You are on page 1of 45

Topik

X

8

Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 2D II

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengenal pasti cara-cara memformatkan layer; Mengenal pasti kaedah memformatkan pendimensian; Menggunakan jenis-jenis pendimensian dalam AutoCAD; Menghasilkan lukisan ortografik dengan menggunakan AutoCAD; Menghasilkan lukisan isometri dengan menggunakan AutoCAD; dan Mengenal pasti asas membina dan memasukkan blok.

X PENGENALAN
Layer dalam lukisan AutoCAD adalah satu perintah untuk membantu pengguna menyusun dan mengaturkan lukisan. Hampir kesemua objek yang dilukis dalam AutoCAD boleh diasingkan mengikut layer yang diformatkan. Layer juga membolehkan anda memaksimumkan penggunaan jenis-jenis garisan dalam satu lukisan kerana ia boleh disusun mengikut lapisan. Pendimensian juga merupakan satu ciri yang penting dalam lukisan AutoCAD. Dalam lukisan, anda perlu memberi maklumat tentang lebar, panjang, tebal, sudut, diameter untuk tujuan reka bentuk. Selain daripada itu, mencetak juga merupakan satu kerja yang utama dalam lukisan AutoCAD. AutoCAD juga merupakan satu cara yang mudah untuk menghasilkan lukisan ortografik dalam bentuk dua dimensi.

168

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Selain daripada itu, AutoCAD juga membolehkan anda melukis lukisan isometri dengan cara yang mudah.

8.1

PENGFORMATAN ASAS DALAM AUTOCAD

Pengformatan merupakan satu langkah yang anda perlu lakukan dalam kerja CAD. Tujuan pengformatan perlu dilakukan kerana lukisan anda akan menjadi lebih seragam dan jitu. Pengformatan dalam AutoCAD termasuk layer, pendimensian, warna, jenis garisan, ketebalan garisan dan teks. Rajah 8.1 menunjukkan perintah format yang terdapat dalam menu tarik turun.

Rajah 8.1: Menu tarik turun untuk Format

8.1.1 Aplikasi Layer dalam AutoCAD
Untuk menghasilkan lukisan teratur dan tersusun dalam AutoCAD, biasanya perintah layer akan digunakan. Lukisan hendaklah dibina pada layer yang berasingan. Contohnya, untuk melukis unjuran ortografik, anda sepatutnya memformatkan layer yang berasingan untuk garisan objek, garisan tersembunyi, pendimensian, garisan binaan dan sebagainya. Penggunaan layer dalam AutoCAD adalah tidak terhad. Rajah 8.2 menunjukkan aplikasi layer dalam AutoCAD. Anda boleh menggambarkan bahawa lukisan elektronik ini adalah

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

169

seperti susunan beberapa helai transparensi untuk menunjukkan objek yang berlainan dalam suatu lukisan.

Rajah 8.2: Aplikasi layer dalam AutoCAD

Perintah layer dapat dicapai dengan memilih format pada menu tarik turun. Kemudian, klik layer seperti yang dipaparkan dalam Rajah 8.1. Sebaik sahaja anda mengaktifkan perintah ini, kotak dialog untuk layer akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Kotak dialog layer

170

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Dalam kotak dialog ini terdapat empat ciri layer (layer properties) yang anda boleh kawal. Keempat-empat ciri ini adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Warna (Color); Jenis garisan (Linetype); Ketebalan garisan (Line weight); dan Gaya cetek (Plot style).

Nilai keempat-empat ciri juga dipaparkan pada alat bar Object Properties yang ditunjukkan pada Rajah 8.4.

Rajah 8.4: Alat bar Object Properties

Penggunaan layer dalam AutoCAD adalah tidak terhad. Anda boleh mengadakan seberapa banyak layer baharu jika diperlukan dalam lukisan. Untuk mencipta layer baharu, klik pada New dalam kotak dialog itu. Untuk maklumat anda, objek yang sedang dilukis akan dimasukkan ke dalam layer semasa (current layer) secara automatik. Untuk bertukar layer semasa melukis, anda boleh menggunakan alat bar Layer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.5.

Rajah 8.5: Alat bar Layer

Sekarang, mari kita lihat tiga daripada empat ciri layer (layer properties) ini dengan lebih lanjut: (a) Ciri-ciri Warna (Color Properties) Dalam AutoCAD, terdapat pelbagai warna yang boleh dipilih tetapi, pemilihan warna bergantung pada dua faktor berikut: (i) (ii) Keadaan objek-objek yang dilukis dalam skrin komputer; dan Keadaan objek-objek yang dilukis semasa mencetak.

