You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
SEPTEMBER 2013

SITI KHADIJAH NAMA : ABDULLAH NO. MATRIK NO. KP E-MAIL : : : 760628136168001 760628136168 suna@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PPW SARAWAK

Isi Kandungan

Halaman

1.0

Pengenalan

2.0

Punca Jerebu 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Pembakaran terbuka Pembakaran Bahan Api Proses Perbandaran Penggunaan kenderaan bermotor Proses Pembangunan

3.0

Cadangan untuk mengatasi masalah jerebu 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Melalui Pendidikan Larangan Pembakaran Terbuka Pembenihan Awan Kempen Hijau Penggunaan CFC Perundangan Dan Dasar Kerajaan Tanggungjawab Orang Ramai

4.0

Kesan jerebu kepada manusia

5.0

Kesimpulan

Rujukan

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


1.0 Pengenalan

Isu jerebu yang berlaku di Malaysia bukanlah suatu isu yang baru. Wujud isu yang mana berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat dan sering terpampang di dada akhbar kita saban tahun. Ini disebabkan oleh kesan daripada pembangunan yang mampan dan kualiti hidup semakin maju. Kemajuan ini menyebabkan penduduk di kawasan bandar adalah yang lebih berisiko terdedah kepada masalah ini jika dibandingkan dengan penduduk diluar Bandar.Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap kemajuan itu memerlukan pengorbanan. Dalam hal ini alam sekitar yang menjadi korbannya dan jerebu ialah hasilnya. Pasti anda sudah biasa mendengar perkataan jerebu. Tapi, dari mana datangnya, apakah puncanya dan apakah kesannya kepada hidupan? Jerebu adalah disebabkan kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara yang boleh membawa kesan buruk kepada hidupan. Kandungan kelembapan yang rendah dan mempunyai partikulat terampai dalam kepekatan yang tinggi diatmosfera menyebabkan keadaan berjerebu yang teruk. Situasi ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kurang , kabur dan kurang jelas . Terdapat di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara 0 - 50 51 - 100 Baik Sederhana

101 - 200 Tidak sihat 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat

Bacaan nilai IPU 0-50 adalah dikategorikan sebaai keadaan udara yang amat baik, manakala 51 100 pula dikategorikan sebagai sederhana. Seandainya bacaan IPU melebihi 100 adalah tidak sihat untuk hidupan. IPU 101-200 dikategorikan sebagai tidak sihat, 201 -300 sangat tidak sihat dan 301- 400 pula adalah pada tahap bahaya. 401 -500 pula dikatakan tahap sangat berbahaya manakala pengumuman darurat akan dibuat jika bacaan IPU melebihi 500.

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


2.0 Punca Jerebu

2.1

Pembakaran terbuka

Sumber : http://smjkp5ps.blogspot.com/2010/04/punca-punca-pencemaran-udara-2.html Pembakaran pokok tua di ladang sebagai proses penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini dapat diterbangkan pada jarak yang agak jauh oleh angin maka demikianlah sesuatu punca jerebu yang agak kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api berpunca daripada pembakaran inibukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan bahkan turut memusnahkan segala fauna dan flora di persekitarannya. Kejadian jerebu yang paling teruk di Malaysiadialami pada tahun 1997 adalah berpunca daripada pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah mengalami akibat yang teruk akibat daripada fenomena

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


pembakaran terbuka di Kalimantan mengakibatkan padah apabila api gagal dan sukar untuk dikawal serta merebak ke sebahagian besar kawasan hutan.DisebabkanKalimantan adalah berdekatan dengan Sabaholeh yang demikian penduduk semakin cemas dan langkah berjagajaga turut dilakukan. Asap akibat daripada pembakaranberkenaan meliputi negeri Sabah dan mengakibatkankan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut turut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan danIndonesia membantu untuk memadam kebakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri bekerja sama dengan kekuatan 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran terbuka berkenaan bukan sahaja akan menimbulkan masalah kepada situasi negara kita malah member kesan kepada negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand dan Singapura, Brunei dan Filipina jugamenerima akibat yang teruk. Pembakaranmengakibatkan terhasilnya gas Karbon Monoksida iaitu gas yang amat merbahaya dan mengakibatkan maut jikadihidu dalam tempoh yang panjang.

2.2

Pembakaran Bahan Api

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

2.2 Pembakaran Bahan ApiSumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan Aktiviti pembakaran bahan seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara. Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila berlaku pembakaran sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan: S + 2O2-----------SO4 Sulfur dioksida ini kemudian akan bergabung secara padu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan akan membentuk asid sulfurus. Selain daripada itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.

