You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KALI KE 1 /2013

Tarikh Masa Tempat Pengerusi : : : : 10 Januari 2013 (Khamis) 12.30 tengah hari Bilik Mesyuarat SK. Dumpar Tn Hj Mohd Zuki bin Md Saman ( PK HEM)

Nama Nama Yang Hadir : GPK Pentadbiran - En. Silahudin bin Said GPK Kokurikulum - En. Ahmad Anuar bin Ramli Lembaga Displin Utz. Zakaria bin Muhamad Pengawas - En. Rostam bin Harun Keselamatan - En. Mohd Shahril bin Hj. Makhsus Inventori Pn. Nor Hanim bt Mohamed Ramly Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Pn. Hjh. Hasidah Bt Khamis Lawatan Cik Norhafizah bt Hadi Munir Kebajikan & Insuran - En. Mohd Razali bin Amin BBK ( Bim & Kauns ) - Pn. Hjh Nabiha bt Omar RMT - Utz. Nor Afizah bt Muda Kantin Pn. Yusriza bt Yusof KWAPM Pn. Rohana bt Abd Rahman Kedatangan / Kaw K - Pn. Fatimah bt Abdullah PPPDa En. Abd Latif bin Mohd Noor Cegah Jenayah Pn. Siti Zaleha bt Abdullah Keceriaan - Pn. Zaharah bt Mohamad Kesihatan - Pn. Hon Soo Nan Sekolah Selamat Pn. Salina bt Ahamad SMM En. Hamizan bt Md Yatim SSDM - Tn. Hj. Azmi bin Jusoh MAKDIS - Utz. Hj. Azizan bin Sitam 1. Ucapan Pengerusi.

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada mesyuarat hari ini. Pengerusi mengedarkan senarai penuh Jawatankuasa Unit HEM setelah dibuat beberapa pindaan dalam mesyuarat guru hujung tahun ( bulan 12 ) dulu. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon kerjasama dari semua unit HEM agar bersama berganding bahu memikul tanggungjawab hingga membuatkan pengurusan setiap unit dalam HEM berjalan lancar dan baik. 1.3 Pengerusi juga menegaskan semua guru bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi juga melalui aktiviti-aktiviti yang lain yang telah dirancang meliputi bidang kebajikan dan keperluan murid sebagai seorang manusia. 1.4 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan dan takwim bagi semua jawatankuasa telah disediakan seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Guru 2011. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun bagi setiap unit. PK Hem akan mempengerusikan setiap mesyuarat.

1.5 Pengerusi sekali lagi memaklum perlantikan setiausaha yang baru Pn. Najiha Abu Bakar menggantikan Pn. Hafifah Abdullah yang bertukar ke SK Pinang Seribu. Tindakan :Makluman 2. Pengerusi seterusnya mengumumkan setiausaha- setiausaha dan ahli jawatankuasa masingmasing unit sepanjang tahun 2013 dan bersuaikenal soal unit masing-masing. Terdapat beberapa perubahan di dalam carta organisasi : 2.1. Setiausaha : Pn. Najiha bt Abu Bakar PK HEM meminta merujuk Carta Organisasi 2013 yang diedarkan siap dengan tugas jawatankuasa masing-masing. 2.2. S/U Jawatankuasa Pengawas : Cik. Amalina binti Anuar Beliau memberitahu akan mengadakan majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin muda pada 12 Feb 2012. dan seterusnya berharap dapat mengadakan kursus kepimpinan . 2.3. S/U Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling : Pn. Hjh Nabiha bt Omar Beliau menegaskan bahawa murid yang dihantar kepadanya hanya akan dipujuk atau dikaunseling bukan dihukum. 2.4. S/U Jawatankuasa Disiplin : Utz. Zakaria bin Mohamad Beliau menanya tentang siapakah yang akan mempengerusikan mesyuarat unit-unit dalam HEM memandangkan mereka semua memegang jawatan setiausaha dalam unit masing-masing. PK KO memberitahu PK HEM akan mempengerusikannya jika tiada sebarang halangan. Utz Zakaria juga meminta kepastian tentang lencana sama ada ditampal pada tali leher sahaja atau tali leher dan baju kemeja. PK KO memadai hanya ditali leher, tetapi penggunaan dibaju digalakkan. 2.5. S/U Jawatankuasa 3K : Pn. Zaharah bt Mohamad. PK HEM memberitahu ada rekod yang perlu diambil tindakan dalam bentuk buku yang berkaitan dengan Program kebersihan dan keceriaan (3K) Pn. Zaharah meminta untuk membuat label keselamatan yang baru menggantikan yang lama dari jenis yang kurang bermutu dan senang dirusakkan.kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah hendaklah sentiasa dipantau. S/U hendaklah memastikan persekitaran sekolah SELAMAT. 2.6 S/U Jawatankuasa Kesihatan: Pn Hon Soo Nan Jawatankuasa kesihatan akan menguruskan program imunisasi bagi murid tahun 1 dan 6. Jawatankuasa juga akan menyediakan sebuah bilik khas untuk rawatan pergigian ia itu bilik Kemahiran Hidup.Senarai nama murid dikehendaki oleh Jabatan Kesihatan. Tindakan : Guru Kelas dan guru Data SMM. 2.7 S/U Jawatankuasa RMT : Pn Nor Afizah binti Muda. Bilangan murid yang dapat RMT setakat hari ini ialah 49 orang sahaja. Namun jadual bertugas guru hendaklah disiapkan seperti biasa. Majlis bersetuju Guru Bertugas mingguan merangkap guru bertugas RMT juga sepanjang minggu. Masa murid makan pagi adalah jam 7.15 pagi. 2.8 S/U Jawatankuasa SPBT : Pn Hjh Hasidah binti Khamis. PK Hem memberitahu Guru Kelas adalah ahli jawatankuasa SPBT. Ini untuk melancarkan urusan SPBT sepanjang tahun. Pn Hjh Hasidah juga memberitahu akan segera mengambil tindakan tentang masalah kekurangan buku teks. Buku teks dan buku stok mesti di kemaskini dan dihantar kepada PK HEM setiap hujung tahun.