Tujuan menggunakan warna adalah untuk memudahkan anda membezakan objek-objek yang dilihat dalam skrin. Pada masa yang sama, anda boleh menggunakan warna untuk menentukan ketebalan garisan (line weight) ketika mencetak. Rajah 8.6 menunjukkan kotak dialog warna. Anda boleh mengaktifkan kotak dialog ini mengikut langkah berikut:

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

171

Dari menu tarik turun o Format o Color Terdapat tiga opsyen pilihan jenis warna iaitu Index Color, True Color dan

Color Books.

Rajah 8.6: Color dialog box

(b)

Jenis Garisan (Linetypes) Dalam lukisan teknik, anda akan menggunakan pelbagai jenis garisan untuk mewakili penggunaannya dalam lukisan. Untuk mengaktifkan perintah ini, anda boleh mengikut langkah berikut: Dari menu tarik turun o Format o Linetype Selepas ini, anda akan memperoleh satu kotak dialog seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.7.

172

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.7: Kotak dialog Linetype Manager

Anda boleh klik butang load, kotak dialog Load or Reload linetype akan muncul seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.8.

Rajah 8.8: Kotak dialog Load or Reload Linetypes

Anda perlu menyorot (highlight) jenis garisan yang dipilih dan klik "OK". Garisan yang dipilih akan muncul dalam kotak dialog Layer.

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

173

(c)

Ketebalan Garisan (Line Weight ) Jika anda ingin membuat perubahan ketebalan garisan, klik pada „default‰ mengikut nama layer, kotak dialog akan ditunjukkan dalam Rajah 8.9. Anda perlu menyorot (highlight) ketebalan garisan yang dipilih dan klik "OK".

Rajah 8.9: Kotak dialog Lineweight

SEMAK KENDIRI 8.1
1. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pemilihan warna dalam lukisan AutoCAD. Berdasarkan Jadual 8.1, formatkan layer untuk melukis sesuatu lukisan.
Jadual 8.1 Nama Layer Objek Ltype Warna

2.

Lineweight
0.5

Continuous Continuous Center 2 Continuous Hidden 2

Black Cyan Red Magenta Blue

Construction Center Section Hidden

Default Default Default Default

174

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

AKTIVITI 8.1
1. 2. Apakah tujuan menciptakan layer dalam lukisan AutoCAD? Namakan empat ciri utama yang terdapat dalam kotak dialog Layer.

8.2

PENDIMENSIAN (DIMENSIONING)

Dimensi adalah merupakan salah satu butiran yang terdapat dalam suatu lukisan teknik. Tanpa dimensi, lukisan itu akan menjadi tidak lengkap. Dalam AutoCAD, anda akan memasukkan dimensi untuk suatu objek dan memberi teks yang betul untuk dimensi itu.

8.2.1

Gaya Pendimensian (Dimensioning Style)

Gaya pendimensian (dimensioning style) merupakan satu kaedah bagi anda menyelaraskan cara yang anda ingin mendimensikan lukisan anda. Rajah 8.10 menunjukkan kotak dialog Dimension Style. Jika anda ingin membuat perubahan gaya pendimensian, klik „Modify‰.

Rajah 8.10: Kotak dialog Dimesion Style Manager

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

175

Anda perlu membuat beberapa perubahan asas seperti berikut: (a) Faktor Skala Pendimensian untuk Garisan dan Anak Panah (Dimensioning

Scale Factor for Line) Klik butang Line, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah
8.11): (i) (ii) Garisan dimensi (dimension line); dan Garisan tambahan dimensi (extension line);

Rajah 8.11: Kotak dialog Line and Arrow

(b)

Pengformatan Teks dan Penjajaran (Control Text Formatting and Alignment) Klik butang Text, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah 8.12): (i) (ii) Kewujudan teks (text appearance); Penempatan teks (text placement); dan

(iii) Penjajaran text (text alignment).

176

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.12: Kotak dialog text

(c)

Menyelaraskan Perubahan untuk Mengawal Teks dan Bentuk (Set Variables for Controlling Text and Feature Scaling) Klik butang Fit, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah 8.13): (i) (ii) Opsyen Fit (Fit Option); Penempatan teks (Text placement); dan

(iii) Fine tuning.

