You are on page 1of 11

SKRIP MAJLIS RESEPSI PENGANTIN NAMA PENGANTIN P & L : ……………………………………………………………………………. TARIKH : ………………………… bersamaan ………………………………. HARI : ……………..

MASA : …………………………………………….. TEMPAT : ……………………………………………………………………………………………………...
Waktu Solat - Zohor : ………. tgh, Asar : ……… ptg, Maghrib : ……… mlm, Isyak : ……… mlm Warna Tema : …………………………………………………………………………………………………………………….

ATURCARA
11.30 pg 12.00 tgh 12.00 tgh - 4.30 ptg 12.00 tgh Ahli keluarga dan saudara dijemput untuk makan terlebih dahulu. Ketibaan Para Tetamu & Jemputan Jamuan Makan Ucapan Alu-aluan Selamat Datang kepada tetamu dan jemputan oleh Pengacara Majlis Maklumkan lokasi kemudahan yang ada spt. TANDAS, SURAU dll 12.30 tgh Persembahan Qasidah (15 – 20 minit)

………. tgh

Pengumuman Masuk Waktu Solat Fardu ZOHOR Hadirin & hadirat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Sebentar lagi akan masuk waktu solat fardu ZOHOR bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan yang sama waktu dengannya. Pastikan kita akan bersiaran sebentar sahaja lagi. Terima kasih.

Nama-nama Petugas (untuk rujukan DJ/ Emcee shj) a) Pasukan Kompang : b) Katering : c) Jurugambar : d) Video : e) Hiasan Dekorasi : e) Lain-lain petugas :

40 tgh 1. & ………………… bergerak ke Meja Makan Utama untuk Acara Makan Beradab bersama Pengantin. Acara Menepung Tawar Pengantin/ Bersalaman dan Bergambar bersama Pengantin Wakil Pengantin P : a) b) c) Wakil Pengantin L : a) b) c) 2. dan ………………………… di : ………………………………………………………………………………………. Wakil Pengantin L : a) b) c) d) ..45 tgh 1.50 tgh Ucapan Pembukaan Majlis oleh Pengacara Majlis.30 tgh Ketibaan Pengantin.1. Diumumkan Ketibaan Pasangan Pengantin/ Mempelai : ………………………. Muzik Gamelan/ Kompang/ Selawat (stand by) Perarakan Masuk Pengantin dan Rombongan menuju ke Pelamin/ Meja Makan Beradap. (Rujuk Lampiran A) Bacaan Doa oleh …………………………………………………………….00 ptg Menjemput Wakil-wakil Ahli Keluarga Kedua Mempelai …………………. Wakil Pengantin P : a) b) c) d). Hadirin dan Hadirat yang Dihormati Sekalian. 1.

00 ptg 3. Rakan-rakan dan Tetamu Jemputan. SANTAPAN KASIH JUADAH MESRA.30 ptg Acara Memotong Kek/ Pulut Kuning Pengantin. Sesi Fotografi bersama Keluarga. SUDILAH SANTAP TUAN BUDIMAN. DI BAWAH ATAP TEPI HALAMAN.05 ptg Persembahan Multimedia “Montaj Perkahwinan”/ Sambungan Persembahan Qasidah Selingan Lagu Pengantin/ Nasyid. SUNGGUH INDAH BUNGA KEMBOJA. PADAMU TUAN KAMI PERSEMBAH. Ulangtayang “Montaj Perkahwinan”. 4.30 ptg Acara Ramah Mesra Pengantin Bersama Para Tetamu dan Jemputan. 2. Saudara Mara. DAUN SELASIH DI TANJUNG BIDARA. Selingan Lagu Pengantin/ Nasyid.PANTUN JEMPUT MAKAN : TERBANG SEKAWAN SI BURUNG MERBAH. JUADAH SUDAH LETAK DI MEJA. Penutup dan Bersurai. DIMULAKAN DENGAN BISMILLAH … DIAKHIRI DENGAN ALHAMDULILLAH … (DOA MAKAN) 2.30 ptg . 3.

