teori dan bukti. Melalui pendekatan ini, pelajar berpeluang menggabungkan pengetahuan saintifik, proses dan kemahiran berfikir untuk memahami sesuatu konsep. Kajian yang dijalankan oleh Wellington (1989) mendapati penguasaan kemahiran proses sains adalah lebih tinggi dari segi intelek berbanding dengan penguasaan fakta dan prinsip sains. Apabila pelajar telah menguasai kemahiran proses sains, mereka boleh mencari jawapan serta membentuk idea atau konsep sendiri mengenai sebarang fenomena sains. Ini turut disokong oleh dapatan Kamisah Osman, Zanaton Hj Iksan dan Lilia Halim (2007), yang mendapati terdapat peningkatan penguasaan kemahiran proses sains di kalangan pelajar Tingkatan Empat aliran sains. Ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam semua kategori kemahiran proses sains bersepadu yang dikaji setelah pelajar menjalani program Penilaian berasakan Kerja Amali (PEKA) yang turut menekankan kerja amali sains sebagai salah satu instrumen penilaian amali yang seakan-akan sama dengan program yang bakal dilaksanakan iaitu Program Pameran Sains. Hasil perbincangan dengan beberapa guru sains juga mendapati mereka menghadapi masalah yang sama. Murid boleh menjawab soalan Kemahiran Proses Sains tetapi untuk memahami dan mengaplikasi dalam kehidupan seharian mereka dilihat agak sukar. Mereka berpendapat mengajar murid menjawab menggunakan teknik kata kunci lebih penting kerana mereka dinilai dari keputusan peperiksaan dan bukan nilai pemahaman murid itu sendiri. Saya berpendapat masalah ini timbul disebabkan murid tidak faham apa keperluan mengenalpasti setiap Kemahiran Proses Sains ketika melakukan amali sains. Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia yang begitu menekankan peperiksaan (exam- oriented), atau mementingkan kuantiti berbanding kualiti
Kajian Tindakan Program Pameran Sains

menyebabkan masalah ini semakin berterusan. Guru terpaksa menghabiskan sukatan dan kemudian hanya bertumpu kepada teknik menjawab soalan agar murid dapat lulus dalam peperiksaan khususnya UPSR. Dalam masa yang sama guru mengabaikan pemahaman murid terhadap Kemahiran Proses Sains ini. Ini disokong oleh Norjoharudeen (1996), menyatakan bahawa amalan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan tidak menyediakan persekitaran yang kondusif ke arah pembudayaan serta literasi sains seperti mana yang diharapkan. Seperti yang banyak dilaporkan, penekanan diberikan kepada menjawab soalan peperiksaan dalam kebanyakan sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Dalam pada itu, guru turut tertekan kerana perlu menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dalam kerangka masa persekolahan. Ini menyebabkan mereka mengutamakan penguasaan pengetahuan konsep-konsep sains dan mengurangkan penekanan pembentukan ke atas aspek-aspek pembelajaran sains yang lain seperti penguasaan kemahiran saintifik. Pengajaran sains masih mengekalkan pemindahan fakta tanpa berusaha untuk mengamalkan kaedah inkuiri serta lainlain pendekatan pengajaran yang melibatkan pelajar aktif dalam pembelajaran meskipun kaedah tersebut telah dibuktikan boleh memupuk minat pelajar untuk mempelajari sains sekaligus menanam sikap saintifik yang positif dalam diri mereka yang seterusnya membawa peningkatan pencapaian pelajar (Chiappetta, Koballa dan Collette, 1998). Masalah ini juga mungkin disebabkan kaedah mengajar guru yang masih tidak dapat membantu murid dalam penguasaan KPS ini. Menurut Rasyidah (2002), guru-guru yang mengamalkan pengajaran secara tradisi lebih gemar menjalankan pengajaran secara sehala di dalam kelas. Berdasarkan masalah ini, timbul pelbagai kesan kepada pelajar seperti kesukaran menguasai proses pembelajaran, bersikap pasif dan kehilangan minat terhadap mata pelajaran yang diajar oleh tenaga pengajar (Atan Long, 1991 dalam Amiza et al, 2011). Terdapat juga kajian menyatakan bahawa 'talk with a teacher' memberi peluang timbul pemahaman murid ataupun membolehkan pemahaman itu gagal. Tidak cukup dengan hanya guru menukar kaedah mengajar dari 'transmissvie'
Kajian Tindakan Program Pameran Sains