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

177

Rajah 8.13: Kotak dialog Fit

(d)

Perubahan untuk Unit Asas (Set Variables for Primary Unit) Klik butang Primary Unit, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda untuk dimensi berikut (lihat Rajah 8.14): (i) (ii) Dimensi linear (Linear dimension); dan Dimensi angular (Angular dimension).

178

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.14: Kotak dialog primary unit

SEMAK KENDIRI 8.2
Jelaskan jenis-jenis perubahan yang boleh dilakukan oleh anda apabila membuat pengformatan untuk pendimensian dalam AutoCAD.

8.2.2

Kaedah Pendimensian

Dalam AutoCAD terdapat pelbagai jenis perintah dimensi yang anda boleh pilih untuk mendimensikan lukisan anda. Pemilihan perintah pendimensian bergantung pada ciri-ciri objek. (a)

Linear Dimension
Untuk membuat dimensi mengufuk dan menegak pada objek. Rajah 8.15 menunjukkan kaedah pendimensian linear.

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

179

Mendimensi untuk garisan mengufuk

Command: dimlinear Specify first Extension line origin or <select object>: klik pada titik A Specify second extension line origin: klik pada
titik B (untuk mendapatkan dimensi)

[Mtext/Text/Angle/Horizontal/Vertical.Rotated: 68
Secara automatik anda akan mendapat ukuran 68 mm pada objek tadi. Rajah 8.15: Linear dimension

(b)

Align Dimension
Untuk membuat dimensi objek pada kedudukan serong. Rajah 8.16 menunjukkan kaedah pendimensian align.
Command: dimalingn Specify first Extension line origin or <select object>: klik pada titik A Specify second extension line origin: klik pada
titik C (untuk mendapatkan dimensi)

[Mtext/Text/Angle/Horizontal/Vertical.Rotated: 84
Secara automatik anda akan mendapat ukuran 84 mm pada objek tadi. Rajah 8.16: Align dimension

(c)

Radius
Perintah radius digunakan untuk mendimensi objek yang berbentuk lengkuk. Rajah 8.17 menunjukkan kaedah pendimensian jejari.

180

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Command: dimradius Select arc or circle: klik pada titik p1 Specify dimension line location or [Mtext/Text/ Angle]: klik pada p2
Dimension text = 25.

Rajah 8.17: Radius dimension

(d)

Diameter
Perintah radius digunakan untuk mendimensi objek yang berbentuk bulatan. Rajah 8.18 menunjukkan kaedah pendimensian jejari.
Command: dimdiameter Select arc or circle: klik pada titik p1 Specify dimension line location or [Mtext/Text/ Angle]: klik pada p2
Dimension text = 58.

Rajah 8.18: Diameter dimension

(e)

Angular Dimension
Untuk membuat dimensi mengufuk dan menegak pada objek. Rajah 8.19 menunjukkan kaedah pendimensian angular.
Command: dimangular Select arc, circle, line or (specify vertex>: klik
pada titik p1

Select second line: klik pada titik p2 Specify dimension arc line location or[Mtext/ Text/Angle: klik pada p3 [untuk mendapatkan nilai sudut] Dimension text: 62.
Rajah 8.19: Angular dimension

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

181

(f)

Center Mark Perintah center mark digunakan untuk menandakan pusat bulatan/
lengkuk. Terdapat dua cara penandaan pusat bulatan, iaitu tanda tengah dan garis tengah. Pemilihan ini boleh dilakukan pada kotak dialog dimensioning style. Rajah 8.20 menunjukkan cara-cara center mark.

Rajah 8.20: Cara penandaan pusat

(g)

Leader Perintah Leader digunakan untuk menunjukkan maklumat dalam lukisan yang tidak boleh dilukis dengan perintah-perintah yang lain. Rajah 8.21 menunjukkan kaedah membuat penunjuk.
Command: qleader Specify first leader point, or [Settings]<setting>:
Klik pada titik p1

Specify next point: klik pada titik p2(ortho off) Specify next point: klik pada titik p3(ortho on) Specify rext width<0>: setkan ruang perkataan atau tekan enter sahaja Enter first line of annotation text <mtext>:
Masukkan maklumat. Rajah 8.21: Cara membuat penunjuk

182

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

8.3

PEMPLOTAN (PLOTTING)

Sebaik sahaja anda menyiapkan lukisan anda, tugas terakhir ialah pemplotan lukisan. Pastikan komputer anda telah ditatarajahkan (configured) ke sebuah pemplot atau pencetak. Langkah kerja untuk proses pemplotan adalah seperti berikut: Dari menu tarik turun o File oPlot Kemudian, sebuah kotak dialog Plot seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.22 akan muncul pada paparan komputer anda.