2.3

Proses Perbandaran Selain daripada itu, wujudnya masalah jerebu lanjutan daripada proses urbanisasi yang

telah pesat dan menggalakkan perkembangansesebuah bandar malahan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang telah menyediakan peluang pekerjaan. Masalah berkenaan timbul ekoran daripada proses pertambahan populasi penduduk samada secara semulajadi mahupun migrasi. Ekoran daripada itu pertambahan bilangan perindustrian yang wujud di sesebuah bandar akan menghasilkan kesan positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin, 2003: 102). Sumber: Jabatan AlamDarul Ridzuan.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

Pelepasan Asap Hitam Dari Cerobong Kilang

Selain daripada itu pertambahan perindustrian turut membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Seandainya bahan pencemar ini tidak dikawal, keselesaan kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


sentiasa berada di sekeliling kehidupan alam sekitar yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan beberapa punca yang lain. Oleh sebab itu, hasil daripada keadaan yang dianggap membahayakan itu dari aspek kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut mengakibatkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya (Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).

2.4

Penggunaan kenderaan bermotor

Masyarakat moden amat sangat berkeperluan kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, keretapi dan lori. Setiap kenderaan motor perlu berfungsi menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya adalah dihasilkan daripada membakar bahan api fosil, yang menghasilkan kesan asap dan bunyi bising sebagai agen kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara kawasan sekitar amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan,tahap teknologi enjin dan jenis sumber tenaga serta juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam aspek pengankutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada berlakunya pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam serba sedikit akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Pada sekitar tahun 2004, sebanyak 14 juta kenderaan telah didaftarkan di Malaysia, angka ini merupakan dua kali ganda berbanding dengan sedekad yang lalu. Angka inidijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan pekerja, pemindahan migrasi luar bandar ke bandar dan belakunya kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang efisen dan cekap.

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


2.5 Proses Pembangunan Punca-punca lain ialah berlakunya pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta melaksanakan rancangan pembangunan sesuatu kawasan, timbang-tara seharusnya wujud untuk memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan berlaku terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan hanya tertumpu kepada kesan positif dan mengaut keuntungan pembangunan semata-mata disebabkan dari pembangunan yang akan dijalankan mengakibatkan berlakunya pencemaran udara. Selain daripada itu disebabkan penggunaan jentera yang asap yang

berlebihan. terlampau banyak akan menyebabkan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap dan bunyi. Selain daripada itu, penggunaan meluas kenderaan bermotor seperti motosikal, kereta, lori dan kapal terbang juga merupakan faktor penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini berlaku apabila setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang turut mengandungi gas yang berbahaya. Ekoran daripada peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka akan berlakulah tahap pencemaran juga akan turut meningkat ekoran pertambahan jumlah pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri menghala ke destinasi yang ingin dituju jika dibandingkan kesesakan beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. Senario tersebut akan mengakibatkan pencemaran udara dan selanjutnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia malahan kenderaan bermotor juga antara punca pencemaran alam sekitar.

2.6

Perindustrian

Perkembangan pesat ekonomi Malaysia adalah bergantung kepada industri pembuatan, iaitu industri elektronik, kimia dan juga getah. Namun demikian kadar pengeluaran yang kian giat meningkat menyebabkan penambahan pelepasan pencemaran bahan kimia, gas organik dan bukan organic dan juga habuk. Pelbagai jenis industriyang menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Misalnya industri kimia menyebarkan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun berasaskan nitrogen dan sulfur, selain daripada itu kilang penapis minyak

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


mengeluarkan asap yang mengandungi hidrokarbon dan sulfur dioksida. Selain daripada itu industri logam pula menjadi punca pencemaran udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sebilangan daripada bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida ialah gas rumah hijau yang amat memudaratkan serta menyebabkan perubahan iklim seluruh dunia.

3.0 3.1

Langkah-langkah mengatasi Melalui Pendidikan Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam

sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Perlaksanaan program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanakkanak sekolah. Perlaksanaan aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Perlaksanaan aktiviti ini dianggap penting kerana ia adalah satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar (Department of Invironment, 1989). Demikian juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran masyarakat kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Peranan Jabatan Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti penerbitan Bahagian Alam Sekitar, surat khabar, , Sekitar dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 402).

3.2

Larangan Pembakaran Terbuka Sebagai langkah mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang

semula, kerajaan dan juga beberapa badan-badan bukan kerajaan wajib menggariskan beberapa peraturan yang perlu diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Peranan kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap menjadi penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


dikawal umpamanya yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh para petani sara diri dan ia telah merebak ke Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120). Lantaran sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997.

3.3

Pembenihan Awan Ekoran daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara.

Fenomena ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Berlakunya cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh sebab itu iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Pembentukan ais kristal dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Kejadian hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

3.4

Kempen Hijau Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di

rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar yang serius pada masa kini.

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 442). Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan Ruslan, 2000).

3.5

Penggunaan CFC Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon

dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul Latif Ibrahim, 1992: 57) .