kepada Konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran sains, tanpa mengambil kira kesan komunikasi terhadap pemahaman murid ( Morton, 2011). Ini menunjukkan bahawa teknik komunikasi guru dalam bilik darjah juga memainkan peranan yang penting dalam pemahaman pengajaran dan pembelajaran sains selain dari memberikan aktiviti hands-on kepada murid-murid. Jika masalah ini tidak saya atasi, saya rasa bersalah kerana bakal melahirkan murid yang tidak berkualiti dan hanya belajar untuk lulus sahaja tetapi tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka ke kehidupan seharian mereka. Sekurangkurangnya saya mahu apa yang saya ajar boleh membantu mereka memahami fenomena semulajadi sekaligus menjadikan ia suatu pembelajaran yang bermakna bagi mereka. 5. Isu Keperihatinan / Fokus Kajian Selepas mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran sains tahap dua, maka saya fokuskan kajian ini kepada masalah pemahaman Kemahiran Proses Sains (KPS) murid tahap dua. Murid saya menghadapi masalah menjelaskan apa fungsi mengenalpasti KPS. Mereka banyak bergantung kepada kaedah penggunaan kata kunci untuk membimbing mereka menjawab soalan bahagian B. Di antara kelemahan-kelemahan murid-murid saya ialah: tidak faham istilah-istilah sains terutamanya murid tahun empat. tidak dapat membezakan pembolehubah yang dimalarkan, dimanipulasi dan bergerakbalas. tidak dapat membuat hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah yang bergerakbalas (hipotesis). tidak dapat menjawab dengan baik soalan yang melibatkan proses membuat kesimpulan. Dengan membantu murid-murid saya memahami keperluan mengenalpasti setiap KPS, diharap mereka akan dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang KPS seterusnya dapat mengaplikasi pengetahuan mereka ke dalam kehidupan seharian mereka. Ini selaras dengan perkembangan kognitif (Piaget,1964) yang menyatakan bahawa pelajar yang berada dalam operasi formal dapat menguasai

Kajian Tindakan Program Pameran Sains

pemikiran abstrak dalam kemahiran proses sains bersepadu dengan syarat pelajar tersebut telah menguasai sepenuhnya kemahiran asas sains, iaitu kemahiran memerhati, mengelas, menginferens, meramal, berkomunikasi, mengukur menggunakan nombor dan menggunakan ruang dan masa. Saya juga berharap kajian ini dapat membantu murid saya lulus dan meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan, dan dalam masa yang sama mengekalkan prestasi keputusan UPSR Sains 100% dari semasa ke semasa. Selain daripada membantu murid, saya juga mencari satu kaedah atau strategi yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran sains khususnya dalam pelaksanaan amali sains. saya mahu murid saya belajar dengan seronok, berminat dan dalam masa yang sama faham apa yang diajarkan. Menurut teori yang dikemukakan oleh Piaget (1964), strategi bilik darjah yang memberi peluang pelajar berinteraksi dengan aktiviti 'hands-on' dan 'student directed research' akan memberi kesan kepada penguasaan kemahiran proses sains yang lebih konkrit. Oleh itu, bersesuaian dengan program Pameran Sains yang bercirikan 'hands-on' sains dalam meningkatkan lagi penguasaan kemahiran proses sains khususnya bagi murid-murid tahap dua di Sekolah Kebangsaan Kapa, Tamparuli.

6. Objektif Tindakan Selepas tindakan ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif umum Meningkatkan pemahaman murid tentang Kemahiran Proses Sains (KPS) semasa menjalani amali sains. ii. Objektif khusus Murid dapat menjawab sekurang-kurangnya sebahagian dari soalan bahagian B. Murid dapat menyatakan apa tujuan mengenalpasti pembolehubahpembolehubah ketika melaksanakan amali sains. Murid dapat mengenalpasti pembolehubah yang dimalarkan, dimanipulasi dan bergerakbalas.