Rajah 8.22: Kotak dialog Plot

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

183

Dalam kotak dialog ini, anda boleh memilih saiz kertas, orientasi lukisan, kawasan memplot dan skala memplot. Di samping itu, anda juga boleh memprebiu pencetakan anda. Anda boleh meneruskan langkah kerja di atas seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Klik butang plot device. Pilih jenis pencetak yang digunakan. Pilih saiz kertas, orientasi lukisan, skala dan kedudukan lukisan. Pada plot area, pilih limits untuk memastikan lukisan memenuhi saiz kertas yang ditentukan. Klik full preview sebelum cetak. Klik OK untuk mencetak.

8.4

LUKISAN ORTOGRAFIK DALAM AUTOCAD

Lukisan ortografik merupakan sejenis lukisan yang sering digunakan dalam kerja reka bentuk. Dalam AutoCAD, anda juga boleh menghasilkan lukisan ortografik 2D dengan mudah. Rajah 8.23 merupakan satu contoh lukisan ortografik yang telah dihasilkan dengan menggunakan AutoCAD daripada sebuah lukisan isometri yang ditunjukkan dalam Rajah 8.24.

Rajah 8.23: Lukisan ortografik

184

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.24: Lukisan isometri

Untuk melukiskan unjuran ortografik ini, anda boleh mengikuti langkah berikut: (a) Langkah 1

Command: layer
Anda harus mencipta layer mengikut Jadual 8.2
Jadual 8.2: Mencipta Layer Nama Layer OBJEK

Linetype continuous HIDDEN Center Hidden

Warna

Lineweight
0.5

black BLUE MAGENTA RED

HIDDEN CENTER DIMENSION

O.2 O.2 0.15

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

185

Rajah 8.25 menunjukkan Kotak Dialog Layer.

Rajah 8.25: Kotak dialog Layer

(b)

Langkah 2 Ini ialah langkah-langkah untuk melukis pandangan hadapan, sisi dan atas. (i) Melukis Pandangan Hadapan Sila rujuk Rajah 8.26 untuk melukis pandangan hadapan. (Aktifkan Polar Tracking, Object Snap dan Object Snap Tracking dan set layer pada opsyen OBJEK).

Command: _line Specify first point: Klik titik A Specify next point or [Undo]: @0,-20€ Specify next point or [Undo]: @-70,0€ Specify next point or [Close/Undo]: @0,20€ Specify next point or [Close/Undo]: @-30,0€ Specify next point or [Close/Undo]: @0,50€ Specify next point or [Close/Undo]: €
Bawa dan snap pada titik A

Specify next point or [Close/Undo]:€ Command: _line Specify first point: Klik pada B Specify next point or [Undo]: @50,0 Specify next point or [Undo]:€

186

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Command: _circle

Specify center point for circle or [3P/2P/Ttr (tan tan radius)]: 50 Bawa cursor pada hujung C, keluar track line, bawa ke bawah dan masukkan nilai 50 Specify radius of circle or [Diameter]: Snapkan ke titik hujung C Command:
Command: _trim

Current settings: Projection=UCS, Edge=None Select cutting edges ...
Klik pada garisan BC

Select objects or <select all>: 1 found
Klik pada garisan AD

Select objects: 1 found, 2 total Select objects: € Select object to trim or shift-select to extend or [Fence/Crossing/Project/Edge/eRase/Undo]:
Klik pada lengkuk X Select object to trim or shift-select to extend or [Crossing/Project/Edge/eRase/Undo]: €

Rajah 8.26: Lukisan pandangan hadapan

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

187

(ii)

Melukis Pandangan Sisi Sila rujuk Rajah 8.27 untuk melukis pandangan sisi.

Command: _line Specify first point: 20
Bawa cursor ke D, bila Osnap Endpoint keluar, heret ke kanan dan masukkan nilai 20 Specify next point or [Undo]: @80,0 Specify next point or [Undo]: @0,70 Specify next point or [Close/Undo]: @-80,0 Specify next point or [Close/Undo]: C

Command: _line Specify first point:
Bawa kursor ke titik A, heret track bersilang pada garis seperti Rajah 8.27(b) dan klik Specify next point or [Undo]: @50,0

Specify next point or [Undo]:
Bawa cursor ke garisan silang HG dan klik Specify next point or [Close/Undo]: €

