You are on page 1of 10

Topik9 Kemudahan

dan Perkhidmatan Awam

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Mengenal pasti alat perhubungan dan pengangkutan awam; Menerangkan cara penggunaan alat perhubungan dan pengangkutan awam; Menjelaskan kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan awam; dan Menjelaskan institusi dan perkhidmatan masyarakat.

PENGENALAN

Rajah 9.1: Perkhidmatan awam seperti bomba, polis dan sebagainya adalah penting untuk diperkenalkan kepada murid-murid khas

TOPIK 9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

109

Topik 9 ini akan memberi peluang kepada anda untuk mengetahui perkaraperkara yang perlu disampaikan kepada murid-murid khas berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan awam. Murid-murid berkeperluan khas perlu diperkenalkan kepada kemudahan dan perkhidmatan awam yang ada di sekeliling mereka. Ia sangat penting kepada mereka kerana dengan adanya kemudahan dan perkhidmatan awam, mereka dapat berhubung dan berkomunikasi dengan keluarga dan masyarakat. Mereka juga dapat menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk, bencana atau musibah yang tidak diduga. Kemudahan awam dan perkhidmatan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan bukan sahaja untuk kesenangan dan faedah orang ramai, malahan untuk kepentingan kanak-kanak khas juga.

9.1

PENGANGKUTAN AWAM

Murid-murid khas perlu diperkenalkan oleh guru dengan pelbagai jenis alat perhubungan dan pengangkutan awam yang disediakan di negara kita ini. Alat perhubungan atau perkakas komunikasi yang disediakan di negara ini merangkumi jalan raya, perkhidmatan pos dan telefon. Manakala pengangkutan awam pula merangkumi perkhidmatan bas, tren, teksi dan kapal terbang. Anda perlu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada murid-murid khas untuk menggunakan kemudahan dan perkhidmatan awam yang ada semaksimum mungkin. Melalui didikan tersebut, mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan dunia luar tanpa memerlukan bantuan ahli keluarga sepanjang masa. Dengan kata lain, murid-murid ini dapat berdikari dalam kehidupan mereka sendiri.

9.1.1

Cara Menggunakan Alat Perhubungan Dan Pengangkutan Awam

Selepas anda memperkenalkan alat-alat perhubungan serta pengangkutan awam kepada murid-murid khas, anda perlu memaklumkan kepada mereka tentang cara-cara menggunakan kesemua alat perhubungan dan pengangkutan awam tersebut. Murid-murid khas juga harus dipupuk dengan sikap menyayangi harta benda awam serta menjaga harta awam untuk kesejahteraan dan kesenangan bersama. (a) Alat perhubungan Dalam era globalisasi yang serba canggih ini, terdapat pelbagai infrastruktur dan prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan rakyat berhubung, berkomunikasi serta berinteraksi di antara satu sama lain. Walaupun berada jauh di mata atau terpisah oleh lautan tetapi kita masih dapat berhubung di antara satu sama lain dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan serta bermasyarakat. Alat

110

TOPIK9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

perhubungan awam yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia terdiri daripada telefon awam, kemudahan pos atau telegram, jalan raya, bas, teksi dan juga tren. (i) Telefon awam Kemudahan komunikasi secara terus ini banyak disediakan di tempat-tempat awam seperti di kaki lima bangunan, di pasar raya, di kawasan perumahan, stesen bas dan lain-lain lagi. Kemudahan ini amat popular di kalangan orang ramai kerana mereka dapat berhubung dengan orang yang dikasihi melalui luahan kata atau berbicara. Selain daripada itu, kemudahan ini juga perkhidmatan yang murah dan mudah digunakan. menawarkan

(ii)

Kita hanya perlu mengangkat gagang telefon, masukkan wang syiling atau kad pra-bayar dan dail nombor yang ingin dihubungi. Akhirnya, kita dapat berbual dengan insan yang dirindu.

Pos atau telegram Kemudahan pos dan telegram merupakan kemudahan yang telah lama wujud di negara kita. Bagi murid-murid khas yang suka menulis, mereka boleh berhubung dengan keluarga atau rakan dengan utusan surat melalui pos. Sebelum itu, mereka juga harus diperkenalkan dengan pejabat pos yang menguruskan kiriman surat yang akan mereka tulis. Murid-murid khas ini perlu diberi panduan untuk menulis surat dan mengirimkannya dengan cara yang betul Surat yang hendak dikirim perlu dilekatkan setem dan dihantar ke pejabat pos terlebih dahulu untuk urusan penghantaran

(iii) Jalan raya Kemudahan perhubungan seterusnya pula ialah jalan raya. Secara umumnya kita tahu bahawa jalan raya merupakan salah satu alat perhubungan yang penting kepada rakyat Malaysia. Banyak peruntukan yang telah dilaburkan untuk menyediakan kemudahan ini supaya rakyat dapat berhubung dari satu tempat ke tempat yang lain dengan selamat dan selesa. Kemudahan ini juga turut meliputi pembinaan lebuh raya, jejantas dan lampu isyarat.

