You are on page 1of 1

Halaman Empat

BERITA HARIAN Isnin, 13 Jun 2005

ENGUMUMAN oleh Y.A.B. Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bahasa Mandarin dan bahasa Tamil akan dijadikan sebagai subjek elektif atau pilihan di sekolah kebangsaan harus disambut baik. Begitu juga dengan penekanan beliau terhadap perlunya masyarakat Malaysia menguasai bahasa Inggeris supaya rakyat kita akan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Hati-hati Memilih...
Di samping itu, langkah ini akan memudahkan lagi proses integrasi nasional. Setelah hampir 48 tahun kita merdeka, sudah sampai masanya, bagi semua kaum di Malaysia melenyapkan sifat perkauman dan sebaliknya bersatu sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan berbangga dengan jati diri bangsa Malaysia melalui satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan, sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Jaminan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bahawa bahasa Melayu tidak akan dipinggirkan seharusnya mendorong kita untuk melakukan sesuatu yang positif agar apa yang kita kejar akan dapat, dan apa yang kita kendong tidak berciciran. Dalam erti kata lain, penguasaan bahasa Inggeris adalah perlu, tetapi janganlah kita meminggirkan bahasa kebangsaan kita dan janganlah pula kita mengamalkan bahasa rojak, yang akhirnya tidak membawa sebarang penambahbaikan. Bak kata Seniman Agung kita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Tiada Kata Secantik Bahasa. mashitah@dbp.gov.my

PERIBAHASA

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing


KONSEP bantu-membantu antara pekerja mahupun di kalangan individu dalam masyarakat terhadap perkara-perkara yang menuju ke arah kebaikan amat dituntut dalam Islam, khususnya dan agama lain, umumnya. Kerja yang berat akan menjadi mudah dan dapat diselesaikan dengan baik dan lancar hasil kerjasama dan kesepakatan dalam keluarga, masyarakat mahupun organisasi. Kesepakatan membawa berkat dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Sesuatu projek atau tugas yang besar lazimnya memerlukan tenaga yang banyak yang perlu dipikul bersama-sama seperti kata pepatah, bahu-membahu yang bermaksud tolong-menolong untuk mencapai kejayaan bersama. Seketul gula atau makanan yang lebih besar saiznya daripada seekor semut dapat diangkat dan dialih ke tempat yang dikehendaki apabila setiap ekor semut bersepakat mengusungnya beramai-ramai untuk dikongsi bersama. Apatah lagi jika tugas yang ringan itu akan lebih mudah dilaksanakan, sekiranya kita bersama-sama melaksanakannya. Kita juga tidak harus berkira agar tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan tepat, cepat dan berkesan. Ringankan tulang, wujudkan rasa tanggungjawab dan tidak terlalu mengira tenaga dan upah agar keluarga, masyarakat dan negara cemerlang, gemilang dan terbilang. Kita harus bertindak seperti aur dengan tebing tetapi usah sekali-kali mengikut lagak enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. masittah@dbp.gov.my

Selama ini pelajar Cina dan India di Malaysia amat beruntung kerana berpeluang mempelajari tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka. Sedangkan pelajar Melayu hanya berpeluang mempelajari dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Aturan Penggunaan Fonem dalam Bahasa Melayu


Huruf Vokal Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal baku dan huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u.
Contoh Pemakaian:

PEDOMAN BAHASA
Huruf Konsonan Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Contoh Pemakaian:

a e i o u
Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu: (i) fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /e/, dan (ii) fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/. Huruf e pepet dikenali sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu e, dalam ejaan lama atau ejaan Zaba. Tanda di atas e pepet (e) tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi baru.

Pelawaan Menjadi Munsyi Dewan


MUNSYI Dewan merupakan sekumpulan penceramah bahasa Melayu yang dilantik khas dan diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengendalikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Munsyi Dewan berperanan sebagai pakar rujuk, menjadi pembimbing kepada pelajar, guru dan pengguna bahasa serta membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti kebahasaan. Syarat Permohonan l Permohonan ini dibuka kepada mereka yang berkelayakan akademik dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu/Linguistik dan berpengalaman luas mengajar bahasa Melayu. l Pemohon yang terpilih perlu mengikuti ujian pemilihan Munsyi (lisan dan tulisan). Hanya calon yang lulus kedua-dua ujian akan dipanggil untuk mengikuti kursus khas bahasa Melayu, sebelum layak ditauliahi sebagai Munsyi Dewan. Borang permohonan boleh diperoleh daripada Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Shahrun Nizal Mohd. Nor melalui telefon, 03-21482914, atau emel, shahrun@dbp.gov.my atau laman web DBP , http://www.dbp.gov.my.

Huruf Diftong Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh tiga pasang huruf vokal. Contoh Pemakaian: Daripada 26 huruf konsonan itu terdapat lima huruf gabungan, iaitu gh, kh, ng, ny dan sy. Ada lima perubahan huruf konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan Rumi baharu, seperti yang terdapat dalam contoh berikut:

ch dh dz sh th

jadi jadi jadi jadi jadi

c chachat d dharab z dzalim sy sharat s mithal

jadi jadi jadi jadi jadi

cacat darab zalim syarat misal

You might also like