188

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.27: Lukisan pandangan sisi

(iii) Melukis Pandangan Atas Sila rujuk Rajah 8.28 untuk melukis pandangan atas. Dengan menggunakan Polar dan Osnap Tracking: Bawa cursor pada titik B, naikkan ke atas kemudian masukkan nilai 20 dan klik. Bawa cursor ke A dan naikkan ke atas untuk Extension tracking 900 dan klik. (Anda telah membina garisan yang selari dengan garis BC berjarak 20mm dan hujung sama tepat dengan A)

Specify next point or [Undo]: @0,80 € Specify next point or [Close/Undo]:
@-100,0 €

Specify next point or [Close/Undo]: C

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

189

Command: _offset Current settings: Erase source=No Layer=Source OFFSETGAPTYPE=0 Specify offset distance or [Through/Erase/Layer] <1.0000>: 50 Select object to offset or [Exit/Undo] <Exit>: Specify point on side to offset or [Exit/Multiple/Undo] <Exit>: Select object to offset or [Exit/Undo] <Exit>: Set Layer pada opsyen HIDDEN Command: _line Specify first point: Bawa kursor ke titik Q (keluar simbol Endpoint Snap), bawa track ke garisan JK dan klik. Specify next point or [Undo]:
Bawa kursor garisan bersilang LM Specify next point or [Undo]: €

Command: Command: _line Specify first point: Specify next point or [Undo]: Bawa kursor ke titik Q (keluar simbol
Endpoint Snap), bawa kursor ke titik P dan klik. Specify next point or [Undo]: Bawa kursor ke garisan bersilang FG dan klik. Specify next point or [Undo]: €

Set Layer pada opsyen CENTER Command: _dimcenter Select arc or circle: Klik pada lengkung CA

190

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.28: Lukisan pandangan atas

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

191

AKTIVITI 9.2
Lukis pandangan ortografik dalam unjuran sudut ketiga Rajah 8.29 bagi pandangan atas, hadapan dan sisi. Lengkapkan lukisan tersebut dengan memberikan dimensi yang sesuai.

Rajah 8.29

8.5

LUKISAN ISOMETRI DALAM AUTOCAD

Lukisan isometri adalah sejenis teknik lukisan 2D yang digunakan untuk menghasilkan lukisan bergambar. Dalam subtopik ini, anda akan diperkenalkan kepada teknik menggunakan AutoCAD untuk melukis lukisan isometri. Cara yang mudah untuk anda membuat lukisan isometri ialah dengan mengaktifkan mod isometri dalam AutoCAD. Anda boleh mengikut langkah berikut:

Command : snap € Snap spacing or ON/OFF/Aspect/Style<10.0000>: style € Enter snap grid style [Standard/Isometric] <S>: I € (pilihan Isometri) Specify vertical spacing <10.0000> : €
Tujuan mengaktifkan mod isometri adalah untuk mendapatkan satah isometri (isometric plane/isoplane) dalam AutoCAD. Terdapat tiga jenis isoplane yang anda akan gunakan semasa membuat lukisan isometri iaitu top isoplane, left

192

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

isoplane dan right isoplane. Rajah 8.30 menunjukkan satah dalam lukisan isometri dan Rajah 8.31 menunjukkan kedudukan setiap jenis isoplane dalam
lukisan isometri.

Rajah 8.30: Satah lukisan isometri

Daripada Rajah 8.30, anda telah memahami bahawa setiap satah ini dikaitkan dengan sepasangan paksi seperti berikut: (a) (b) (c)

Left isoplane ă terjajar di antara paksi 90À dan 150À; Top isoplane ă terjajar di antara paksi 30À dan 150À; dan Right isoplane ă terjajar di antara paksi 30À dan 90À.

Rajah 8.31: Setiap jenis isoplane dalam lukisan isometri

Ada beberapa cara anda boleh mengubahkan kedudukan isoplane dalam AutoCAD seperti dalam Rajah 8.32. Antaranya adalah seperti berikut: (a) (b) Menekan sekali kekunci F5 pada papan kunci; dan Menekan kekunci CTRL + E.

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

193

Rajah 8.32: Isoplane

8.5.1

Kaedah Melukis Pandangan Isometri

Untuk melukiskan pandangan isometri, anda boleh mengikut langkah berikut untuk melukis pandangan isometri bagi objek yang ditunjukkan pada Rajah 8.33.