TOPIK 9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

111

Lebuh raya dibina oleh kerajaan dengan harapan rakyat dapat berada di sesebuah destinasi dalam masa yang lebih singkat berbanding penggunaan jalan raya biasa yang mengambil masa lebih panjang. Jejantas pula dibina untuk keselamatan pejalan kaki yang menyeberangi jalan raya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang melibatkan pejalan kaki. Selain itu, turut disediakan kemudahan lampu isyarat untuk kegunaan lalu lintas di jalan raya. Kemudahan ini dapat mengawal situasi perjalanan kenderaan agar berjalan lancar dan mengelak dari berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh sebab itu, kanak-kanak khas perlu diberikan pendidikan keselamatan di jalan raya dan guru-guru perlu mendidik mereka agar sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya.

Rajah 9.2: Pelajar-pelajar khas mesti diajar tentang cara-cara bagaimana untuk melintas jalan

(iv) Bas Perkhidmatan bas awam merupakan salah satu pengangkutan awam yang menghubungkan satu tempat, daerah dan negeri. Ia adalah sistem pengangkutan yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Tambangnya yang murah dan berpatutan dengan kadar jarak menjadi pilihan utama orang ramai. Dengan adanya perkhidmatan pengangkutan ini, masalah kesesakan jalan raya dapat ditangani. Selain itu, bas awam juga telah dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa dan berhawa dingin. Perkhidmatan bas juga menyediakan perkhidmatan laluan perjalanan yang luas, efisien dan kondusif.

112

TOPIK9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

(v)

Teksi Perkhidmatan teksi pula digunakan oleh individu yang tidak suka bersesak-sesak di dalam bas awam. Walaupun tambangnya agak mahal sedikit berbanding bas, namun ia tetap menjadi pilihan umum kerana keselesaan yang diperoleh sepanjang perjalanan. Perkhidmatan teksi juga membolehkan seseorang penumpang menerima perkhidmatan dari pintu rumah ke destinasi pilihannya. Penumpang teksi tidak perlu bersusah payah mendapatkan perkhidmatan yang mereka perlukan dalam kesesakan orang ramai atau menunggu terlalu lama untuk ke sesuatu tempat. Tambahan pula, perkhidmatan teksi menawarkan alternatif pengangkutan selesa terutama di luar waktu puncak dan ketika cuaca buruk.

(vi) Tren Perkhidmatan rel atau tren ini merupakan perkhidmatan yang lebih canggih, cepat dan cekap. Sistem rel bandar yang disediakan sentiasa dipertingkatkan bagi mengoptimumkan potensi sistem rel sebagai tulang belakang perkhidmatan awam. Perjalanan penumpangnya juga lebih berkesan serta menyediakan perkhidmatan bersepadu yang selamat dan cekap. Perkhidmatan tren yang disediakan ialah KTM Komuter, Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan KL Sentral dan KLIA, Transit Aliran Ringan Star LRT menghubungkan Ampang dan Sri Petaling dan Putra LRT yang menghubungkan Gombak ke Kelana Jaya serta Monorel (People-Mover Rapid Transit) yang beroperasi di kawasan tumpuan ramai di sekitar Kuala Lumpur.

AKTIVITI 9.1 Bincangkan dalam kumpulan anda, kepentingan melatih cara-cara penggunaan alat-alat perhubungan dan pengangkutan awam kepada pelajar-pelajar berpendidikan khas. Juga, kenal pasti kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

TOPIK 9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

113

9.2

PERKHIDMATAN AWAM

Penyediaan kemudahan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja menggambarkan perubahan permintaan masyarakat, malahan merupakan penunjuk kepada pembangunan dan taraf hidup masyarakat. Murid-murid khas terutamanya perlu mengenali perkhidmatan awam yang telah disediakan untuk semua golongan atas semua kelas masyarakat. Para guru memainkan peranan penting dalam mengetengahkan topik ini kepada murid-murid mereka. Kita akan melihat beberapa perkhidmatan awam yang ada di negara kita seperti kemudahan kesihatan, pendidikan, pertahanan, perpustakaan dan juga tempat ibadat. (a) Kemudahan kesihatan (i) Kemudahan kesihatan merangkumi hospital, klinik kesihatan dan klinik desa (ii) Kemudahan ini disediakan mengikut hierarki di peringkat negeri, daerah dan tempatan

(iii) Dasar perlaksanaan adalah untuk menggalakkan dan menjamin masyarakat sihat dari segi fizikal dan mental (iv) Kemudahan kesihatan digunakan untuk menyalurkan perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan (v) Orang ramai juga akan menerima perkhidmatan daripada para doktor, jururawat dan pembantu perubatan apabila menggunakan kemudahan kesihatan

(b)