ADIK BERADIK …….BIODATA PENGANTIN PEREMPUAN NAMA : FB : NAMA MANJA/ GELARAN DALAM KELUARGA : AYAH : IBU : BIL. ANAK YANG KE …….. HOBI/ MINAT : PEKERJAAN : CITA-CITA ASAL (SEKIRANYA BUKAN SEKARANG) : MAKANAN KEGEMARAN : MINUMAN KEGEMARAN : MOTTO HIDUP : PENDIDIKAN : a) RENDAH : b) MENENGAH : c) KOLEJ/ UNIVERSITI : KENANGAN TERINDAH : TARIKH BERTUNANG & LOKASI : TARIKH PERNIKAHAN & LOKASI : LOKASI BULAN MADU & KENAPA DIPILIH : IMPIAN SELEPAS BERUMAHTANGGA : KEISTIMEWAAN PASANGAN PILIHAN : .

BIODATA PENGANTIN LELAKI NAMA : FB : NAMA MANJA/ GELARAN DALAM KELUARGA : AYAH : IBU : BIL.. HOBI/ MINAT : PEKERJAAN : CITA-CITA ASAL (SEKIRANYA BUKAN SEKARANG) : MAKANAN KEGEMARAN : MINUMAN KEGEMARAN : MOTTO HIDUP : PENDIDIKAN : a) RENDAH : b) MENENGAH : c) KOLEJ/ UNIVERSITI : KENANGAN TERINDAH : IMPIAN SELEPAS BERUMAHTANGGA : KEISTIMEWAAN PASANGAN PILIHAN : . ADIK BERADIK ……. ANAK YANG KE …….

SEPULUH JARI KAMI MENADAH. para tetamu serta jemputan.. TEPUKAN UNTUK DIRI TUAN2 dan PUAN2 SENDIRI KERANA SUDI HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI. Dan Selamat Datang ke Majlis Resepsi Pengantin yang kita raikan : ……………………………………………………… dan ……………………………………………………. LEBAT KEMIRI POHONNYA RENDAH.. Hari yang penuh bermakna buat kedua mempelai raja sehari.. MOHON BERKAT YANG MAHA ESA. …………………………. maka sempurnalah separuh agamanya. SAYANG TIADA BERDOA LAGI. GARAM ADA KICAP PUN ADA. hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. . PANTUN ADA UCAPAN ADA. YBhg. YBhg. (nama penuh) Tahniah dan syabas kita ucapkan buat kedua mempelai.KITA MULAKAN MAJLIS DENGAN UMUL KITAB AL FATIHAH … Bismillahirahmanirahim … Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermasksud : “Apabila berkahwin seseorang itu. DAHAN TERIKAT TALI PERKASA. Datin2. saudara mara kedua belah pihak pengantin. ……………………………………… dan isteri ………………………………………………. Dato’2. dan isteri ………………………………………………. Maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah SWT untuk selebihnya” (Hadis Riwayat : Baihaqi). & …………………………. Kudrat dan Inayah-Nya memberikan kekuatan diri kepada kita dan kesempatan untuk berkumpul pada hari yang bersejarah ini. Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. ……………………………………. Assalamualaikum wbt. kedua ibubapa pengantin perempuan. SAYANG LADA TERLUPA BAGI. kedua ibubapa pengantin lelaki. Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah Kurnia.

Dipersilakan. DOAKAN MEMPELAI RUKUN DAN DAMAI. DATANG SUDAH BERTUNANG SUDAH. BUNGA RAMPAI KAMI TABURI. UCAPAN KATA SIMPULAN KASIH. UNDANGAN KAMI SEIKHLAS RASA. INGAT MENGINGATI SESAMA KITA. JABAT SALAM MUSLIM SEJATI. TERIMA KASIH KERANA KUNJUNGAN. SEMOGA KEKAL SEPANJANG HAYAT. HARAP SUDI DATANG MERAI.. PANTUN PENGANTIN SUKA DUKA ALAM PERKAHWINAN. SAYANG SI DARA BUAT HALWA. UNDANGAN KAMI SETULUS HATI. untuk bacaan doa selamat. SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN. PADAMU ALLAH SYUKUR DIPANJATKAN. TIBA MASA JANJI DIIKAT. . DALAM DIAM HATI TERPIKAT. HARAP TERIMA SEPENUH HATI. PAHIT MANIS PASTILAH ADA. JADI IBADAH KEPADA UMAT. KENAL SUDAH BERJUMPA SUDAH.Majlis dengan segala hormatnya menjemput ………………………………………. BUDI TUAN TIDAK DILUPAKAN. CONTOH : PANTUN UCAPAN PERGI KE MUAR BELI SELASIH. JANJI DIIKAT SUNNAH DITUNAI. AIR MAWAR DIRENJIS WANGI. NASIHATI PENGANTIN SEBAGAI PANDUAN. SALAM DIHULUR PEMBUKA BICARA. SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.