2.9 S/U Jawatankuasa Kantin : Pn. Yusriza bt Mat Yusof Pengusaha kantin sudah bertukar setelah memenangi pemilihan sewaktu membuka tander kantin. Guru diminta membuat laporan yang betul mengenai kantin dalam usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatannya. Satu Mesyuarat antara PK HEM bersama unit RMT dan Kantin dengan Penender kantin dicadangkan diadakan pada minggu ketiga persekolahan. 2.10 S/U Jawatankuasa Data Dan Rekod : En Hamizan bin Md Yatim. Data hendaklah dikemaskini. Pungutan data kali pertama ialah awal Febuari. 2.11 S/U Jawatankuasa KWAMP : Pn. Rohana binti Abd Rahman. Pemilihan murid KWAMP tahun 1 akan dijalankan pada minggu hadapan. Tindakan : Pn. Rohana 2.12 S/U Jawatankuasa PSS (Program Susu Sekolah dan Vitamin) Pn Nor Afizah binti Muda Akan bertindak sekiranya susu dan vitamin dibekalkan. 3. Hal-hal Lain: 3.1. GPK HEM Percaya guru-guru HEM telah mengetahui tugas masing-masing dan akan menerimanya dengan penuh dedikasi dan bertanggung jawab. GPK HEM juga memaklumkan sekali tentang penubuhan Blog GPK HEM yang diusahakan sendiri oleh GPK HEM dan dikemaskinikan setiap bulan bagi memudahkan semua guru mendapatkan maklumat. Blog tersebut boleh dilayari www.gpkhemskdumpar.blogspot.com 3.2. Pn Nor Afiza diminta meletakkan buku laporan RMTS di dalam raga di kantin sekolah dan tindakan susulan akan sentiasa dibuat oleh PK HEM. 3.3. Ekoran dari laporan Utz Zakaria tentang lencana sekolah, PK KO mahu semua murid mesti ada tanda nama. Murid boleh membeli nya dengan harga RM 2 bagi 2 unit nama. 3.4. GPK KOK mahu semua murid mesti ada tanda nama. Utz Zakaria diminta mengurus tentang ini. Murid boleh membeli nya dengan harga RM 2 bagi 2 unit nama. 3.5. GPK HEM mendapati ramai ibu bapa masuk hingga ke dalam kelas. Majlis bersetuju masih meneruskan larangan iaitu: a. Dilarang ibu bapa membawa masuk kenderaan hingga ke dalam kawasan sekolah. b. Murid mestilah menolak basikal ke tempat letak basikal. 3.6. Majlis bersetuju dengan cadangan Utz Zakaria supaya pembantu PRA menghantar murid PRA ke pintu pagar hadapan apabila sesi persekolahan tamat. 3.7. GPK HEM juga telah mengedarkan pamplet peraturan sekolah sewaktu kehadiran ibu bapa dalam majlis suaikenal tahun 1 2013. 4. Ucapan penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh: .............................. (Pn. Najiha bt Abu Bakar)

Disemak oleh: ............................. (Tuan Hj. Mohd Zuki bin Md Saman )

S/U HEM SK DUMPAR Disahkan oleh: ........ (En. Silahuddin bin Said) GPK 1 SK DUMPAR

GPK HEM SK DUMPAR

You might also like