You are on page 1of 7

Pr1ma Alam Damai

Pendaftaran kini dibuka! Untuk pendaftaran online, sila layari

www.pr1ma.my

MENGENAI PR1MA ALAM DAMAI


PR1MA Alam Damai merupakan salah satu projek pembangunan PR1MA yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 bagi merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan mampu milik untuk mereka yang berpendapatan sederhana di pusat bandar utama. Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada Julai 2011 bagi menyahut permintaan rakyat yang inginkan kediaman mampu milik, biarpun nilai hartanah masa kini semakin meningkat. Oleh itu, PR1MA membuka peluang kepada individu atau keluarga yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500RM7,500 serta tidak memiliki lebih daripada satu rumah untuk memohon. Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi. Pemohon yang berkelayakan boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah dan memenuhi semua syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka.

KEMUDAHAN LOKASI YANG STRATEGIK


PR1MA Alam Damai menjanjikan lokasi strategik yang terletak di Cheras, sebuah kawasan sentral dengan pelbagai kemudahan. Dengan adanya lebuh raya MRR2 dan Cheras-Kajang, penduduk PR1MA Alam Damai boleh menikmati akses yang lebih mudah ke bandar-bandar lain.

KETENANGAN KESELAMATAN MEMBAWA KESEJAHTERAAN


PR1MA percaya bahawa keselamatan memberi ketenangan dan kesejahteraan sebuah komuniti. Di PR1MA Alam Damai, itulah ciri-ciri yang sentiasa kami utamakan.

KEJIRANAN KOMUNITI BERSEPADU


Sebanyak 8 blok apartmen PR1MA Alam Damai akan dibina dengan 2,078 unit rumah. Ini menggalakkan penghuninya untuk saling bergaul dan memupuk semangat kejiranan yang lebih akrab.

KESEIMBANGAN GAYA HIDUP YANG MODEN


Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat. Kemudahan seperti ini memberi peluang untuk penghuni di sini menyemai gaya hidup yang aktif, sihat dan selesa.

KESELESAAN KEDIAMAN PENUH SELESA


Seiring dengan objektif PR1MA yang memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia berpendapatan sederhana, PR1MA Alam Damai menyediakan keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi dan kemudahan seperti: Kedai 1Malaysia Klinik 1Malaysia Surau Gimnasium Dewan Komuniti

JENIS KEDIAMAN PR1MA ALAM DAMAI


Terdapat 4 jenis kediaman PR1MA Alam Damai disediakan dengan reka bentuk dalaman yang memenuhi keperluan anda.

Jenis Unit A1 (87.52 meter persegi / 942 kaki persegi) 832 unit

Jenis Unit A2 (98 meter persegi / 1,055 kaki persegi) 292 unit

JENIS KEDIAMAN PR1MA ALAM DAMAI

Jenis Unit A3 (93.1 meter persegi / 1,002 kaki persegi) 832 unit

Jenis Unit A4 (62.16 meter persegi / 670 kaki persegi) 122 unit