Kemudahan Pendidikan (i) Kemudahan pendidikan pula meliputi Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika), Pra-sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Vokasional, Sekolah Teknik dan Institusi Pengajian Tinggi (ii) Pada masa ini murid-murid diberikan pelbagai keistimewaan oleh pihak kerajaan agar dapat meneruskan pendidikan ke tahap lebih tinggi dengan adanya kemudahan seperti: Semua murid diberikan pinjaman buku teks tanpa mengira status ekonomi mereka Yuran peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dimansuhkan Yuran khas juga turut ditiadakan Pinjaman pendidikan dan biasiswa turut diberikan kepada penuntut-penuntut di IPT dan lain-lain lagi

114

TOPIK9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

(c)

Kemudahan pertahanan seperti polis (i) Penubuhan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah berdasarkan fungsi dan hierarki yang mengutamakan kepentingan keselamatan dan keamanan masyarakat setempat. Perkhidmatan ini juga ditubuhkan kerana faktor kadar peningkatan jenayah dan trend jenayah bagi sesuatu kawasan (ii) Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia

(iii) Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis di seluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Polis Republik Nasional Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai Police Department), Polis Diraja Brunei dan Polis Republik Singapura (Singapore Police Force) (iv) Fungsi PDRM adalah: Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah Menyiasat kegiatan pengedaran dadah pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket

Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersamasama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Selam Tempur Berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Merangkumi sebahagian besar daripada operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap

TOPIK 9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

115

Pasukan Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram Sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara

(d)

Kemudahan bomba dan penyelamat (i) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berperanan menyediakan perkhidmatan kebombaan dan menyelamat masyarakat (ii) Jabatan ini mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan

(iii) Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh Perkhidmatan Bomba adalah seperti berikut : Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawalseliaan yang sempurna Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana

(e)

Perpustakaan Awam (i) Perkhidmatan perpustakaan awam yang disediakan dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dengan kerjasama Kerajaan Tempatan Peranan dan fungsi perpustakaan awam: Menyediakan koleksi buku ilmiah dan am, majalah dan surat khabar untuk menjadi bahan bacaan awam Menyediakan perkhidmatan pinjaman, rujukan dan bilik bacaan kepada orang awam Menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat orang awam mengunjungi perpustakaan dan menyedarkan masyarakat akan peranan dan tujuan perpustakaan ditubuhkan

(ii)

116

TOPIK9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

Untuk meningkatkan tahap cerdik-pandai cendekiawan di kalangan masyarakat setempat

dan

golongan

Menyediakan fail-fail, rekod koleksi buku, rekod keahlian dan bahan bacaan lain serta statistik perpustakaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemajuan perpustakaan untuk faedah umum Menyediakan pinjaman bahan bacaan dan rujukan kepada orang awam Menyediakan tempat membaca yang bersih, selesa dan selamat kepada orang awam

(f)

Tempat Ibadat (i) Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara Islam, namun dalam sebuah negara demokrasi, penduduknya yang berbilang kaum bebas mengamalkan ajaran agama yang mereka anuti (ii) Kerajaan bukan sahaja menyediakan surau dan masjid untuk rakyatnya yang beragama Islam, malahan turut didirikan gereja, kuil dan tokong untuk penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh

(iii) Tempat-tempat ibadat ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat untuk bersembahyang dan beragama, tetapi fungsi telah diperluaskan dengan pelbagai kemudahan. Di antaranya: Aktiviti majlis ilmu diadakan sama ada seminggu sekali atau lebih daripada itu Menjalankan aktiviti-aktiviti sosial lain seperti menyediakan tapak untuk menjalankan perniagaan Digunakan untuk tujuan pendidikan akademik seperti mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid atau pelajar sekolah pada hari minggu dan pada waktu cuti persekolahan Sebagai tempat mengadakan ceramah berkaitan masalah sosial seperti penagihan dadah, budaya lepak, mat rempit dan sebagainya Dijadikan tempat untuk meningkatkan ekonomi dan minda masyarakat

TOPIK 9

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM

117

AKTIVITI 9.2 Kerajaan Malaysia, melalui beberapa agensi kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan kurang upaya. Senaraikan kemudahan-kemudahan tersebut yang boleh diperoleh oleh seseorang pelajar pendidikan khas.

Alat perhubungan awam sangat penting untuk menghubungkan seseorang individu dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Murid-murid khas perlu dididik untuk menggunakan alat perhubungan dengan cara yang betul. Kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu didedahkan kepada penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam agar mereka dapat bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan cepat, cekap dan dapat memilih perkhidmatan tersebut dengan bijak. Murid-murid pendidikan khas perlu dilatih dan diajar oleh guru untuk menggunakan perkhidmatan awam yang diperlukan mengikut situasi yang dihadapi oleh mereka atau mengikut keperluan mereka. Pendidikan keselamatan perlu diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas agar mereka dapat berwaspada dari berhadapan dengan sebarang kemalangan atau kecelakaan. Guru pendidikan khas memainkan peranan utama dalam memastikan murid khas dapat berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri.

Cendekiawan Efisien Globalisasi Hierarki Interaksi

Infrastruktur Komunikasi Kondusif Prasarana Sabotaj