Rajah 8.33: Pandangan isometri

194

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

(a)

Langkah 1

Command: layer
Anda harus mencipta layer mengikut Jadual 8.3.
Jadual 8.3: Mencipta Layer untuk Lukisan Isometri Nama Layer OBJEK

Linetype continuous Hidden Center

Warna

Lineweight
0.5

black Blue Magenta

HIDDEN CENTER

0.2 0.2

(b) (b) (b) (b) (b) (b) (b) (b) (b) (b) (b) (c) (b) (b) (b) (b) (b) (b) (b) (b) (b)

Langkah 2 Menyediakan mod isometri.

Command: snap € Snap spacing or ON/OFF/Aspect/Style<10.0000>: S (style) € Enter snap grid style [Standard/Isometric] <S>: I (isometric) € Specify vertical spacing <10.0000> : €
Untuk melicinkan pergerakkan kursor, tutup fungsi aktif snap mode Langkah 3 Aktifkan mod Osnap, Osnap Tracking dan Polar Tracking. Pada Polar Tracking Dialog Box, rujuk Rajah 8.34 dan setkan seperti berikut: (i) Tambahkan sudut-sudut 300, 1500, 2100, 3300, di mana semua sudut ini adalah laluan (Track) bagi lukisan isometri. Pada opsyen Object Snap Tracking Settings, pilih Track using all polar angle settings.

(ii)

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

195

Rajah 8.34: Polar Tracking Dialog Box

Berikut ialah cara-cara untuk melukis permukaan 1, 2 dan 3, 4, 5 dan 6, dan memasukkan dimensi: (i) Melukis Permukaan 1 Rujuk Rajah 8.35 untuk melukis Permukaan 1.

Command: _line Specify first point: Klik pada A Specify next point or [Undo]: 80
Bawa kursor pada laluan 1500 [Rajah 8.35(a)] dan masukkan nilai 80mm

Specify next point or [Undo]: 90
Bawa kursor pada laluan 300 dan masukkan nilai 90mm Specify next point or [Close/Undo]: 80 Bawa kursor pada laluan 3300 dan masukkan nilai 80mm Specify next point or [Close/Undo]: C [Rajah 8.35(b)]

196

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Command: _ellipse pilih Specify axis endpoint of ellipse or [Arc/Center/Isocircle]: I (p Isocircle) Specify center of isocircle: 45 Bawa kursor ke tengah garisan AB (Snap Midpoint) dan bawa ke laluan 300. [Rajah 8.35(c)] dan masukkan nilai 45mm

Specify radius of isocircle or [Diameter]: 20 masukkan jejari 20mm

Rajah 8.35: Melukis permukaan 1

(ii)

Melukis Permukaan 2 dan 3 Rujuk Rajah 8.36 untuk melukis Permukaan 2 dan 3.

Command: _line Specify first point: Klik pada titik B Specify next point or [Undo]: 30
Bawa kursor ke laluan bawah tegak, masukkan nilai 30mm Specify next point or [Undo]: 80 Bawa kursor pada laluan 3300 dan masukkan nilai 80. Specify next point or [Close/Undo]: 140 Bawa kursor pada laluan 300 dan masukkan nilai 140. Specify next point or [Close/Undo]: 80 Bawa kursor ke laluan atas tegak, masukkan nilai 30mm

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

197

Specify next point or [Close/Undo]:
Snap Endpoint pada G.

Specify next point or [Close/Undo]: € Command: Command: _line Specify first point: Specify next point or [Undo]: Klik pada A Specify next point or [Undo]: Klik pada D Specify next point or [Close/Undo]: €

Rajah 8.36: Melukis permukaan 2 dan 3

(iii) Melukis Permukaan 4 Rujuk Rajah 8.37 untuk melukis Permukaan 4.

Specify first point: Klik pada H Specify next point or [Undo]: 50
Bawa kursor ke laluan atas tegak, masukkan nilai 50 mm

Specify next point or [Undo]: 40
Bawa kursor pada laluan 3300 dan masukkan nilai 40. Specify next point or [Close/Undo]: Klik pada G Specify next point or [Close/Undo]: €

198

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.37: Melukis permukaan 4

(iv) Melukis Permukaan 5 dan 6 Rujuk Rajah 8.38 untuk melukis Permukaan 5 dan 6.