JATUH DITIMPA BUAH BERANGAN.SIRIH JUNJUNG CANTIK DITATANG. KEMAAFAN JUA KAMI POHONKAN. BUAT HANTARAN TERUNA DAN DARA. DI LAIN MASA BERSUA LAGI. BUNGA RAMPAI KAMI TABURI. SEMOGA DENGAN KEHADIRAN DAN DOA RESTU SEMUA AKAN MENYERIKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI SERTA DIBERKATI ALLAH SWT. BUNGA SEROJA DI ATAS PARA. MELIHAT RUSA TEPI PERIGI. ANDAI KATA TERSILAP BICARA. JEMPUTAN KAMI SEIKHLAS HATI. ADAT MELAYU BERTAKHTA DI HATI. SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARI ILLAHI. KEPADA TETAMU SELAMAT DATANG. BERKEMBANG KASIH MENABUR BUDI. AIR MAWAR DIRENJIS WANGI. BERSATU KERANA MENEGAKKAN AGAMA DAN SUNNAH NABI. MAKA KAMI SEIKHLAS HATI (Nama Tuan Rumah & Isteri) ………………………………………………… . INSYA’ALLAH. SEKAPUR SIRIH MENAMBAH SERI. HARAP SUDI DATANG MENYERI. ADAT KELMARIN DIBELAH RAPI. AGAR NAJLIS LEBIH BERMAKNA. SIRIH BERMADAH PINANG BERBELAH. ___________________________________________________________________________ CINTA YANG SUCI DATANG DARI DUA HATI YANG IKHLAS. BERBISIK SUDAH BERTUNANG SUDAH. SALAM PERPISAHAN UNTUK SEMUA. PANTUN PENUTUP DI ATAS DAHAN BURUNG TEMPUA. BERSAMA MERAI RAJA SEHARI. KINI MAJLIS KENDURI DINANTI. KEHADIRAN UNDANGAN MEMANG DINANTI. TERIMA KASIH. IKATAN YANG MURNI DATANG DARI DUA HATI YANG MENCINTAI.

SEPENUH HORMAT DAN SEJAMBAK HARAPAN KAMI. UNDANGAN KAMI SETULUS HATI. DAN MENYATUKAN KAMU BERDUA DI DALAM KEBAIKAN. SEMOGA MAJLIS PERKAHWINAN INI BERJALAN DENGAN SEMPURNA SEPERTI MANA YANG ENGKAU KEHENDAKI. IJAB BERSAKASI PERTEMUAN DUA HATI …………………………………………………… KAMI.” (RIWAYAT : MAISARA BT. KAMI MEMOHON RESTUMU. BERTEMPAT DI ………………………………………………………………………………………………………………….” (RIWAYAT : ABU DAUD) . ALI dari ABU SAID AL KHUDRI) “SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEBERKATAN KEPADAMU. BERKEKALAN SELAMA-LAMANYA DAN MEMBAWA KE SYURGA. PADA HARI …………………………. YA ALLAH. BERKATILAH MAJLIS KAMI INI. ABADILAH DUA HATI YANG SALING MENYANYANGI. SALAM DIHULUR PEMBUKA BICARA. (Nama Pengantin & Pasangannya) ……………………………………………………………………………………. SELANGKAH KE PINTU SYURGA. BERAS KUNTIT KAMI TABURI.. SEMIGA JODOH PERKAHWINAN INI. MAKA DOSA MEREKA JATUH BERGUGURAN DI SELA-SELA JARI TANGAN MEREKA. HARAP SUDI DATANG MERAI. __________________________________________________________________________ DARI SATU PERTAUTAN. ___________________________________________________________________________ HADIS “SESUNGGUHNYA APABILA SUAMI MENATAP ISTERINYA DAN ISTERINYA MEMBALAS PANDANGAN (DENGAN PERASAAN KASIH DAN SAYANG) MAKA ALLAH MENATAP MEREKA DENGAN PANDANGAN KASIH SAYANG DAN JIKA SUAMI MEMBELAI TANGAN ISTERINYA.SEJAMBAK BUDI JALINAN KASIH. MEMBERIKAN KEBERKAHAN ATASMU. INSYA’ALLAH. ………………………………bersamaan …………………………………………. SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SERTA IRINGAN DOA RESTU PARA HADIRIN AKAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS KAMI INI SERTA DIBERKATI ALLAH SWT HENDAKNYA. AIR MAWAR DIRENJIS WANGI. KAMI MEMPERSILAKAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEISI KELUARGA KE TERATAK KAMI UNTUK MEMETERAI JAMBATAN JANJI IZIN BERWALI. SEDETIK CINTA BERSATU.