3.6

Perundangan Dan Dasar Kerajaan Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh

memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan

10

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor . Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter (Chan Ngai Weng, 2002: 43). Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0500.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam keduadua proses tersebut iaitu wujudkan Pembangunan Tanpa Kemusnahan. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang

11

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi1 (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 398).

3.7

Tanggungjawab Orang Ramai Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa,

orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah cuba elak mengunakan kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal. Sebagai contoh, selalu hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

4.0

Kesan jerebu kepada manusia Elemen-eleman yang terdapat pada jerebu seperti, karbon monoksida, sulfur dioksida,

ozon, nitrogen dioksida, logam dan habuk boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kanak-kanak, warga tua dan juga kepada penghidap penyakit-penyakit tertentu seperti, pneumonia, asma, alahan dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di

12

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


kawasan terbuka turut berisiko tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di bawah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia. Jadual 1: Kesan jerebu terhadap kesihatan manusia. Bahan Pencemar

Punca jerebu

Kesan

- Pembakaran bahan api -Pembakaran sampah a)Asap sarap -Cerobong asap kilang -Ekzos kenderaan bermotor -Kilang papan, kuari, b) Debu simen,asbestos,batu kapur -Petrol berplumbum -Pembakaran bahan c) Plumbum Sel darah baru bercat - Kerencatan dan kecacatan otak pada kanakkanak -Menghalang pembentukan oksihemoglobin Berpadu dengan hemoglobin untuk d)Karbon monoksida -Pembakaran bahan api yang tidak lengkap - Ekzos kenderaan membentuk karboksihemoglobin yang akan menggantikan oksigen dalam darah -Melembabkan otak -Boleh membawa maut sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak -Serangan lelah pada pesakit asma -Batuk-batuk - Sesak nafas - Menggangu keupayaan badan membina -Menggangu pernafasan normal

- Pembentukkan asbut yang mengganggu penglihatan

13

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


-Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam e) Oksida nitrogen kenderaan berat atau kilang - Tindakan bakteria dalam tanah -Menurunkan rintangan badan kanak-kanak terhadap selsema -Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser -Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu

Penekanan yang harus dipertimbangkan sewajarnya untuk mencegah penyakit akibat jerebu ialah dengan cara menjaga sistem pernafasan dengan kempen penggunaan penutup hidung (nasal mask) oleh semua penunggang motosikal, juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi dan mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk. Bagi perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, harus mengelakkan merokok di dalam rumah kerana mangsa yang menghidu asap rokok akan menghadapi kesan yang lebih buruk berbanding dengan perokok. Beberapa aktiviti sukan dan riadah di luar rumah wajar dikurangkan malahan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dengan cara membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Manakala bagi pesakit-pesakit batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik seharusnya melakukan selalu pemeriksaan kesihatan ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang berisiko tinggi turut dinasihatkan agar mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu seandainya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan tempat tinggal mereka.

14

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001

Sumber : New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997

5.0

Kesimpulan

Umumnya masalah alam sekitar khasnya jerebu ini tidak setakat menjadi isu di peringkat sesebuah negara malahan menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar berpunca daripada proses urbanisasi harus diberi perhatian serius oleh pihak-pihak tertentu malahan mengawal dan melakukan perancangan supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan agar tidak mengakibatkan sesuatu yang merosakkan alam sekitar. Anjakan yang proresif ke arah pembangunan manusia sewajarnya tidak mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Jika tiada kesedaran di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan menggerunkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan bencana yang telah wujud. Manusia perlu sedar cara-cara positif untuk berinteraksi dengan alam sekitar untuk mewujudkan ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Ekoran itu ,pelbagai langkah keselamatan perlu segera diambil untuk mengelakkan lebih banyak berlaku kemusnahan dan wujudnya pelbagai penyakit. Kesan-kesan daripada jerebu perlu ditangani dengan bijaksana agar semua kesan ini dapat diatasi. Manusia harus bertanggungjawab terhadap kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini berlaku disebabkan tidak akan mungkin akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang sedia ada terus dimusnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.

15

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001

LAMPIRAN 1

Gambarajah 1: Seluruh kawasan dilanda jerebu

Gambarajah 2: Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006 Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu LAMPIRAN 2

16

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


Pembakaran sisa pertanian

PEMBAKARAN SAMPAH SARAP

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

LAMPIRAN 3

17

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


Rujukan Buku Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment.

Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003), Masalah Pembangunan Industri di Malaysia, Selangor: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

18

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001


Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997 http://members.tripod.com/lttan/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelabuhanKlangcatatjerebuteruk/Article/index_ht ml

2012/06/16 - 03:08:08 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelabuhanKlangcatatjerebuteruk/Article/index_ht ml

19

[HBHE2203:KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA] 760628136168001

20