Command: _line Specify first point: Klik pada J Specify next point or [Undo]: 50
Bawa kursor pada laluan 300 dan masukkan nilai 50. Specify next point or [Undo]: Klik pada F Specify next point or [Close/Undo]: Klik pada K Specify next point or [Close/Undo]: €

Rajah 8.38: Melukis permukaan 5 dan 6

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

199

(v)

Memasukkan Dimensi Rujuk Rajah 8.39 untuk memasukkan dimensi. Command: _dimaligned Specify first extension line origin or <select object>: Klik pada tengah garisan BH Specify second extension line origin: Klik pada titik B Specify dimension line location or [Mtext/Text/Angle]: Tarik keluar € Dimension text = 45 Command: _dimaligned Specify first extension line origin or <select object>: Specify second extension line origin: Specify dimension line location or [Mtext/Text/Angle]: Dimension text = 90 Command: DIMALIGNED Specify first extension line origin or <select object>: Specify second extension line origin: Specify dimension line location or [Mtext/Text/Angle]: Dimension text = 50 Command: Command: _dimaligned Specify first extension line origin or <select object>: Specify second extension line origin: Specify dimension line location or [Mtext/Text/Angle]: Dimension text = 50 Command: _dimedit Enter type of dimension editing [Home/New/Rotate/Oblique] <Home>: O Select objects: 1 found Select objects: 1 found, 2 total Select objects: 1 found, 3 total Select objects: 1 found, 4 total Klik pada keempat-empat dimensi tersebut dan € Select objects: Klik pada titik H

200

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Enter obliquing angle (press ENTER for none): Specify second point: Klik pada titik G (Secara automatik garis dimensi akan berubah selari dengan garisan yang dirujuk ă HG)

Rajah 8.39: Memasukkan dimensi

AKTIVITI 8.3
Rajah 8.40 menunjukkan pandangan unjuran ortografik dalam unjuran sudut ketiga. Lukis pandangan isometri mengikut arah anak panah A. Lukisan anda perlulah mempunyai garisan dimensi yang lengkap.

Rajah 8.40

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

201

8.6

MEMBINA BLOK

Tukar ruang kerja anda kepada 2D Drafting and Annotation seperti dalam Rajah 8.41.

Rajah 8.41: 2D drafting and annotation

Sekarang, mari kita lihat cara-cara untuk membina blok. (a) Lukis apa sahaja lekapan atau objek yang akan dijadikan blok. Rajah 8.42 merupakan tiga lekapan untuk dijadikan blok.

Rajah 8.42: Tiga lekapan untuk dijadikan blok

(b)

Home - block panel - klik Create seperti dalam Rajah 8.43.

Rajah 8.43: Klik Create

202

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Kotak dialog Definition akan dipaparkan seperti dalam Rajah 8.44. Pada ÂNameÊ, namakan sebagai tab. Pilih satu titik rujukan. Klik Pick Point pada kotak dialog. Klik pada satu titik pada tab dan kotak dialog akan dipaparkan sekali lagi.

Rajah 8.44: Kotak dialog Definition

Seterusnya, klik Select Objects pada kotak dialog. Select keseluruhan objek tab tersebut dan tekan Enter seperti dalam Rajah 8.45.

Rajah 8.45: Keseluruhan objek tab

Semua garisan tab mandian tersebut telah menjadi satu entiti seperti dalam Rajah 8.46.

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

203

Rajah 8.46: Tab mandian menjadi satu entiti

(c)

Pada ruangan object, klik Delete seperti dalam Rajah 8.47.

Rajah 8.47: Klik Delete

(d) (e)

Klik ÂOKÊ dan block tab akan hilang. Ulang langkah-langkah tersebut untuk besen dan mangkuk tandas.

Sekarang, bagaimana pula untuk Insert Blocks? (a) (b) (c) Buka fail Âpelan rumahÊ. Zoom pada ruang bilik air.

Home - block panel - klik insert seperti dalam Rajah 8.48.

Rajah 8.48: Klik insert

(d)

Paparan dialog box insert akan keluar seperti dalam Rajah 8.49.

204

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.49: Dialog box insert

(e)

Pilih blok yang dikehendaki dan klik "OK". Pastikan sudut bersesuaian dengan tempat yang hendak diletakkan seperti dalam Rajah 8.50.

Rajah 8.50: Pastikan sudut bersesuaian

(f)

Pilih block besen dan mangkuk tandas dan insert ke bilik air. Rajah 8.51 menunjukkan blok yang telah dimasuk ke dalam bilik air.

Rajah 8.51: Blok yang telah di'insert' ke bilik air

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

205

8.7

DIMENSIONING AND ANNOTATION

Rajah 8.52 menunjukkan fungsi Annotation pada bahagian dimensions.