Kajian Tindakan Program Pameran Sains

Murid dapat menyatakan hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah yang bergerakbalas (hipotesis). Murid dapa membuat kesimpulan hasil dari amali yang mereka lakukan.

7. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 56 Orang murid tahap 2. Murid tahun empat seramai 19 orang, tahun lima seramai 15 orang dan tahun enam seramai 22 orang. 8. Tindakan Yang Dicadangkan i. Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seeprti yang berikut: Membuat rujukan dokumen ke atas buku kerja murid dan fail-fail Pentaksiran PEKA (Penilaian Kemahiran Amali) untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar khususnya soalan-soalan yang melibatkan Kemahiran Proses Sains. Menemubual lima orang murid tahap dua dan dua orang guru sains bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dan guru dalam menguasai dan mengajar KPS mengikut persepsi masingmasing.

ii.

Program Pameran Sains Daripada perspektif pedagogi, sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan guru mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif seperti membenarkan pelajar membuat aktiviti secara hands-on, membuat amali dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri. Merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran di Malaysia, pendekatan ikuiri

Kajian Tindakan Program Pameran Sains

merupakan pendekatan yang ditekankan yang mana melalui pendekatan ini pelajar dikehendaki mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Menurut Harlen (1996), dalam Kamisah et al. (2007), pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri memerlukan pelajar yang mempunyai sikap saintifik tertentu seperti ingin tahu (curiosity), jujur dan tepat dalam merekodkan dan mengesahkan data (respect evidence), berfikiran terbuka (willingness to change ideas) dan berfikiran kritikal (critical reflection). Antara aktiviti yang diadakan ialah seperti mengadakan pameran untuk memupuk kesedaran dan minat dalam sains, memperkenalkan mata pelajaran sains kepada pelajar Tahun Satu mulai 2002 dan melonggarkan syarat kemasukan ke aliran sains (Hani, 2001). Pameran Sains merupakan satu program yang melibatkan aktiviti hands-on yang aktif dalam melakukan amali sains. Murid diminta menjalankan sendiri amali sains, dan mengenalpasti tiap KPS yang terlibat. Ini turut disokong oleh Prof Felder dalam Amiza et al. (2011) menekankan strategi-strategi yang beliau gunakan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang diantaranya adalah penglibatan pelajar secara aktif semasa kuliah dan keperluan bekerja secara berkumpulan di dalam suasana yang selesa semasa kuliah. Hasil kajian beliau menunjukkan kebanyakan pelajar adalah "sensing learners" iaitu mereka suka kepada perkara-perkara yang benar-benar berlaku disekeliling mereka dan tidak menunjukkan minat sekiranya pengajar tidak mengaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan sebenar. Cara Pelaksanaan Guru meminta murid-murid tahap dua ( tahun lima dan enam) untuk bersedia memilih tajuk yang ingin dikaji dan diuji.

Kajian Tindakan Program Pameran Sains

Murid diminta menyediakan perancangan dari segi radas dan bahan yang diperlukan serta nota-nota penerangan yang perlu mereka berikan kepada peserta lain. Guru menyediakan borang amali yang perlu diisi oleh peserta sebelum dan selepas bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap KPS yang terlibat dalam ujikaji yang setiap kumpulan lakukan. Guru menganalisis hasil murid (borang amali) iii. Maklumbalas Guru meminta maklum balas murid mengenai Program Pameran Sains bagi mengetahui pendapat mereka mengenai program tersebut dan apakah ianya dapat meningkatkan peningkatan dalam pemahaman KPS mereka.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian BIL 01 02 AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN Mengenalpasti masalah dan pengumpulan 06.10.2012 data. Menulis kertas cadangan / proposal kajian. 08.10.2012-15.10.2012

Kajian Tindakan Program Pameran Sains

10

03 04 05 06

Merancang Tindakan (Panitia Sains) Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 Membincangkan masalah dalam tindakan 1 (guru-guru sains)