DOA UNTUK PENGANTIN YA ALLAH YA TUHAN KAMI. SEBAHAGIA YUSOF DAN ZULAIKHA AS. KAMI MEMOHON RAHMAT DAN KEBERKATAN-MU. ANDAI SEMUA ITU TIDAK LAYAK BAGI KAMI. JADIKANLAH PASANGAN SUAMI ISTERI INI ………………………………. DEKATKANLAH MEREKA KEPADA KEBAIKAN. PASANGAN PENGANTIN …………………………………… & ……………………………………. SEPERTI YANG KAU KEHENDAKI. FATIMAH AZZAHRAH DENGAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB) YA ALLAH YA TUHAN KAMI. & ………………………………… YANG MENCINTAI DI KALA DEKAT. SUMBER ILMU DAN HIKMAH. SALING . MEMBERKATI MEREKA BERDUA. JAUHKANLAH MEREKA DARI KEBURUKAN DAN KURNIAKANLAH MEREKA KESENANGAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. DAN SEMOGA JODOH PERKAHWINAN INI. MAKA CUKUPKANLAH PERMOHONAN KAMI DENGAN REDHA-MU. DAN SEKIRANYA ALLAH SWT MENINGKATKAN MUTU KETURUNAN MEREKA. MURAHKANLAH REZEKI MEREKA. ANDAI ENGKAU RESTUI. JADIKANLAH RUMAHTANGGA ……………………. PANJANGKANLAH UMUR MEREKA. SEMOGA ALLAH SWT MENGHIMPUNKAN YANG TERSERAK DARI KEDUANYA. & ………………………. AMIN YA RABBAL ALAMIN. YA ALLAH. LIMPAHKANLAH KEPADA KAMI CINTA YANG KAU JADIKAN PENGIKAT RINDU RASULULLAH SAW DAN KHADIJAH AL QUBRA. (DOA NABI MUHAMMAD SAW PADA PERNIKAHAN PUTERI BAGINDA. SALING MENJAGA KEHORMATAN DI KALA JAUH. SEINDAH RUMAHTANGGA ADAM DAN HAWA AS. MENJADIKANNYA PINTU PEMBUKA RAHMAT. YANG KAU JADIKAN AIR MATA KASIH SAYANG ALI KARAMALLAHU WAJHAH DAN FATIMAH AZZAHRA YANG KAU JADIKAN PENGHIAS KELUARGA NABI-MU YANG SUCI YA ALLAH. SETABAH IBRAHIM DAN HAJAR AS. SESETIA SULAIMAN DAN BALQIS AS DAN SESUCI MUHAMMAD SAW DAN KHADIJAH AS. SERTA PEMBERI RASA AMAN BAGI UMAT. AMIN YA RABBAL ALAMIN. BERKEKALAN BUAT SELAMA-LAMANYA HINGGA KE AKHIR HAYAT. BERKATILAH MAJLIS PERKAHWINAN INI BERJALAN DENGAN SEMPURNA.

SALING MENDOAKAN DALAM KEBAIKAN DAN KETAKWAAN. SEMOGA KEHIDUPAN MEREKA DILIMPAHI AL MAWADDAH DAN AR RAHMAN. MURAHKANLAH REZEKI MEREKA DAN KURNIAKANLAH MEREKA ZURIAT YANG BERIMAN. JADIKANLAH MEREKA SUAMI SOLEH YANG SENTIASA MEMIMPIN. YA ALLAH YA TUHAN KAMI.MENGHIBUR DI KALA DUKA. . BERTAKWA DAN BERAMAL SOLEH. DENGAN IMAN. DAN ISTERI YANG SOLEHAH SENTIASA MEMBANTU. KEYAKINAN DAN TAKWA KEPADAMU. AMIN YA RABBAL ALAMIN. DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. SATUKANLAH KEDUA MEMPELAI INI. SALING MENYEMPURNAKAN DALAM PERIBADATAN.