Rajah 8.52: Fungsi Annotation

8.7.1

Membina Center Marks

Berikut ialah cara-cara untuk membina Center Marks: (a) Pada Annotation Tab, Dimension panel, klik pada Dimension style. (i) (ii) Paparan kotak dialog dimension style. Klik modify o Symbols and Arrows o klik mark pada panel center marks o OK o close

(b)

Sediakan lukisan yang mempunyai bulatan yang sesuai. (i) (ii) Pada dimension, klik center mark .

Klik pada setiap lengkung 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 seperti dalam Rajah 8.53.

206

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.53: Klik pada setiap lengkung

(c)

Pada Annotation tab, Dimension panel, klik pada Dimension style. (i) (ii) Paparan kotak dialog dimension style. Klik modify o Symbols and Arrows o klik line pada panel center marks o OK o close. Pada dimension, klik center mark .

(iii) (iv)

Klik pada setiap lengkung 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 seperti dalam Rajah 8.54.

Rajah 8.54: Klik pada setiap lengkung

8.7.2

Membina Ordinate Dimension

Berikut ialah cara-cara untuk membina Ordinate Dimension: (a) (b) Pada command line, taip UCS dan tekan Enter. Pada lukisan, pilih titik bawah sebelah kiri yang paling hujung untuk membina kedudukan origin baharu seperti dalam Rajah 8.55.

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

207

Rajah 8.55: Pilih titik bawah sebelah kiri

(c)

Aktifkan Polar, Osnap tracking, sentuh dan tarik kedudukan origin yang baharu. Pada Annotation tab, dimension panel, klik Ordinate

(d) (e)

.

Pada ruangan lukisan, pilih titik hujung kiri, klik dan bawa ke bawah (dimensi akan bermula dengan 0). Pada Annotation tab, dimension panel, klik Continue

(f) (g)

.

Ulang pada setiap bahagian yang sesuai seperti dalam Rajah 8.56.

Rajah 8.56: Ulang pada setiap bahagian yang sesuai

208

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

8.7.3

Menambah Dimension Tolerances

Berikut ialah cara-cara untuk menambah Dimension Tolerances: (a) Bina dimensi yang sesuai pada lukisan seperti dalam Rajah 8.57.

Rajah 8.57: Dimensi yang dibina

(b)

Pada lukisan, double click atau klik dua kali pada dimensi yang berkenaan untuk memaparkan properties palette seperti dalam Rajah 8.58.

Rajah 8.58: Double click pada dimensi

(c)

Setkan tolerances yang dikehendaki seperti dalam Rajah 8.59.

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

209

Rajah 8.59: Setkan tolerances

(d)

Anda akan mendapat lukisan seperti dalam Rajah 8.60.

Rajah 8.60: Hasil lukisan

(e) (f)

Klik dua kali pada dimensi yang satu lagi (30). Setkan tolerances seperti dalam Rajah 8.61.

210

X

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II"

"

"

Rajah 8.61: Setkan tolerances

(g)

Anda akan mendapat lukisan seperti dalam Rajah 8.62.

Rajah 8.62: Hasil lukisan

x x

Pemformatan dalam AutoCAD termasuklah layer, pendimensian, warna, jenis garisan, ketebalan garisan dan teks.

Layer adalah satu perintah untuk menghasilkan lukisan yang lebih kemas dan jitu dan untuk memudahkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pengeditan.
Pendimensian merupakan satu perintah yang memberi butiran tambahan dalam sebuah lukisan AutoCAD. Pemplotan merupakan proses yang terakhir dalam lukisan AutoCAD. Lukisan ortografik 2D dapat dihasilkan dengan mudah dalam AutoCAD.

x x x

TOPIK 8

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 2D II

W

211

x x

Mod isometri adalah satu perintah untuk menghasilkan lukisan isometri dalam pandangan tiga dimensi. Membina dan menyelit blocks akan memudahkan lagi kerja-kerja dalam AutoCAD.

Ciri-ciri warna

Plot

Full preview Isometric mode Layer Left isoplane Lineweight

Plot device Plot setting Right isoplane Top isoplane

Autodesk Official Training Courseware. AutoCAD intermediate 2009. UTMATC. Finkelstein, E. (2005). AutoCAD 2006 and AutoCAD LT 2006. Wiley Publishing, Inc. Iskandar dan Zaitun (2002). AutoCAD 2002 step by step. Venton Publishing (M). Seon, F. et al. (1994). Inside AutoCAD R13 for Windows and Window NT. Indiana: New Rider Publishing.