09.10.2012 10.10.2012

yang timbul 15.10.2012

Perancangan dan persediaan pelaksanaan 27-29.10.2012 program dan pengumpulan data dari 30.10.2012 31.10.2012 01.11.2012 02.11.2012 03.11.2012 semasa ke semasa

07 08 09 10 11

Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 Melaksanakan tindakan - aktiviti 3 Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian

10. Kos Kajian BIL 01 02 03 JENIS BAHAN Kertas A4 Kertas Sijil Perbelanjaan percetakan dan Fotostat JUMLAH KESELURUHAN RM 152.00 KUANTITI HARGA SEUNIT 1 X RM 10.00 56 X RM 2.00 RM30.00 X JUMLAH KOS RM 10.00 RM 112.00 RM 30.00

RUJUKAN Abu Hassan bin Kassim. 2001. Pendidikan Amali Sains: kemahiran Saintifik. UTM, Skudai. Abu Hassan bin Kassim dan Rohana bte Hussin. 2003. Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar
Kajian Tindakan Program Pameran Sains

11

tingkatan empat daerah Johor Bahru. Kertas Kerja dibentang dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan 2003, anjuran Fakulti Pendidikan, UTM, di Hotel Puteri Pan Pacifik, pada 19 hingga 21 Oktober 2003. Amiza Bt Yaman, Noremy Bt Che Azemi dan Fadzlida Bt Shamsudin. 2011. Kesediaan Pensyarah dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Pendekatan Outcome Baded Education (OBE) Di Politeknik Port Dickson. Journal of Science and Mathematics Education Volume 4, page 62-80/ ISSN: 2231 - 7368 Chiappeta, E. L. 1994 . Science instruction in the middle and secondary schools. New York: Macmillan. Duncan, A., & Dunn, W. (1991). What primary teachers should know about assessment. Germann, P.J., Aram, R. dan Burke, G. 1996 . Identifying patterns and relationship among the response of seventh-grade students to the science process skills of designing experiments. Journal of Research in Science Teaching. 33, 79-99. Germann, P.J., Aram, R. dan Burke, G. 1996. Students performance in asking questions identifying variables and formulating hypotheses. School Science and Mathematics. 96, 190-201. Hani Ismail. 2001. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar menengah rendah dalam mata pelajaran sains. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamisah Osman, Zanaton Hj Iksan dan Lailia Halim. 2007. Sikap terhadap sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32.pp.39-60. ISSN 0126-6020/2180-0782 Morton, T. 2011. Classroom talk, conceptual change and teacher reflection in bilingual science teaching, Teaching and Teacher Education. 1-10

Kajian Tindakan Program Pameran Sains

12

Piaget, J. 1964. Cognitive development in children: Development and learning. Journal of Research in Science Teaching. 2:176-186. Rasyidah bte Sulong. 2002. Pembelajaran Berpusatkan Mata Pelajaran senireka Fesyen Bagi Kursus Seni Reka Fesyen Di Politeknik Johor Bahru. KUiTTHO: Tesis sarjana Pendidikan. Roadrangka, V., Muhd Nor bin Ahmad dan Said Manap. 1996. Science process skills performance among students in Malaysia, the Philippines and Thailand. Penang: SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics. Sayibo,K. 2000. An analysis of Jamaican high school students integrated science process skills performance. Kertas kerja dibentang dalam mesyuarat tahunan National Association for Research in Science in Science Teaching. New Orleans. Tan, L.T. 1991. Menyiasat Tahap Kemahiran-Kemahiran Proses Sains Bersepadu Di Kalangan Pelajar Tahun 1 UTM dan Kesan Kursus Amali Yang Diikuti. UTM: Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Tobin, K.G. dan Capie, W.1982. Relationship between formal reasoning ability, focus of control, academic engagement and integrated process skills achievement. Journal of Research Teaching. 19, 113-121 Wellington, M. (1989). " Skills and Processes in Science Education: A Critical Analysis. London and New Year: Routledge.

Kajian Tindakan Program Pameran Sains

13

You might also like